Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Ramadhan 1432 Hijrah

Posted In: . By Hazwan


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua
Sekarang, wall di facebook mula dipenuhi ucapan menyambut bulan Ramadhan, doa-doa, perkongsian mengenai Ramadhan dan juga pelbagai benda yang berkaitan ramdhan. Di henpon, ada jugak yang hantar ucapan sempena ramadhan ni. Tapi tak banyak la. Tak macam zaman tengah hot mula-mula pakai henfon dulu hehe.
Di Twitter pulak orang mula berkongsi tips-tips menghadapi bulan puasa; tapi banyak jugak yang tak boleh pakai. Misalnya, mencari kedai makan yang bukak di siang hari.
Okey. Memandangkan aku ada blog, aku juga ingin mengambil kesempatan mencoret sedikit tulisan untuk anda semua cewah. Kalau ilmu hisab aku masih valid,  ini adalah tahun ke-lima aku berpuasa di perantauan. Zaman MRSM dulu tak boleh kira sangat sebab jarak MRSM dengan rumah lebih kurang 10 minit je.  Tapi aku bukan selalu balik pun.
Tapi pada waktu camni, mesti dah ramai yang mula fokus untuk sambutan hari raya. Contoh paling mudah adalah pembuat baju raya dan biskut raya. Kakak aku, sejak bulan empat lagi dah sibuk cari kain untuk buat baju raya. Takut tak sempat katanya. Biasanya waktu macam ni tempahan dah ditutup. Kalau biskut raya waktu tempahan dia panjang skit. Aku ni tak amik kisah sangat, pakai je baju lepas-lepas. Lain la kalau dah kahwin, baju mesti kena tukar tiap-tiap tahun sebab bini yang suruh. Yang tu mengikut pemerhatian aku la.
Dah, lupakan pasal raya. Fokus kepada ramadhan dulu. Ucapan aku pendek je, semoga Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Banyak kan ibadat, jauhkan maksiat. Semoga amalan kita pada bulan penuh rahmat ini diterima oleh Allah SWT. Ingat, ia bukan sekadar berlapar dan dahaga.
Jom kita belajar membaca niat puasa bersama Upin dan Ipin


Sambung Bacaan

Salam
Hari ni hati aku sedikit tersentuh apabila membaca pengalaman seorang wanita yang bernama Syamimi yang menemui Nabi Muhammad SAW dalam mimpi beliau. Nukilan ini ditulis oleh sahabat Syamimi yang menceritakan semula tentang kisah ini untuk dikongsi oleh kita semua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

Sesungguhnya aku sangat cemburu bila membaca kisah ini. Sungguh beruntung wanita ini kerana dapat bertemu dengan Rasulullah SAW walaupun hanya dalam mimpi. Pengajaran yang paling jelas yang kita dapat dalam cerita ini ialah, kita seharusnya selalu bersabar dalam menerima ujian daripada Allah SWT. Jangan putus asa kerana Dia selalu ada untuk kita.

Untuk pengajaran lain-lain sila baca sendiri sampai habis :P

Semoga dengan membaca cerita ini, aku harap ia dapat membakar semangat kita semua untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT terutamanya dalam bulan Ramadhan yang bakal menjengah tak lama lagi. Dan semoga ia dapat menjadi mangkin kepada aku untuk membaiki iman yang sering tercedera sejak kebelakangan ini.

Kisah ini aku ambil bulat-bulan daripada blog informasi.my
Sambung Bacaan



Tanah Tumpah Darahku
  • Seri tapi kalah. Kekalahan yang tidak sepatutnya diterima jika tidak lalai dalam perlawanan pertama.
  • Kehilangan Safiq Rahim memang merencatkan jentera tengah Malaysia. Ismail Faruqi gagal berfungsi dengan baik. Amar oh Amar, kadang-kadang power sangat. Tapi kalut. Sayang betul Rajagopal kat dia ni.
  • Pertahanan masing longlai dan tidur tapi tak macam perlawanan sebelum ni. Bolos satu gol mudah serta memberikan terlalu banyak peluang untuk Singapore menjaringkan gol. Masih boleh dikategorikan sebagai lemah.
  • Player terlalu berharap kat Safee Sali je aku tengok. Buat long pass terus ke striker. Ingat main PES ke ape ni?
  • Apa cer masukkan Gurusamy yang lebih bermain secara defensive ketika Malaysia sepatutnya melakukan serangan untuk mendapatkan gol? Badrol tak boleh main ke?
  • Tahukah anda salah seorang top scorer Liga Super 2011 dan bekas pemenang kasut emas Liga Super 2010  hanya berada di bangku simpanan? Kenapa dimasukkan Fakri Saarani? Fakri Saarani hebat sangat ke dalam Liga Super tahun ni? Last-last dapat kad merah jugak.
  • Safee Sali memang legend! Jangan rasa bersalah terhadap rakyat Malaysia kerana anda dah lakukan yang terbaik.
  • Apek memang penjaga gol terbaik di Malaysia sekarang ni. Tangkas, tenang dan cekap.
  • Boleh tak kalau aku nak salah kan K. Rajagopal? Defender terbaik Liga Super adalah Kedah dan Kelantan manakala jentera serangan terbaik adalah Terengganu dan Kelantan. Tapi....
  • Memang **** la player Singapore malam ni.
  • Kepala rasa panas. Tengah emo tahap dewa. Ok, Malaysia tersingkir dari saingan kelayakan Piala Dunia dengan agregat 6-4.
Malaysia dah banyak meningkat. Semoga lebih banyak kejayaan dicapai selepas ni. Ingat, kita bukan sedang jatuh tapi dalam proses membina sebuah pasukan legenda yang baru. Lupakan Brazil, fokus pada Olimpik 2012 pulak. Sekali Harimau Malaya, selamanya Harimau Malaya. Aaumm!!
Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #8

Posted In: . By Hazwan



Sambung Bacaan

Cinta Monyet Pertama

Posted In: . By Hazwan

Tahun 1997
Penggal persekolah yang baru bermula lagi. Kali ini aku telah dimasukkan ke kelas paling depan dalam darjah iaitu 2 Taqwa selepas merangkul tempat ketiga dalam peperiksaan akhir tahun kelas 1 Yakin. 2 Taqwa ni terletak berhampiran dengan tandas dan bersebelahan dengan kelas paling belakang dalam darjah. Dan seperti tahun sebelumnya, Rostam; yang kurus kering dengan imej bersongkok; terus mendominasi kedudukan sebagai ketua darjah.
Berada dalam kelas baru, maknanya makin ramai kawan baru yang aku dapat. Dalam ramai-ramai tu, aku terpandang seorang budak perempuan. Mukanya comel, sedikit kurus, rambut dipotong atas bahu dan kadang-kadang diikat dengan getah (nampak macam getah yang ikat makanan). Bermula dari pandang-pandang, jelling-jeling, akhirnya aku tertarik kepada dia. Maka, bermula lah episod malu-malu kucing kah3
Waktu darjah dua dulu, kedudukan meja selalu berubah-ubah. Dan suatu hari aku ditakdirkan duduk berhadapan dengan dia. Waktu tu duduk asyik pandang bawah je. Nak angkat muka pun malu. Aku pun mula mengenali dia melalui pandangan, bukan percakapan. Nak tegur tapi lidah jadi kelu. Kadang-kadang dia ada tegur tapi aku tak dapat jawab. Bukan sombong tapi entah la, mulut tiba-tiba jadi berat. Dalam hati tak tahu la nak cakap macam mana.
Pada suatu hari, akhirnya aku berjaya menegur dia. Tu pun sebab nak pinjam pensil color haha.
Tapi biasalah, nak bercinta ni banyak dugaannya. Cewah. Cubaan aku untuk mengorat dia mendapat persaingan sengit daripada Rostam. Dia yang agak agresif (tak tahu malu) awal-awal lagi telah mengisytiharkan bahawa dia suka kepada budak perempuan pujaan hati aku pada masa tu. Satu kelas dah tahu. Tapi si dia buat relek je. Aku jadi geram. Bila mendengar usik-usikan rakan-rakan sedarjah tentang si dia dan Rostam, aku menjadi semakin geram.
Tapi nak buat macam mana. Aku ni dah la hodoh, gemuk. Tak macam Rostam, kurus dan bersongkok. Nampak alim je. Lagi pun si dia tu comel, sesuai ke dengan aku? Kah3
Pada suatu hari, ada satu pertandingan untuk budak perempuan kategori bawah 9 tahun. Kalau tak silap aku, tu pertandingan ratu cantik. Dan si dia telah terpilih mewakili kelas. Pada hari pertandingan, dia pakai baju warna merah. Sangat comel tapi satu je yang aku tak suka, dia pakai mekap. Ish, tak suka lah. Namun aku tetap sokong dari jauh dan akhirnya dia menang hehehe =)

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Selepas peperiksaan akhir tahun (kalau tak silap), dia meninggalkan aku dan rakan-rakan lain untuk berpindah mengikuti keluarganya.  Aku tak pasti sama ada aku sedih atau tak pada masa tu haha. Maka berakhirlah kisah cinta monyet aku pada hari itu =(
****
Tahun 2011
Entah macam mana, suatu hari hati aku tergerak untuk mencari facebook dia. Dengan sekali taip (aku ingat lagi kot nama penuh dia), terus jumpa. Perghh, hebat tak? Nampaknya dia dah habis belajar dan masih comel seperti dulu hehe. Tapi aku tak ada niat nak mengorat pun. Aku pun tengok kat mutual friend. Ces, awal-awal lagi Rostam dah add dia! Dia ni selalu cepat dari aku. >__<
Agak-agak korang la, apa akan jadi kalau dia baca entri ni?

p/s: Please LIKE after read hihi


Sambung Bacaan

Tanah Tumpah Darahku
  • Baiki pertahanan, terlalu banyak problem. Mungkin boleh serapkan pertahanan Kelantan, Subramaniam, atau Norhafiz Zamani Misbah. Pertahanana kiri agak kritikal, mungkin perlu ambil Zubir Azmi dari skuad Olimpik.
  • Agak kecewa dengan Asrarudin
  • Dengan Safiq Rahim pun sama
  • Kecewa jugak dengan Rajagopal kerana masukkan Faris Izzaq Ramlan berbanding Ashari Shamsudin
  • Ismail Faruqi gagal menjaringkan gol apabila hanya berhadapan dengan keeper. Kecewa betol.
  • Kunalan memang power
  • Safee Sali lagi power
  • Hadi lagi power daripada Fakri
  • Amirulhadi memang perform apabila dimasukkan sebagai pemain gantian
  • Aku tak boleh salahkan Sharbinee
  • Singapura main tipu. Apa barang guna import
  • Rasa pelik sebab ramai sangat budak cina yang tengok bola kat kafe V6. Meriah jugak eh.
  • Malaysia memang failed bila main kat padang tiruan. Tengok la nanti camna Singapore nak main kat padang asli di SNBJ. Tak rata plak tu. haha
  • Makin ramai yang mula follow bolasepak Malaysia. Aaummm!
  • Apsal bendera Selangor besar sangat tadi? Pfffff
  • Malaysia kalah 5-3
  • Tak de mood. Tengah emo >.<

Sambung Bacaan

Awang

Posted In: . By Hazwan


Awang menghirup teh sambil memandang ke arah skrin putih yang dipancarkan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Taiwan. Sesekali Awang memandang kebelakang. ‘Wah, ramai jugak orang yang datang tengok malam ni. Tadi takda orang,’ Awang bermonolog sendirian.
Awang memandang meja sebelah kanan. Ada dua-tiga orang lelaki memakai baju Malaysia bersama seorang makwe berbaju ketat. Tapi Awang tidak hilang fokus. Beliau terus memberi tumpuan terhadap perlawanan di depan skrin. Sekarang, Malaysia mendahului 2-0. Awang tersenyum sorang-sorang.
Nampak gaya, macam ada can nak baham Singapore lepas ni..’ getus Awang dalam hati.
Tiba-tiba Taiwan menjaringkan gol. Awang mula panas punggung. Teh yang diminum tadi mula terasa kelat. Tangan mula seram-seram sejuk. Tangan mula terketarketar. ‘ Bengong punyer defender,’ beliau mencarut sopan dalam hati. Tiba-tiba beliau terdengar satu perbualan menarik di meja sebelah.
Kalau Malaysia menang lawan Taiwan malam ni, diorang akan lawan team Arab plak,” kata seorang lelaki kepada kawan-kawannya dengan nada penuh yakin dan karisma. Kawan-kawan yang lain mengangguk tanda setuju dengan mulut terlopong. Kagum barangkali.
Awang tersenyum sambil gelak setan dalam hati. ‘ Kah kah kah! Nak cerita pasal bola tapi tak tahu pasal bola Malaysia. Mesti budak-budak EPL ni, Kah3,’ Awang membebel dalam hati.
Notalutut : Selepas perlawanan di atas, Malaysia bermain sekali lagi menentang Taiwan dan menang secara agregat berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan. Selepas ini Malaysia dijangka bertemu Singapore iaitu malam ini, dan bukan negara arab hahaha.. Aauummm!

Sambung Bacaan

~yang kanan tu laa~

Nama : Faiz @ GS @ Meng
Asal : Besut, Terengganu
Tarikh Lahir : 22 Julai 1990
Status : Pelajar Tahun Akhir Universiti Teknologi Petronas dalam jurusan Petroleum Engineering
Hobi: Tidur, mencari info di Wikipedia, Yu Gi Oh, Angry Birds, futsal, makan gu
Makanan kegemaran : Segala jenis makanan barat
Minuman kegemaran : Barli suam dan Teh Lipton
Fakta menarik : Sangat benci dengan durian dan tidak mempunyai akaun Facebook. Namun beliau mempunyai FANPAGE di Facebook. Klik Faiz GS Abdullah

Komen : Merupakan salah seorang pelajar genius di UTP merangkap housemate aku sekarang. Kalau la aku ikut cara dia belajar, memang dah lama aku lingkup dalam study. Perangai dia agak pelik daripada perangai orang lain. Walaupun sering makan gu sama ada secara berdepan atau belakang, namun dia masih mempunyai hati yang baik. Dia memang jarang menolak jika diminta pertolongan. Selalu menolong aku untuk memborong makanan di Mini Mart V5, dan juga tolong membasuh baju aku di mesin basuh kat bawah blok. Kadang-kadang aku pau barang dia tapi dengan kebenaran la hehe. Hmm, apa lagi ek? Semoga beliau mendapat keberkatan dalam apa saja perkara yang dibuat, dan juga cepat menjadi matang sesuai dengan usia yang kini mencapai 21 tahun. Dan ini adalah tahun terakhir aku bersama beliau di UTP. Sedeh wooo..
Sambung Bacaan


Tanah Tumpah Darahku
  • Aku dah cakap dah kat Ong Kim Swee, jangan amik Hairuddin Omar. Tapi dia degil. Sekarang, anda sendiri boleh tengok bagaimana Hai-O yang berteknologi nano itu bermain macam hilang arah. Dah la berat bontot, berlari lembab nak mampus. Dapat bola, tak reti nak passing dengan betul. Haihh, Manaf Mamat lagi bagus kot.
  • Farizal Marlias agak perform malam ni dengan berjaya menyelamatkan beberapa percubaan tepat daripada penyerang Chelsea. Bekas penjaga gol nombor satu Malaysia ini layak untuk menjadi pemain terbaik Malaysia malam ini.
  • Pertahanan agak agak kurang persefahaman. Maklumlah baru sepuluh hari berlatih bersama-sama. Namun barisan pertahanan malam ini masih boleh dibanggakan terutamanya Zubir Azmi yang cekap dan pantas di sebelah pertahanan kiri. Ada peluang nak ganti tempat Asrarudin ni. Sebelah pertahanan kanan, Daudsu sering diper’ayam’kan sehingga terpaksa ditukar dengan Fandi Othman yang nampak lagi bagus. Subra dan Norhafiz? Boleh la, tak tidur macam pertahanan skuad utama negara.
  • Jentera tengah pada separuh masa pertama agak kucar-kacir dan tidak tenang ketika mengendalikan bola. Piya dan Shahrulnizam sangat tenggelam. Sebab tu penguasaan bola agak teruk pada separuh masa pertama. Joseph Kalang Tie pun kurang menyerlah.
  • Aku tak nampak Amri Yahyah main malam ni. Mungkin dia tengah masih merindui saat-saat menewaskan Van Der Sar dua tahun lepas.
  • Untuk separuh masa pertama, secara keseluruhannya Malaysia kembali kepada taktik lama iaitu membuat hantara jauh dan striker akan menunjukkan kesungguhan dengan berlari mengejar bola. Tapi, apa pun tak dapat. Kadang-kadang main lambung bola sampai Chelsea pun terikut-ikut.
  • Kemasukan skuad Olimpik secara perlahan-lahan di separuh masa kedua nyata mengubah corak permainan Malaysia. Mereka nampak lebih matang ketika membawa bola, tidak gugup dan tenang ketika membuat hantaran. Aku dapat rasa Irfan Fazail, Wan Zack Haiqal, Zaharul Nizam, Gary Steven Robert dan Shahrul Azwari serta keseluruhan team Olimpik dapat mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti.
  • Frust tengok percubaan Thamil Arasu tak gol tadi. Arghh..
  • Chelsea? No komen tapi aku nak gelak je kah kah kah kah
  • Nasib baik si yahudi Yossi Benayoun tak score tadi. fuhh...
  • Keputusan : Malaysia XI 0 Chelsea 0 (gol Chelsea aku tak nak kira)
p/s: Aku bukan penganalisis professional tetapi seorang penganalisis yang menulis ikut suka hati. Ok? Booo Chelsea Boo!


Sambung Bacaan

AKU SEORANG BLOGGER

Posted In: . By Hazwan


AKU SEORANG BLOGGER? Yup, aku seorang blogger  semenjak bulan Ogos 2008. Jika seseorang itu mempunyai sebuah blog dan menulis di dalam blog, dia memang layak digelar seorang blogger. Kenapa aku menulis entri ini? Sebabnya, selepas tiga tahun aku berjinak-jinak dalam dunia blogging dan menjadi seorang blogger, akhirnya terbuka juga hati aku untuk menyertai sebuah pertandingan SEO anjuran 2DayBlogger.Com yang bertajuk “Aku Seorang Blogger.” Alah, yang macam soalan peperiksaan bahasa Melayu tu haha.
Kenapa aku menjadi seorang blogger? Tak malu ke bercerita tentang hal sendiri untuk tatapan orang lain? Itu antara persoalan yang sering terlintas oleh manusia lain yang tertanya-tanya tentang kehebatan menjadi seorang blogger. Cewah!
Aku menjadi seorang seorang blogger kerana aku memerlukan suatu medium untuk aku meluahkan apa yang tersirat dalam hati mengenai sesuatu perkara, kejadian, permasalahan dan juga pelbagai lagi. Pada mulanya aku ingin menulis diari, tapi memandangkan tulisan aku sangat lah buruk seperti cakar ayam, maka aku pun mula menulis di blog ini yang diberi nama Bukan Sekadar Cakar Ayam.
Malu? Bila bercakap soal malu, memang aku malu pada mulanya. Nak menulis pun malu-malu, nak tunjuk blog kat kawan aku yang lain lagi lah malu. Nasib baik pada masa tu ramai jugak budak-budak UTP yang mula berjinak-jinak dalam dunia blogging. So, boleh la sama-sama belajar tentang selok-belok dunia blogging dan juga menghilangkan rasa malu untuk menulis.
Pada masa tu, blog aku lebih dipengaruhi oleh gaya penulisan blog Hadi dan juga JustKhai. Kedua-dua ni memang menjadi rujukan aku. Tapi sekarang Hadi dah stop blogging (rasa-rasa la) dan Khai pun dah sibuk dengan OH!MEDIA. Jadi aku pun mula beralih arah. Aku lebih terpengaruh dengan gaya Pipiyapong yang suka menulis dengan gaya yang santai dan bersahaja. Kadang-kadang terpengaruh jugak dengan Fdaus Samad dan Lucius Maximus. Tapi penulisan aku masih tak sama dengan diorang. Level diorang sangat tinggi bagi aku keh3.
Tapi menjadi seorang blogger ni agak susah kerana sering terperangkap dalam dilema. Pertamanya, macam yang aku cakap tadi iaitu malu. Keduaanya adalah ketika hendak menulis. Kadang-kadang idea untuk menulis tu akan datang mencurah-curah. Tapi ketika hendak tulis idea tu, tiba-tiba jadi blur. Tak reti dan sampaikan apa yang ada dalam kepada kepada bentuk penulisan. Kemudian, hasil penulisan yang dah hampir separuh jalan dipadam begitu saja.
Yang ketiga adalah ketika hendak memberi komen di entri di blog lain. Sebenarnya, aku tak pandai sangat nak komen setiap entri yang ditulis oleh blogger lain. Aku lebih selesa menjadi silent reader. Tapi bila blogger lain suka komen di blog aku, aku rasa bersalah sebab jarang tinggalkan komen di blog diorang. Bukannya ape, mane la tau kot-kot diorang kecik hati dengan aku hehe.
Yang keempat adalah ketika hendak menulis sesuatu pendapat tetapi benda itu mungkin akan menyinggung perasaan orang sekeliling kita walaupun kenyataan itu adalah secara umum. Biasalah, nak jadi seorang blogger ni, cabaran dia memang banyak.
Tapi dilema yang paling besar ialah pada follower. Sebenarnya aku rasa serba salah terhadap follower yang follow blog ini kerana mengharapkan aku akan follow blog diorang balik. Sesungguhnya aku sangat menyampah dengan ayat ‘I follow u, follow me back’ di chatbox dan bermacam-macam ayat lain. Aku bukannya nak menyombongkan diri tapi aku rasa bilangan follower tak mempengaruhi pun bilangan pelawat yang datang ke blog aku. Follower memang hampir mencapai 400 orang tapi bilangan pelawat untuk sesuatu entri tak sampai pun 100. Jadi diorang follow aku sebab nak follower, bukan nak baca. Kan? Tapi aku tahu bukan semua yang macam tu. Aku masih ada pembaca yang setia. Cewah, bajet artis pulak.
Aku rasa sampai sini saja kot entri untuk pertandingan Aku Seorang Blogger. Aku rasa aku dah start mengarut tu. Sebenarnya aku tak yakin pun akan menang tapi tiba-tiba tergerak hati nak join sebab tajuknya nampak simple, macam karangan darjah enam dulu haha. Kepada pembaca setia aku tu, doakan aku menang ye. Maka itu, berakhirlah entri yang bertajuk Aku Seorang Blogger!
 "Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen, DenaiHati, k-worlds, hairulazni, ummihanie, dinsblog."

p/s: Kalau berminat nak join, klik di sini Aku Seorang Blogger.

Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #7 | Taksub

Posted In: . By Hazwan


Klik SINI


Sambung Bacaan

Amaran Untuk Pengguna Facebook

Posted In: . By Hazwan

Sebagai pengguna Facebook yang tegar, aku nak bagi sedikit amaran mengenai ancaman hackers Facebook yang dipercayai berasal dari negara jiran. Berdasarkan maklumat yang aku baca, telah ramai Facebook pengguna di Malaysia sudah digodam. Sumber ini dipetik daripada blogmamat.

Sebuah aplikasi berbahaya telah menyerang pengguna Facebook khususnya di Indonesia,dan ia akan tiba di Malaysia. Hanya dalam tiga hari, Aplikasi penipu itu mengaku boleh melihat siapa saja yang telah melihat profil user. Menurut analisis dari Vaksincom, ada sekitar 750 ribu pengguna Facebook yang sudah terkena aplikasi penipu ini. Aplikasi yang diterbitkan oleh kelompok yang bernama “Jempolers Indonesia” tersebut benar-benar meyakinkan mangsanya dengan mengirimkan tulisan di profil mangsa mengenai siapa saja yang seolah-olah sudah melihat profil Facebook mangsa. Secara OPTIMA, ketika aplikasi ini sudah diterima pengguna, maka ia akan mengirimkan pesan Facebook Chat ke seluruh rakan, pengguna tersebut. Namun, menurut Vaksincom, sebenarnya aplikasi tersebut tidak ada ,dan data posting yang dilampirkan adalah data palsu ,yang mengambil data profile pengguna dan menunjukan angka jumlah ‘views’ secara dasyat & Banyak. Jika anda mendapat notifikasi tentang aplikasi yang meminta anda untuk CLICK urlhttp://aps.facebook.com/xyz/ dan sejenisnya, yang memberi maklumat layanan untuk mengetahui siapa saja yang melihat profil anda, pastikan jangan klik link aplikasi tersebut.
Terdapat jugak amaran yang aku baca di status mengenai penyebaran virus di ruangan chat Facebook. Menurut cerita yang aku dengar, pengguna akan menerima mesej dalam bahasa inggeris dan juga link video yang mengandungi virus. Kalau anda klik, habis la. Jadi, kepada anda semua, hati-hati lah ketika berfacebook yer! ;)
Sambung Bacaan

Kebebasan

Posted In: . By Hazwan

  • Aku sering terbaca tentang kebebasan media Malaysia yang disekat daripada menulis perkara-perkara yang benar demi menjaga kepentingan pihak tertentu. Kadang-kadang aku tertanya-tanya bagaimanakah persaan media yang kebebasannya disekat. Hari ni aku baru aku faham bagaimana perasaan mereka, namun bukan sebagai pihak media massa tetapi sebagai penulis blog.
  • Aku rasa nak lempang mereka yang mula-mula mengeluarkan fahaman bahawa pelajar universiti tidak boleh berpolitik. Kalau anak muda disekat daripada berpolitik, bagaimana Malaysia nak melahirkan waris pemimpin masa kini? Aku tidak berminat pun nak menceburi bidang politik sebenarnya tapi tak salahnya rasanya jika aku ingin mengeluarkan pendapat yang berada dalam fikiran.
  • Aku tak suke Anwar Ibrahim dan Ambiga serta membantah BERSIH 2.0. Tapi aku juga membantah kekejaman yang berlaku terhadap peserta perhimpunan BERSIH. Puas hati?

Sambung Bacaan



Tanah Tumpah Darahku
  • Aku rasa Liverpool tak patut dapat penalti tadi. Jadi, gol yang ni aku tak nak kira.
  • Gol Safiq Rahim memang cantik. Freekick kedua juga nampak tajam tapi sayang tak gol. Bermain secara tenang dan pandai mengawal bola. Dia memang layak untuk mengemudi jentera tengah pasukan Harimau Malaya.
  • Aku menyampah dengar Amar Rohidan. Passing kuat nak mampus. Baik masukkan Shakir Shaari dari awal. Gurusamy pun tak berapa nak jalan. Keseluruhannya, jentera tengah agak baik berbanding ketika menentang Arsenal.
  • Faris Izzaq Ramlan tak patut main!
  • Safee Salee memang berani. Langsung tidak takut dan menghormati pihak lawan. Kelihatan yakin ketika bermain dan berjaya menjaringkan dua gol, membuat beberapa percubaan dan juga membuka peluang buat pemain lain. Aku rasa dia bakal menjadi lagenda Malaysia tak lama lagi.Tabik spring!
  • Kemasukan Amirulhadi menggantikan S. Chanturu di bahagian sayap memang mengubah permainan Malaysia. Amirul kelihatan serasi bersama Safee Sali ketika mengatur serangan. Ashari Shamsudin juga nampak kurang menyerlah, atau pun mungkin aku yang tak nampak dia. Permainan Badrol Bakhtiar boleh dipuji kerana berani membawa bola. Kunalan?
  • Pertahanan selalu tidur. Macam kurang fokus ketika bermain. Nasib baik Liverpool kurang bersungguh ketika bermain. Aku rasa Rajagopal patut merombak barisan pertahanan. Pertahanan kiri dan kanan sewaktu separuh masa kedua kelihatan goyah berbanding separuh masa pertama. Jadi Mahali dan Asrarudin adalah pilihan terbaik. Persefahaman pertahanan tengah juga agak kurang terutama separuh masa kedua. Malaysia sangat memerlukan khidmat Aidil.
  • Ismail Faruqi tu kecik sangat la. Kesian plak bila tengok dia kena kepung. Tapi dia nampak tenang ketika mengawal permainan. Tak sia-sia Malaysia hantar dia main kat oversea time dia kecik. Tapi sayang badan tak besar-besar.
  • Kegoyahan pertahanan Malaysia di separuh masa kedua mungkin disebabkan bermain pada waktu Maghrib. Mesti diorang terbayang-bayang ketika zaman kecik, dirotan atau dikurung di luar rumah kerana balik lambat selepas bermain bola. Mungkin sebab itu diorang kurang fokus termasuklah Apek yang asyik melompat-lompat.
  • Apek perlu berehat untuk melupakan mimpi ngeri sebentar tadi. Dah sampai masa Sharbinee menjadi penjaga gawang nombor satu Malaysia.
  • Kelakar tengok penyokong Liverpool terjerit-jerit ketika Malaysia menjaringkan gol. Mungkinkah diorang ni mengalami krisis identity atau pun… BACA SINI
  • Boooo Pojieeee Booooo

 Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak tulis panjang-panjang.


[UPDATE]

Walaupun di BOOOO dengan teruk oleh penyokong Liverpool, namun mamat tu dapat jugak perhatian dari Rooney. Rujuk post ini

[VIDEO] Nasib Penyokong Yang Memakai Baju Man United di Liverpool Asia Tour 2011


Sambung Bacaan

Tak lama dulu kawan aku pernah cakap,

"Kalau nak tahu rakyat Malaysia ni berfikiran kelas ketiga atau tak, tunggu saja perlawanan antara Malaysia menentang kelab EPL nanti. Kalau rakyat Malaysia ni berfikiran kelas pertama, diorang akan memakai jersi kebangsaan.."

Seperti yang anda sedia maklum, Malaysia menerima kunjungan dua kelab Big Four EPL iaitu Chelsea dan Arsenal dan juga bekas kelab Big Four EPL iaitu Liverpool untuk siri Jelajah Asia. Dan perlawanan pertama menentang Arsenal telah pun berlangsung dimana Malaysia tewas 4-0. Cuba tengok gambar kat bawah ni.


30, 000 PENONTON UNTUK SESI LATIHAN?? WTF!!
Berdasarkan gambar diatas, perlu ke aku bersetuju dengan pandangan kawan aku tu? Yup, aku setuju. Tapi bukan semua la kan rakyat Malaysia yang berfikiran macam ni. Aku malas nak komen atau bercerita panjang-panjang pasal benda ni lagi. Anda boleh baca di SINI , SINI, SINI  atau boleh baca di blog pencinta bolasepak Malaysia yang lain. Bye
Sambung Bacaan



Apabila menonton video ini, aku rasa orang-orang dalam ni semuanya bodoh. Yang pakai baju Man U pun satu hal. Yang kau bodoh sangat pergi pakai Man U kat situ buat apa? Takkan tak tahu penyokong Liverpool terlalu anti, dengki dan cemburu dengan kegemilangan Manchester United sekarang. Penyokong Liverpool pun bodoh jugak. Perlu ke nak malukan orang lain sampai macam tu sekali. Memang tak bertamadun lah.

Hari tu penyokong Indonesia pakai baju Indon dan duduk kat kawasan Malaysia, tak kena kacau pun. Orang Kelantan pakai baju Kelantan di kawasan tempat duduk Terengganu, tak kena plak macam ni. Memang betul la, ramai orang kita yang terlalu fanatik dengan kelab EPL sampai jadi bangang macam ni. Kalau macam ni la gayanya, aku ingat nak bogelkan semua rakyat Malaysia yang pakai baju Liverpool kat Bukit Jalil esok.

Sori, aku marah bukan sebab yang kena tu penyokong Manchester United tapi sebab aku rasa orang dalam video ni bodoh sangat lebih-lebih lagi sebab diorang ni orang Malaysia.
Sambung Bacaan

Jerebu Melanda Perak

Posted In: , . By Hazwan



Jerebu kembali lagi melanda Malaysia. Berdasarkan maklumat yang google jap tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan di Perak telah diisytiharkan sebagai tidak sihat dan ada juga yang masih berada dalam kategori sederhana. Tapi untuk UTP aku tak pasti berada di dalam kategori mana. Jerebu ini berpunca daripada pembakaran terbuka yang berlaku di Sumatera Indonesia.
Sebagai rujukan, bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Kalau tak silap aku, ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi jerebu di Perak. Jika di Terengganu, rasanya tak pernah lagi dilanda jerebu. Mungkin ini disebabkan faktor geografi di mana kedudukannya jauh daripada Sumatera.
Maka diumumkan bahawa, bermulah hari-hari yang dipenuhi dengan sesi batuk beramai-ramai. Tekak aku sekarang dah rasa lain macam. Kadang-kadang rasa nak garu je kawasan kat dalam paru-paru aku ni. Hidung pun asyik tersumbat.
Waktu sekarang menunjukkan 11.24 pagi tapi langit masih gelap. Tak pasti nak hujan ke atau terlalu banyak asap kat atas sana. Di sini aku nak bagi sedikit tips untuk menghadapi jerebu ni; banyakkan minum air suam dan kurangkan aktiviti di luar. Pakai  mask pun  lagi bagus rasanya. Kalau teringin sangat nak main bola tu, main je PES. Dan yang terakhir, jangan jadikan alasan tak nampak jalan sebagai alasan untuk ponteng kelas. OK bai~

Sambung Bacaan

400

Posted In: . By Hazwan


Tak lama lagi, genap lah 3 tahun aku bergelumang dengan dunia blogging ni. Dan semalam, telah genap 400 follower blog Bukan Sekadar Cakar Ayam ni dan insan bertuah itu adalah Miss Yuzreen. Maaf, aku tak kenal haha. Dan ini merupakan entri aku yang ke 407. Banyak jugak eh!

Aku tengok kebanyakan blog yang sama usia dengan aku ni dah mempunyai beratus-ratus follower dan beribu-riban pun ada. Tapi bagi aku, bilangan follower yang ramai tak bermakna pengunjung blog itu adalah seramai bilangan follower. Bak kata seorang kawan yang bukan seorang blogger, hanya 10% saja daripada follower yang akan berkunjung ke blog kita. Yang lain hanya follow kerana mengharapkan aku follow diorang balik. Maaf, aku tak layan orang camtu. haha. Aku hanya follow orang yang aku kenal, yang mempunyai info atau penulisan yang menarik dan juga mereka yang rajin tinggalkan komen di blog ini.

Ok, sampai disini saja.



Sambung Bacaan

Pak Din

Posted In: , . By Hazwan

Kesian Pak Din. Semalam baru je sampai UTP, hari ni dah terpaksa bergegas pulang ke kampung. Khabarnya ibu dia diserang sakit jantung. Terkejut sekejap bila terdengar berita ini. Patut la bila aku tegur tadi dia tak jawab. Aku faham, mesti perasaan dia tengah berkecamuk tadi.

Kalau diikutkan perkiraan jam, sepatutnya dia dah sampai di rumahnya sekarang. Tadi aku sempat mesej dia. Dia cakap ibunya dah keluar dari hospital. Alhamdulillah.. Semoga ibu Pak Din selamat dan cepat sembuh.

Tiba-tiba rasa risau dengan keadaan mak dan abah di kampung. Semoga semuanya sihat sejahtera. Insyaallah aku akan balik di hari raya nanti. Tapi, lambat lagi.. OMSick!! >__<
Sambung Bacaan


~Penuh Inspirasi~

~Cekal~
~Semangat~
~Duka~
~Kejam~
~Wanita~
~Bangla?? Kah3 ~
notakakipatah: Aku tak berkenan sangat dengan BERSIH sebenarnya. Tapi bila tengok apa yang berlaku, rasa macam rugi pulak tak pergi >.<
Sambung Bacaan

Resepi: Jepuk Daripada Roti

Posted In: . By Hazwan


Ketika semua orang sedang kalut dengan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur dan juga di Twitter dan Facebook, hari ini aku mengkalutkan diri di dapur untuk bereksperimen. Kali ini aku try buat jepuk bawang atau nama komersialnya cucur bawang, yang dibuat daripada roti. Yelakan, daripada makan roti dan telur goreng, baik aku try buat jepuk.
Caranya? Senang je. Ambil roti empat keping dan rendam bersama air dalam mangkuk. Nak guna susu pun boleh je kot. Selepas itu, kacau dengan sudu sampai hancur. Kalau nak ada feel lagi guna je tangan. Tapi pastikan anda tak korek hidung ketika menguli. Kemudian, masukkan bawang, gula, garam dan telur. Kalau nak tambah tepung pun takpe. Kemudian, goreng sendiri.  Simple je kan?
Hasilnya, sedap giler kot. Kadang-kadang rasa macam tengah makan Domino Pizza. Jadi aku ingat lepas ni aku nak bukak bisnes menjual jepuk bawang daripada roti secara online. Kalau anda semua berminat, boleh la menghantar mesej di laman facebook sebelah atau di Twitter ataupun di email yang aku letak tersorok skit kat dalam blog ini. Hantar kat ruangan komen pun takpe. Ok, semua ayat kat perenggan ni adalah tipu belaka. Haha

Erk, kat kawasan lingkaran gelap tu bukan hangus tapi aku guna effect photoshop. Selamat mencuba!

Sambung Bacaan

UTP Sepi

Posted In: , . By Hazwan


Sepi. Sejak hari Rabu lagi, pelajar UTP mula berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing sempena cuti pertengahan semester. Keadaan mula sunyi., kafe mula lengang, wajah-wajah melayu pun susah nak jumpa. Tasik UTP yang biasanya di penuhi manusia untuk beriadah juga kelihatan sunyi. Sampai BABI pun berani nak berjogging di situ. Betul, ini bukan tipu tapi serius!
Kat luar pulak jalan pun macam tak sesak sangat. Kalau sesak pun sebab ada roadblock polis. Pelik, BERSIH kat KL tapi roadblock nya sampai ke Perak. Kalau kat Terengganu pun ada roadblock tak tau nak cakap apa. Kat Sabilah pun tak ramai orang. Sebab tu bila order laju je makanan sampai. Dah la kuantiti makanan yang di bagi lebih banyak daripada biasa.
Haihh, Pojie pulak datang. Hilang idea aku. Cisss!
***
Sambung balik. Orang tanya, kenapa aku tak balik rumah. Tak rindu mak abah ke? Haih, mesti la jawapan dia rindu. Rindu nak usik adik-beradik, sepupu yang dua orang tu, rindu nak jumpa nenek, rindu nak dengar suara ayam berkokok, dan segalanya lah yang ada kat rumah tu. Tapi aku rasa terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam cuti pendek empat hari ni. Sebab tu aku ambil keputusan untuk tidak balik cuti pertengahan semester ni; iaitu kali pertama dalam sejarah hidup sebagai pelajar UTP. Lagi pun aku dah kurang bernafsu nak jalan jauh-jauh >_<


Sambung Bacaan

Tujuan Ber-Facebook

Posted In: . By Hazwan

Ada beberapa sebab manusia membuka akaun Facebook. Bagi pelajar university macam aku ni, facebook adalah satu medium yang sangat penting untuk berhubung dengan kawan-kawan lama. Untuk melihat perkembangan terkini kawan-kawan aku. Contohnya, apa yang dia buat sekarang? Dah kahwin ke belum? Saiz perut makin bertambah ke berkurang? Dan beberapa persoalan lagi yang akan muncul apabila kita sudah lama tidak bertemu dengan seseorang.
Kalau nak guna henfon untuk berhubung, macam tak syok sangat terutamanya lelaki. Macam janggal pulak bila seorang lelaki nak bertanya khabar dengan lelaki lain melalui handfon. Haha. Tapi waktu aku sakit hari tu, ramai je yang call dan hantar mesej untuk bertanya khabar. *terharu*
Tapi bagi budak sekolah, facebook adalah medium utama bagi diorang untuk mencari kawan-kawan baru. Kadang-kadang budak sekolah mempunyai kawan sampai beribu-ribu orang. Sebab tu aku terkejut. Tapi logik gak. Kalau setakat nak berhubung dengan kawan-kawan, kat sekolah pun boleh jumpa kan? Hari-hari plak tu. Tapi tak risau ke terutamanya bagi perempuan yang suka add kawan baru secara suka hati.  Mana la tau kalau lelaki yang korang add tu mempunyai niat buruk terhadap korang semua? Sebab tu aku selalu stalk facebook adik aku hehe.
Tapi tu bukan point aku sebenarnya. Sesungguhnya aku menyampah kerana terlalu banyak friend request dari orang yang tak dikenali. Kalau yang dah muda remaja tu ok lagi. Tapi kalau budak sekolah rendah pun ramai yang add, takkan aku nak approve? Kalau makwe cun tu lain kira la tapi aku still reject jugak. Satu lagi mereka yang membuat akaun fb untuk tujuan berpolitik dan add aku semata-mata nak berkempen politik. Sori la brader, aku menyampah tengok perbuatan yang sia-sia camtu. Kenapa?
Kerana aku masih berpegang kepada prinsip iaitu, Facebook hanyalah untuk mereka yang aku kenal dan jugak mereka-mereka yang belajar di tempat sama dengan aku. E.g. UTP, MRSM KT etc. (macam tulis proposal fyp pulak haha). Blogger yang aku kacip pun aku approve jugak. Jadi kalau ada pembaca di sini yang pernah add aku di Facebook tapi aku masih tak approve,  aku mintak maaf banyak-banyak yer. Elele, jangan kecik hati. Apa kata kalau korang klik kat LIKE BUTTON kat sebelah kanan blog ni. Boleh kita berinteraksi di situ huehuehue.


Sambung Bacaan

Penyu Mengganas

Posted In: . By Hazwan


Terengganu mengakhiri saingan Liga Super tahun ini di tempat kedua dengan kemenangan penuh bergaya apabila membelasah Felda United, 6-2. Walaupun gagal menjuarai Liga Super buat kali pertama, tapi Terengganu tetap cemerlang apabila mengekalkan pemenang Kasut Emas yang dimenangi Ashaari Shamsudin tahun lalu. Kali ini giliran Abdul Hadi Yahya untuk muncul sebagai penjaring terbanyak selepas menjaringkan empat gol dalam perlawanan sebentar tadi dan sekaligus memusnahkan harapan Norshahrul Idlan Talaha yang menjaringkan 19 gol berbanding beliau yang menjaringkan 20 gol keseluruhannya.



Kedudukan ke dua dalam Liga Super merupakan pencapaian terbaik Terengganu selepas hanya mampu merangkul tempat ketiga sebelum ini. Dan Terengganu juga merupakan pasukan paling menjaringkan gol dalam liga. Tahniah buat pasukan Terengganu dan juga kepada penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan. Lepas ini, kita fokus kepada Piala Malaysia pulak. Yeahhhhaaa!!

PETEH TRANUNG PETEH!


Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #6

Posted In: . By Hazwan


Sambung Bacaan

Selamat Malam

Posted In: . By Hazwan


Mata berpinar-pinar menahan ngantuk. Kepala kadang-kadang senget sebelah menahan beban otak yang disangkakan berat. Setiap huruf dan nombor diatas kertas mahupun di skrin laptop seakan menari-nari nakal menghanyutkan fikiran yang mula hilang tujuan. Nota-nota mula berterbangan ditiup angin kipas bekelajuan lima. Lantas jari aku mula bergerak laju menaip apa didalam fikiran dalam keadaan sedar. Sesungguhnya aku hairan melihat manusia yang bersengkang mata untuk menelaah ilmu pelajaran. Kalau aku, ia umpama mencurahkan air kedaun keladi. Otak aku umpama bahan kalis air apabila disirami dengan curahan ilmu pelajaran. Susah nak melekat, basah pun jauh sekali. Aku lebih rela tidur dan bangun awal pagi untuk belajar. Itupun jika mampu menahan nafsu tidur yang membaluti tubuh ketika terjaga. Kadang menyesal jugak tidak menggunakan kelapangan dengan sepenuhnya. Memang betul aku terpedaya. Benarlah kata pujangga, " Manusia mudah terpedaya dengan nikmat sihat dan kelapangan." Tapi apakan daya, tuntutan mata tidak dapat ditahan. Jadi aku ucapkan selamat malam.
Sambung Bacaan

Teknologi Yang Kejam

Posted In: . By Hazwan




p/s: Baca komik sebelum start study untuk test esok hehe. Aku amik komik ni di GEMPAKSTARZ

Sambung Bacaan


Tadi aku tengok perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Taiwan. Memandangkan perlawanan diadakan pada pukul 7 iaitu waktu Maghrib di Malaysia, jadi aku tengok separuh masa kedua sahaja. Jadi untuk separuh masa pertama, aku tak boleh nak komen sangat la. Yang pastinya, gol Aidil Zaquan memang terbaik; tepat dan padu.
Separuh masa kedua, memang jelas pengadil berat sebelah. Nasib baik Sharbinee Allawee tu dapat selamatkan satu sepakan penalti. Kalau tak, memang menangis tak berlagu la aku malam ni. Player Malaysia aku tak tahu menangis ke tak. Tapi aku memang kurang puas hati dengan permainan malam ni. Winger memang dah laju tapi gagal mencipta peluang, defender pulak banyak melakukan kesilapan atau pun dalam erti kata lain, MALAS KEJAR BOLA! Midfield kurang kreatif. Aku rasa bahagian ni perlu dirombak. Mungkin King Gopal patut mencuba pemain lain dalam kesebelasan utama seperti Chanturu, Shakir Shaari, Muslim Ahmad dan juga player fevered aku, Ashari Shamsuddin.
Keputusannya, secara agregat seri empat sama namun Malaysia mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan. Selepas ini pemain Malaysia akan berdepan ujian yang getir kerana perlu mengharungi perlawanan Liga Super yang terakhir dan seterusnya menentang tiga pasukan EPL iaitu Arsengal, Liverfool, dan Chelshit. Seterusnya akan menentang Singapura dalam perlawanan timbal balik. Kesemua perlawanan diadakan pada bulan Julai. Perghh, letih kot.
Hari ni, kafe V5 UTP memang meriah dengan kehadiran penyokong Malaysia terutamanya ULTRAS UTP (yeke?). Best giler dapat tengok bola dalam suasana macam tadi. Aku ingat lagi, final Pestabola 2008. Aku sorang je yang mengadap TV kat café V5. Akhirnya, Malaysia kalah penalti. Sedih dan kecewa giler dengan kekalahan Malaysia dan juga tiada sokongan dari student UTP. Tapi tu dulu, sekarang memang meriah. Terharu jap kah3
Akhir kata , Aaaummmmm!!!


Sambung Bacaan

AMBIGA vs BERSIH 2.0

Posted In: . By Hazwan

Siapakah Ambiga?
  • Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2.0
  • Ambiga punya hubungan yang luas dengan Yahudi antarabangsa dan turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor PLURALISME di Malaysia. Ambiga ditaja oleh National Democratic Institute ( NDI ). NDI adalah salah satu dari 4 cabang National Endowment fo Democracy (NED ). Allen Weinstein pengubal dasar undang undang NED mengesahkan bahawa NED adalah seumpama CIA dan Ambiga telah dilantik sebagai ketua BERSIH 2 untuk menekan kerajaan supaya menerima segala kehendak mereka.
  • Menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009 bersama-sama Dr Musdah iaitu  penganut fahaman menghalalkan GAY dan LESBIAN di Indonesia.
  • Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy.
  • Ambiga merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
  • Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan.  Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Nota : Apakah itu artikel 121 (1A) ? Baca kat sini Zairul.Com. Sumber tentang Ambiga aku dapat dari sini AMBIGA.

Apakah BERSIH 2.0?

BERSIH merupakan satu perhimpunan rakyat untuk berarak dan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meminta agar perjalanan pilihanraya akan datang dijalankan dengan bersih dan adil. Antara tuntutan BERSIH ialah:

Jadi boleh ke tak untuk menjalankan perhimpunan ni? Boleh kerana Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat serta berhimpun secara aman. Lagi pun BERSIH bukannya membela Anwar atau Ambiga tapi membela hak rakyat untuk mendapatkan system pilihanraya yang adil, bersih dan boleh dipercayai keputusannya. Lagi pun, ini satu-satunya cara untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan.
Antara keraguan paling jelas adalah isu 88 orang pengundi yang berkongsi alamat sama (BACA SINI) dan juga beberapa keraguan lain yang boleh anda cari dan selidik dengan sendiri.
Walau bagaimanapun, dalam hati aku sedikit tak bersetuju kerana perhimpunan ini melibatkan ramai orang. Mana mungkin pemimpin di hadapan dapat mengawal beribu-ribu penyokong di belakang jika mereka membuat onar di tempat awam. Boleh jamin ke? Lagi pun, dapatkah diorang menjamin bahawa perhimpunan ini langsung tidak mengganggu ketenteraman awam?

Tapi kalau lah pihak polis bersetuju untuk memberi kerjasama, tidak ada masalah rasanya. Contohnya, macam kat konsert maksiat Justin Bieber atau pun Jom Heboh atau perlawanan akhir Piala FA 2011 baru-baru ini yang melibatkan puluhan ribu penonton. Kalau polis menjaga keamanan perhimpunan ini seperti konsert tadi, rasanya masalah pasti sukar untuk berlaku walaupun tidak dapat dijamin 100%. Lagi pun diorang nak hantar memorandum je, lepas tu terus balik. Kalau ada perancangan lain aku tak tahu.
Tapi ada satu lagi perkara yang lagi hebat yang boleh dilakukan. Kalaulah semua umat Islam yang nak berhimpun untuk demonstrasi aman ini mengerjakan solat subuh secara berjemaah beramai-ramai di masjid sambil memakai baju BERSIH 2.0, bukan saja polis atau FRU yang ketar lutut, Yahudi pun tak senang duduk tau!

Jap, BERSIH ni NGO kan? Tapi kenapa asyik menghentam kerajaan je kat Facebook, dah tak macam NGO dah. Takpe, abaikan. Haa, ape? Aku? Aku tak pergi hehehe

p/s: kalau ada salah pape tolong tegur secara berhemah.


Sambung Bacaan

Berfikir Sejenak

Posted In: . By Hazwan


Ketika sedang stress menulis proposal dalam bahasa penjajah, fikiran aku melayang-layang mengingatkan balik perbualan bersama Faiz Mustafa, jiran depan bilik ketika di zaman foundation yang sudah pun melanjutkan pengajian di US. Dia pernah cakap,

"Kalau nak jadi student engineering ni, kita perlu cari makwe yang belajar TESL..."

"Sebab??" aku bertanya.

"Sebabnya time final year, kita akan memerlukan mereka untuk cek grammar dan writting dalam report final year project kita nanti.."

Selepas hampir lima tahun berlalu, akhirnya aku mengakui kata-kata tersebut. Stress kot buat report ni >_<

***
Maaf kepada kawan-kawan yang aku tak sempat nak komen kat blog tu, sori aku agak busy sekarang. Biasala dah jadi abang final year hehe. Kepada semua pembaca, aku nak tinggalkan sesuatu untuk kamu semua fikirkan.

Bayangkan ketika Parameswara sampai di Melaka dulu, dia tak duduk di bawah pokok Melaka tapi duduk di bawah pokok lain. Agaknya, sekarang nama negeri Melaka mungkin tak wujud dan mungkin nama lain yang diberikan. Mungkin kelapa misalnya. haha

Ok, aku dah start mengarut lagi. Bye!



Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...