Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....


Bila aku cakap aku nak menonton perlawanan kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Bahrain, ramai jugak yang terkejut. Dan ada jugak yang tak hairan. Yang terkejut pulak sangat terkejut kerana keinginan aku ini menjadi kejutan buat mereka.

Kenapa perlu bersemangat sangat untuk menonton perlawanan bolasepak Malaysia,’ mungkin itu yang terlintas dalam hati mereka.

Tapi aku okey. Dan kamu kena faham, setiap manusia ada obsesi mereka terhadap sesuatu. Sebab tu aku tak pernah persoalkan mereka-mereka yang turun KL untuk menonton perlawanan bolasepak pasukan BPL masing-masing di Bukit Jalil hari tu. Sebab tu aku tak persoalkan mereka-mereka yang turun KL untuk menonton konsert Korea yang entah apa-apa hari tu. Sebab tu aku tak pernah persoalkan mereka-mereka yang sanggup mengembara jauh semata-mata untuk berjumpa makwe-makwe kesayangan. Macam yang aku cakap, setiap manusia mempunyai obsesi masing-masing, hatta terhadap makwe-makwe sekalipun.

Tapi obsesi perlulah selari dengan akal fikiran. Dan aku tak rasa obsesi ini akan menggangu akal aku.

Tepat pukul 5 petang, aku sampai ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke situ adalah pada tahun 2001, iaitu semasa berlangsungnya Sukan Sea Kuala Lumpur. Kira-kira 10 tahun yang lepas. Tapi aku tak tengok bola la, kerana aku datang ke situ bersama makcik aku. Jadi aku hanya mengikutnya untuk menonton pertandingan renang berirama. Kecik-kecik lagi dah pandai cuci mata kui3

Sambung Bacaan


Cheme Premier League (CPL) merupakan satu pertandingan futsal yang diadakan untuk mengeratkan ukhwah antara pelajar lelaki Chemical Engineering batch Jan 07 di UTP. CPL pada awalnya hanya dimainkan sekadar suka-suka selepas setiap kali habisnya peperiksaan akhir semester. Namun, pada akhir tahun 2009, ia mula dijadikan sebagai satu pertandingan yang serius antara kaum lelaki untuk merebut kejuaraan CPL.

Semalam, CPL edisi terakhir telah menutup tirainya dengan jayanya. Macam biasa, semua orang tertunggu-tunggu siapakah juara CPL edisi terakhir ini. Jom baca rangkuman dibawah.

Sambung Bacaan


  • Bangun pagi ini, senyuman masih tidak putus-putus aku hamburkan kepada skrin laptop. Kemenangan Malaysia terhadap Indonesia semalam masih terasa dalam fikiran. Ini kerana, ia bukan sekadar kemenangan mendapat pingat Emas Sukan SEA, tapi ia lebih daripada itu. Ia merupakan kemenangan yang penuh bermaruah untuk mengembalikan martabat Malaysia yang dianjing-anjingkan dan dipijak-pijak rakyat Indonesia sebelum ini. Masih ingatkah anda dengan peristiwa lagu Negaraku dicaci ketika dimainkan?
  • Walaupun pelbagai serangan mental dilakukan terhadap skuad Harimau Malaya, termasuklah dicerca dan dimaki, keracunan makanan, penginapan yang jauh dari stadium dan juga terpaksa menaiki Baracuda untuk ke stadium kerana bimbang dengan tindakan peminat fanatik Indonesia, akhirnya Malaysia berjaya menumpaskan keegoan Indonesia di gelanggang sendiri. Tahniah Malaysia. 
  • Walaupun kehilangan beberapa tonggak utama seperti Zaharul Nizam dan Syahrul Azwari, ia langsung tidak menjejaskan permainan Malaysia. Pemain Malaysia memang terbaik ketika menyerap tekanan dari dalam dan luar. Banyak gerakan yang merbahaya namun ketumpulan jentera serangan mengecewakan segalanya. Barisan pertahanan Malaysia memang hebat termasuklah Zubir Azmi yang berlari tanpa henti sepanjang permainan. Dan akhirnya, dia terpaksa menjalani ujian dadah kerana mempunyai stamina yang luar biasa. Ish, tak habis-habis nak dengki. 
  • Suasana di UTP semalam sangat menakjubkan. Sorakan demi sorakan oleh warga UTP memang penuh bersemangat di kafe V5. Sampai ada yang panjat kerusi dan meja. Yang patah spek pun ada sebab bersorak tak ingat dunia. Dan yang paling best, ketika bersorak dan melompat sambil memegang bahu beramai-ramai. Priceless moment beb!! Kepada penyokong Indonesia yang turut berada di kafe semalam, aku kagum dengan semangat anda walaupun nampak segan-segan nak bersorak hehe 
  • Seperti yang dijanjikan, hari ini aku pakai jersi Malaysia ke kelas dan ramai juga yang turut sama menyahut saranan aku ni. Terima kasih kepada Fahmi, Pojie, Faiz dan Adi yang turut memakai jersi Malaysia. Tak lupa juga Farahin yang turut memakai jersi Harimau Malaya. Aaumm! 

  • Hari ni aku ada dua kelas satu jam, dan kedua-duanya habis awal. Mungkinkah ini kerana kemenangan semalam? Namun yang paling best seorang lecturer perempuan yang mengajar OM turut menyindir Fakri Saarani kwkwkkwkw
  • Ketika pulang dari kelas dengan menaiki motorsikal, seorang driver lori dan beberapa penumpang menjerit Malaysia Boleh kepada aku kerana memakai jersi Malaysia. Yang melambai dan mengangkat tangan pun ada hahaha. Happy giler! 
  • Kepada orang Indonesia, aku bukannya anti Indonesia. Aku cuma anti dengan mereka yang suka melakukan provokasi melampau-lampau serta tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Pemain Indonesia pun ok jer, Cuma sesetengahnya aku sedikit menyampah seperti Diego. 
  • Kemenangan di Stadium Bung Karno semalam adalah mewakili semangat juang semua atlit yang berjuang di Sukan Sea 26. Tanah Tumpah Darahku. Malaysia Boleh!! Aaumm!! (sambil buat gaya Lisa Surihani)

Sambung Bacaan

Ash in The Ashes

Posted In: , . By Hazwan

sebelah kiri tu coursemate aku


Tronoh Theater Shop atau pun lebih dikenali sebagai TTS merupakan satu kumpulan teater yang terkenal di dalam UTP. Kalau kat luar UTP aku kurang pasti. Dulu aku bukan tau sangat pasal teater ni. Tapi selepas menonton persembahan TTS di malam penutup Independence Week UTP 2008, aku mula tertarik. Maksud aku tertarik nak menonton, bukan nak berlakon.

Selepas persembahan teater Mahkamah Lorong dan Tuah Hang Jebat serta beberapa persembahan lain, hari ini aku sekali lagi meluangkan masa untuk menonton mime show daripada TTS yang bertajuk Ash in The Ashes. Kalau tak tahu, mime show ni merupakan lakonan yang tidak mengeluarkan suara, hanya mimik muka dan pergerakan badan yang bercerita. Macam badut rasanya kih3. Nak tengok mime show ni, kena bagi fokus yang tinggi. Kalau tak, anda akan lost dalam dunia sendiri.

Ash In The Ashes berkisahkan tentang kehidupan peragawati yang agak menyedihkan. Selepas begitu lama menjadi peragawati, dia mula tidak disukai oleh orang ramai. Peragawati ini akhirnya membawa hati yang sedih dan bekerja di sebuah kelab (rasa-rasalah). Kemudian, dia berkenalan dengan seorang jejaka dan akhirnya berkahwin (walaupun tiada babak kahwin, aku main agak-agak je haha). Namun langit tak selalunya cerah. Suaminya meninggal  akibat kemalangan ketika dia sedang sarat mengandung. Dalam kepayahan, akhirnya dia berjaya melahirkan sepasang bayi kembar sebagai bukti cinta dia dan suaminya. Namun, kedua-dua anaknya meninggal kerana kecuaian dia sendiri. Kemudian, peragawati ini menjadi gila. Camtu la kot sinopsis dia.

Apa yang boleh aku cakap, mime show tadi agak sedih terutamanya time citer dah nak habis. Aku dapat rasa kesedihan peragawati ini. Walaupun ada yang gelak-gelak melihat aksi pelakon ini, tapi aku dapat memahami perasaan sedih beliau selepas kehilangan suami dan anak. Aku ingat aku sorang je yang rasa begitu, rupa-rupanya kawan-kawan aku yang lain pun sama. Tahniah kepada TTS kerana berjaya membuat satu persembahan mengagumkan sebentar tadi. Bukan senang woi nak berlakon dan bercerita tanpa suara.

Sebenarnya persembahan tadi aku tafsirkan mengikut kefahaman aku sendiri je. Mungkin tak sama dengan apa orang lain faham dan tak sama dengan apa yang pelakon nak sampaikan. Tapi aku nak pesan sikit kat TTS, promosi untuk mime show ni tak meluas sangat. Macam ramai je yang tak tahu. Dan tak nampak pun muka junior-junior yang datang. Makwe-makwe pun tak ramai sangat tadi. Eh?

Kepada TTS, persembahan tadi best! (walaupun ada sesetengah part aku dah tengok sebelom ni >_<)
Sambung Bacaan

Meluah Dan Menelan

Posted In: . By Hazwan


Hari ini banyak betul benda yang terjadi, dari pagi sampai lah ke waktu aku sedang menulis entri ini. Bangun pagi, jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Rumet pulak masih terbongkang di atas katil. Ini bermakna aku terpaksa solat Subuh secara gajah. Biasanya waktu pagi aku akan breakfast bersama kawan-kawan yang lain di Restoran Taman Maju kerana harga makanan kat situ tersangatlah murah. Namun, mood yang kurang elok kerana bangun lambat membantutkan niat aku untuk bersarapan.

Pukul 9 pagi, Migho ajak pergi memancing di tasik UTP. Katanya, cuaca mendung memang sedap untuk memancing. Aku terus bersetuju dengan cadangan beliau. Namun sampai saja di sana, cuaca kembali panas. Maka terpaksalah aku berjemur di bawah terik mentari untuk memancing ikan menggunakan umpan yang baru. Namun sayang,hasil tangkapan adalah kosong. Betul kata orang tua, kalau bangun awal rezekinya murah. Kalau bangun lambat? Anda sambung sendiri yer.

Selepas 2 jam berjemur, aku pulang ke bilik. Kerana lapar, aku ke dapur untuk masak nasi. Kemudian, aku mengutip baju-baju yang terperap untuk dibasuh. Aku basuh baju dengatn tangan je, malas nak turun bawah untuk guna mesin basuh. Lagi pun guna tangan ni dapat menyihatkan badan, macam exercise la omputih cakap.

Lepas jemur baju, mandi dan solat Zohor, aku bergegas ke dapur untuk mencedok nasi ke dalam pinggan. Dengan berlaukkan sambal daging, sambal tok-tok dan sebotol budu, aku layan lunch sorang-sorang sambil menonton cerita Pontianak Kampung Batu. Sebenarnya cerita ni dah lama aku tengok, tapi still tak habis lagi. Sebab sekali tengok, 10 minit je. Lepas tu aku tutup untuk disambung bila aku rasa nak makan dalam bilik lagi.

Lepas makan, seorang kawan lama menyapa aku di Google Talk. Lama betul tak bertanya khabar. Dia tanya, apa masalah aku sebenarnya. Mula-mula malas jugak nak cerita. Memandangkan aku rasa aku perlu cerita hal ni kepada seseorang yang aku selesa, aku pun cerita lah. Nak menangis jugak dia bila aku cerita masalah aku ni. Mesti korang nak tahu jugak kan pasal masalah aku ni? Malas la aku nak citer :P

Dalam pukul 4, mata dah mula mengantuk. Tapi aku tahan kerana pada pukul 5 ada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Myanmar. Aku risau jadi macam semalam, aku tidur pukul 4, bangun pukul 7.30. Ini gara-gara aku ikut kawan-kawan yang lain pergi gym pagi semalam. Letih nak mampus kot. Jadi, aku meluangkan sedikit masa untuk menjadi manager bola sekejap.

Pukul 5, aku dah terpacak di kafe v5. Perlawanan separuh akhir Sukan Sea antara Malaysia dan Myanmar bermula. Dan permainan Malaysia kali ini agak mengecewakan, seperti hilang arah. Nasib baik gol Fakri Saarani pada minit terakhir perlawanan menyelamatkan segalanya. Final skor, Malaysia 1 Myanmar 0. Tahniah Malaysia!! Semoga berjaya mengekalkan Pingat Emas Sukan Sea untuk dua kali berturut-turut. Aaumm!!

Balik bilik, aku berdinner seorang diri dengan makan Goldon Bleu yang di beli di kafe V5 sambil melayan komen-komen di facebook. Kebanyakannya padal bola. Tiba-tiba rumet aku pulang dari memancing. Demn, banyak giler ikan dia dapat. Pagi tadi aku pergi memancing tak dapat pulak ikan. Herm, nampak gaya esok ada pesta makan ikan kat Sabilah yeah! ;D

Kepada anda yang membaca entri ni sampai habis, aku tak faham kenapa anda baca. Bukan menarik sangat pon. Aku menulis kerana aku rasa lega selepas menyiapkan sesuatu entri, segala kekusutan dalam kepala akan hilang macam tu aje. Tapi sebenarnya aku ada perkara lain untuk diceritakan, tapi aku malas nak cerita. Lupakan je lah.

p/s: Bukan senang nak ingat apa yang kita nak ingat, dan bukan senang nak lupa apa yang kita nak lupa. Kan?
Sambung Bacaan

Harimau Malaya 1 GaruDada 0

Posted In: . By Hazwan



  • Satu gol dari Syahrul Azwari sudah cukup melenyapkan cemuhan daripada 80 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno atau lebih sesuai dipanggil padang ragut. Jeritan ‘maling’ kepada pemain, provokasi ketika lagu Negaraku dimaainkan dan bermacam cemuhan diterima berjaya dimatikan melalui hantaran cantik daripada Mahali Jasuli yang disempurnakan dengan kemas oleh Syahrul Azwari. Tahniah Syahrul! Tahniah juga kepada pemain Malaysia yang berjaya menyerap tekanan daripada pemain dan penyokong pihak lawan.
  • Fakta menarik, Syahrul Azwari berumur 18, berjersi 18, telah jaringkan gol pada minit ke 18 pada 18hb (di Indonesia dah 18hb).
  • Aku kagum dengan Nazmi Faiz.
  • Rasanya dah banyak kali aku mengutuk Izzaq Faris Ramlan dalam blog ni. Selepas berjaya menjaringkan gol yang cantik ketika bertemu Thailand dan seterusnya ketika menentang Kemboja, dia sekali lagi mengecewakan aku, dan juga rakyat Malaysia yang lain. Aku tak tahu nak salahkan dia ataupun kerana faktor padang yang amat buruk, yang lebih buruk dari padang ragut di Stadium Shah Alam. Kalau tak dah menang 3-0 dah tadi.
  • Dengar cerita Indonesia hanya menurunkan skuad ke-dua dalam perlawanan sebentar tadi. Ini bermakna itu bukanlah kekuatan Indonesia yang sebenar. Mereka masih menyimpan kekuatan mereka untuk separuh akhir. Dan aku harap, Indonesia akan tewas kepada Vietnam di separuh akhir nanti. Taklah serabut sangat dengan penyokong diorang di final nanti.
  • Lari sikit dari cerita bola. Aku rasa kebanyakan jurukamera suka fokuskan kamera kat makwe-makwe cun. Contoh yang terbaik adalah dalam perlawanan tadi. Dan part paling kelakar ketika seorang lelaki berkopiah putih bercakap dengan makwe freehair kah3. Hurm, dulu time aku tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam, jurukamera dia pun macam tu jugak. Fokus kat perempuan je. Ish!
  • Dan pengulas Astro Arena tadi memang suka buat aku pecah perut. Mamat dua orang tu mengulas bola macam bersembang kat kedai kopi. Bermacam-macam ayat kelakar yang keluar ketika mengulas bola tadi. Tapi sekurang-kurangnya lebih bagus daripada pengulas TV3 ketika perlawanan menentang Thailand hari tu. Bila Thailand menyamakan kedudukan, terus pengulas tu cakap peluang Malaysia telah tertutup. WTF?
  • Aku harap, Harimau Malaya akan terus mengaum di bumi Indonesia untuk mengekalkan Pingat Emas Sukan Sea untuk kali ke-dua berturut-turut. Tahniah Malaysia, Tanah Tumpah Darahku. Aaumm!

Sambung Bacaan

Lari Berpagar

Posted In: . By Hazwan

gambar hiasan
Orang lain dah nak habiskan semua lompatan. Yang nak sampai ke garisan penamat pun ada. Aku sorang je pelik, pagar pertama pun susah nak lepas. Aku langgar semua kang!
Sambung Bacaan

Ada Apa Pada Tarikh 11.11.11?

Posted In: . By Hazwan


Hari ini semua orang kecoh dengan tarikh 11.11.11. Seperti yang aku jangka, status facebook dan twitter dipenuhi dengan angka-angka ini. Ada yang mengatakan tarikh ini sangat istimewa, bermakna, dan bertuah. Tetapi ada juga yang mengatakan ia ada kaitan dengan kebangkitan atau pemujaan syaitan. Aku tak faham betul lah, ramai yang menyebarkan perkara-perkara sebegini tanpa menyelidik terlebih dahulu. Yang aku dapat buat hanyalah gelak sorang-sorang.

Pada tarikh ini juga naqib usrah aku pada zaman foundation akan menamatkan zaman bujang beliau. Tahniah kepada Abg Zaman yang akan diijabkabulkan pada malam ini dengan pilihan hati beliau. Dan ramai lagi sebenarnya yang akan berkahwin pada hari ini. Yang lebih kelakar bagi aku, ada yang sanggup menunggu pukul 11.11 pagi untuk akad nikah. Kalau hantaran RM 11, 111.11 tu biasalah. Tapi kalau aku, aku buat hantaran RM1, 111.11 je. Murah sikit hehe

Tapi aku pelik jugak dengan sesetengah ibu bapa yang menempah perkhidmatan bersalin di hospital untuk melakaukan pembedahan melahirkan anak pada tarikh ini. Info ni aku dapat dari seorang kawan. Tak kesian ke kat baby tu, tak puas lagi duduk dalam perut ibu tapi terpaksa keluar awal kerana tarikh punya pasal. Dan tak ada side effect ke kalau bedah macam tu? Yang ni aku tak tahu. Tapi beruntung la kepada mereka yang dilahirkan di Terengganu hari ni. Kerana nombor kad pengenalan mereka akan bermula dengan 8 digit nombor 1 iaitu 111111-11-****. Macam cantik, kan?

Namun, tarikh hari ini juga mungkin diingati sebagai tarikh malang bagi mereka di luar sana. Contohnya seperti kejadian malang yang menimpa rombongan sekolah dari Kulim pada awal pagi tadi. Bas yang mereka naiki terbabit dengan kemalangan di Behrang yang menyebabkan 3 kematian dan 22 orang yang lain tercedera. Takziah untuk mereka. Mungkin banyak lagi kejadian menyedihkan yang menimpa orang lain pada hari ini yang kita tak tahu. Renung-renungkan.

Yang penting, semoga tarikh-tarikh yang cantik seperti ini tidak dijadikan oleh pasangan kekasih untuk membuktikan cinta mereka dengan menghasilkan anak-anak luar nikah. Dah boring aku baca pasal isu buang anak ni. Hermm!
Sambung Bacaan

Salam Aidiladha 1432 Hijrah

Posted In: . By Hazwan


Selepas beberapa hari runsing memikirkan cara untuk pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidiladha, akhirnya aku selamat sampai di Terengganu. Pada mulanya aku ingin plang ke kampung dengan menaiki bas, tapi memandangkan harga tiket bas yang melambung tinggi hingga mencecah RM70, aku terpaksa mencari alternatif lain. Dan Miji menjadi penyelamat kerana sudi menumpangkan aku untuk pulang bersama beliau. TQ boh!

Akhir kata dari pemilik blog, Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca. Selamat menjamu daging korban, tapi bersederhanalah ketika makan. Buat mereka yang memandu, hati-hatilah ketika memandu. Biar lambat asalkan sampai. Jangan tak sampai langsung. ;)

p/s: Ayoh Chik rindu Syifa ;(
Sambung Bacaan

Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, "Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".

Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam Muhammad Abduh, beliau meminta mereka untuk menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, "Untuk apa?" Beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling menyerang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.

Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk mencabul kehormatan sang betina.

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah' (perasaan cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa dengan lelaki yang hanya membiar dan melihat isterinya yang tidak menutup aurat atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, tanpa rasa cemburu dan was-was. Adakah ini petanda sifat BABI telah menular dalam kalangan manusia? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda. Atau kalau taknak disamakan dengan orang yang memakan babi, tanamlah perasaan cemburu terhadap tingkah-laku anak isteri anda. Jangan jadi lelaki dayus.  

Kata aku: Jangan makan ayam banyak sangat, nanti suka bergaduh berebutkan perempuan keh3.. Joking! Amaran, jangan bagi sifat keBABIan menguasai hidup anda.

Sumber: Solihin Zubir
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...