Sambungan daripada entri sebelum ni. Takde plan pun nak sambung. Ok macam ni.

Selepas stel menulis entri pasal pontianak dan babi tu, aku membelek-belek timeline facebook untuk melihat perkembangan semasa. Betul sekarang berita lebih pantas di facebook daripada di suratkhabar. Tapi perlu hati-hati, sebab lebih ramai yang kaki kencing di facebook ni.

Kemudian, aku ternampak salah seorang rakan berkongsi satu video tentang interview seorang ustaz bersama jin. Dan akhirnya, jin itu membocorkan rahsia tentang rancangan Iblis yang dalam persiapan untuk menyambut kedatangan Dajjal. Dia jugak ada sebut pasal Iluminati. Seram siot.

Boleh klik link INI kalau nak tengok.

Kemudian, aku dapat satu Whatsapp dari seorang kawan sekerja, Zack. Dia mintak tolong ambilkan dia kat Terminal Sentral Kuantan dekat Indera Mahkota. Berat hati sebenarnya nak keluar sebab dah mula rasa seram bila tengok video tu. Tapi kawan punya pasal, aku pergi lah ambik. Waktu tu dah pukul 2.30 pagi.

Laju betul aku bawak waktu tu. Sampai di Terminal Sentral, kawan aku ni terus masuk kedalam kereta. Waktu tu aku dah pasang ayat Quran siap-siap dalam kereta. Apa lagi, memang gelak lah dia.

Dalam perjalanan menghantar dia pulang di Balok Baru, tiba-tiba perut rasa lapar.

"Nak makan tak? Aku lapar lah." - aku tanya.

"Boleh jugak. Jom.."

Aku singgah di Afiz Corner. Waktu tu ramai jugak orang sebab ada game Champions League antara Atletico Madrid dan Real Madrid. Lepas order maggi goreng bersama teh o limau panas, tiba-tiba ternampak seorang kawan bersama hosmet beliau. Aku pun ajak lah duduk sekali.

"Tak kerja ke esok?" - Zack tanya

"Kerja. Aku kerja pukul 8 pagi esok.."

"Dahtu, rajin pulak tengok bola awal pagi ni.."

Akhirnya, terbongkar satu cerita. Kawan aku yang baru sampai ni sebenarnya dari bandar. Bila sampai kat rumah sewa yang berdekatan kubur Sg Karang Darat tu, tiba-tiba alarm kereta jiran rumah berbunyi. Mengikut katanya, alarm tu berbunyi kerana ada sesuatu dalam kereta. Dan salah seorang daripada mereka pun nampak benda tu.

Ni bukan kes pertama. Sebelum kawan aku dan hosmet dia pun pernah kena ganggu. Yang terbaru yang aku ingat, ada kelibat lelaki tua duduk keseorangan di luar kawasan kubur. Pehh seram. Dah lah aku selalu jugak lalu jalan tu.


"Habis la kau lepas ni. Nanti balik lalu jalan tu kan?" - tanya kawan aku tadi kat aku.

"Eh, kenapa?" - aku tanya.

Dia pun sambung. Dulu ada seorang penagih dadah yang tinggal dikawasan tu. Kemudian dia hilang dan akhirnya mayat dia ditemui dekat jalan berbukit yang menghubungkan Pasaraya Nilai Kurnia dan Sg Karang Pantai. Lepas tu, mula muncul beberapa cerita orang terserempak dengan "beliau" di jalan tersebut.

Hosmet kawan aku sendiri pernah kena usik. Katanya, motorsikal dia mati betul-betul ketika lalu dijalan tu. Bila nak tolak, motor langsung tak bergerak. Akhirnya dia tongkat motor lalu lari laju-laju ke arah jalan besar.

"Hahaha. Takpe lah. Malam ni aku lalu jalan Balok Baru dan keluar dekat jalan Bypass tu.." - aku jawab. Rasa tenang sikit.

"Haha. Situ pun sama.." - kawan aku tu jawab.

Katanya, dekat jalan yang menghala Balok Baru dan Balok Pines tu, akan melalui satu selekoh sebelum bertemu simpang tiga. Kat situ ada satu jambatan  yang selalu berlaku kemalangan maut. Disitu, pernah jugak orang nampak lelaki tua badan berbongkok atau pun kelibat perempuan yang mendukung anak.

Aaaa sudah. Aku nak lalu jalan mana ni? Aku dah start berdebar sebab dua tu je jalan yang boleh lalu untuk balik ke rumah sewa. Tiba-tiba datang rasa sakit perut. Aku terus ajak Zack pulang. Dalam perjalanan menghantar Zack dan pulang kerumah sewa, memang berdebar lah.

Nasib baik perjalanan malam tu diiringi bacaan suci ayat Quran. Tiba-tiba teringat cerita seorang kawan pasal kejadian kereta ditumpangi oleh seorang "budak". Bila dia pasang ayat quran, "budak" tu tutup balik ayat tu kat radio. Tu tak termasuk lagi kisah "penumpang" yang turut sama membaca ayat quran yang dipasang.

Aku tekan pedal minyak laju-laju. Sampai rumah, selesai membuang aku terus masuk tidur. Dan tidur malam itu ditemanani ayat pembakar jin yang aku download sebelum ni.

Kahkahkahkah.

Giler penakut nak mampus.

p/s: Banyak lagi cerita lain. Malas nak tulis.