Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Sambal Tok-Tok

Posted In: . By Hazwan

Sejak kecil lagi aku sudah membiasakan diri dengan makanan pedas. Bagi aku agak kurang nikmat makanan tanpa perisa pedas ni. Lagi nikmat bila makan makanan pedas sampai meleleh air mata dan hidung. Nikmat dia memang susah nak dicerita. Tak terkata. Tapi aku hairan macam mana lidah manusia boleh mengesan rasa pedas. Sebab dalam buku sains darjah enam dulu dia tulis lidah boleh kesan empat rasa je kan? Tak termasuk pedas kan?

Argh, lupakan.

Sebelum pulang ke UTP hari tu, aku dah siapkan tiga jenis perasa pedas sebagai bahan tambahan makanan iaitu budu yang dah dicampur dengan cili api, tempoyak dan rendang tok-tok. Sambal belacan aku malas nak bawak. Budu dan tempoyak ni aku beli je kat kedai kecuali sambal tok-tok yang aku buat sendiri. Sambal tok-tok ni aku mula kenal waktu cuti hari raya. Itu pun adik aku yang bawak balik resepi ni. Entah dari gua mana dia belajar resepi ni aku tak tahu. Jadi sementara masih ada masa lapang, aku nak ajar kamu semua cara membuat sambal tok-tok. Kalau yang dah tau tu sila duduk diam-diam.

Resepi Sambal Tok-tok

Ramuan dia mudah je, hanya ikan bilis dan cili api. Cili api ni aku rembat dari pokok yang mak abah aku tanam. Yang jenis kecik ni rasa dia memang pedas giler. Jadi, agak sesuai la dengan nafsu pedas aku. Ikan bilis pulak aku ambil dari peti sejuk. Rasanya adik aku punya haha. Kuantiti dia ikut suka je. Tak perlu buat sukatan macam buat kuih raya.

Sambung Bacaan

 
Ya Allah, peliharakanlah Terengganu
Baru je siap dah runtuh, tak sempat aku nak guna. Terengganu sekarang memang terkenal dengan kejadian bumbung runtuh. Tak habis-habis.

Papan tanda Maulidur Rasul dijadikan lantai tarian



Sambung Bacaan



Sambung Bacaan

Kemaruk Objek Bulat

Posted In: . By Hazwan

Jangan cari aku dalam ni. Sekadar Hiasan :P

Petang tadi aku lepak-lepak di tepi padang hoki. Saja nak mengambil angin sambil tengok kawan-kawan bermain bola. Aik, macam biasa masih kurang berbisa ketika finishing. Amin pula masih gagal menggunakan kaki kiri, asyik guna kaki kanan je. Micro kadang-kadang tenggelam dalam permainan. Radhi masih mengekalkan gaya permainan kelam-kabutnya. Dan yang lain juga masih tak berubah, sebab itu bolasepak Malaysia tak maju-maju kah3.

Sebenarnya rindu jugak nak bermain bola. Dah 6 bulan lebih aku tak bermain bola. Bila tengok keadaan kaki ni, aku tak tahu lagi bila ia akan pulih sepenuhnya. Tadi sempat jugak aku google tentang Eduardo Da Silva, pemain bolasepak Arsenal yang pernah patah kaki setelah diterjah keras pada February 2008. Selepas itu dia dirawat oleh pakar-pakar supaya kakinya cepat pulih. Selepas setahun, dia kembali semula dan berjaya menjaringkan gol pada February 2009.

Tapi kalau nak bandingkan dengan aku ni, memang jauh bezanya. Dia dirawat dengan rapi dan teliti manakala aku 2 bulan sekali baru jumpa doctor. Pemakanan tu bukannya terjaga sangat. Entah bila baru boleh nak start sepak bola lagi ni.

Kepada anda semua terutamanya lelaki, gunakanlah masa sihat anda dengan sebaiknya. Pada waktu petang tu, pergilah bersukan terutamanya main bolasepak. Jangan main game je. Game tu waktu sakit pun boleh main. Bolasepak ni, waktu sihat je boleh. Bagi perempuan tak payah mengada-ngada nak main bola. Kesian sangat aku tengok duk menyepak-nyepak bola camtu. Tak ada seni!
Sambung Bacaan

Sesungguhnya badan separa montel aku ni masih berasa sedikit lemah selepas 8 jam perjalanan semalam. Walaupun tak memandu, tapi letih jugak duduk memandang kiri-kanan jalan. Nasib baik lagu Senario dari kaset antik Zul dapat menceriakan suasana.

Sekarang aku adalah pelajar tahun akhir semester tiga secara tak rasmi. Tapi kalau secara rasmi, ini adalah semester dua, bukan tiga. Sebab apa? Kau godek-godek lah entri lama. Insyaallah jumpa. Bila melihat senarai subjek, aku dapat agak semester ini adalah semester aku yang paling sibuk berbanding semester lain. Jadi, kalau kau tengok blog ni dah tak berupdate, itu maknanya aku sibuk. Tapi kalau ada update jugak, itu maknanya aku tengah stress.

Dan ini adalah semester terakhir bersama mereka. Jangan tinggal daku woi!

*** 

Sebenarnya aku nak menulis lebih panjang lagi. Tapi kekangan perut yang asyik berbunyi dari tadi membantutkan percambahan idea untuk menulis. Nak ajak rumet pegi makan, dia masih terbongkang atas katil. Nak ajak Mirol, aku nampak dia tengah mengunyah roti tadi. Nak ajak orang lain, macam tak ada harapan jer. Ingin rasanya aku mengajak makwe-makwe UTP yang baru sampai ni untuk bersarapan bersama-sama. Mesti lagi berselera kan? Tapi risau memikirkan gosip-gosip liar yang bakal bertebaran, aku ambil keputusan untuk paw roti Mirol. Jom!!

*** 

Alhamdulillah, dah kenyang sikit. Hm, lama betul aku duk pikir tajuk entry ni tapi tak tahu nak letak apa. Dah tahu nanti baru aku publish.
Sambung Bacaan


Mood untuk mengupdate perlawanan kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Jepun tiba-tiba terbantut bila mendapat berita tentang khabar buruk dari UTP. Daripada cerita yang aku dengar, beberapa bilik telah dipecah masuk sepanjang cuti semester yang pendek ni.

Yang paling kesian, seorang kawan yang aku kenal telah kehilangan koleksi kameranya termasuk kamera antik dan juga scanner khusus untuk kamera filem. Sedih jugak, kerana hampir semua barang yang hilang ini dibeli menggunakan duit yang diperolehi semasa berpraktikal dulu. Kawan aku yang lain kehilangan dua biji telefon bimbit dan duit. Dan ada lagi beberapa kes yang terjadi pada orang yang aku tak kenal.

Sebenarnya kes pencuri beraya di bilik student semasa cuti semester bukanlah perkara baru di UTP. Sejak foundation lagi, dah banyak cerita yang aku dengar, daripada kehilangan selipar jepun, kasut bola, laptop sampai la kepada kehilangan motorsikal. Skrip yang sama sentiasa berulang setiap kali cuti semester, raya atau pun waktu exam. Waktu solat Jumaat pun kadang-kadang pernah jugak berlaku.

Yang ni aku tak faham. Buat apa UTP memasang CCTV yang menelan belanja beribu-ribu ringgit tapi habuk pun tak boleh pakai. Tak boleh harap langsung. Dengar citer pakgad pun tak reti nak guna dan ada citer mengatakan CCTV tu hanya hiasan je. Kalau macam tu, baik pihak UTP letak je ‘orang-orang’ yang ada kat sawah padi tu kat setiap blok. Fungsi dia sama je dengan CCTV yang tak leh pakai tu iaitu menakutkan orang. Tu pun kalau orang takut lah.

Sambung Bacaan

Lukisan Kehidupan

Posted In: . By Hazwan


Aku ambil sekeping kertas, di atasnya aku lakarkan lukisan kehidupan. Aku lukis satu-persatu dengan molek dan berhati-hati. Di atasnya aku lukis satu pelangi impian sebagai penyeri kehidupan. Namun tak adil rasanya jika pelangi muncul sebelum hujan. Lantas aku padamkan lukisan pelangi, dan aku gantikan dengan awan gelap. Tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dari awan gelap itu. Aku panik. Lukisan aku basah. Aku jatuh terduduk melihat hujan itu turun. Aku tak mampu berbuat apa-apa kecuali berharap hujan itu akan berhenti walaupun aku tak pasti bila ia akan berhenti. Semoga selepas hujan ini, pelangi akan muncul kembali dalam lukisan aku ini. Agak-agak, pelangi tadi akan muncul tak dalam lukisan aku ini? Mana la tahu kalau-kalau dia berkecil hati selepas di padam tadi. Herm..

Sejak bila aku pandai melukis ni?
Sambung Bacaan

Tahniah

Posted In: , . By Hazwan

"Ya Allah, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada dua pasangan mempelai ini, Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini. Ameen!"
Rufaidah & suami

Syuhaidah & suami
Semalam, dua coursemate aku telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing iaitu Rufaidah dan Syuhaidah. Sori, aku tak dapat datang ke majlis anda berdua. Jauh sangat la hehe


Tahniah juga kepada Syazana Ashila yang selesai menamatkan pengajian diploma di UNISZA. Sori tak dapat datang ke majlis konvokesyen anda hari ni. Dekat sangat ekeke. Semoga dapat menamatkan pengajian ijazah yang baru saja bermula dengan jayanya. Tahniah!

Gambar aku cilok dari Twitter Safwan Diah dan juga Nashunter 
Sambung Bacaan



Selama 22 tahun aku hidup kat dunia ni, aku rasa ayam merupakan haiwan yang paling ajaib kat atas dunia. Keajaiban ayam ni aku rasa mampu melawan keajaiban pembinaan Piramid Giza ataupun Tembok Besar China. Maaf, entri ini tiada kaitan dengan tajuk blog ini. Selepas bertahun-tahun aku membuat permerhatian ke atas ayam-ayam kat rumah aku ni, aku telah menemui beberapa keajaiban ayam yang belum pernah ditemui oleh saintis sebelum ini.
Salah satunya, ayam merupakan haiwan yang sangat romantik dan bertanggungjawab kah3. Dulu ada seekor ayam betina abah aku mempunyai skandal dengan seekor ayam jantan yang liar. Entah dari mana ayam tu datang aku tak tahu. Setiap pagi, ayam jantan tu akan menanti ayam betina dilepaskan dari reban. Selepas dilepaskan, pasangan ini akan keluar mencari makan dan bermadu asmara sampai ke petang. Apabila dah sampai maghrib, ayam jantan ini akan menghantar ayam betina ini sampai ke pintu pagar rumah sebelum menghilangkan diri ke kawasan berhampiran. Amacam, romantik tak? Kesudahan cerita ayam ini aku tak dapat pastikan kerana aku bukan duduk lama sangat kat rumah.
Ayam jugak mempunyai deria meramal yang mengagumkan terutamanya dalam menentukan sama ada hujan yang turun akan berlarutan untuk masa yang lama atau tak. Kalau waktu hujan lebat ayam duduk melepak bawah rumah atau pun bawah bangsal, itu maknanya hujan tu turun tak lama. Kalau hujan akan berlarutan sampai ke petang atau beberapa hari, anda akan melihat ayam akan keluar mengais makanan dalam hujan. Kelakuan ayam ini merupakan penanda aras bagi orang terdahulu untuk meramal kemungkinan berlakunya banjir hehe.

Sambung Bacaan

Pulang Beraya 2.0

Posted In: . By Hazwan




Selepas 9 bulan akhirnya aku berjaya menamatkan final year 1st semester. Lama kot, mana ada orang habiskan satu semester dalam masa 9 bulan. Paling lama pun koman-koman 5 6 bulan. Tapi penutup semester ni akau berdukacita skit. Paper last semalam, IACS susah nak mampus. Bagi aku je la, bagi orang lain tak lak camne. Takpe, barang dah lepas. So boleh tolak tepi.
Habis exam, bermakna bermulalah cuti aku selama 2 minggu sebelum memulakan semester baru sem depan. Dan tiba-tiba Eju ajak balik hari ni. So, aku balik dulu la yer. Nak sambung beraya plak walaupun ramai kawan-kawan yang dah balik ke U masing-masing. Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Hm, malas nak packing >__<

Sambung Bacaan


Salam
Bagaimana nak dapatkan Buffered Earning daripada Nuffang? Itu antara persoalan yang sering ditimbulkan kebanyakan blogger sekarang. Seperti anda anda dapat lihat, hampir semua blog sekarang mempunyai iklan Nuffnang yang diletakkan dengan tujuan untuk mendapatkan sedikit pendapatan sampingan. Namun ramai merungut kerana duit yang diperolehi adalah ciput. Jadi cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan Buffered Earning.
Jadi, apa itu Buffered Earning? Entah, aku tak reti nak terangkan macam mana haha. Tapi bila ada Buffered Earning ni, semakin banyak visitor kita, semakin banyak duit yang kita dapat dan ia tidak bergantung kepada jumlah klik pada iklan. Jadi, macam mana nak dapatkan Buffered Earning? Aku ada cara yang ingin dikongsi bersama.
Pertama sekali traffic blog anda mestilah maintain. Tak sampai seratus sehari pun takpe. Dapat 50 unique visitor pun dah ok tapi pastikan traffic maintain, jangan bagi jatuh. Jadi camne tak nak bagi jatuh? Lain kali aku ajar, tu pun kalau rajin haha
Yang kedua, anda mestilah meng-update blog survey di bahagian Blog Manager. Tips ini aku perolehi daripada beberapa blog yang aku pernah baca sebelum ini. Tapi kebanyakan mereka pun tak pasti sama ada cara ini menjadi atau pun tidak. Tapi nampak gaya macam menjadi je.
Tapi aku ada cara lain. Cara dia macam ni. Dulu kadang-kadang aku geram dengan Nuffnang sebab kedekut nak bagi Buffered Earning. Jadi, aku akan pergi ke bahagian Contact Us dan hantar ticket kepada department Blogger Inquiries/Suggestions. Waktu ni, aku pun komplen apasal susah sangat nak dapat Buffered Earning padahal traffic okey je dan bla bla bla. Biasanya, diorang akan reply dan tak lama selepas itu, Buffered Earning pun masuk. Aku dah pernah buat dua kali, dan terus dapat Buffered Earning lepas tu. Cara ni diajar oleh encik Penaberkala =)
Ada satu lagi trick, lepas hantar ticket kat Nuffnang dan bila anda nampak ada iklan sama je yang keluar kat blog, try la klik sekali. Tapi dengan niat sebab nak tahu iklan tu pasal apa. Tapi macam kejam je cara ni haha. Selamat mencuba!

Sambung Bacaan

101 Rekreasi Hati

Posted In: . By Hazwan


Salam
Selepas begitu lama mencari, akhirnya aku terjumpa buku 101 Rekreasi Hati. Kalau tak silap, pertama kali terpandang buku ini adalah ketika menonton rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Lepas itu aku mula tercari-cari tapi masih tak jumpa. Akhirnya pada 4 Syawal yang lalu ketika menemani adik-beradik aku membeli barang dapur di Giant Kuala Terengganu, aku ternampak buku ini di sebuah booth menjual buku-buku agama. Apa lagi, aku pun angkat sebijik.
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya yang berkaitan hadith tersebut.  Kalau anda semua ni pernah menjadi kaki majalah Ujang, anda semua mesti pernah mendengar nama Kartunis Nik kan? Kalau tak takpelah.
Bagi aku buku ni bagus sebab ia sesuai dibaca oleh semua peringkat umur serta gaya penyampaiannya yang santai membuatkan kita tak bosan bila membaca. Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang bila melihat kartun-kartun yang dilukis oleh saudara Nik. Tak la mengantuk sangat. Tapi macam pelik je bila gelak ketika baca hadis haha >_<

  
Apa lagi, angkat la sebijik. Sesuai untuk manusia yang mudah lupa seperti aku hehe

Sambung Bacaan



Selepas membuat pengiraan ke belakang, rupa-rupanya dah setahun jagung  tiga bulan aku tinggalkan final exam ni. Kali terakhir adalah pada bulan Jun 2010. Lama tu. Patutlah perasaan malasnya lain macam. Berdebar pun tak apatah lagi feeling-feeling orang yang tengah angau dengan final exam. Misalnya tak boleh tidur malam. Semuanya tak ada. Bila belek-belek nota, perasaan nak baca ni macam nak tak nak je. Kadang-kadang aku rasa macam aku dah tahu semua apa yang aku baca. Amboi, angkuh bukan main lagi. Padahal, perasaan camni la yang boleh buat aku tersedu-sedu dalam exam hall nanti.
Malas betul. Rasa nak sepak je tong sampah kat dapur tu sampai berterabur. Nasib baik belum mampu lagi. Aku ada satu permintaan kat anda semua, doakan aku jadi rajin boleh? Hihi
Oh ye, selamat menduduki peperiksaan kepada semua  khususnya kepada CJ7 dan kawan-kawan di UTP serta seluruh warga UTP secara am nya. Selamat berjaya!

p/s: Nampak tak gambar-gambar dalam kotak kecik kat atas sebelah kanan tu? Tolong klik boleh tak? ehehe

Sambung Bacaan


Salam.

Selepas beberapa hari mengikuti perkembangan isu panas yang membabitkan seorang pemimpin PAS, aku tergerak hati untuk membaca tentang sejarah Mat Indera yang berkait-rapat dengan isu ini. Tapi aku hairan, waktu aku layan berita TV3 hari tu, rasanya tak ada pun disebutkan pasal Mat Indera. Yang ada hanyalah Bukit Kepong, Mat Sabu dan Komunis Tetapi selepas membelek-belek beberapa suratkhabar online dan blog, baru aku terjumpa nama ini.

Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong 

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera. 

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Komen aku:


  • Kisah Mat Sabu dan Mat Indera ni takkan jadi kontroversi kalau cerita sebenar tidak diputarbelitkan oleh sesetengah pihak. Dan semakin panas bila ada SESETENGAH penyokong kerajaan dan pembangkang yang membuat komen yang merapu di blog. Aku baca pun jadi pening. 
  • Bagi aku tidak perlu mengkritik perjuangan UMNO terdahulu, walaupun ada yang tak setuju dengan cara mereka tapi kita telah merdeka. Kan? Yang penting, betulkan beberapa fakta untuk mengiktiraf pejuang kebangsaan yang telah dipinggirkan selama ini. Lagi pun, Mat Indera sendiri diiktiraf oleh kerajaan Johor iaitu Yayasan Warisan Johor sebagai salah satu pejuang ternama di negeri itu.
  • Kisah Mat Indera ni menarik sebenarnya dan perlu dikaji bagi memberi kefahamamn kepada generasi kini tentang kisah pejuang zaman dahulu. Kalau bukan kerana kontroversi Mat Sabu, aku takkan kenal siapa Mat Indera ni.
  • Pasal komunis ni, ideologi komunis sudah jelas bertentangan dengan Islam. Menurut sesetengah pendapat, kita tak boleh sokong mereka walaupun mereka berjuang menentang penjajah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kan? Kalau aku salah sila betulkan.
  • Aku tak hidup dalam zaman ni, so tak boleh nak komen banyak-banyak.
  • Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ini, sila rujuk di baris ayat yang aku telah highlight kat atas tu. Sekian. 


Sumber: Kelab Greenboc
Sambung Bacaan

Catatan di Hari Raya

Posted In: . By Hazwan



Hari Raya Pertama
  • Macam biasa, hari pertama aku akan berkumpul bersama keluarga di Telaga Daing iaitu di rumah makcik aku. Biasanya keluarga sebelah mak aku akan berkumpul di sini la. Tapi waktu ni aku rasa lain macam, macam tak da mood sangat nak beraya. Nak lepak-lepak dengan sepupu pun rasa tak larat. Lepas menghabiskan satu bekas kerepek pisang dan sepinggan nasi minyak, aku pulang ke rumah. Nak amik gambar ramai-ramai pun aku lupa >_<
  • Kutipan duit raya hari pertama hampir mencecah RM100. Keh keh keh. Tapi feel dia tak macam waktu budak-budak dulu. Kalau dulu orang bagi seringgit dua je tapi bila kumpul banyak-banyak, dapat ratus-ratus jugak la. Time nak kira duit raya paling best sebab waktu ni la boleh menunjuk-nunjuk kat adik-beradik kalau duit raya kita terlebih seringgit-dua daripada orang lain. Tapi sekarang, tak ramai yg bagi tapi dapat dalam jumlah yang banyak. Sebab dah besar kan.
  • Ramai saudara-mara yang terkejut tengok aku bertongkat. Ramai yang tak tahu aku eksiden sebab sengaja dirahsiakan hehe
  • Bila aku cakap aku belajar kat UTP, ada anak sepupu menyampuk,” Oh, sama dengan Maria Elena.” (=_=)”
  • Kalau la pemimpin kita ni berjiwa rakyat, diorang takkan buat majlis rumah terbuka pada hari raya pertama. Diorang tak pikir ke yang pekerja-pekerja diorang pun nak beraya dengan family di hari raya pertama. Lain la kalau diorang masak sendiri lauk-pauk tu semua, cuci pinggan mangkuk sendiri dan bla3. Tak faham jiwa rakyat langsung.

Hari Raya Kedua
  • Duk termenung kat beranda rumah. Aku demam =(
  • Nasib baik dua-dua anak saudara baru sampai hari tu. Terubat kerinduan ecece

Hari Raya Ketiga
  • Pagi-pagi lagi aku ke Seberang Takir iaitu ke kedai nenek aku. Memang dah jadi rutin untuk aku ke sana untuk membantu cuci pinggan mangkuk dan cawan di sana. Tapi tahun ni aku tak buat pape. Hanya datang makan nasi lemak, roti bakar dan minum air teh. hehe
  • Demam masih belum kebah =(
  • Enam orang makwe yang aku kenal kat SIF datang beraya. Segar skit badan kah3
  • Lepas waktu Asar, member-member dari UTP datang tapi 3 orang je iaitu Amin, Jahar dan Ameer. Lepas bergosip dua tiga isu-isu panas dan tak panas, diorang pun pulang . Pada waktu yang sama, Addin pun sampai. Addin ni kawan yang aku kenal kat SIF dulu.
  • Akhirnya, aku ikut Addin untuk beraya ke rumah Hadi dan Firdaus. Sepatutnya budak dua orang ni terharu dengan aku, dah la demam tapi sanggup datang beraya ke rumah diorang. Diorang ni dah la sihat tapi tak datang pun umah aku. Cett. Tapi bila berkumpul dengan member-member lama ni, perangai lama pun akan kembali. Tak matured langsung haha

Hari Raya Keempat
  • Malas nak cerita. Tak ada apa yang menarik kecuali pergi ke hospital.

Hari Raya Kelima
  • 14 jam perjalanan untuk pulang ke UTP. Letih giler. Nak cerita pun letih. Nasib baik sempat mengalas perut dengan dua pinggan setengah nasi kat rumah Migho. Tapi satu je yang dapat aku simpulkan, jangan kahwin dengan orang Kelantan kerana jalan jem giler time raya ni. Sekian.


notakaki: SIF merujuk kepada Sekolah Ibrahim Fikri
Luahan hati: Aku tengah menyampah dengan sorang mat motor besar dan seorang ustaz.

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...