Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

2nd year agaknya. Pergi IRC tak payah pakai kad matrik pun haha.

Balik dari presentation tadi, aku sempat berbual dengan Hamzah. Hamzah satu group dengan aku untuk projek OM. Bila tengok dia berjalan dengan memakai satu tongkat, rasa kesian plak bila aku tengok. Mungkin tu perasaan kawan-kawan aku dan orang asing apabila melihat kehidupan aku dulu yang dibantu dua tongkat.

Aku tanya Hamzah, apa perasaan dia sekarang. Dan jawapan dia, sama macam apa yang aku rasa dulu. Dulu aku sangat beci bila orang memandang aku dengan perasaan kesian. Aku benci melihat mata-mata manusia yang memandang dengan riak muka penuh simpati. Dan Hamzah juga macam aku, agak malu untuk muncul dikhalayak ramai. Kerana tak suka dengan tumpuan yang diberikan oleh orang lain.

Yang aku dapat cakap, kadang-kadang manusia sakit ni sukar menerima kenyataan yang keadaan mereka akan mengundang simpati orang lain. Dan juga kadang-kadang sensitif dengan kata-kata gurauan orang yang lebih normal. Orang yang pernah merasa mungkin faham.

Aku dulu bernasib baik, kerana mempunyai ramai kawan yang suka membantu. Daripada untuk pergi ke kelas sehinggalah untuk membeli makanan. Dan juga tengok bola kat kedai mamak. Ada juga yang sanggup membawa aku untuk keluar dari UTP dan pergi jalan-jalan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk membentuk kembali keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. Terima kasih sahabat.

Oh ya! Jari kaki Hamzah patah ketika main futsal minggu lepas. Aku kompius gak, dia ni main futsal ke wrestling? Haha. Sekarang dia bergantung kepada tongkat aku pernah guna dulu. Dia pesan, doakan dia semoga doktor dapat memberi kelulusan untuk membuka balutan simen di kaki beliau. Tak gatal sangat kaki, katanya. Hamzah, jangan marah. keh3
Sambung Bacaan

5 Tahun

Posted In: . By Hazwan

Kalau bisa aku cerita'in, pasti kalian tidak akan percaya. Rasa ini buat aku sakit, tapi bukan di luar. Kamu mungkin faham, mungkin tidak.


Sambung Bacaan

Tragedi Seterika

Posted In: . By Hazwan


Sambil mengosok baju kemeja untuk final presentation FYP esok, kepala aku berputar-putar ke zaman 5 tahun kebelakang. Secara tepat sehari selepas tamat peperiksaan SPM. Pagi itu fikiran agak kacau memikirkan interview kemasukan ke UTP yang akan berlangsung pagi itu jugak.

Selepas bersarapan dan membelek kamus untuk melihat perkataan apa yang patut digunakan dalam interview, aku keluar dari dorm untuk mencari seterika di dorm lain. Seterika dalam dorm aku dah rosak, kena gigit tikus agaknya. Aku sampai di dorm seberang, entah nama apa aku dah lupa. Aku mula berjalan sepanjang dorm itu sehinggalah aku ternampak satu seterika. Nampak macam baru.

Weh, seterika ni buleh gune ke dok?” tanya aku kepada salah seorang kawan yang menghuni dorm tu. “Buleh kot. Try la guna,” jawab kawan aku tu dengan ringkas.

Tanpa menghiraukan perkataan ‘kot’ yang digunakan kawan aku tadi, aku segera menghidupkan suis dan menunggu seterika aku panas. Baju kemeja kuning aku dihamparkan dengan elok di atas meja menggosok. Lampu kaler merak di seterika sudah padam. Tanpa membaca bismillah, aku letakkan seterika panas di bahagian lengan baju untuk mula menggosok.

‘Zaapppppppp!!’


Sambung Bacaan


Zaman sekarang, fenomena otak rosak semakin merebak. Daripada kisah panglima gemuk yang suka meludah, hinggalah kepada kisah hukuman Khir Toyo yang tak masuk akal. Kenapa mereka-mereka ini jadi macam tu, mungkin perkara dibawah adalah penyebabnya.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Aku tengok student sekarang memang malas nak sarapan pagi. Sebab tu kat kafe sunyi je tiap-tiap pagi. Nasib baik ada member yang nak teman aku makan. Sarapan ni penting.  Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ini pun masalah besar ni. Terutamanya kepada aku sekarang, (dan juga Pojie) Tahukah anda, makan banyak akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Dan juga memberatkan perut >_<

3. Perokok
Ini antara perkara yang paling aku tak suka iaitu merokok. Asap rokok sebenanrnya akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. Aku rasa ia ada kaitan dengan apa yang aku belajar dalam kelas biologi dulu tapi lupa kerana tak fokus.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Aku tengok orang Kelantan suka makan manis-manis tapi kenapa hampir semua yang aku kenal adalah bijak-bijak? Adakah budu telah meneutralkan rasa manis ini? 

5. Pencemaran udara
Haa, yang ni pun aku belajar dalam kelas biologi jugak ni tapi dah lupa..Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

Sambung Bacaan

Setahun Berlalu

Posted In: . By Hazwan


Hari ni genap setahun dia pergi. Aku masih ingat hari itu, air mata aku mencurah dari Penang melintasi sempadan Gerik sampai ke Kuala Terengganu. Bibit-bibit penyesalan yang timbul memang menyesakkan dada. Ada banyak benda yang buat aku kesal, menyesal dan terkilan. Sampai sekarang aku masih rasa. Namun, tak ada orang tau kenapa aku berasa begitu.

Aku masih ingat, sepanjang perjalanan aku menitipkan semua kenangan-kenangan aku bersama dia. Aku tulis satu persatu apa yang terlintas difikiran. Tapi entah macam mana, aku rasa malu nak masukkan dalam blog. Dan aku padamkannya begitu saja. Tapi hari ni aku rasa menyesal kerana padamkan catatan itu. Kalau boleh aku nak baca balik apa yang aku tulis, kerana semua memori bersama dia aku simpan dalam itu.

Aku rindu kat dia. Aku harap dia tenang di sana. Al-fatihah buat arwah Haji Ismail bin Mohd Salleh~

Sambung Bacaan


Hajat aku untuk menyambung kerja di Mekdonel nampaknya tidak kesampaian. Mana tidaknya, semua plug dah penuh digunakan oleh manusia-manusia yang ingin menikmati internet free. Dan juga elektrik free. Maka terpaksalah aku mengeluarkan sebatang pensel picit dan buku conteng yang aku selalu bawa ke kelas untuk mengisi masa terluang. Untuk menulis benda ini.

Tiba-tiba rasa kesian kat diri sendiri. Yela, niat aku duduk kat sini sebab nak siapkan report FYP yang dah lama tertangguh. Tapi niat ini terbnantut gara-gara manusia yang suka berfacebook di Mekdonel.

Oh ya, sekarang aku berada di Mekdonel Kota Bharu, berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah. Oh ya lagi, ada lima orang makwe baru saja duduk betul-betul di depan meja aku. Ok, control macho jap, sambil menarik hidung yang tidak berhingus.

Sambung Bacaan

Suatu Masa

Posted In: . By Hazwan



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku
Cahaya di matamu

Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Sambung Bacaan

Serius bangang bila membaca komen-komen yang ditulis oleh peminat KPOP yang merusuh di ruangan komen sebuah blog. Al kisahnya, makwe gigi arnab ini merangkap sebagai penulis blog beliau sendiri telah membuat satu entry pendek tentang betapa menyampahnya beliau dengan KPOP sambil mengutuk jejaka mata sepet tak hensem yang aku tak kenal. 

SUMBER SINI

Maka bermula lah perang memaki hamun yang dilakukan askar-askar KPOP Malaya untuk membela dunia KPOP yang dihina sebegitu rupa kah3. Tak termasuk lagi nak ajak bergaduh di luar jika tak delete post tu. Serius bangang mereka-mereka yang komen sebegitu rupa. Dah la Melayu, confirm-confirm lah Islam. Adei, lemah betul mentaliti budak-budak nih.

Kenapa aku cakap diorang tu bangang? Pertamanya, itu blog budak tu. Dia ada hak nak tulis apa yang dia suka selagi tak menyentuh sensitiviti kaum dan agama di Malaysia. Sama jugak macam orang-orang yang mengutuk Najib Razak atau Fakri Saarani dalam blog. Ataupun Justin Bieber. Tak sama ke? Kedua, aku tak faham kenapa diorang nak emo sangat bila orang kutuk KPOP ni. Apa yang korang dapat? Fans Liverpool pun tak emo macam korang bila kena kutuk gila-gila kat dalam blog dan facebook. Bila Malaysia dihina pun, takde plak diorang ni nak merusuh dan menyerang blog-blog yang mengutuk Malaysia. Tu tak termasuk lagi tentang kes menghina agama dan nabi.

Yang paling kelakar, banyak komen yang suruh budak tu supaya belajar menghormati orang lain, tapi banyak komen yang mencarut je aku tengok. Bagi aku, memberi nasihat dan menegur sambil mencarut adalah perbuatan yang bangang.

Tapi aku anggap yang memberikan komen bangang sebegitu adalah dari kalangan budak sekolah yang masih belum matang dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Biasa, budak-budak sekolah ni fanatik dia lain macam sikit. Tapi kalau ada jugak yang berumur macam aku atau lebih tua yang duk komen mencarut tak tentu pasal, eloklah disunatkan selkali lagi. Tak kira lelaki atau perempuan.

Tapi aku rasa Fakri Saarani lebih hensem dari mamat Korea kat atas tu. Kah kah kah! Post ini ditujukan buat mereka yang komen merapu-rapu dalam blog diatas. Kalau tak komen, anda tak bangang :P

p/s: Tak pasal-pasal aku post dua entry dalam sehari.




Download Ombak Rindu DVDRip Mediafire Freelinks
Sambung Bacaan

Adab Makan Maruku Dalam Kelas

Posted In: . By Hazwan

Kemam dulu maruku sebelum gigit, supaya mulut kita tidak mengeluarkan bunyi ketika sedang memamah maruku. Satu lagi, jangan suap maruku ketika lecturer sedang memandang kita. Mungkin dia akan marah, atau mungkin dia akan terliur. Terakhir, pegang plastik maruku itu elok-elok, jangan bagi bunyinya mengganggu kosentrasi orang lain. Tapi, kalau tak makan maruku dalam kelas lagi bagus rasanya.

Tapi kan, serius sedap maruku yang aku bawak ke kelas tadi. Keh3
Sambung Bacaan

Pasar Karat Ipoh

Posted In: , . By Hazwan


Pasar Karat Ipoh merupakan salah satu tempat yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang melancong ke Ipoh. Menurut hasil kajian google, ia turut dikenali sebagai Loken dalam kalangan penduduk tempatan. Kenapa Loken? Aku tak tahu apa itu Loken kerana tiada dalam hasil carian google hehe.

Dahulu loken ni terletak kat tepi Sungai Kinta. Tetapi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Ipoh dan peniaga-peniaga loken, tapak ini telah dipindahkan di Jalan Horley, Ipoh. Senang cerita, di tapak Gerbang Malam. Loken kini dijenamakan semula sebagai Memory Lane. Walau bagaimanapun bagi penduduk-penduduk setempat, nama loken masih lagi menjadi sebutan. Pasar Karat ni dikatakan hanya ada pada hari Ahad, bermula awal pagi sampai ke pukul 3 petang.

Di Pasar Karat Ipoh ini, terdapat pelbagai barangan lama dan antik serta banyak barang keperluan yang lain. Barang-barang curi pun mungkin banyak kat sini. Mungkin la. Antara barang-barangan yang mungkin anda akan dapat disini seperti duit syiling dan duit kertas lama, seterika arang, buku, cermin mata, kamera antik, keris lama, baranggan perhiasan dan bermacam-macam lagi benda yang anda rasa tak patut ada di pasar. Misalnya, penunu Bunsen.

Barang-barang bundle pun banyak, barangan tiruan dan juga pelbagai jenis pakaian dan aksesori diri. Kalau nak cari alat ganti untuk motorsikal, kereta atau barangan elektrik lain, disini merupakan tempat terbaik untuk mencarinya dengan kos yang murah. Tapi hati-hati, anda mungkin terbeli barang curi. Apa yang aku boleh cakap, tempat ini tak ubah seperti Penang Rope Walk yang pernah aku cerita kat SINI dahulu. Kat bawah ada gambar sikit-sikit yang aku sempat tangkap pagi tadi. Layan~

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...