Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Ragam Politik

Posted In: . By Hazwan

Gambar hiasan

Dalam dunia politik Malaysia ni, ada sejenis golongan yang aku tak suka. Macam mana cara mereka berfikir pun aku tak tahu.

Ada yang menganggap apabila parti mereka menang dalam pilihanraya, seolah-olah negara ini mereka yang punya. Mereka bebas buat apa sahaja tanpa pedulikan undang-undang. Undang-undang kadang-kadang pun dah macam boneka. Rakyat pulak seolah-olah seperti hamba, perlu mengikut kata-kata pemerintah dan tak boleh melawan. Kalau melawan, disuruhnya tukar kerakyatan, pindah ke negara lain. Tak ke bangang namanya? Mereka lupa, pemerintah itu bukan siapa-siapa tanpa rakyat. Mereka lupa, piramid yang tinggi itu takkan kukuh tanpa kekuatan bongkah batu dibawah yang menampung puncak di atas. Mereka lupa, orang atasan MLM takkan kaya tanpa downline mereka di bawah.

Ada jugak sejenis golongan, yang menganggap mereka sahaja yang betul. Orang lain semua salah. Siapa yang tidak berada bersama mereka seolah-olah sangat berdosa. Seolah-olah orang lain tiada pilihan lain kecuali mesti bersama mereka. Hidup mereka setiap hari digunakan untuk menyemai kebencian, bukan kesedaran, bukan kefahaman. Kononnya ingin berdakwah, tapi setiap kata-kata tidak menggunakan akal. Hanya emosi. Mereka lupa, kita hanya boleh membenci perangai makhluk, bukan makhluk itu sendiri. Mereka lupa, manusia tidak layak menentukan sama ada manusia itu akan masuk neraka atau syurga. Mereka lupa, hidayah itu milik Allah. Ia boleh diberi atau ditarik boleh pada bila-bila masa.

Tapi nasib baik masih ada pemimpin politik perangai tak macam pengikut. Ada jugak pilihan. Kalau tak, memang aku duduk rumah la waktu pilihanraya nanti.

Kenapa aku menulis kat sini? Sebab takut ramai yang kecik hati kalau aku tulis kat facebook.
Sambung Bacaan

Juvana The Movie

Posted In: . By Hazwan



Aku baru sahaja selesai menonton filem Juvana The Movie di pawagam East Coast Mall. Pada pandangan aku, filem boleh dikatakan antara filem Melayu yang terbaik. Kawan aku yang tak follow drama Juvana pun puji filem ini.

Bagi aku, filem ini lengkap dengan semua benda. Ada sweet-sweet, ada pahit, ada sedih, ada tangis, ada gembira, ada friendship, ada musuh, ada kekeluargaan dan sedikit keinsafan.

Kata seorang kawan, sebelum ini filem Melayu banyak menyogokkan unsur-unsur ganas, pergaduhan dan aksi-aksi bodoh yang kononnya ingin mendidik masyarakat. Padahal unsur-unsur itu lah yang yang banyak mempengaruhi penonton untuk terikut-ikut dengan unsur negatif dalam filem tersebut.

Tapi tidak pada Juvana. Bila kau tengok cerita macam ni, kau akan rasa takut nak buat jahat, risau kalau-kalau dihantar ke tempat yang ramai yang berperangai macam Lan Todak. Aku harap budak-budak sekolah akan fikir macam apa yang kawan fikir.

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...