Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....


  • Aku sampai di Stadium Shah Alam pada pukul 4 petang, dengan tanpa mempunyai sebarang tiket. Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa rakan dan kemahirang mengayat, dapat jugak aku dan empat kawan yang lain mendapat tiket yang berharga RM30. Kepada yang jual tiket dalam harga RM60 tu, kesian sangat-sangat. sebab tak ada orang beli Keh3 
  • Sebenarnya aku terpaksa mengagahkan diri untuk ke stadium kali ini. Dengan kaki yang masih belum sembuh, aku risau kalau sesuatu yang buruk akan berlaku di sana. Mak abah aku juga kurang berkenan aku pergi ke stadium, diorang risau sebenarnya. Namun aku berjaya yakinkan diorang untuk bagi kebenaran, lagi pun bukan selalu Terengganu dapat masuk final Piala Malaysia. Ye dok? 
  • Permainan Terengganu malam tadi tidak seperti biasa. Bahagian pertahanan kelihatan sangat gugup dan membuat banyak kesilapan. Kadang-kadang nak ‘clear’kan bola pun tak kena. Dan pada awal-awal permainan, pemain mengeluarkan bola dari kawasan penalti dengan menyepak sesuka-hati, tidak seperti sebelum ini dimana mereka menghantar bola itu kepada barisan hadapan. Namun kekentalan Marzuki Yusof di bahagian pertahanan berjaya menutup beberapa kesilapan mudah Terengganu. Tapi kecuaian pada minit terakhir perlawanan membawa padah. Hai-O yang tidak dikawal dengan penuh bergaya berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan. 
  • Bila bercakap tentang Hairuddin Omar ni, dulu aku memang minat dengan dia. Aku mula kenal ketika dia bermain untuk skuad Olimpik 2000 pada tahun 1997, kalau tak silap. Kemudian, dia membawa Terengganu menjulang Piala FA 2000 dan Piala Malaysia 2001. Pada waktu itu, dia mendapat anugerah pemain terbaik walaupun aku rasa Wan Rohaimi lebih layak. Kemudian, apabila dia keluar dari Terengganu untuk berhijrah ke Pahang, aku mula meluat dengan dia. Dan apabila dia menjaringkan gol untuk menyingkirkan Terengganu di separuh akhir Piala Malaysia 2009, aku lagi lah meluat. Dan gol kemenangan yang dijaringkannya semalam buat aku betul benci kat dia. Tapi aku respek jugak kat Hai-O ni, kerana dia berjaya membuktikan dia seorang pemain yang professional. Dan gaya dia bermain sangat tenang, yang merupakan kunci kejayaan N9 malam tadi. Syabas Hai-O!

Sambung Bacaan


Salam sejahtera kepada semua. Insyaallah hari ni aku bersama beberapa orang rakan akan bergerak ke Stadium Shah Alam untuk bersatu dengan 'kipas-susah-mati' Terengganu bagi membentuk gelombang hitam putih pada Final Piala Malaysia 2011. Beberapa orang rakan telah pun bergerak ke sana, hany aku dan beberapa rakan lain yang belum bertolak ke sana iaitu Amin, Ameer, Nijey dan Timok. Doakan keselamatan kami ye kawan-kawan.

Kepada pasukan Terengganu, berjuanglah berhabis-habisan malam ini. Kalah atau menang itu soal ke dua. Bermainlah sepenuh hati, demi penyokong setia anda yang sanggup datang dari jauh, yang sanggup berhabis wang dan masa demi menyokong anda semua pada malam ini.

Kepada penyokong Terengganu, berhati-hati dalam perjalanan balik dan pulang. Jaga kelakuan anda di sana, kerana kita membawa nama Terengganu di tempat orang. Kawal emosi dan tingkah-laku anda, Insyaallah Piala Malaysia akan kembali semula ke negeri kita selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2001.

Aku juga berharap, agar tiket perlawanan akhir ini masih belum habis. Kerana aku masih belum mempunyai tiket lagi. Huargggghhhh!!!

PETEH TRANUNG PETEH!
SEMARAK DARUL IMAN!
SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN!
TERENGGANU NELANG!!!

Sambung Bacaan


Hari ni aku nak mengeluh sikit. Dan bercerita sikit-sikit. Sejak kebelakangan ini, banyak sangat benda yang berlaku. Termasuklah perkara yang memeningkan kepala dan menyakitkan perut.

Minggu lepas aku diserang cirit-birit dan muntah-muntah. Aku ingat isteri aku mengandung, tapi lupa plak yang aku ni belum kahwin. Bila pikir-pikir baik, sakit perut ni mungkin berpunca daripada nasi beriani yang aku makan di Confofair sehari sebelum tu. Akibatnya, berat aku hilang 3kg dalam masa 3 hari. Moral of the story, kalau kau nak diet, makan je makanan yang beracun. Untung-untung kena keracunan makanan macam aku.

Sekarang masuk bab Final Year Project pulak. Di saat semua rakan sibuk menyiapkan eksperimen, report dan ada juga yang sudah goyang kaki, aku masih terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Ini gara-gara mesin yang aku nak guna untuk eksperimen telah rosak. Dah la baru dibaiki. Kemudian rosak lagi. Camne ni woii? Untuk mengurangkan tensyen, terpaksa aku menumpukan kepada kerjaya sebagai seorang manager (?)

Sabtu ni pulak, akan ada satu perlawanan bola sepak yang sangat penting bagi aku, iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan. Selepas kali terakhir layak ke perlawanan akhir pada 10 tahun yang lalu, akhirnya Terengganu kembali ke pentas final. Namun harga tiket yang melambung tiba-tiba membuatkan semangat aku sedikit runtuh. Cilakak punya FAM. Walaupun kerajaan negeri Terengganu menawarkan diskaun kepada peminat Terengganu, namun tidak adil rasanya jika duit rakyat digunakan kepada perkara yang kurang bermanfaat seperti ini. Dan juga tidak adil kepada penyokomng Terengganu yang berada di luar Terengganu. Contohnya, aku lah tu. Jadi, perlu ke aku join kempen boikot?

Dan aku sekarang mula menyibukkan diri dalam Final Year Design Project, yang dikhususkan untuk pelajat Kejuruteraan Kimia sahaja. Kali ini kena buat plant Methanol-Acetic Acid. Amacam? Selepas memuktamadkan satu keputusan yang agak berat beberapa bulan dahulu, kini aku mendapat lima groupmate baru, Adib, Ijat, Cho, Ida dan juga Ziela. Nasib baik la semuanya Melayu, tak payah pening-pening nak membelitkan lidah. hehe

Oh lupa,kepada penyokong Liverpool, sila berhati-hati selepas ini terutamanya Ponci!
Sambung Bacaan

Battle of Manchester

Posted In: . By Hazwan


  • Sebenanrnya aku malas nak mengulas pasal bola lagi. Takut orang cakap blog ni hanya untuk bola. Tapi selepas kekalahan terbesar Manchester United di depan mata aku sendiri tadi, aku rasa aku perlu menulis. Tak banyak, sikit-sikit dah la. Aku tak faham, macam mana Red Devils boleh terkena badi kekalahan Red Warrior dan Red Giants.
  • Sebenanrnya aku konfiden Man U akan menang. Di babak awal permainan pun Man U lebih agresif. Dan ke-konfidenan aku masih berterusan walaupun Man U ketinggalan 3-1. Namun gol keempat Man City buat aku pasrah. Bagi aku kesilapan Man U adalah bermain terlalu agresif walaupun hanya mempunyai 10 orang pemain. Dan ini menyebabkan pertahanan menjadi terlalu longgar. Dan kesannya, bolos yang amat besar sekali.
  • Malam ni, semua anti-Man U seakan berpesta. Aku faham, bukan senang nak tengok gergasi Eropah ini ditumbangkan dengan mudah. Sebelum ni hanya Barca yang mampu. Jadi kepada anti-Man U diluar sana, bergembiralah sepuas-puasnya kerana peristiwa seperti malam ini mungkin hanya akan berlaku sekali dalam hidup anda. Payah nak berulang. Sangat payah.
  • Bila orang menganjing pasal kekalahan Man U ni, aku tak kisah pun. Aku senyum, sengih sikit-sikit. Sebab feel menyokong pasukan penjajah ni tak sampai ke dalam hati. Kecewa dia kecik-kecik saja. Kecewa kekalahan malam ni tak sama seperti Terengganu kalah kepada Kelantan atau pun Malaysia kalah kepada Singapura. Yang tu baru aku betul-betul rasa nak nangis.
  • Selepas menilai perlawanan malam ni, aku yakin Manchester United yang akan jadi juara, bukan Manchester City. Kalau Liverpool atau Chelsea tu mungkin akan berebut tempat nombor dua. Arsenal pulak berebut-berubut dengan Tottenham untuk ke Europa League. Aku konfiden!
  • Dah la, tak da mood.



Sambung Bacaan

FM2011

Posted In: . By Hazwan

Sejak menjadi manager ni, kehidupan aku tak terurus sangat. Tidur tak cukup, meja bersepah, buku tak tersusun, memang serabai la orang-orang tua cakap. Makan pun tak terurus sangat. Aku hanya makan apa yang sempat. Itu pun makan sambil bekerja sebagai manager. Nak turun ke kafe pun malas rasanya. Tapi aku dah dikira bernasib baik kerana masih mampu menjamah roti ketika bekerja. Tak macam yang lain. Aku tengok Haji Irfan Bakti  tak makan pun ketika handle game. King Gobal lagi lah tak makan, muka risau je time buat kerja. Alex Ferguson je yang kadang-kadang duk kunyah singgam. Kebal betul perut diorang.
Tapi takpe, nak menang punya pasal aku sanggup berkorban.

Sambung Bacaan

Hari Hartal 1947

Posted In: . By Hazwan

Editorial kartun tentang Hartal dari majalah Kenchana keluaran 1 November 1947 
Hari ni 20 Oktober 2011. 64 tahun dahulu, telah berlaku satu mogok besar-besaran oleh penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India bagi membantah penubuhan Perlembagaan Persekutuan. Gerakan ini diketuai oleh AMCJA-PUTERA, iaitu gabungan parti dan persatuan berbilang kaum, yang juga bertujuan untuk meminta kemerdekaan daripada pihak British dan juga mencadangkan Perlembagaan Rakyat untuk diguna pakai oleh Tanah Melayu.

Dibawah ini aku sertakan satu dokumentari yang menceritakan perjalanan Hartal yang berlaku di Malaysia. Video ini mengupas perjuangan golongan berhaluan kiri iaitu anti-penjajah yang berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Melayu tanpa mengenal erti kaum dan agama. Diakhir video ini, anda akan melihat perbandingan antara Pelembagaan Persekutuan yang dicadangkan oleh British dengan persetujuan UMNO dan juga Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh rakyat Tanah Melayu sendiri. Dan situ, anda akan dapat menilai, yang mana satu lebih baik untuk kita.

Tapi agak sedih. Kerana takut dengan kebangkitan penduduk Tanah Melayu, British telah mengisytiharkan darurat pada 1948 dengan alasan untuk membanteras pergerakan komunis. Hampir 30ribu ditangkap, dipenjara dan ada juga yang dibuang negeri semata-mata untuk membanteras komunis. Sepuluh ribu daripada jumlah tadi adalah Melayu.

Dan aku yakin, selepas menonton dokumentari ini anda akan sedar bahawa buku-buku teks sejarah yang kita belajar dulu memang banyak terpesong. Kita hanya dikaburkan dengan fakta bahawa hanyalah UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan negara, bukan orang lain. Kecewa betul aku dengan buku Sejarah. Yang lain-lain, anda tontonlah sendiri.

Fakta lain, Hartal berlaku selepas sehari ayah aku dilahirkan =D

Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #13

Posted In: . By Hazwan



p/s: busy busy busy!!
Sambung Bacaan



  • Dua gol dari ‘Baby-Face Assasin’, Ashari Shamsudin telah berjaya membawa Terengganu ke separuh akhir Piala Malaysia 2011. Kedua-dua gol berpunca daripada hantaran penjaring terbanyak Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya berjaya disempurnakan Ashari Shamsudin dengan penuh bergaya untuk menewaskan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
  • Kepada K Rajagobal, Ashari Shamsudin ni power kot.
  • Sepatutnya Terengganu patut menang dengan jaringan besar. Namun ketumpulan penyudah ketika mendapat peluang kadang-kadang mengecewakan. Terutamanya peluang yang diperolehi oleh Reeshafik Alwi yang menerima lorongan cantik dari Abdul Hadi Yahya.
  • Pasukan Kelantan pada  malam ini bermain penuh semangat dan ternyata nasib tidak menyebelahi mereka apabila berapa percubaan hanya menyinggah tiang dan palang atau tersasar sedikit dari gol Terengganu. Kesilapan penjaga garisan yang membatalkan gol Kelantan ternyata meruntuh sedikit semangat The Red Warrior namun serangan bertubi-tubi yang dilancarkan berjaya memperolehi dua gol. Tahniah Kelantan.
  • Pemain Kelantan beraksi agak kasar terutamanya Subramaniam. Menyampah aku dengan dia ni. Serius!
  • Aksi Sharbinee Allawee boleh dipuji dan dikutuk. Beberapa aksi menarik ditunjukkan oleh beliau ketika menyelamatkan percubaan dari Kelantan. Yang terbaik, ketika menyelamatkan percubaan jarak jauh oleh Norshahrul Idlan Talaha. Namun beberapa kesilapan mudah dilakukan dan akhirnya menjerat diri apabila terlucut bola dan menghadiahkan satu gol mudah untuk Kelantan.

Sambung Bacaan

Convofair UTP 2011

Posted In: . By Hazwan

Bermula 14 Oktober hingga 16 Oktober, Universiti Teknologi Petronas akan mengadakan Pesta Konvo sempena Majlis Konvokesyen ke-11. Biasanya tahun-tahun sebelum ni aku akan menghabiskan masa untuk melepak di sana terutamanya pada waktu malam. Memang tak ada kerja betol. Tapi mungkin tahun ni aktiviti membuang masa sebegitu akan aku kurangkan memandangkan keadaan diri yang masih belum sempurna ekeke.

Tahun ni agak berlainan sedikit kerana Pesta Konvo ini diadakan di Oval Park berhampiran tasik UTP. Tahun-tahun sebelum ni diadakan di kawasan parking V4. Dan nampaknya Pesta Konvo tahun ni agak kecil berbanding biasa. Tapi tapak Pesta Konvo tahun ni menang terbaik, cantik sangat-sangat terutamanya pada waktu malam.

Untuk info lebih lanjut anda boleh lawati blog Penaberkala. Aku malas nak tulis panjang-panjang. Kepada mereka-mereka yang tinggal berhampiran UTP ni boleh lah datang jalan-jalan ke sini especially makwe-makwe dari uitm =)


Sambung Bacaan

Penyu Nelang Kijang Nolong

Posted In: . By Hazwan


Malam ni semua kerja yang aku buat tertangguh. Ini gara-gara deman Piala Malaysia yang menyerang peminat bola sepak tempatan. Tadi telah berlangsungnya perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara dua seteru utama dari Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Walaupun tidak menonton perlawanan secara langsung, namun dengan hanya mendengar ulasan dari radio telah membuatkan jantung aku berdegup kencang.

Sebelum perlawanan, semua sudah menjangka perlawanan kali ini pasti menjadi ‘panas’. Kerana sejarah menunjukkan pertembungan antara dua pasukan ini sering menimbulkan kontroversi, sama ada antara penyokong dan juga antara pemain. Yang masih aku ingat, pada tahun 1997. Dan jangkaan itu ternyata menjadi kenyataan. Lima layangan kad merah, tiga kepada Kelantan dan dua kepada Terengganu sudah cukup menunjukkan perlawanan sebentar tadi memang penuh dengan aksi kasar dan agresif.

Bagi aku, lambakan kad merah pada malam ini jelas menunjukkan bahawa pengadil di Malaysia masih kurang bermutu dan tidak pandai mengawal permainan. Mungkin pengadil sendiri gagal mengawal emosi sehingga mempengaruhi mutu permainan. Aku cakap mungkin kerana aku hanya mendengar ulasan dari radio, bukannya mendengar siaran langsung.

Perlawanan tadi diakhiri dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu iaitu tiga gol berbalas satu. Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Ismail Faruqi, Abdul Manaf Mamat dan Marzuki Yusof. Manakala gol Kelantan dijaringkan oleh Badri Razi ataupun Piya. Manakala penerima kad merah adalah Ismail Faruqi dan Zubir Azmi, dua-dua dari Terengganu. Manakala Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin dan Aziz Ismail penerima kad merah dari Kelantan. Dan ternyata Kelantan adalah Red Warrior sebenar kerana mengumpul kad merah terbanyak haha. 

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium Sultan Muhammad IV dan pasti penyokong setia Red Warrior akan mengamuk bersama pemain mereka untuk meng’gomo’ pasukan Terengganu. Semoga perlawanan nanti tidak dicemari insiden seperti hari ini. Dan juga semoga pemain-pemain Terengganu dapat mengawal emosi ketika menerima asakan secara fizikal atau mental di sana. Peteh Tranung Peteh!

Keputusan Lain 
Selangor 3-1 Perak
Felda 1-0 N9
Sabah 1-2 T-Team
Sambung Bacaan


Pertama kali aku baca tajuk berita ni, aku ingat ia berlaku kat luar negara. Tapi aku silap. Tak sangka manusia di Malaysia semakin ramai yang menjadi kejam, berhati binatang. Diorang ni ada akal ke tak? Otak letak kat mana ni? Kat bontot kah? Selepas berita bayi dicampak ke dalam longkang hari tu, hari ni hati aku mendidih lagi bila baca kes bayi berusia 23 hari diliwat bapa sendiri. WTF?

Kat mana dia letak otak dia ni wei? Memang bangang bertingkat-tingkat. Kalau tak tahan sangat pun, pergi la buat benda lain. Jangan la liwat anak sendiri. Kalau aku jumpa binatang ni, aku nak sula dengan kayu besbol. Baru dia akan sedar erti penyesalan. Arghhhh geram!!

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.  
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.  
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya. “Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Sumber: HMETRO
Sambung Bacaan

Kanggaru Kekah Harimau?

Posted In: . By Hazwan


  • Kali terakhir Malaysia kena bantai 5-0 adalah pada tahun 2007 di Piala Asia dengan Uzbekistan. Sebelum tu kena bantai 5-1 dengan China. Dua kekalahan memalukan ini telah merevolusikan pasukan bolasepak Malaysia dimana Malaysia berjaya menjuarai Pestabola Merdeka 2007, Sukan Sea 2009 dan juga Piala Suzuki 2010. Namun hari ni, sekali lagi Malaysia kena tibai 5-0. Kali ini dengan pasukan Kanggaru. Tak logik langsung Kanggaru makan harimau.
  • Pertahanan Malaysia selalu bermasalah. Benda ni bukan benda baru. Sebelum menang Piala Suzuki pun Malaysia dah kena bantai 5-1 dengan Indonesia. Namun kebangkitan yang tidak terduga telah membawa Malaysia menjuarai Piala Suzuki. Namun pemain pertahanan kembali membuat perangai lama. Sebelum ni dengan Singapura pun bolos lima bijik jugak. Tak boleh ke kalau kalah 2-0?
  • Makin lama aku makin menyampah dengan Rajagobal. Apa kejadahnya dia ambil Nor Hafiz Zamani sedangkan pertahanan Kelantan ada lagi yang power kot. Marzuki Yusof dari Terengganu pun ok. Midfield langsung tak hidup. Joseph Kalang Tie masih belum mampu menggantikan tempat Safiq Rahim. Dia lebih sesuai di posisi sayap. Lagi pun JKT tak jadi midfield pun tadi. Dah macam defender plak aku tengok.
  • Satu lagi benda pelik. Kenapa striker Kuala Lumpur bila masuk jadi pemain pertahanan? Dan kenapa harus ada Izzaq??
  • Kesian kat Safee Sali. Nak tarik minat kelab Australia punya pasal, sanggup turun bawah untuk kutip bola. Petang tadi dia jadi midfield dan striker sekaligus. Bawak bola, bila terlepas dia pergi rampas balik. Memang bersungguh-sungguh. Tak macam player lain.
  • Kenapa perlu pergi ke Australia untuk bermain secara bertahan? Kenapa perlu pergi sana untuk dibelasah? Tak malu ke?
  • Aksi tackle pengadil tadi memang terbaik. Tu je yang boleh dibanggakan.
  • Tak ramai budak UTP yang bola tadi. Takkan semua pergi briefing Petronas kot. Ke mana lagi ekor Harimau Malaya yang lain?
  • Nasi lauk ayam masih belum dijamah. Tak ada selera aku nak makan malam ni.

Sambung Bacaan

Manusia Berkaki Tiga

Posted In: . By Hazwan


“Kenapa jalan pakai satu tongkat…”

“Kaki tak ok lagi ke….”

“Kalau tak pakai tongkat takleh ke….”

“Tongkat tu macam takde fungsi je kat ko…”

Kat atas ni antara koleksi soalan yang aku selalu dapat sejak berhijrah menjadi lelaki berkaki tiga. Sebelum ni aku seorang lelaki berkaki empat. Aku tak marah pun dengan soalan-soalan macam ni. Aku dah biasa, tak rasa kecik hati, tak emo pun. Aku hanya akan emo dengan sesuatu yang orang terdekat je tahu. Tu pun kalau mereka tahu.

Jadi kenapa aku masih bertongkat? Supaya kelihatan macho kah? Supaya orang kesian kah? Atau menarik perhatiankah? Bukan. Aku tau aku tak macho, aku dan aku juga tak suka orang melihat dengan pandangan kesian. Apatah lagi ingin menarik perhatian orang lain. Tapi aku tahu aku patut membiasakan diri dengan situasi ini.

Aku rasa korang patut tahu. Patah tulang peha ni tak sama dengan patah jari kaki atau patah tangan. Tulang peha ni besar. Jadi proses penyembuhan dia agak lama. Kawan aku yang patah peha sebelas bulan yang lepas pun masih bertongkat. Tapi tu salah dia jugak, sebab kuat sangat hisap rokok. Dan setiap orang proses penyembuhan dia tak sama. Ada cepat, ada yang lambat. Aku ni lambat sikit. Doktor sendiri yang cakap.

Sebenarnya aku dah boleh berjalan tanpa tongkat. Tapi tak digalakkan sangat. Silap hari bulan, patah pulak besi dalam kaki aku ni. Sebab tu aku kena berhati-hati, bukan nak manjakan diri. Kalau ikutkan hati, dah lama dah aku sangkut tongkat ni kat dinding. Buat perhiasan. Tapi kalau aku sakit,, aku jugak yang tanggung, bukan orang lain. Kang tak pasal-pasal repeat FYDP lagi. Aku tak sanggup dah.

Aku buat entri ni untuk korang faham je dengan penderitaan orang yang bertongkat. Derita woih! Nak main bola pun tak dapat. Hanya orang yang pernah merasa je akan faham bagaimana perasaan aku ni. Contohnya Pojie. Sebab tu aku tak kisah sangat dia panggil aku cacat. Tu hakikat yang aku kena terima, dan hati aku dah kering. Memang takkan kecik hati dengan mulut orang macam tu. Tapi lain manusia lain hatinya. Mungkin orang lain senasib dengan aku takkan suka kalau korang tanya soalan macam yang korang tanya aku. Aku tak kisah.

Tak lama lagi genap 7 bulan aku bertongkat. Dan hari ni aku dah start bawak motor sendiri. Nasib baik selamat pergi dan pulang. Keh Keh Keh

Bagi yang pening-pening lalat, baca sini
Sambung Bacaan

Lintasan Dalam Hati

Posted In: . By Hazwan

Sekadar gambar hiasan

Setiap manusia ada masalah. Bibir tersenyum hati belum tentu senyum. Aku pun ada masalah. Banyak. Sampai aku terlupa yang mana patut diselesaikan dahulu.
***
Dah tiga hari badan rasa lain macam. Luar dan dalam badan rasa gatal. Bekalan tisu semakin kurang, plastik sampah mula dipenuhi tisu-tisu terbuang. Hidung tak henti-henti berhingus. Batuk semakin kuat. Kahak mula berkampung di tekak. Alahai. Pada waktu macam ni, perangai aku akan berubah kerana selsema boleh mempengaruhi cara aku berfikir. Dan juga emosi aku. Adakah ini PMS? haha. Doktor dah bagi ubat. Tapi masih belum diusik di atas meja. Malas betul.
***
Talk petang tadi bersama Abang Idham membuatkan aku terfikir Dah bersediakah aku untuk menjadi engineer? Rilek-rilek, FYP pun tak siap lagi.

Aku tertarik dengan satu ayat kat dalam slide, "Bahagiakan ibu bapa dahulu, baru kahwin". Sebijik sama dengan pesanan mak aku hari tu.
***
Semoga cepat sembuh. Kepada mereka yang sakit sahaja.

Sambung Bacaan

PMR

Posted In: . By Hazwan


Tujuh tahun lepas, pada waktu macam ni, dalam situasi yang adik aku sedang hadapi sekarang, aku hanya duduk mengadap televisyen lapuk kat rumah. Sesekali belek-belek buku rujukan. Lepas tu telefon kawan-kawan, kot-kot ada soalan spot. Walaupun keesokan harinya bermulanya Penilaian Menengah Rendah (PMR), aku tetap cool menonton tv. Dan ketika peperiksaan, aku jugak cool termenung dan merenung kertas. Sesekali menconteng apa yang aku rasa betul di fikiran. Kadang-kadang mengerling Hamdi di sebelah yang kusyuk menulis. Berpeluh jugak aku dalam tu. Waktu tu baru kenal erti penyesalan.

Tapi tu cerita dulu. Tadi aku sempat kol adik aku dan dia tengah study. Bagus, tak ikut jejak abang dia yang malas. Esok, PMR akan bermula dan adik bongsu aku merupakan harapan terakhir keluarga untuk mendapat semua A. Dalam keluarga aku sebellum tak pernah ada lagi yang dapat skor semua A. Rekod sebelum ni pun aku yang pegang keh3.

Buat Nur Hazirah, buat yang terbaik esok. Kalau dapat keputusan cemerlang mintak je apa-apa pun. Insyaallah dapatnya. Tapi dengan syarat mintak yang murah-murah la hehehe. All the best!
Sambung Bacaan

Cerita Ah Ben

Posted In: , . By Hazwan

‘Kriukkkkkkk……’

Bunyi pintu kayu kedai dibuka memecahkan kesunyian di waktu pagi. Suasana masih gelap. Dalam samar-samar satu susuk tubuh lelaki yang kurus kelihatan berjalan perlahan-lahan di dalam kedai sambil sibuk melakukan sesuatu. Barang-barang keperluan dapur di susun dengan kemas di atas rak. Botol-botol kaca yang berdebu di lap dengan cermat. Buah dan sayuran yang baru sampai petang semalam disembur dengan air agar kelihatan lebih segar. Sisa-sisa abu rokok yang dihisap petang semalam di sapu elok-elok dan dibuang di luar kedai.

Selesai mengemaskan kedai, lelaki itu menjengah ke kedai sebelah dengan memakai seluar pendek warna khaki dan baju pagoda warna putih kekuningan. Di sebelah kedai lelaki ini terdapat satu warung kopi yang di jaga seorang perempuan.

Cik Nab, macam biasa yer,” lelaki itu melaung dengan kuat ke arah pemilik kedai dengan pelat cina. Pemilik kedai itu kelihatan sedang membancuh air di dapur. Perempuan itu mengangguk perlahan tanda faham. Lelaki itu berlalu pergi lalu masuk ke kedai. Kemudian, dia keluar lagi bersama dua biji bangku kecil dan diletakkan di depan kedai. Lelaki itu mngeluarkan sekotak rokok Camel dari poket seluar, diambil sebatang dan dicucuh dengan mancis cap lada. Rokok itu disedut dalam-dalam dan dihembus dengan perlahan-lahan sambil mata terpejam.

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...