Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Catatan Pulang Beraya

Posted In: . By Hazwan Arif


  1. Memulakan perjalanan awal pagi dengan bersahur di Sithick bersama Eju, Ang, Piang, Pokjak, Seli dan Pehe. Syok jugak pekena Kue Tiaw goreng ayam pepagi buat camtu. Tapi aku sedikit hairan bila nampak ada sorang makwe datang bersahur dengan pakai singlet. Aku syak dia nak hidup dalam cuaca sejuk sepuas-puasnya sebelum….. erm, abaikan. 
  2. Singgah solat subuh di sebuah surau sebelum highway Jelapang. Surau ni pelik sikit. Biasanya kalau surau atau masjid dua tingkat, yang perempuan akan duduk atas. Yang ni terbalik, lelaki kat atas dan perempuan kat bawah. Tapi bukan satu masalah pun sebenarnya. 
  3. Laju betol Pehe bawak kereta, macam palesit. Nasib baik Eju tak ikut style dia,bawak slow dengan penuh macho. 
  4. Tiba-tiba ada lori terbalik kat tengah hutan Gerik. Terpaksa menunggu lebih kurang sejam sebelum dapat meneruskan perjalanan. Tapi agak kesian kepada bas dan lori yang tak dapat meneruskan perjalanan kerana jalan hanya muat untuk kereta sahaja. Lagi kesian kepada mereka yang bertolak lambat. Dengar cerita dari seorang kawan, dia terpaksa menunggu hampir empat jam sebelum dapat melepasi kawasan kemalangan tersebut. 
  5. Kagum betul aku dengan budak-budak yang balik kampung naik motor ni. Lagi kagum bila tengok ada yang naik Honda Cup C70 je. Perghh, mantap. 
  6. Abang polis bertugas jugak ke time solat Jumaat? 
  7. Banyak betul lemang yang dijual tepi jalan. Tapi ada satu kedai yang agak mantap. Penjualnya adalah seorang makwe yang cun. Tapi sayang, dia pakai skirt dan rambutnya penuh karat. Mata aku ni asyik nampak makwe je. Haihh. 
  8.  Makcik tu pakai singlet naik motor *facepalm
  9. Ada lelaki bawak motor macam tengah khayal. Makan dadah agaknya.
  10. Makin bertambah traffic light dalam kampung aku ni. Makin maju plak aku rasa kih3 
  11. Sekian.

Sambung Bacaan

Pulang Beraya

Posted In: . By Hazwan Arif


Bulan September Ogos ni aku tak aktif sangat dalam menulis blog. Tak macam bulan sebelum ni, hampir setiap hari aku update. Giler ke apa. Bukannya ramai yang baca pun.
Herm, menyesal plak makan banyak sangat waktu berbuka puasa tadi. Nak menulis pun macam tak pandai. Tadi sebelum bukak puasa, bukan main lagi idea datang mencurah-curah. Oh ye, sejak beberapa hari lepas aku mengidam nak makan tom yam kat Sabilah. Dan tanpa disangka, hari ni housemate mengajak aku untuk berbuka di sana. Thanx Eju sebab ajak aku berbuka di sana =D
Insyaallah, awal pagi esok aku akan bertolak pulang ke Terengganu bersama Eju dan dua lagi rakan, Ang dan Piang. Trauma jugak nak balik jauh-jauh ni, tapi takpe. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Mengikut perancangan, aku akan bertolak sebelum sahur bersama dua tiga bijik kereta lain. Doakan aku dan kawan-kawan lain yek.
Pada tahun ini, aku akan beraya tiga hari je di Terengganu. Raya keempat aku dah kena blah awal-awal sebab final exam sedang menunggu. Sebab tu raya tahun ni macam tak meriah sangat. Baju raya pun tak beli. Maybe raya tahun ni aku pakai jersi Malaysia je, sebagai menyambut hari kemerdekaan ke… 54 kan? hehe
Kepada kawan-kawan yang bercadang untuk datang ke rumah aku ni, datang la awal-awal ye. Untuk entry raya, aku tulis kat rumah nanti. Insyaallah.
Ok, doakan perjalanan aku pagi esok. Semuanya selamat sejahtera. Bye!

Woo Woo Woo Balik kampong!!!!
Woo Woo Woo Balik kampong!!!!
Woo Woo Woo Balik kampong!!!!
Hati girang!!

p/s: Raya tahun ni ada sesuatu yang kurang =(

Sambung Bacaan

Impian Yang Tidur

Posted In: . By Hazwan Arif



“Akhirnya aku telah menidurkan beberapa impian di tempat yang selamat.  Aku selimut kemas-kemas, aku tutup kakinya dengan elok, taknak kuasa jahat masuk.  Aku pasang kelambu, taknak nyamuk gigit. Sayang betul aku dengan impian-impian aku ni. Sebelum ni aku simpan banyak impian dalam kepala. Kalau di hitung guna jari tangan , memang tak kan lepas.  Ada yang mampu aku capai, ada yang tak.  Aku tahu, pada waktu-waktu macam ni, dalam keadaan sebegini, banyak perkara yang perlu aku tahan, perlu aku simpan dan perlu aku pendam. Simpan impian banyak-banyak dalam kepala agak bahaya sebenarnya, lebih bahaya daripada menyimpan sifir matematik darab dua belas. Kadang-kadang bila ada impian yang banyak, seseorang itu akan berhenti membuat sesuatu, lalu termenung dan berfikir bagaimana untuk mencapai impian tersebut. Mulut mula tersengih-sengih sambil memandang ke langit. Akhirnya mula berangan, kerja pun tak jalan. Khayal dan hanyut. Tak ke membuang masa namanya. Jadi aku buat satu keputusan drastik untuk menidurkan impian-impian ini. Semoga impian-impian ini takkan lari dari aku ketika sedang tidur. Atau pun selamat daripada kes kecurian. Nanti dah sampai masanya, akan aku kejutkan impian-impian aku ini dari tidur dengan penuh kasih sayang, akan aku capai satu persatu. Mungkin seorang diri, atau mungkin dengan orang tersayang. Cewah kah kah kah….”
“Apa impian kau bro?”
“Adalah, rahsia….”.

Sambung Bacaan

Ramadhan Pintu Rezeki?

Posted In: . By Hazwan Arif



Ramadhan telah lama tiba. Pintu-pintu syurga pun telah lama dibuka seperti hadis dibawah
" Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan" (HR. Bukhori dan Muslim)
Maka ramailah manusia yang berebut-rebut mencari peluang untuk mendapatkan pahala semaksimum mungkin pada bulan yang penuh barakah ini. Tapi bukan semua lah. Masih ramai yang masih leka takala manusia lain sedang beribadat dengan bersungguh-sungguh. Misalnya, menonton EPL pada waktu terawih, atau menyiapkan pelbagai assignment dan projek pada waktu orang lain sedang bertahajud. Dan aku juga salah seorang daripada mereka. So sad.
Selain pintu syurga, pintu rezeki juga terbuka luas. Bagi sesetengah orang, mereka lebih nampak pintu rezeki berbanding pintu syurga. Yela kan, pintu rezeki itu boleh diumpamakan sebagai duit dan kemewahan, mesti la boleh nampak. Pintu syurga memang tak nampak sebab itu perkara ghaib. Hanya mereka yang kuat imannya saja yang akan berusaha mendapatkan pintu syurga.
Bila bercakap pasal pintu rezeki ni, mesti ramai yang akan terfikirkan tentang Bazar Ramadhan yang lebih dikenali sebagai pusat pengumpulan juadah-juadah lazat untuk waktu berbuka. Pada bulan ini, yang bukan peniaga pun akan mula berniaga, yang tak pandai masak pun mula menjadi tukang masak, yang kurang pandai buat air pun dah pandai jual air, yang tak pernah buat kuih pun dah pandai jual kuih. Pendek kata, semua orang berebut-rebut untuk menjadi peniaga pada bulan puasa ni. Nak dapat duit lebih la katakan.
Perut sudah sakit, so aku straight to the point. Dah dua kali aku kecewa dengan nasi kerabu yang dijual di bazaar ramadhan Seri Iskandar. Rasanya agak tak sedap.  Jadi, kepada peniaga di luar sana, kalau hendak berniaga, berniagalah dengan ikhlas, berniagalah dengan niat agar pembeli makanan anda dapat merasai nikmat berbuka puasa dengan juadah yang anda sediakan. Jangan sekadar berniaga semata-mata hendak mencari untuk duit sahaja dengan mengabaikan aspek kesedapan makanan yang anda jual.
Tak sedap takpe lagi, jangan jadi macam kes budak yang meninggal selepas berbuka puasa akibat keracunan makanan. Tu dah dikira menganiaya tau.  Jaga kualiti makanan yek! FYI, arwah yang meninggal tu adalah anak saudara kosmet aku. Takziah.
Arghh, banyak lagi nak cerita ni. Off to jamban. Bye!



Sambung Bacaan

There Are No Perfect Fathers, But...

Posted In: . By Hazwan Arif

 

There are no perfect father, but a father will always love perfectly...
Video kat atas ni best. Kalau anda belum tengok, sila tengok. Huh, aku tak pasti iklan ni dari negara mana mana. Tapi mesej yang ada dalam video ni cukup jelas, mudah untuk menusuk hati sesiapa yang menontonnya.

Video ni membuatkan aku teringatkan abah aku kat kampung. Biasanya pada bulan puasa, dia sangat suka minum Air Cikong selain daripada makan Rojak Keling. Air Cikong ni rasanya pelik skit, abah aku sorang je yang suka minum. Adik-beradik aku yang lain tak minum sebab tak sedap. Entah camna, sekarang ni aku rasa nak minum air tu. Arghh

Dari kecik lagi abah aku selalu pesan, jangan berlari dalam rumah. Kalau runtuh, tak tahu nak tinggal kat mana. Sebabnya, rumah aku ni rumah kayu. Kalau berlari, "beringgok" satu rumah. Kang tak pasal-pasal dapat makan 'roti panjang'. Sebab tu aku pelik bila tengok Matyo dan Mat Akim berlari-lari dalam rumah ni. Rasa macam nak larang, padahal takkan runtuh nya kalau berlari dalam rumah batu camni hahahaha

Jap, apa kaitannya video kat atas dengan kisah berlari dalam rumah ni? Tak ada pun sebenarnya.
Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #11 | Lisa Surihani Lagi?

Posted In: . By Hazwan Arif



Sambung Bacaan

Majlis Berbuka Puasa CJ7

Posted In: . By Hazwan Arif



Alhamdulillah, semalam barisan abang dan kakak final year Chemical Engineering, Cheme Jan 07 ataupun nama glamernya CJ7 telah selesai mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Walaupun ramai jugak yang tak dapat hadir, tapi yang hadir tu masih lagi ramai hehe. Kali ini, saudara Aminuddin telah dilantik sebagai organizer  yang tidak bertauliah.

Tentatif bermula dengan berkumpul di masjid lama, UTP untuk mendengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh saudara Syafiq dan Aminudin sendiri. Selepas sesi bergambar, semua CJ7 bertolak ke Restoran Rusna di Tronoh bersama beberapa buah kereta.

Kemungkinan ini adalah Ramadhan terakhir kami bersama-sama di UTP sebelum semuanya akan menghabiskan pengajian pada bulan 12 ini.(kecuali aku  >_<). Dan juga ramadhan terakhir sebagai anak gadis kepada dua orang coursemates yang akan bergelar isteri orang tak lama lagi. Dan mungkin juga Ramadhan terakhir hidup berdua buat salah seorang coursemate lelaki sebelum menjadi seorang bapa pada bulan Februari 2012 nanti. Insyaallah. Tahniah kepada mereka. Entah bila giliran aku nak sampai hehehe.

Jom layan gambar kat bawah~










Di atas ni gambar-gambar yang dirakam oleh tiga fotographer berbeza sepanjang majlis berlangsung. Yang Khairudin punya aku tak tahu dah upload ke belom. Semua gambar-gambar diatas adalah hak milik Faiz Fudzailli, Nasrullah dan Syafiq. Terima kasih kepada mereka =)
Sambung Bacaan

Iftar CJ7

Posted In: . By Hazwan Arif

Bila ni? Hari ni la. Ini la sebabnya mengapa aku sahur minum air kosong je pagi tadi. Petang nanti boleh bantai banyak-banyak haha. Jangan cari gambar aku kat atas tu, memang tak ada >_<
Sambung Bacaan

Untitled II

Posted In: . By Hazwan Arif

Aku manusia, yang tidak lekang daripada menyesal kesilapan. Andai ada peluang, aku ingin pergi ke masa silam. Aku ingin jumpa dengan diri aku yang dulu, yang dulu dan yang dulu. Aku ingin sampaikan pesan. Yang mungkin dapat mengubah bagaimana aku sekarang. Kesannya masih samar-samar, mungkin aku akan jadi lebih budiman, atau mungkin menjadi manusia berhatikan syaitan. Kadang-kadang, aku ingin meneroka masa depan. Aku ingin lihat bagaimana aku di hari mendatang. Jika buruk, aku ingin betulkan . Jika baik, aku tidak akan hebahkan. Tapi kata pujangga, jangan lah dirisaukan masa depan. Jangan letakkan diri jauh ke depan. Takut sebelum sampai ke masa yang dinantikan. Kita telah pergi mengadap tuhan.

*****

Usah dirisaukan masa depan, hadapi dengan senyuman.

Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #10 | Salam Undersea

Posted In: . By Hazwan Arif



Sambung Bacaan

MARIA: Pergelutan Tiga Penjuru

Posted In: . By Hazwan Arif


Pertama kali melihat kulit buku ini, aku ingat ini adalah buku biasa-biasa saja. Mungkin hanyalah sebuah novel cinta. Namun, setelah aku membaca helai demi helai aku menjadi semakin tertarik dengan buku ini. Novel bertajuk Maria ini merupakan satu kisah benar yang berlaku sekitar tahun 30 an di Jerman.
Novel ini berkisahkan tentang Maria, seorang gadis Jerman bermazhab Katolik yang mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis yang sangat bencikan Islam. Namun, pertemuannya dengan pemuda Mesir beragama Islam, Abdul Wahab telah mengubah segalanya.
Maria yang sebelum ini sangat kental mempertahankan agamanya iaitu Kristian Katholik akhirnya tewas dalam perdebatan dengan Abdul Wahab yang tinggi ilmu agamanya tentang Islam. Akhirnya Abdul Wahab memilih Maria sebagai isterinya. Tapi ada dugaan yang menimpa. Yang tu, and baca sendiri hehe.
Antara bahagian paling menarik dalam novel ini adalah ketika Abdul Wahab berdebat dengan Father Marshall dan juga Maria tentang Islam dan Kristian. Akhirnya, kedua-duanya memeluk Islam. Aku kagum dengan cara Abdul Wahab berdebat. Novel yang berlatarkan zaman kejatuhan empayar Uthmaniah ini juga membongkarkan propaganda barat yang cuba memesongkan akidah umat Islam di Turki dan juga Kristian yang kejayaannya dapat kita lihat sampai ke hari ini.,
Novel ini juga membentangkan senario umat Islam yang terlalu ghairah membanggakan cara hidup barat yang kononnya bertamadun sehingga lemas dan hanyut jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai yang meminggirkan agama dalam kehidupan, ulama dikatakan kolot, wanita berlumba-lumba untuk bertelanjang, artis diagung-agungkan, penzinaan merupakan perkara biasa serta sebagainya.
Novel ini ditulis oleh Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Apa yang menarik pada penulis wanita ini adalah beliau pernah dipenjarakan beberapa kali kerana karya-karyanya.
Konklusinya, anda patut baca buku ini. Terima kasih kepada Matyo kerana sudi meminjamkan buku ini kepada aku =D


Sambung Bacaan

Wan Pai

Posted In: . By Hazwan Arif

Selamat hari jadi Wan Pai
Ces, nama nak komersial. Panggil Stopa dah cukup rasanya
Merupakan pemilik blog Hati Kecil tapi berjiwa besar
Ketua rumah dan orang paling matang dalam rumah ni, aku rasa la
Aku mula kenal dia sejak foundation di kelas English 1
Tinggal pun kat level sama je kat V1C dulu
Banyak cerita, banyak rahsia dikongsi bersama
Tapi takkan aku nak cerita kat sini, ye dok?
 Ini adalah tahun terakhir aku bersama beliau sebelum masing-masing membawa haluan diri selepas ini.
Semoga perkenalan ini takkan terhenti disini.
Good luck in everything!

Sambung Bacaan



Tahukah anda?
  • Di barat laut Xinjiang, iaitu Urumqi terdapat entik Uighur Muslim yang tertindas
  • Jika ada tokoh agama yang cuba membicarakan tentang Ramadhan dalam aktiviti keagamaan, atau mengajak orang lain untuk turut serta mengambil bahagian, mereka akan kehilangan lesen untuk menjalankan aktiviti agama Islam.
  • Sehari sebelum Ramadhan, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan di Utara-Barat Xinjiang. Dua minggu sebelum itu, 18 orang telah terbunuh dalam satu serangan di Wilayah Xinjiang yang sedang bergolak.
  • Lebih kurang 100 etnik Uighur telah ditahan pihak berkuasa yang kebanyakannya penduduk yang sering ke masjid dan isterinya memakai tudung.
  • Pekerja kerajaan Islam dipaksa menandatangani surat perjanjian untuk tidak berpuasa, bersolat malam dan juga melakukan aktiviti agama.
  • Di syarikat swasta, pekerja Islam akan diberikan makanan percuma pada waktu tengah hari. Jika menolak, mereka akan kehilangan bonus tahunan atau lebih teruk mungkin kehilangan kerja.
  • Pelajar sekolah Muslim diberikan makanan percuma pada waktu tengah hari untuk mengelakkan mereka berpuasa.
  • Pelajar di bawah umur 18 tahun adalah dilarang dari berpuasa pada bulan Ramadan.
  • Kerajaan memaksa restoran di kawasan yang majoritinya adalah Islam dibuka sepanjang hari. 
  • Banyak sekatan dikenakan kepada mereka yang ingin ke masjid. Mereka yang ingin bersolat di masjid perlu mendaftarkan diri dengan kad pengenalan masing-masing.
  • Selepas solat, mereka tidak dibenarkan berkumpul atau bercakap antara satu sama lain
  
Bayangkan, ketika ramai dikalangan kita yang masih liat nak berpuasa, malas untuk beribadat, ponteng puasa pun ada, mereka pula menerima pelbagai halangan semata-mata untuk menjalankan Rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT memberi mereka kekuatan untuk menempuh hidup sebagai muslim di sana. Sumber : OnIslam.Net

p's: Kalau ada kesilapan ketika terjemahan harap maaf. Aku tak pandai sangat. 
Sambung Bacaan

Meniti Mimpi

Posted In: . By Hazwan Arif


Meniti Mimpi - Hijjaz
Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan dilangit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari

Kau impikan harapan menggunung
Di lorong hanyir kehidupanmu
Kau hirup sari madu bunga beracun
Mewarnai dunia misteri mimpimu

Kau calari setangkai hati ibunda
Yang meniti di bilahan hari-hari
Kau hitamkan wajah ayahanda
Yang mengharapkan sinar kehidupan

Apalah yang hendak diharapkan lagi
Semua sudah jadi takpasti
Bangkitlah segera dari mimpi ngeri
Pulihkan kembali sebuah harga diri

Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu ke lorong ilahi
Di sana menanti syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki

Sambung Bacaan

Akibat Mempunyai Tulisan Buruk

Posted In: . By Hazwan Arif



Epal (seakan nama sebenar)  sedang leka menyiapkan lab report yang ditulis dengan tangan. Report itu perlu dihantar keesokan harinya. Tiba-tiba, pintu biliknya dibukak dan Jambu (nama berdasarkan rupa) masuk dengan selambanya. Dia menghampiri Epal dan melihat lab report yang sedang ditulis.
Bagus la Epal ni, buat draft dulu sebelum siapkan lab report,” kata Jambu dengan selambanya kepada Epal. Epal sedikit tersentak. ‘Mentang-mentanglah tulisan aku ni buruk, lab report aku pun kau cakap draft!’ Epal membentak di dalam hati.
Situasi di atas merupakan satu kisah benar yang terjadi kepada seorang kawan aku. Sebagai seorang yang mempunyai tulisan yang sangat buruk, aku sangat faham perasaan Epal pada waktu itu. Disebabkan itu, aku ingin berkongsi sedikit penderitaan aku sebagai seorang yang mempunyai tulisan yang buruk.
Sejak dari kecil, aku sering ditegur kerana mempunyai tulisan yang buruk. Biasanya aku akan tersengih-sengih bila ditegur sebegitu. ‘Tak pe, dah besar nanti, cantik la tulisan aku ni,’ aku bermonolog memujuk hati. Tapi dalam umur yang sudah melebihi 22 tahun, tulisan aku masih tak berubah-ubah. Masih buruk seperti biasa. Hairan betol!
Masalah paling besar bagi aku bila mempunyai tulisan buruk adalah dalam pelajaran. Sebabnya, setiap nota yang aku salin dalam kelas agak kurang menarik untuk dibaca. Kadang-kadang, tak boleh dibaca langsung kah3. Sebab tu setiap kali test atau exam, aku terpaksa membuat nota-nota baru untuk diulang kaji. Yang lama terpaksa dibuang. Kadang-kadang jeles jugak nak buat nota yang ada color macam macam orang lain. Tapi melihat pada kekurangan diri sendiri, aku redha.
Masalah kedua adalah segan dengan orang ramai. Situasi yang paling biasa adalah ketika menulis nama di depan orang ramai seperti rekod kedatangan dalam exam, kelas atau pun ketika berurusan di mana tempat. Lepas tu, mula la tangan terketar-ketar sebab segan bila orang tengok. Lagi masalah lain, contohnya berada di pejabat pos ataupun bank. Biasanya ada makcik atau pakcik yang mintak aku tolong isikan borang ASB dan sebagainya. Waktu tu aku rasa serba salah, nak menolak atau tidak permintaan mereka. Haish..
Untuk pengetahuan anda, Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 aku dulu ditulis oleh kakak aku. Risau kalau cikgu takleh baca. Dulu aku mana ada computer.
Para pembaca sekalian
Sesungguhnya aku bersyukur dilahirkan dalam zaman teknologi serba canggih ini.  Kalau la aku diahirkan dalam zaman Yusof Haslam ataupun Jins Samsudin, mesti susah kerja aku nak mengorat makwe. Yelakan, zaman dulu semuanya guna surat. Nak berhubung, nak mengorat, semuanya guna surat. Jadi, kalau aku menulis surat, mesti akan jadi kerja yang sia-sia. Makwe mana yang nak pakwe bertulisan buruk walaupun ayat-ayat dikarang sehebat A Samad Said. Nak baca pun tak dapat.
Aku nak pergi mandi jap.
***
Blur tiba-tiba. Banyak lagi yang aku nak tulis tadi. Tapi lepas mandi tadi, semua idea-idea hilang. Mungkin telah diserap syampu Johnson Baby agaknya. Biar je lah. Herm, aku harap bila umur dah masuk 30 tahun nanti, tulisan aku akan jadi cantik hahaha. Bye!


Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #9 | Lisa Surihani

Posted In: . By Hazwan Arif





p/s: semoga korang faham :P
Sambung Bacaan

Awek Doodle

Posted In: . By Hazwan Arif


First time lukis gambar guna paint. Kesimpulannya, aku memang tak ada bakat dalam mendoodle nih. Saja, mengisi waktu terluang sebelum berbuka puasa :P


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...