Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....



Pukul 9 pagi, aku sampai ke lobi Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Kelihatan beberapa saudara-mara aku sudah sampai disana, berkumpul di tepi tiang dan berborak dengan mesra. Aku perhatikan keadaan di lobi, agak cantik. Terdapat sekumpulan lelaki baju merah. Aku cam siapa mereka. Mereka ni adalah pemain bolasepak Sarawak yang mengikat pasukan Penyu dalam saingan Liga Super semalam.

Aku pandang kawasan sekeliling lagi. Sejak lapangan terbang ini diubah suai, tak sampai lima kali pun aku masuk ke dalam ni. Kalau masuk pun sebab nak cucuk duit kat mesin ATM. Tapi tu dah lama. Sekarang aku boleh cucuk duit sama ada kat Pasaraya Sabasun ataupun kat stesen minyak Shell yang baru dibuka. Lagi dekat.

Tapi kali ni aku datang bukan nak cucuk duit tapi sebab nak menghantar nenek, dua ibu saudara dan juga kakak aku yang ingin mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Selepas bersalam dengan semua orang, aku sempat berborak-borak sambil mengambil gambar kenang-kenangan.

Tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki tercegat di belakang aku. Berpakaian seperti orang kampung biasa. Dia tersenyum, aku balas balik senyuman dan menghulurkan tangan.

“Kenal tak ni sape?”  tegur lelaki tu memulakan bicara.

Sambung Bacaan

Setahun Lebih

Posted In: . By Hazwan Arif

Arwah pakai baju kaler putih. Aku hanya pemain import waktu ni.
Kira-kira dua minggu selepas aku keluar dari hospital, keluarga arwah Khairul Hakimi datang menziarah. Dengan membawa satu tin biskut di tangan, mereka datang dengan raut wajah yang masih dalam kesedihan. Sebelum pulang, mereka ada pesan, kalau ada masa datang lah ke rumah mereka.

Akhirnya selepas setahun lebih peristiwa itu berlalu, aku pergi menjenguk diorang. Aku pergi ke rumah arwah bersama Eju. Amir Ber pun ada jugak kerana rumah dia dekat dengan rumah arwah iaitu di Kepong. Bukan Bukit Kepong ye.

Duduk bersembang dengan ayah dan ibu arwah, sebak jugak sebenarnya. Tapi terpaksa ditahan. Yela, bila mendengar cerita-cerita tentang arwah daripada ibu bapanya sendiri. Aku dapat rase betapa rindunya mereka terhadap anak mereka yang paling kurang karenah dalam keluarga. Ditambah lagi dengan peristiwa yang berlaku sebelum kematian arwah dan juga semasa hari pengebumian buat aku sedih, kagum dan juga malu dengan diri sendiri.

Sambung Bacaan

Cerita Kawan

Posted In: . By Hazwan Arif

Duduk di meja bulat bersama hosmet lama membuka pelbagai cerita. Sambil ditemani segelas air buah campur gelas sederhana dan sepinggan keropok lekor, perbualan makin rancak. Sekurang-kurangnya kepulangan roomate lama ke Terengganu, Mus'ab dapat mencerahkan segala kekeliruan yang berlaku.

Kekeliruan apa? Itu rahsia.

Mus'ab dah kurus. Dah tak buncit macam dulu dah. Busy sangat agaknya. Eju jugak maintain, masih menunggu surat tawaran seperti yang sudah dijanjikan. Moga-moga cepat dapat kerja.

Tadi dapat jugak sedikit berita tentang kawan-kawan yang dah grad ni terutamanya kawan-kawan rapat. Ada yang dah lama start bekerja, ada yang jadi driver sementara, yang jadi CEO syarikat burger pun ada, yang dah nak tetapkan tarikh kahwin pun ada dan ada jugak yang masih bermain game kat rumah haha. Menunggu panggilan Petronas katanya.

Gua tumpang gembira mendengar kisah-kisah mereka semua ni. Tak sabar untuk menjadi seperti mereka, kerja cepat-cepat dan kahwin! Woot woot!!

Jeles? Ada la sikit keh3
Sambung Bacaan

Aku Kat Rumah

Posted In: . By Hazwan Arif

Aku kat rumah sebenarnya, di Terengganu. Sedang mencari ketenangan selepas berhempas-pulas di minggu peperiksaan. Ceh, padahal duk main facebook dan twitter hari-hari. Kadang-kadang teringin jugak nak menulis, lebih-lebih lagi berkenaan isu-isu yang melingkari kita sejak kebelakangan ini. Tapi malas walaupun semuanya sudah berada dalam kepala.

Sekarang aku perlu menyetelkan semua perkara yang patut aku setelkan sebelum berangkat pulang ke UTP pada minggu depan. Kalau berjaya, alhamdulillah. Ringan sikit beban  kat kepala.

Bosan jugak sebenarnya duk rumah ni, lebih-lebih lagi bila nilai baki duit dalam bank semakin mengecil nilainya. Jadi langkahan kaki jugak agak terbatas.

Oh, ye. Aku dapat interview untuk jadi cikgu tusyen sementara di kawasan luar UTP. Agak-agak aku ni mampu ke tak eh? Cakap pun berterabur. Risau jugak, takut anak murid tak faham pulak bila aku mengajar nanti. haha

Kepada mereka yang masih berada di UTP, selamat menghabiskan exam dengan tabah. Ok, bai.
Sambung Bacaan

Harapan

Posted In: , . By Hazwan Arif

Bila lagu ini terpasang, fikiran bagai melayang-layang. Terasa diri ini berada dalam dorm Umar, duduk atas kerusi plastik mengadap tingkap yang terbuka luas. Terbayang saat-saat membelek buku latihan Biologi kulit merah ketika teman yang lain masih enak dibuai mimpi sambil diselimuti angin sejuk pada waktu pagi Jumaat. Sambil-sambil mendengar radio Era daripada radio buruk yang entah siapa yang punya.

Bila lagu ini terpasang, lekas-lekas aku menyalin lirik di belakang kulit buku. Dan peristiwa itu, suasana itu, perasaan pada waktu itu kembali dirasai bila lagu ini terpasang pada saat ini. Mungkin benar lagu adalah salah satu medium untuk menyimpan memori. Ok, tiba-tiba gua rindu MRSM KT.

Sambung Bacaan

Final Exam ke - 10

Posted In: . By Hazwan Arif


Tak pernah lagi rasanya aku tampal jadual exam dalam blog ni. Tak macam kawan-kawan aku yang lain. Entah kenapa hari ni aku teringin nak letak. Ok, esok akan bermula minggu peperiksaan di UTP. Dan paper pertama aku dijadualkan akan bermula esok jugak dan berakhir pada hari ahad ini.

Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berjaya kepada rakan-rakan di UTP terutamanya kawan-kawan FYDP, geng-geng terpencil di kelas SBE, teman-teman final year dalam kelas Malaysian Studies, kenalan-kenalan penghibur hati dan juga adik-adik hosmet yang selalu menjadi teladan bagi aku haha

Kepada anda semua, semoga berjaya. Tak sabar nak balik rumah. Insyaallah akan ada berita baik yang akan menanti hik3


"Ya Allah, permudahkanlah urusan Hazwan Arif ketika menjawab soalan peperiksaan untuk kali ini. Ameen."




Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...