Seperti yang saya tulis sebelum ni, makin ramai rakyat Malaysia yang mula celik dengan simpanan emas. Kalau tak, takkan lah pelanggan Public Gold boleh bertambah hampir 30,000 orang dalam masa dua tahun. Lebih-lebih lagi bila pandemik COVID-19 melanda, ramai mula sedar bahawa apabila berlakunya krisis, emas akan menjadi simpanan paling selamat, 

Namun persoalan yang paling susah bagi sesetengah orang, bagaimana nak bermula menyimpan emas? Emas kan mahal. 

Selama 5 tahun menjadi dealer emas Public Gold, saya sangat menggalakan pelanggan saya menumpukan kepada akaun GAP. 

Jadi, akaun GAP ni apa? 

GAP ni merujuk kepada Gold Accumulation Program, iaitu tabung simpanan emas fizikal bersama Public Gold. Lebih kurang macam 'saving account' dekat bank biasa. 

Cuma yang bezanya, dalam akaun GAP kita boleh menabung emas mengikut bajet yang kita ada dengan pembelian emas serendah RM100. Tak mahal bukan? 

Dapat gaji je, terus tarik sikit duit simpanan dan salurkan kedalam akaun GAP. 

Apabila berat emas sudah cukup dalam akaun, kita ada pilihan untuk keluarkan emas tersebut dalam bentuk fizikal. Atau simpan dalam akaun dan boleh dijual bila anda memerlukan duit. 

Contohnya, kalau anda konsisten menyimpan 0.5gram emas sebulan, tak sampai setahun anda dah boleh keluarkan emas fizikal 5 gram atau pun 1 dinar. Semua transaksi boleh dibuat secara online. 

Menarik? 

Yang menariknya lagi, akaun GAP tiada caj simpanan, tidak mewajibkan kita beli emas setiap bulan dan juga tiada expiry date. Emas dalam akaun akan kekal disitu. 

Dan yang semestinya, akaun GAP adalah patuh syariah. 

Untuk mereka yang bermodal kecil seperti yang bergaji kecil atau pelajar, dan yang baru nak belajar menyimpan emas, saya sangat galakkan anda semua membuka akaun GAP. 

Jadi jika anda ingin bermula, boleh klik dibawah untuk mendaftar.


Saya akan hubungi anda setelah pendaftaran dibuat untuk urusan selanjutnya. 

Terima kasih.