Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Terasing

Posted In: . By Hazwan

Bila baca kenyataan Ustaz Azhar ni, aku rasa ia juga merujuk kepada penulis blog peribadi. Macam aku. Herm, tak jadilah nak mengadu kat sini kih3 okbai.
Sambung Bacaan

Sihir Zaman Moden

Posted In: . By Hazwan

Sebenarnya aku agak menyampah dengan drama melayu yang semakin kerap memaparkan cerita-cerita berunsur tahyul dan syirik. Antaranya termasuklah penggunaan bomoh atau dukun atau lebih tepat lagi penggunaan ilmu hitam dalam menganiayai manusia-manusia yang tidak disukai. Bagi aku, mana logik orang-orang zaman sekarang nak buat macam tu. Sebab dunia dah makin moden, kalau tak puas hati mungkin boleh guna cara yang lebih moden. Hack akaun facebook misalnya.

Tapi setiap kali pulang ke kampung, bersembang dengan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan, ada je cerita baru pasal benda-benda macam ni yang aku dengar. Kesian apabila melihat penderitaan mereka-mereka yang teraniaya secara halus ini. Ada yang tidak mampu berjalan, hilang pengelihatan, kedai disihir sampai tiada orang, dan macam-macam lagi lah. Yang teruk lagi, disantau pun ada. Ada yang sempat dipulihkan, yang dah meninggal pun ada.

Semua ni berlaku kepada orang-orang yang aku kenal. Orang yang aku tak kenal tu, mungkin lagi ramai. Yang aku masih ingat, budak satu batch dengan aku  semasa di MRSM disantau oleh kawan sendiri. Dan sudah pun meninggal. Anda boleh nampak disini, buidak-budak sekolah pun dah berani buat benda macam ni. Kalau yang tua tak tahu la nak cakap apa.

Memang, perkara ni jarang-jarang dapat didengar kerana ia hanyalah kes terpencil. Dan tak ramai yang terkena menghebohkannya kepada orang lain. Tapi aku perasan, perkara macam ni dah jadi makin serius dalam masyarakat.

Aku tak faham, kenapa masyarakat Islam di Malaysia ini masih tidak berubah. Masih terikut dengan amalan khurafat dan syirik zaman nenek moyang dulu. Apa yang diorang dapat dengan buat benda ni? Kepuasan ke? Gembira ke bila melihat penderitaan orang lain? Soalan ini hanya dapat dijawab oleh mereka yang terlibat dengan perkara menjijikkan di atas.

Jadi apa solutionnya? Kamu fikirlah sendiri. Aku malas nak berceramah, nanti orang cakap aku ni berlagak ustaz. Aku menulis hanya untuk meluahkan perasaan. Konklusinya, memang betul la apa yang dipaparkan dalam drama-drama melayu tu. Ke saloh?
Sambung Bacaan

Panik Dalam Bas

Posted In: . By Hazwan

Sudah lebih 5 tahun aku berulang alik antara UTP dan Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Kalau dulu tambang dia RM43. Sekarang sudah naik kepada RM60. Tambang dia mahal sikit kerana aku perlu mengambil tiket di laluan Kuala Terengganu-Lumut. Pilihan kedua iaiitu yang lebih murah dengan mengambil bas dan turun di Ipoh. Ini kerana UTP terletak di antara Ipoh dan Lumut. Ini antara perkara yang aku tak puas hati, kenapa tak diwujudkan laluan antara Kuala Terengganu ke Seri Iskandar? Padahal Seri Iskandar merupakan antara hub pendidikan di Perak kerana mempunyai dua universiti.

Maka terpaksa lah aku membayar tambang ke Lumut semata-mata untuk berhenti di depan UTP yang jaraknya berpuluh kilometer untuk ke Lumut. Kalau berhenti di Ipoh, sapa nak datang ambik?

Beli tiket ke Ipoh eh?” tanya seorang kawan, meminta kepastian selepas aku meminta pertolongannya untuk membeli tiket ke UTP. Alang-alang dia nak membeli tiket, baik aku kirim sekali.

Eh, ke Lumut la,” aku jawab ringkas sambil tersengih macam kerang busuk.

Beli ke Ipoh je. Nanti diorang akan lalu kat depan UTP jugak,” kata kawan aku memberi penjelasan.

Boleh ke?” aku tanya lagi. Sebab selama ini aku tak pernah buat macam tu.

Takpe, aku selalu buat macam tu,” jawab kawan aku lagi dengan muka bersungguh-sungguh. Melihat kesucian wajah beliau memberi keyakinan aku untuk menerima cadangan tersebut.

Ok, aku follow je,” kata aku tanda bersetuju.

Sambung Bacaan

Funny Blog?

Posted In: . By Hazwan

Sudah tujuh tahun, setiap kali nak tinggalkan rumah, hati aku akan berdebar-debar. Termasuklah ketika nak pulang ke MRSM dulu, yang jaraknya kira-kira 15 minit dari rumah. Hari ini aku pun mengalami perasaaan yang sama kerana esok aku akan pulang ke UTP. Untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidup sebagai seorang pelajar ijazah.

Jadi, tolong doakan keselamatan aku dalam perjalanan pagi esok. Tahukah anda, sepanjang 5 tahun belajar kat UTP ni, tak pernah lagi aku naik bas duduk tepi perempuan. Harap-harap duduk tepi makwe esok. haha

Aku ada sedikit persoalan, siapakah antara kamu ini yang gatal-gatal tangan mencalonkan aku kat World Blogger Award? Malu aku wei. Blog cincai-cincai macam ni duk bertanding dengan blog power-power. Dah la penulisan entah pape, masuk dalam kategori Most Funniest Blog pulak tu. Entah kat mana kelakarnya aku pun tak tahu. Kalau personal blog boleh kira lagi.


Jadi, demi menjaga nama baik blog ni aku harap korang dapat memberi sedikit undi untuk aku. Nanti taklah aku kalah teruk sangat kan? 10 undi pun cukuplah hahaha okbai~

Oh ye, SINI. Cari kat bawah-bawah skit >_<

Sambung Bacaan

500

Posted In: . By Hazwan


Dah 500 entri yang aku tulis dalam blog. Sebenarnya lebih, tapi dah ada entri yang telah di delete sebelum ni kerana masalah tertentu. Duduk kat rumah ni, minat nak menulis blog ni macam tak ada. Idea tu banyak, tapi hanya kekal sebagai idea. Tangan aku ni macam malas nak menulis apa yang aku pikir. Otak pun malas jugak. Perut dan mulut je rajin bekerja. Bila semester baru dibuka nanti, aku harap baju dan seluar sekolah aku tak ketat.
Sambung Bacaan

23 Tahun

Posted In: . By Hazwan


Bila mula-mula masuk umur 22 tahun dulu, aku dah simpan niat dalam kepala. Sebelum umur 23 tahun, aku akan menghabiskan pengajian kat UTP. Tapi sekarang dah masuk umur 23 tahun, tapi belajar pun tak habis lagi. Jadi aku kena pasang impian baru, nak tamatkan pengajian sebelum umur 24 tahun. Apa nak jadi, jadi la.

Sebenarnya aku tak percaya sangat aku ni dah berumur 23 tahun. Rasanya baru semalam aku mendaftar masuk ke Tadika Teluk Ketapang. Namun yang aku harap, 23 tahun ni bukan hanya sekadar nombor. Aku harap ia lebih daripada itu. Tapi aku tak pasti apa yang 'lebih' tu. keh3

Terima kasih semua =)

p/s: sorang demi sorang meninggalkan utp. sedih kot
Sambung Bacaan

Aktiviti Senyum

Posted In: , , . By Hazwan




Hari-hari terakhir semester dipenuhi aktiviti bergambar. Memang lumrah bagi pelajar final year untuk berperangai seperti ini. Sebab itu pagar depan UTP sentiasa penuh dengan pelajar mengambil gambar kenangan. Aku tidak terkecuali. Kadang-kadang aku rasa mulut ini sudah letih untuk senyum, mengadap flash kamera atau berposing gaya artis. Tapi takpe, benda ni bukannya selalu boleh dilakukan. Lagi pun aku tahu, setiap senyuman ini akan membuatkan aku menjadi awet muda haha

Aku pun ada satu berita gembira untuk dikhabarkan. Bak kata orang tua, benda yang baik kena dikongsi bersama. Tapi biarlah perkara ini mendapat pengesahan dulu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Nanti aku cerita tapi jangan pikir bukan-bukan haha.

Semalam, seorang kawan aku yang belajar bersama-sama di MRSM KT telah meninggal dunia akibat kemalangan bersama adik beliau. Al-fatihah~

Sambung Bacaan


Waktu mula-mula masuk UTP dulu, aku ada pasang satu hajat. Aku nak ke Stadium Ipoh untuk menonton perlawanan bolasepak antara Perak dan Terengganu. Sebabnya, ada sedikit sejarah antara pasukan Terengganu dan Perak yang aku masih ingat termasuklah kekalahan Terengganu final Piala Malaysia 1998 dan Piala FA 2004. Aku masih ingat, sebab tu aku anti sedikit dengan team Perak hahahaha


Akhirnya, selepas 5 tahun hajat aku tercapai. Tadi aku bersama abang final year UTP yang lain ke Stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan pertama Liga Super antara Terengganu dan Perak. Rombongan terdiri daripada 7 orang penyokong Terengganu, seorang dari Perak, seorang dari Negeri Sembilan dan seorang dari Selangor; hadir ke stadium untuk menyertai puluhan ribu penyokong yang lain untuk memeriahkan lagi liga bolasepak tempatan ecece


Keputusannya, Terengganu kalah dengan jaringan satu gol berbalas kosong. Bagi aku, taktik Terengganu tidak menjadi dan permainan tidak semantap musim yang lepas. Di harap coach Mat Zan Mat Aris dapat memperbaiki lagi pasukan ini untuk perlawanan yang akan datang terutamanya di bahagian tengah. Kepada Ultras Tranung, anda semua memang power!

p/s: Kepada yang datang senyap-senyap tu, kesian terpaksa duduk dikelilingi penyokong Perak. Kalau tak boleh masuk dalam gambar smart ni hahaha :P
Sambung Bacaan

901

Posted In: , . By Hazwan

Mereka meraikan kegembiraan menamatkan degree. Aku meraikan kegembiraan menamatkan semester yang penuh onak-duri. Tatkala orang lain sibuk dengan proses harbound report FYP, aku terpaksa menyambung lagi proses meng-upgrade-kan result FYP yang telah sedia ada. Alahai Dr Murni, nasib baik dia comel. Kalau aku tak dapat A untuk FYP ni tak tau la nak cakap apa lagi. Berakhir sudah semester ini, sem depan sedang menunggu. Bersama cabaran baru, semangat baru dan juga makwe-makwe baru.

Kepada yang dah dapat kerja, tahniah aku ucapkan. Kalau belum, harap bersabar dan terus berusaha mencari kerja. Jangan risau, rezeki ada dimana-mana. Yang penting jangan putus asa. Chaiyok!

Gambar: Ihsan daripada Nashunter.
Sambung Bacaan

FYDP I

Posted In: , . By Hazwan


Dari dulu lagi aku selalu dengar, selain subjek FYP, subjek Final Year Design Project merupakan salah satu subjek membunuh bagi mereka yang mengambil kos Chemical Engineering. Dan merupakan satu subjek yang sangat penting kerana perlu menggunakan semua ilmu-ilmu yang aku dah belajar sejak tahun pertama di UTP. Namun kebanyakannya aku dah lupa.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyiapkan FYDP 1 setelah gagal untuk melakukannya beberapa bulan yang lalu. Kepada Adib, Ijat, Cho, Ida dan Ziela, terima kasih di atas sokongan anda semua. Aku tahu, aku agak busy menyiapkan FYP hingga mengabaikan FYDP. Kadang-kadang aku rasa bersalah melihat korang semua bertungkus-lumus di Lab ICON sedangkan aku masih terhuyung-hayang di lab FYP.

Dan aku mintak maaf sebab gagal membantu ketika kumpulan kita dikritik hebat semasa presentation. Dapat bagi moral support je, bak kata Adib kih3. Insyaallah, sem depan aku akan bagi fokus 140% kat FYDP II. Dan terima kasih kerana memberi markah penuh untuk peer evaluation form (walaupun aku sendiri yang isi hahaha). Terima kasih banyak-banyak ;D

Kepada Assoc. Prof. Dr. Zakaria Man, terima kasih kerana banyak membantu. Erm!

p/s: hanya mampu menulis, sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sambung Bacaan

2011

Posted In: . By Hazwan

Tahun ini dimulakan dengan majlis perpisahan bersama warga DA Lab AMD, dan diakhiri majlis makan malam dan perpisahan bersama ChemE Jan 07. Di tengah-tengahnya dipenuhi sejuta cerita yang penuh suka-duka, gelak-tawa, peristiwa menakutkan dan mengerikan; yang hampir kesemuanya telah aku rekodkan dalam blog ini.

Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di tahun baru ini. Aku tau, tahun 2012 ini menjanjikan cabaran berliku yang perlu aku tempuh. Dan mungkin azab cabaran ini akan dilalui seorang diri kerana mereka semua telah telah pergi. Ya, selepas 5 tahun bersama. Jangan risau ya kawan-kawan, aku masih kuat.

Azam tahun baru, aku nak habiskan degree.
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...