Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Blogger Semput

Posted In: . By Hazwan

Aku perasan banyak blog yang menulis tentang blogger semput. Tapi aku tak ambil kisah dan aku tak tahu pun apa itu blogger semput. Barangkali terdesak. Tapi sekarang aku memang tengah semput nak menyiapkan proposal FYP ni. Sekarang dalam progress untuk hasilkan draf ke tiga selepas draf pertama dan kedua di reject kerana terdapat beberapa kesilapan yang berlaku akibat kekeliruan dan kurang kefahaman tentang apa yang aku sedang buat. Ni belum buat proposal untuk kahwin lagi. Nasib baik Dr Murni tu baik. Banyak sungguh pertolongan yang dihulurkan beliau =)

Er..er.. Aku tengah semput dengan idea sebenarnya. Tak tahu nak menulis apa. Nak menulis tentang bola semalam pun tak mood. Nak mengamuk pun ada bila tengok benteng pertahanan tidur ketika Taiwan menyerang. Bolos satu gol semalam bermakna Malaysia menempuh jalan yang agak sukar kerana  Taiwan hanya perlu menang 1-0 untuk layak ke pusingan ke dua. Agak-agak Malaysia ada peluang tak nak lawan Singapore?

Ops! Dah lari dari tajuk. Ok bye!

*****
Tulisan kat atas tu aku tulis pagi tadi, time tengah kalut nak siapkan proposal. Tapi time nak publish, blogger tiba-tiba wat hal. So, entri terpaksa disimpan sepanjang hari. Oh, aku baru saja pulang dari dinner bersama group FYDP aku dulu dan juga Dr Luqman. Terharu kot dia ajak belanja makan tadi. Banyak plak tu aku makan hehe.

Terima kasih kepada Dr Luqman, Sap Atan, MayaQ, Zura dan juga Syu untuk dinner malam ini =)

Sekarang, aku nak buat research  tentang Bersih 2.0, Ambiga dan Lina Joy. Macam ada sesuatu yang menarik di situ. Ok Bye!

Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #5

Posted In: . By Hazwan


Sambung Bacaan

Pada 25 Jun yang lalu, pelajar Chemical Engineering batch Januari 2007 ataupun dikenali sebagai CJ7 telah datang menggila diwaktu pagi di tasik UTP. Tujuan utama program ini adalah untuk mengadakan photoshot untuk diletakkan dalam Yearbook CJ7 (ala, yang macam majalah sekolah tu) dan juga video untuk dipaparkan dalam jamuan terakhir CJ7 semester depan.
Were are CJ7!

Geng major Process Control
Selain itu, diadakan juga sukaneka antara anggota CJ7 yang dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut nama peserta Maharaja Lawak iaitu kumpulan Sepah, Jozan, Nabil, Jambu, R2 dan Amir. Permainan yang diadakan ialah bawak bola pingpong dalam sudu, ambil kacang hijau guna chickenchop chopstick, jalan itik, regu, bola beracun, lari berpasangan dan berpusing macam helicopter (?). Tapi hampir semua main tipu kah3
Gambar ketika sukaneka!

Tapi aku sekadar memandang je lah >_<
Terima kasih kepada organizer kerana menganjurkan program ini. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu aku kepada CJ7 selepas terlepas beberapa aktiviti best sepanjang aku bercuti. Tahniah jugak kepada dua orang makwe CJ7 yang akan mengikut jejak langkah Umair tak lama lagi. Ok, yang ni rahsia. Tinggal lebih kurang 6 bulan lagi untuk kita bersama sebelum anda semua membawa haluan masing-masing. Nanti tinggal lah aku seorang diri kat sini T__T

Luv u all~

p/s: Mereka juga menulis tentang CJ7 Crazy Morning Nash, Nipi, Nuar, Zura

Sambung Bacaan

Puting Beliung

Posted In: . By Hazwan

Petang ini cuaca agak aneh. Angin bertiup agak kencang dan cuaca semakin gelap. Namun Abang Yu masih leka di luar pagar sambil mengelap-ngelap Myvi hitamnya. Abah pulak masih sibuk menguruskan anak-anak ayam yang baru menetas. Adik-adik sedang bermain di halaman rumah. Mak kalau waktu ni memang confirm sedang berada di dapur untuk menyediakan makan malam sambil bergosip bersama Kak Nini. Syifa pulak aku tak pasti ada di mana. Tidur agaknya.
Dan aku hanya melihat mereka melakukan kerja masing-masing tanpa melakukan apa-apa. Memang tak produktif langsung. Aku duduk sambil menikmati cuaca redup petang tu. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang sangat mengejutkan di belakang rumah Makcik Zan.
Eh, ada puting beliung……!’ aku bermonolog seorang diri.
Puting beliung itu nampak ganas. Aku panik. Dengan pantas aku menyuruh yang lain untuk masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba teringat tentang aplikasi Prinsip Bernouli dimana kita perlu membuka tingkap ketika ribut untuk mengelakkan bumbung rumah tercabut. Tapi masa terlalu singkat. Aku segera masuk dan bersembunyi kedalam stor rumah lalu mengeluarkan handfon dari dalam poket.
Rumah aku diserang puting beliung..’ aku menaip mesej lalu meng-update facebook. Tiba-tiba..
TAPP!!
Mata aku terbuka. Ceh, mimpi je rupanya. Fuh, lega jap. Tapi dalam mimpi pun sempat jugak aku meng-update status kat Facebook kah3



Sambung Bacaan


Barisan Kemungkinan

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan
Affizie Faizal, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi,
Tengah
K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail
Penyerang
Izzaq Faris Ramlan

KEPUTUSAN PENUH
Malaysia 2 Lubnan 1
Perghhh, terbaik! Itulah perkataan terbaik dapat aku katakan selepas skuad olimpik negara menang ke atas pasukan Lubnan dengan jaringan dua gol berbalas satu dan sekaligus layak ke pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik 2012. 

Pada separuh masa pertama Malaysia beraksi baik dengan bermain secara hantara pendek dan sesekali melakukan lorongan jauh yang berjaya memerangkap pihak lawan. Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke-8 hasil sepakan volley Irfan Fazail selepas percubaannya sebelum itu diselamatkan oleh pertahanan lawan. Malaysia terus garang dengan kawalan kemas jentera tengah oleh Gurusamy dan juga Gary Steven Robbat. Selepas itu, Malaysia sekali lagi menjaringkan gol cantik yang mempunyai unsur-unsur Arsenal. Lorongan oleh Gary Steven berjaya disambar dengan pantas oleh Wan Zack Haikal yang memastikan Malaysia mendahului dengan jaringan dua kosong.
Gol kedua Malaysia
Separuh masa kedua, Malaysia seakan-seakan mendapat mimpi ngeri apabila pemain tengah, Gary Steven dilayangkan kad merah oleh pengadil. Permainan Malaysia mula kucar-kacir dan lebih banyak bertahan. Dan akhirnya Lubnan berjaya mendapatkan satu gol yang menambahkan lagi debaran penyokong Malaysia. Namun kekebalan benteng Malaysia yang diketuai Muslim Ahmad tetap kental menahan setiap asakan pemain Lubnan.

Akhirnya, wisel penutup dibunyikan dan Malaysia berjaya layak ke pusingan ke tiga dan ini bermakna Malaysia adalah antara 12 pasukan terbaik Asia ketika ini. Perghhh!! Syabas diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia terutamanya Fadhli Shas yang berjaya mematahkan setiap hantaran jauh pasukan lawan dan juga kepada K Gurusamay yang tenang di bahagian tengah. Tak lupa juga kepada Wan Zack Haikal yang berlari laju macam lipas kudung (tapi aku menyampah dengan orang yang rambut ade kaler ni). Syabas kepada seluruh pemain Malaysia. Permainan sebentar tadi memang terbaik!!!

Tu saja kot. Maaf, aku tak pandai sangat nak buat liputan tentang perlawanan bola ni keh3

Aaauummmmmmm!!!!

Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #4

Posted In: . By Hazwan


Source: empty bottles
Sambung Bacaan

Wordless Wednesday #3

Posted In: . By Hazwan


Sambung Bacaan

Hari ini, suasana tenang di UTP dikejutkan dengan kejadian seekor kucing yang terperangkap di blok V5F. Aku tak pasti bila kejadian ini bermula. Ia disedari oleh Faiz yang kebetulan baru pulang dari kafe dan ternampak beberapa orang pelajar UTP cuba menyelamatkan kucing tersebut. Dibawah adalah kronnologi aksi menyelamat yang disertakan beberapa keping gambar dan video.
Beberapa orang budak UTP yang tidak dikenali cuba menyelamatkan kucing tersebut. Puas dipujuk namun kucing itu masih tidak tergoda dengan godaan lelaki-lelaki tersebut.
Sekarang giliran pakgad pulak yang datang menolong. Percubaan pakgad kelihatan agak berjaya pada mulanya namun juga berakhir dengan kegagalan. Buat malu je pakgad ni (member aku yang cakap haha)
Akhirnya bantuan daripada pihak bomba dah sampai. Rasa macam lawak plak, kerana seekor kucing bomba terpaksa datang sekali dengan lori diorang. (lori eh??)



Akhirnya hanya dalam masa 22 saat, pihak bomba menunjukkan ke-pro-an diorang dengan menyelamatkan kucing itu dengan cekap dan pantas. 

Jadi disini aku mencadangkan agak pakgad UTP diberil latihan untuk menyelamatkan haiwan plak. Amacam? haha. Tapi bagi aku la kan, tak payah panggil bomba pun tak pe. Tolak je kucing tu sampai jatuh ke bawah. Tak mati kot rasanya kalau jatuh dari tingkat lima heheheehee.

Kredit : Adli, Eju dan Wanpai

Sambung Bacaan

Sebentar tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan. Sebagai seorang ‘kipas-susah-mati’ bolasepak Malaysia, aku melepakkan diri di Sabilah bersama sembilan kawan UTP yang lain. Dan keputusannya Malaysia menang dengan jaringan dua gol berbalas kosong. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal dan Badrol Bakhtiar dalam setiap babak.
Untuk perlawanan kali ini, aku tak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut kerana tumpuan aku agak terjejas ketika menonton perlawanan ini. Sebab pertama adalah kerana keadaan padang yang becak yang menggangu tempo permainan kedua-dua pasukan. Aku jadi geram bila tengok hantaran leret yang asyik tersekat-sekat. Sebab kedua adalah kerana aku lebih fokus kepada masakan Ikan Patin Stim dan juga ikan Rohu Masak Tiga Rasa yang terhidang di depan mata. Sedap giler kot! Empat ekor plak tu. hehe
Berbalik kepada tajuk. Dalam perlawanan tadi, anugerah pemain terbaik dimenangi oleh Badrol Bakhtiar. Daripada apa yang tengok tadi, sepatutnya Badrol mampu menjaringkan hatrik pada malam ni namun nasib tak menyebelahi beliau. Amirulhadi juga memainkan peranan sangat penting malam ini sebagai sayap kanan walaupun aku sangat menyampah dengan rambutnya yang berwarna perang. Walau apa pun, permainan pasukan Harimau Malaya malam ini agak memuaskan.
Tahniah Harimau Malaya! Perjuangan belum selesai. Aaaummmmmmm!

Sambung Bacaan

Memori Village 1 UTP

Posted In: , . By Hazwan


Family Day V1
Aku duduk berhadapan dengan Migho pada waktu makan tengah hari di Kafe Pak Ali, V1. Sambil menjamah lauk ikan dan tempe goreng, aku memandang kearah Village 1 (V1) ataupun dalam bahasa melayunya Desasiswa Satu. ‘Banyak betul perubahan yang dah berlaku,’ getus aku dalam hati. Ketika lagu Balasan Janji Palsumu berputar di radio di kafe, fikiran aku mula ligat berputar mengenang masa lalu.
V1 merupakan tempat tinggal pertama aku di UTP semasa berada di zaman foundation dan juga semasa tahun pertama pengajian ijazah di UTP. Disinilah bermulanya kehidupan indie aku selepas dua tahun terperangkap dalam kawalan warden asrama di MRSM dulu. Dulu kat V1 ada banyak pokok yang tinggi terutamanya di belakang V1C. Sebab itu suasananya amat tenang dan nyaman. Kalau waktu pagi, memang agak susah untuk bangun tidur kerana keadaannya agak sejuk. Sayang rasanya nak tinggalkan katil. Nasib baik iman agak kuat untuk bangun subuh pada waktu tu hehehehe.
Tapi sekarang pokok-pokok itu sudah tiada. Dengar cerita pokok-pokok tu telah ditebang semester yang lepas selepas kejadian pokok tumbang ke atas beberapa kereta pelajar UTP. Aku tak setuju sangat tapi mungkin itu cara pihak pengurusan UTP untuk membendung perkara yang sama daripada berulang lagi. Pokok nangka pun dah tak ada.
Rembat buah nangka kat belakang V1C. Gambar terpaksa diedit sedikit kerana pemegang nangka berpakaian agak mencolok mata perempuan hahhaa
Dulu aku tinggal di V1C, bilik paling atas dan paling hujung berhampiran V1D iaitu tempat tinggal pelajar perempuan. Dah la tinggal sorang je dalam bilik tu. Walaupun tinggal sorang, biasanya ada je kawan-kawan aku yang melepak kat sini sebab nak skodeng perempuan jemur baju. Aku pun tak faham apa yang best sangat tengok perempuan jemur baju ni. Mungkin sebab kat sekolah dulu tak pernah berpeluang untuk skodeng perempuan jemur baju kot. Tapi perkara yang paling lawak yang aku ingat bila seorang kawan aku pergi sound kat seorang makwe yang tengah angkat baju kat ampaian. Mungkin kerana malu, budak tu hanya ambil baju dan seluar je. Baju dan seluar dalam dia tinggal je kat situ kah3
Tapi sekarang memang tak boleh skodeng dah. Keseluruhan Village 1 telah dikuasai oleh kaum Adam. Bagus-bagus. Mereka dah tak boleh mencontohi kelakuan buruk senior mereka yang terdahulu haha.
Kalau bercerita pasal kafe pulak, dulu makanan kat sini murah giler. Kalau makan tengah hari, komfem tak sampai tiga ringgit untuk sepinggan nasi, ayam dan sayur. Kalau tambah air tu lain cerita lah. Masakan panas pun murah. Kalau setakat nasi goreng atau mee goreng tu, tak sampai dua ringgit setengah pun harga dia. Biasanya, order makanan sebelum waktu Isyak. Balik dari masjid makanan tu akan siap sebab agak lama kalau nak tunggu kat situ.
Tapi harga murah tu tak bertahan lama selepas kafe diambil oleh orang lain dan kaunter dijaga oleh Kak Muka Masam. Aku dan kawan yang lain tak tahu nama dia apa. Tapi memandangkan muka dia selalu masam, tambah lagi dengan harga makanan yang di caj terlampau mahal, aku dan kawan yang lain memanggil beliau dengan gelaran Kak Muka Masam. Tapi kat belakang dia la, bukan depan-depan. Sekarang, kafe tu diambil oleh Pak Ali. Ok skit harga dia, tak macam sebelum tu.
Erm, tu je kot yang aku nak cerita. Kalau aku ingat apa-apa lagi aku tambah lain kali. Terima kasih kerana membaca sampai habis. Bye!

Sambung Bacaan

Cinta Teragung

Posted In: . By Hazwan



Cinta Teragung – Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku


Sambung Bacaan

Aduhai Daudsu Jamaludin

Posted In: . By Hazwan

Aku mula mengenali Daudsu Jamaludin ketika final Pestabola Merdeka 2008. Tu pun sebab dia jaringkan gol penalti yang sangat cantik bagi aku. Tapi sayang Malaysia tumpas. Sekarang, hampir semua orang mula mengenali Daudsu kerana jaringan yang tidak disengajakannya ketika final Piala FA empat hari lepas.
 Selepas itu, group facebook untuk Daudsu mula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Aku tergelak sorang-sorang bila baca semua nama group yang baru wujud ni. haha. Ce baca. Gambar aku cilok dari Sokerleaks =D




Tadi sempat menonton perlawanan Liga Super Kelantan menentang Perak. Kelantan nampak lembik malam ni, Perak pun lagi lah lembik. Syabas buat Terengganu selepas bangkit menewaskan pasukan adik, T-Team dengan jaringan 3-2 walaupun suatu ketika ketinggalan 1-2. Peteh Tranung Peteh! =)
Sambung Bacaan


Pasukan bolasepak negeri Terengganu telah membuktikan bahawa sikap tidak kenal erti mengalah akan membawa hasil yang membanggakann. Akhirnya, setelah 11 tahun menunggu, Piala FA kembali semula ke negeri Terengganu dengan kemenangan dua gol berbalas satu ke atas Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Walaupun ketinggalan satu kosong hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke 80, pasukan Pendekar Penyu ini langsung tidak menunjukkan tanda ingin mengalah dan hasilnya berjaya mencipta jaringan pada minit terakhir perlawanan iaitu pada minit ke-98. Terima kasih kepada Abdul Manaf Mamat atas jaringan tersebut selepas berjaya menyempurnakan hantaran Ashaari Shamsudin. Terima kasih juga kepada Daudsu Jamaludin hehehe.

Dan akhirnya, pada minit ke-108, Ahmad Nordin Alias berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Terengganu. Ini adalah gol pertama beliau dalam musim ini dan merupakan gol yang terbaik dan akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih!


Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi permainan Terengganu sebentar tadi memang terbaik! Satu kemenangan yang sangat dramatik bagi aku. Huhh, penat aku bersorak di kedai mamak tadi. Syabas Terengganu.



PETEH TRANUNG PETEH!!!
SEMARAK DARUL IMAN
SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN~~


p/s: Nama Turtle Warrior telah diedit semula dan ditukar kepada Pendekar Penyu atas permintaan saudara Alif yang merasakan nama itu nampak lebih gagah dan menunjukkan ciri kemelayuan yang kuat!!

Sambung Bacaan

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir piala FA yang akan menemukan dua jaguh pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Semoga Terengganu berjaya menebus kekalahan lima hari yang lalu di tangan Kelantan dengan bergelar juara Piala FA pada malam ini. Peteh Tranung Petah!!

Haihh, dah dua final penting aku terlepas dalam masa dua tahun berturut-turut >____<

Juki vs Piya

Sambung Bacaan

Salam
Hari ni aku nak berkongsi satu cerita. Pada satu hari, satu pasangan suami isteri berjumpa Nabi Musa AS untuk meminta dia mendoakan kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat. Lalu Musa AS berdoa. Allah SWT menjawab bahawa sudah ditetapkan bahawa pasangan tersebut tidak akan memperoleh anak lagi. Lalu Musa AS pun menyampaikan berita sedih tersebut kepada pasangan tadi.
Beberapa tahun kemudian Musa AS terjumpa lagi pasangan tersebut. Nabi Musa AS melihat pasangan tersebut membawa seorang anak. Ditanya kepada pasangan tersebut anak siapa. Lalu dijawab anak dari rahim mereka sendiri. Musa AS pun pelik dan bertanya macam bagaimana mereka dapat anak lagi. Lalu dijawab, "Kami tidak berputus asa dan teruskan berkorban."
Jadi, kesimpulan yang dapat aku buat daripada cerita ini adalah takdir itu dapat diubah. Yang penting kita perlulah sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya nasib kita menjadi lebih baik pada masa akan datang. Tapi kalau setakat berdoa pun tak berguna kalau tidak disertakan dengan usaha.Korang mesti tahu ayat ni kan :
Firman Allah SWT, “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Pesanan daripada Bro Bijen M, kepada mereka yang nak sesuatu tu janganlah putus asa dan tambahlah lagi korban korang semua. Juga banyakkan bersedekah. Dan yang sakit-sakit tu pun sama, banyakkan sedekah ke fakir miskin dan orang susah. Moga Allah SWT sembuhkan penyakit kita. Bagi yang dalam kesulitan, setiap pagi, jangan tinggal solat sunat Isyraq 4 rakaat dan baca Yassin. Terima kasih.
Notakaki : Siapa Bijen M? Klik SINI. Apa tu solat sunat Isyraq? Sila klik di SINI. Aku tak pernah lagi solat sunat Isyraq >__<


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...