Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Hari ni aku agak kecewa dengan diri sendiri. Entah macam mana aku boleh terlepas pandang dengan satu event yang dah lama aku tunggu iaitu Bengkel Pengurusan Jenazah di UTP. Aku hanya tahu mengenai event ini pun setelah ia telah berlangsung selama sejam.

Aku pelik, kenapa takda poster yang ditampal kat board bawah blok? Biasanya aku akan luangkan masa sekejap untuk menilik satu-persatu poster kat situ. Serius aku hampa.

Bagi aku, ini bengkel yang perlu semua orang join dahulu sebelum join mana-mana bengkel atau kursus. Contohnya kursus kahwin.

Dulu aku pernah mengikuti kursus ni, tapi waktu tu aku masih mentah. Baru berumur 15 tahun. Mungkin bagi orang lain, umur 15 tahun dah matang. Tapi aku pada waktu tu masih ralit dengan bermain bola sepak waktu petang dan melayan cerita hindustan. Dan telenovela kadang-kadang. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengurusan jenazah yang telah aku belajar dulu, termasuklah doa-doa yang sepatutnya perlu dihafal, telah lama luput dari ingatan aku.

Tau kenapa aku teringin sangat nak mengikuti kursus ni? Cuba dengar ceramah Ustaz Don kat video di bawah. Kalau tak terasa dengan kata-kata Ustaz Don tu, memang tak tahu la nak cakap apa. Mesti ada problem dengan hati korang ni.

Sambung Bacaan

Puasa Sunat Hari Khamis

Posted In: . By Hazwan

Lewat malam semalam, aku terdengar housemate aku sedang menggoreng sesuatu. Aku yang kebetulan ingin ke tandas sempat menjenguk dan bertanya, ”Masak apa tu bro….?” Fendi, jejaka yang pecahkan mug aku semalam, menjawab dengan sopan, “ Masak nasi goreng untuk sahur malam ni. Jom la makan sekali, banyak lagi ni.”

Aku menolak ajakan tersebut dengan alasan takut susah nak bangun subuh. Lagi pun jam sudah menunjukkan jam pukul 1 pagi. Tak manis rasanya kalau makan sebelum tidur. Mudah jadi buncit dan dapat penyakit. “Tapi kalau tak habis, simpan je la kat situ. Esok aku boleh makan untuk sahur…” balas aku tiba-tiba selepas mendapat ilham untuk puasa sunat keesokan harinya.

Aku baringkan diri diatas katil, kunci jam pukul 5.30 pagi dan terus tidur. Tak baca doa tidur pun rasanya.

Pukul 5.30 pagi aku bangun. Suasana masih sunyi, housemate mungkin tak bangun lagi. Aku memandang syiling dengan mata masih kuyu. Hati aku tiba-tiba jadi berat, nak bangun atau tak untuk bersahur. Nasib goreng semalam pun aku tak tahu masih ada baki atau tak. Takkan aku nak sahur makan megi. Dengan malas, aku bangun berjalan ke dapur. Aku menjenguk ke dalam kuali. Oh, nasi goreng semalam sudah habis. Aku mundar-mandir dalam rumah. Tak tahu nak sahur makan apa.

Sambung Bacaan


Pukul 8.30 malam aku dah terpacak depan tv kat kafe V5. Tujuannya ada dua, menonton perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Jepun dan juga meeting bersama groupmate FYDP. Seperti yang dijangka, Malaysia kalah agak teruk kepada Jepun dengan jaringan 4-0. Kekalahan itu memang sudah diduga, tapi jaringan yang agak besar itu sedikit mengecewakan.

Bila menonton bola sambil meeting ni, aku tak dapat nak fokus. Tengok bola pun takleh fokus, kat meeting pun tak dapat nak menyampuk sangat. Sebab tu aku tak dapat memberi komen sangat dekat corak permainan Malaysia. Sesekali sempat jugak mengintai pemainan Nazmi Faiz, bagi aku dia lain dari yang lain. Dan ada sesuatu yang menghairankan, kenapa Muslim Ahmad tidak bermain malam ni?

Malam ni jugak berlangsungnya manifesto pilihanraya kampus UTP. Tapi aku sedikit pelik, kenapa nama calon yang bertanding tidak diberitahu awal-awal. Sekurang-kurangnya rakyat UTP dapat tahu nama-nama mereka yang bertanding. Mungkin selepas mendapat tahu nama yang bertanding akan dapat membuka mata pelajar UTP yang lain untuk menjenguk manifesto malam ni. Lagi pun, bukan semua orang mampu untuk hadir ke manifesto bakal MPPUTP ni. Ada yang pergi kelas, ada yang meeting, ada yang study untuk test esok . Yang tengok bola pun ada.

Satu lagi yang aku pelik, sejak PRK lepas lagi aku dah pelik. Kenapa pelajar yang sedang berpraktikal tidak dibenarkan mengundi? Sedangkan mereka inilah yang akan kembali di UTP sem depan dan meneruskan pengajian dibawah pimpinan MPP baru. Apa guna ada system yang mahal dan canggih-manggih tapi tak boleh digunakan untuk mengundi secara online (bagi mereka yang tiada di UTP). Seorang lecturer pernah bagitau, UTP dah habiskan terlalu banyak duit untuk PRISM dan hasilnya? Sampah.

Ok, dah. Aku tak boleh nak komen banyak-banyak pasal PRK ni. Dan aku harap akan ada update tentang manifesto yang berlangsung tadi. Mungkin ada pembaharuan, atau mungkin hanya recycle manifesto calon-calon yang lepas. Semoga MPP yang bakal dilantik ini akan dapat membawa satu perubahan baru di UTP, seperti yang dilakukan MPP 2010/2011/2012 dibawah pimpinan Hamzah. MPP sebelum ini ada sedikit kelainan berbanding MPP sebelumnya.

Dan aku harap, harapan aku tidak akan menjadi sekadar harapan. Sama seperti harapan mereka-mereka di luar sana.
Sambung Bacaan


  • Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la. 
  • Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas. keh3
  • Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi. 
  • Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.
  • Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur. 
  • Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar. 
  • Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
  • Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka 
  • Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat. kih3
Diubah suai sikit-sikit daripada Gempak.org. Kalau suka, tekan LIKE kat bawah.

Sambung Bacaan

Hafalan Shalat Delisa

Posted In: . By Hazwan


Pagi aku hari ini bermakna sikit kerana diisi dengan menonton sebuah filem Indonesia yang sangat hebat iaitu Hafalan Shalat Delisa. Pertama kali menonton trailer filem ini di Youtube akhir tahun lepas, aku tahu filem ini mempunyai ‘sesuatu’ yang patut orang tengok. Bak kata Anak Memberotak:

Cerita yang tiada Mercedes, BMW, Lancer EVO 10, Nissan Skyline GTR, Tali Leher, minum kopi Starbucks, Kolam Renang, perniagaan bernilai jutaan ringgit, pelacuran, sihir, hasad dengki, perebutan harta pusaka tetapi yang ada dalam penceritaannya hanyalah nilai-nilai hidup yang sepatutnya kita jadikan sebagai panduan. 

Jalan ceritanya agak ringkas, tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Delisa yang hidup bersama ibu dan 3 orang kakak. Manakala ayahnya bekerja diperantauan. Delisa ni nakal sikit, hanya akan membuat sesuatu jika diberi upah.

Namun peristiwa Tsunami yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004 merubah segalanya. Delisa kehilangan semua ahli keluarga dan kaki kanannya. Yang tinggal hanyalah ayahnya yang pulang dari perantauan. Bermula dari saat ini, kita akan mula dapat melihat bagaimana Delisa mengharungi hidup dengan positif walaupun diri tidak sempurna dan kesunyian merindui bondanya. Yang lain-lain, anda tontonlah sendiri. Baru syok. hehe


Delisa ni kuat. Selepas kehilangan kaki pun masih mampu tersenyum, dan juga bermain bola, membuat apa yang dia minat. Tak macam aku dulu, patah kaki dah down gila-gila.

Apa yang aku boleh cakap, cerita yang berlatar belakangkan peristiwa ombak Tsunami ini jauh lebih best dan bermakna daripada cerita Ombak Rindu. Anda boleh menonton cerita ini di You Tube di link INI. Dan ada satu lagi yang sangat best iaitu lagu tema filem ini yang mempunyai lirik yang sangat bermakna, lebih-lebih lagi jika anda menonton filem ini. Layan~

Sambung Bacaan

Penyu Nolong di Kota Bharu

Posted In: . By Hazwan

Sudah masuk perlawanan ke 7, nampaknya pasukan Terengganu masih terkial-kial mencari keserasian. Kekalahan 2-1 kepada Kelantan tadi jelas menunjukkan kelemahan jentera tengah Terengganu dalam mengawal perlawanan. Penggunaan pemain import dari Brazil, Biano nampaknya benar-benar mengucar-ngacirkan barisan tengah Terengganu.

Perkara ini jelas kelihatan sejak perlawanan Terengganu menentang T-Team lagi dimana Terengganu menang 2-1 ketika T-Team hanya bermain 10 orang. Bagi aku, kemasukkan beliau dalam pasukan Terengganu adalah satu pembaziran. Kerana Terengganu sendiri mempunyai pemain tempatan yang sangat mantap di bahagian tengah seperti Syukor Jusoh, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi dan juga Nordin Alias. Dan bagi aku, Biano ni main terlalu slow, tidak sesuai untuk corak pemainan pantas.

Seperti dalam perlawanan menentang Kelantan tadi, hanya selepas kemasukan Syukor Jusoh, Terengganu mula mengimbangi bahagian tengah dan mula mencipta beberapa gerakan menyerang. Tindakan jurulatih Mat Zan Mat Aris memasukkan Abdul Hadi Yahya serta pemain muda, Syamsul Kamal pada perlawanan penting seperti ini merupakan kesilapan besar. Dua-duanya tidak menyerlah terutamanya Syamsul yang kelihatan masih belum serasi dengan Terengganu.

Aku jugak tak berkenan sangat dengan corak taktikal Mat Zan Mat Aris. Sebenarnya aku tak nampak pon apa taktik beliau. Macam berterabur. Mat Zan sepatutnya mengubah corak pemainan semasa separuh masa kedua tadi selepas ketinggalan 1-0. Hanya selepas ketinggalan 2-0, baru corak permainan Terengganu berubah. Itu pun dengan kemasukkan Joseph Kalang Tie, Manaf Mamat dan Syukor Jusoh. Kalau tak, memang tak dapat la satu gol saguhati tu.

Aku rasa kalau ketiga-tiga pemain ini dimasukkan dari awal, memang kena makan dah skuad Kijang ni.

Pujian harus diberikan buat barisan pertahanan Terengganu yang kental bertahan menerima asakan pasukan Kelantan terutamanya di separuh masa kedua. Dan juga buat Sharbinee Allawee yang menyelamatkan sepakan penalti Ghaddar. Kalau tak, memang malu la kalau bolos tiga gol. Aku harap, corak permainan Terengganu akan berubah selepas ini.

Buat Kelantan, jual lah Ghaddar tu. Barisan pemain tempatan anda sudah cukup power aku tengok. Kepada pengadil, mu bodo!

p/s: Aku menulis hanya suka-suka dan mengikut emosi.
Sambung Bacaan

Positif

Posted In: . By Hazwan

“Salah satu masalah utama orang kita, apabila mengalami masalah mereka akan cuba mengubah system supaya sesuai dengan kehendak mereka. Itu salah sebenarnya. Sepatutnya kita perlu belajar mengubah diri untuk supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada. Baru kita boleh berjaya….”

Kata-kata Dr Azmi pagi tadi masih terngiang-ngiang dalam kepala. Aku fikir ayat tu dalam-dalam. Ada betulnya kata beliau. Kenapa aku tak cuba mengubah diri? Kenapa aku perlu mengubah system yang telah sedia ada? Kenapa orang lain perlu berubah untuk kebaikan aku? Sedangkan aku sepatutnya belajar untuk selesaikan masalah yang ada dengan cara aku sendiri, tidak terlalu menutup ruang kotak fikiran untuk berfikiran lebih jauh.

Aku cuba memujuk hati dengan menerima kata-kata beliau. Memang susah untuk memujuk hati, untuk menerima kenyataan bahawa aku perlu meneruskan pengajian disini sehingga semester depan. Tapi itu lah hidup,bukan semua benda yang berlaku akan mengikut apa yang kita inginkan. Bukan semua benda yang berlaku mengikut apa yang dirancang.

Dr Azmi cakap, guna masalah ini untuk mematangkan diri dan memantapkan diri kita untuk menempuh kehidupan di hari mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku cuba berfikiran positif, walaupun aku tahu masalah pasti akan datang bila-bila masa sahaja. Tapi hidup yang takda masalah mana mencabar kan?

Terima kasih kepada Dr Azmi dan juga Dr Murni yang sudi meluangkan masa hari ni dan semalam untuk membasuh hati aku yang tengah down. Aku down kat hati je, kat muka aku tak tunjuk, baru awet muda kah3.

Kata-kata diatas tu jugak buat aku terpikir, Allah telah turunkan al-Quran sebagai asas kepada system kehidupan kita. Setiap apa yang kita buat perlu berlandaskan al-Quran. Tapi kenapa kita masih hidup dalam system yang dicipta oleh manusia? Ok, abaikan.
Sambung Bacaan


Nanti bila dah kaya, aku nak bukak kedai makan ala-ala kedai mamak. Aku nak import India muslim datang bekerja. Aku nak pasang skrin besar-besar. Tapi jangan harap aku nak bukak siaran game EPL. Game Malaysia dan pasukan-pasukan dalam Malaysia je boleh. Kalau tak ada game bola pasukan tempatan, aku sanggup pasang orang main golf. Tapi kalau game Man U tu, akan aku pertimbangkan.

Satu lagi, kedai aku nanti aku dijadikan zon larangan merokok. Huh!!!
Sambung Bacaan

Rajin basuh baju dengan tangan,” aku menegur salah seorang housemate aku yang kelihatan baru sahaja selesai membasuh baju dalam bilik air. Sebenarnya aku tak tahu lagi nama dia, sebab tiada kesempatan untuk bertanya. Biasalah, baru minggu pertama. Lagi pun hosmet-hosmet aku ni selalu tiada kat rumah. Busy dengan kerja dakwah barangkali.

Kalau nak pakai pergi sembahyang, kena la basuh dengan tangan,” jawab beliau ringkas. Aku terkesima sekejap, lalu aku capai berus gigi dan gosok gigi laju-laju. Kepala aku ligat memikirkan jawapan yang diberikan. Rasanya dah berbelas tahun aku bersolat mengunakan pakaian yang dibasuh dengan mesin basuh.

Aku bergegas ke bilik mandi. Tanpa sabun, aku mandi ala-ala kerbau. Selepas air rata keseluruh badan, aku cepat-cepat pulang ke bilik untuk bertanya dengan brader Google. Rambut bersejei-sejei itu lain kira.

Dan ni jawapan yang aku jumpa.


Ustaz Azhar juga pernah menjawab, hukumnya harus membasuh pakaian dengan mesin basuh. Tapi kalau pakaian itu bernajis, eloklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum dibasuh bersama baju lain untuk mengelakkan najis itu merebak ke pakaian yang lain.

Ok, baru clear selepas mendengar penjelasan ini. Mungkin housemate aku tu mempunyai keraguan terhadap kesucian pakaian bila dibasuh dengan mesin basuh. Takpe, itu hak masing-masing.

Tadi rumet aku berkongsi satu ilmu. Dia cakap, kalau mengikut hukum fiqh, kita perlu memasukkan bahan yang kotor dahulu seperti pakaian yang kita nak basuh, kemudian baru kita masukkan air. Kalau kita masukkan air dulu baru masukkan pakaian, ini bermakna kita mengotori air tersebut dengan pakaian kotor kita dan cucian kita tidak bersih. Power jugak rumet aku ni hik3


Jika memerlukan penerangan yang lebih lanjut, boleh baca petikan dibawah~

Sambung Bacaan



Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...