Ceria bukan main boleh minum Starbuck

Dalam pertengahan tahun 2007, pergi ke Bandar Ipoh pada hari cuti minggu merupakan kegilaan bagi budak foundation. Ok, aku tipu pasal kegilaan. Sebenarnya terpaksa sebab masing-masing takda kereta. Lagi pun waktu tu, aktiviti sewa-menyewa kereta ni masih belum berkembang.

Ada satu hari, kawan aku ajak pergi Ipoh Parade (IP). Jalan-jalan katanya. Aku sebagai budak foundation yang hilang arah hidup di bumi gersang Tronoh, terus mengikut tanpa banyak soal. Mananya tak hilang arah hidup, aku hanya ada MP4 sebijik sebagai peneman. Kalau ada laptop boleh jugak main Friendster dan Tagged.

Cakap pasal Tagged ni, aku paling suka part tekan YES atau NO. Macam cari jodoh je aku rasa wakaka. Ok, sambung cerita.

Dari Village 1, aku dan kawan-kawan yang lain berjalan ke pintu pagar UTP. Jaraknya ada lah dalam 15 minit kalau berjalan kaki sambil control macho. Selepas setengah jam menunggu, kami bergerak ke Ipoh dengan bas. Waktu bas lalu depan UTP ni tak tentu. Kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. Tengok atas nasib lah.

Sama jugak kalau naik bas tu, semuanya bergantung kepada nasib. Kalau bernasib baik, dapat duduk. Kalau tak, terpaksa lah berdiri sambil berhimpi-himpit dalam bas bersama bau hapak masing-masing. Nasib baik bas ni jenis open air, angin yang masuk laju bukan main. Yang paling malang pernah aku ingat, tersilap naik bas yang tertutup. Ingatkan ada air-cond. Rupa-rupanya rosak. Berpeluh-peluh jugak naik bas. Cilakak punye driver.

Di IP, biasanya aku suka belek-belek kasut. Aku tak pandai sangat nak belek-belek baju atau seluar waktu tu. Tak reti. Nak pegang-pegang henfon kat kedai lagi lah aku tak minat. Sebab takde duit sangat. Waktu tu henfon jenis Sony Ericson dengan kamera 2MP merupakan barang-barang mewah budak foundation. Seingat aku, hanya Aik dan Sharir saja je yang mampu beli. Yang lain hanya ada henfon cikai Nokia. Kecuali Mamat yang ada henfon Sony dengan kamera 5MP. Peh3

Nak dijadikan cerita, akhirnya aku masuk ke dalam satu kedai pakaian. Aku terus pergi ke rak kasut. Aku belek satu-persatu sambil membayangkan betapa kacaknya aku memakai kasut tersebut. Memandangkan kasut yang aku pakai masih elok, selepas belek aku terus keluar ke arah pintu yang terhampir. Tiba-tiba

DUBBB!!!!

Tiba-tiba aku jadi cicak. Badan, tangan dan muka aku terlekat dekat cermin kedai. Rupa-rupanya aku terlanggar dinding kedai yang diperbuat daripada cermin lutsinar. Jelas kelihatan kat luar ada dua orang brader yang duduk atas kerusi sedang gelak macam perut nak pecah.

Aku kaget. Selepas beberapa saat-saat, baru aku berundur ke belakang. Malu tu memang tak payah nak cakap lah. Rasa nak terjun bunuh diri dari IP tu.

Aku pandang orang sekeliling dalam kedai. Masing-masing cuba nak tahan gelak. Aku pandang kawan-kawan yang lain, masing-masing buat-buat tak kenal. Celaka! Tapi kalau aku jadi diorang, aku pun buat macam tu jugak haha

Sejak peristiwa itu, aku boikot daripada segala aktiviti ke Ipoh selama satu sem. Aku jadi fobia dengan dinding atau pintu kaca. Dan aku cepat-cepat buat spek baru kerana aku susah nak bezakan antara ada cermin atau takde cermin. Ngeri dowh!