Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Lagenda Bukit Bintang

Posted In: . By Hazwan Arif


Pagi tu, aku bangun awal sikit. Selepas menunaikan solat subuh dan bergolek atas tilam, aku bertongkat dengan perlahan-lahan aku ke dapur. Mak dan abah awal-awal lagi tercegat di dapur, menonton berita sambil menikmati jepuk bawang. Aku yang terliur melihat abah makan jepuk bawang  sambil cicah gulai ikan ayer terus join sekaki.
Entah macam mana hari tu kami boleh berdiskusi tentang cerita-cerita mistik di Terengganu. Antaranya, kisah bunian yang datang membeli sayur di kedai dan jugak kisah puteri bunian yang menumpang bot penambang di Seberang Takir. Tapi ada satu lagi cerita yang best iaitu kisah itik di Bukit Bintang. Bukit Bintang ni, kalau tak silap terletak di Besut, Terengganu.
Menurut mak dan abah, di Bukit Bintang ni merupakan tempat tinggal golongan bunian. Tempatnya agak ‘keras’ sedikit.   Pada zaman dulu, tempat ini dipenuhi itik dan haiwan ini dikatakan dibela oleh golongan ini. Abah aku cakap, mengikut cerita orang-orang tua, apabila seseorang itu membela itik sehingga mencapai 40 ekor, itik itu akan terbang lari ke Bukit Bintang. Tapi perkara ni hanya akan terjadi bila tuan itik itu meninggal dunia.
Mengikut cerita mak aku, moyang aku pernah pergi ke Bukit Bintang. Mengikut ceritanya, kat situ memang banyak telur itik. Dan sesiapa yang pergi ke sana boleh makan telur itik itu dengan syarat hanya boleh makan di kawasan itu. Kalau telur itu dibawa keluar dari kawasan Bukit Bintang, telur-telur itu akan menjadi batu. Boleh pecaya ke?
Aku pun tak pasti nak percaya atau tidak. Tapi cerita ni berlaku berpuluh-puluh tahun yang lalu. Sekarang benda tu macam dah tak wujud dah. Tujuan aku menulis cerita ini bukan untuk mengajak anda semua mempercayai cerita yang mengarut tapi sekadar ingin berkongsi cerita lagenda di Terengganu yang disebarkan dari mulut ke mulut supaya tidak tenggelam dalam arus permodenan kini. Cewahhh!


Sambung Bacaan


Awal pagi esok, dua pasukan gergasi bolasepak Eropah iaitu Manchester United dan Barcelona akan berentap dalam pertarungan akhir UEFA Champions League. Selaku pemegang status juara di liga masing-masing, pasti kedua-dua pasukan akan berentap hebat esok pagi.

Tapi aku mungkin tak akan tengok pun perlawanan ni. Sebab pertama, mungkin korang dah tahu. Sebab yang kedua adalah kerana kajian yang buat sendiri. Pada final UCL 2008 dulu, aku tak dapat pergi tengok kerana ada paper Organic Chemistry pada pagi tu. Dan keputusannya, Manchester United menang ketika menentang Chelsea. Setahun kemudian, Manchester berentap lagi di final. Kali ini menentang Barcelona dan aku menyaksikan perlawanan ini bersama rakan-rakan yang lain. Keputusannya, Manchester United tewas dua gol tanpa balas hasil jaringan Samuel Eto dan Messi.

Kesimpulannya yang aku dapat, kalau aku pergi tengok esok Machester United akan kalah. Kalau aku tak tengok mungkin Manchester United akan menang hahaha. Apa aku mengarut ni? Dush!

Keputusan Perlawanan Akhir

Tahniah Barcelona. Gol-gol dijaringkan oleh Pedro, Messi dan Villa manakala gol Manchester Uniyer dijaringkan oleh Rooney! Ok, teori aku salah.
Sambung Bacaan

Blog Baru

Posted In: . By Hazwan Arif

Dua tiga hari lepas, aku dah mula menulis di blog yang baru. Tapi blog tu aku sorang je dapat baca. Tujuannya? Aku rasa bukan semua benda yang ada dalam kepala otak aku ni aku patut ditulis di dalam blog ini. Aku jugak perlukan privasi untuk aku sendiri. Untuk aku menulis isi hati aku yang kurang enak jika dikongsi bersama orang lain. Contohnya, hari ini saya berak sembelit. Tapi tu contoh je la. Aku tak tulis macam tu.

Wokeh, selamat menikmati cuti hujung minggu. Aku ingat nak tuntut balik janji daripada orang-orang yang pernah berjanji untuk belanja makan suatu ketika dulu. Hati-hati~
Sambung Bacaan

Minum Jus Katak Untuk Kuat

Posted In: . By Hazwan Arif

Hari ni aku terbaca dalam surat khabar Berita Harian mengenai tabiat pemakanan yang pelik oleh pemain bola sepak kebangsaan Korea Selatan dan juga Manchester United iaitu Park Ji Sung. Menurut beliau, oleh sebab ingin menjadi seorang pemain bola sepak yang memiliki badan yang kuat, beliau terpaksa mengamalkan tabiat meminum jus katak. Tidak hairan lah jika beliau digelar sebagai Three Lung Park kerana stamina beliau sangat tinggi. Anda boleh baca di SINI. Yaks, makan pati ikan haruan pun aku nak muntah >__<

Ok, kita sambung dengan cerita lain.

Hari ni aku ada sedikit berita baik. Lecturer IACS, Dr Rosdiazli telah meluluskan permintaan aku untuk bercuti sehingga Test 1. Tapi aku masih perlu pergi ke lab. Jadi, secara kasarnya, aku hanya perlu pergi ke kelas dua kali je seminggu. Amacam? hehe. Tapi aku masih perlu study kerana banyak benda yang aku dah lupa. Oh no!
Tapi hari ni juga ada satu berita jeles. Separuh daripada housemate aku pergi ke Pulau Pangkor untuk bercuti dan memancing. . Haih, time aku sakit ni la baru mereka semua sibuk nak berjalan ke sana ke mari. Tapi takpe, semoga urusan merekag dipermudahkan di sana =)
Malam semalam, roommate aku mengamuk. Sebabnya, kasut futsalnya telah dirembat orang. Cis, lahanat mana tah yang punya kerja. Tapi bagi aku tu dah macam benda biasa. Kasut aku pun pernah hilang dua kali di UTP. Tapi kasut tu tak mahal sangat. Dulu kasut Adidas kepunyaan Aik  yang berharga RM200 pun pernah kena rembat. Migho pun pernah kena tapi nasib baik jumpa balik. Amin pun pernah kena.
Jadi kesimpulannya, kes kecurian di sini dah jadi macam lumrah. Tak termasuk hilang laptop dan motorsikal lagi. Oh dunia!

Sambung Bacaan

Terengganu Nelang!

Posted In: , . By Hazwan Arif


Akhirnya Terengganu berjaya merampas tahta pendahulu Liga Super daripada Kelantan selepas berjaya menewaskan skuad Tok Gajah dengan jaringan 5-0. Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Ashaari Samsuddin pada mini ke-14 sebelum Abd hadi Yahya mencatat hatrik pada minit ke-20, 53, 56 dan diikuti jaringan Manaf Mamat pada minit ke-71.
Kejayaan semalam juga dibantu oleh skuad kedua Terengganu, T-Team yang berjaya menewaskan pendahulu liga sebelum ini iaitu Kelantan dengan jaringan 2-1 dan sekaligus memadamkan rekod tanpa kalah Kelantan di halaman sendiri.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Semoga pasukan Terengganu berjaya mengekalkan momentum kemenangan untuk perlawanan seterusnya untuk mengekalkan tahta pendahulu liga untuk menjuarai Liga Super untuk kali pertama. Jom layan video Terengganu meratah pasukan Pahang yeahh!!




Sambung Bacaan

Teka-Teki Paling Susah

Posted In: . By Hazwan Arif

1
1 1
2 1
1 2 1 1
1 1 1 2 2 1
? ? ? ? ? ?
? ? ? ? ? ? ? ?
Selama ni aku selalu menyajikan bahan bacaan yang kurang berfaedah untuk anda semua baca. Jadi sekarang aku nak ajak anda semua untuk menyelesaikan masalah di atas. Caranya, hanya cari nombor apa yang patut diganti di tempat bertanda soal itu. Kepada sesiapa yang dapat jawab, aku akan bagi hadiah yang sangat lumayan iaitu menjadi watak utama dalam novel aku dalam masa beberapa tahun akan datang. Amacam?
Aku lebong je!     JAWAPAN :
1 
1 1
2 1
1 2 1 1
1 1 1 2 2 1
 3 1 2 2 1 1
1 3 1 1 2 2 2 1
Sori, aku tak reti sangat nak explain. Tapi secara mudah, anda perlu men-describe line yang pertama dan isi pada line yang ke dua. Dan begitulah seterusnya. Anda semua boleh rujuk kat SINI! Kalau tak faham jugak, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku dah tak boleh nak tolong tapi kalau nak tahu jugak, tanya lah aku secara personal hehe. Jadi, pemenangnya adalah Cik Nadia. Siapa Nadia ni? Dia ni satu group projek ETP dengan aku dulu. Tahniah!

Sambung Bacaan

Facebook

Posted In: . By Hazwan Arif

Sekarang jiwa aku dah tak berapa ngam dengan Facebook. Kalau dulu bukan main lagi duk mengadap Facebook. Bukak mata terus Facebook, tengah makan main Facebook, mengorat guna Facebook, study pun dengan Facebook  dan bermacam-macam aktiviti lagi lah. Semuanyanya dilakukan sambil bergilir-gilir dengan Facebook.
Tapi sekarang feel nak ber-Facebook macam dah tak ada. Ia mirip seperti zaman kejatuhan Friendster dulu. Nak komen status orang pun malas, apatah lagi nak tengok video-video kat wall serta bermacam-macam link website yang kawan-kawan kongsi tu. Apa yang aku buat, bukak home, cek notification, balas apa yang patut dan tutup.
Nak menulis status pun macam dah malas. Bukannya macam dulu, setiap hari status-status dipenuhi ayat-ayat berbunga. Tapi sekarang, aku tulis ikut mood. Contohnya yang terbaru, aku tulis Phra Yao Mahawangsa. Tu pun aku tulis sebab baru habis tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi aku sorang je kot yang faham rasanyer.
Jadi sekarang, aku ingat nak slow down menulis status Facebook. Aku nak fokus betul-betul dalam menulis blog. Aku kan dah ada blog sendiri, jadi apa barang pergi menumpang menulis kat website  Mark Zuckerberg. Kan?
Ok, sebenarnya tujuan aku menulis pada mala mini kerana frust bila tengok kawan-kawan serumah pergi main futsal >_____<

Sambung Bacaan

Memulakan Semester Baharu

Posted In: , . By Hazwan Arif


Pakcik kat atas ni selamba je jalan dengan sebelah kaki palsu yang dibuat daripada kayu. Melihat gambar ni, aku rasa sepatutnya tidak menjadi masalah bagi aku untuk meneruskan semester baru ini walaupun dengan bertongkat.Yang penting haruslah sentiasa berfikiran positif. Ye dok?

Sekarang, sepatutnya aku ada briefing subjek Engineering In Society ataupun dalam bahasa Melayunya, Kejuruteraan Dalam Masyarakat. Tapi disebabkan surat MC aku masih valid sehingga bulan depan, jadi aku melepak-lepak dululah.

Pukul 2 nanti, aku ada kelas untuk subjek Industrial Automation & Control System. Subjek ni aku dah ambil sem lepas. Jadi aku ingat nak minta cuti separuh semester daripada Dr Rosdiazli iaitu lecturer untuk subjek ini. Aku nak minta markah untuk kuiz-muiz sem lepas dibawa ke sem ni. Lagi pun sem lepas aku tak pernah pun ponteng kelas. Tapi aku tak tahu boleh ke tak kalau buat camni. Lagipun, macam la UTP ni bapak aku yang punyer hahaha.

Chow!!

Sambung Bacaan

Sebelah Kaki Di UTP

Posted In: , . By Hazwan Arif


Selepas dua bulan tersadai di rumah, semalam aku kembali menjejakan sebelah kaki di UTP. Yang sebelah lagi masih tergantung. Perjalanan yang memakan masa 8 jam dari Kuala Terengganu ke Tronoh yang disertai hujan renyai dan lebat di sesetengah kawasan memang mencabar urat gementar aku. Terima kasih kepada Eju kerana memandu dengan cermat.
Pagi ni aku rasa pelik sikit. Entah macam mana, cahaya matahari mula memancar hingga ke dalam bilik. Sebelum ni tak macam tu. Pelik. Tapi yang tak peliknya, rumah aku kekal sunyi pada waktu pagi. Housemate semuanya tengah membuta kecuali Wan Pai yang masih leka dengan FB.
Esok, sesi pembelajaran akan bermula. Tapi jadual kelas pun aku tak cek lagi. Banyak benda sebenarnya yang aku kena buat ni. Pasang cadar, simpan baju dalam almari, keluarkan semula barang-barang yang disimpan oleh kawan-kawan selepas accident hari tu, setelkan FYP,  main PES, Babo dan macam-macam lagi lah. Haih, banyak betul yang perlu dibuat. Nasib baik game Angry Birds dah habis main.
Cukup la tu aku melalut. Oh, ya. Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi melawat blog ini. Segala komen-komen membina dan tidak membina daripada anda amatlah aku dihargai.
Dan yang terakhir, tadi ada sorang makwe kirim salam kat aku =D


Sambung Bacaan

Pulang Ke UTP

Posted In: . By Hazwan Arif

Esok, 21 May 2011 aku akan pulang ke UTP.
Insyaallah aku akan ke sana bersama Eju dan seorang lagi kawan beliau.
Seriously, aku sedikit nervous.
Doakan aku selamat.

"Ya Allah, permudahkanlah perjalanan Hazwan Arif dan kawan-kawan beliau yang akan pulang ke UTP esok hari. Jauhkan mereka dari segala kecelakaan dan bencana. Amin."

Sambung Bacaan

Pisang Goreng

Posted In: . By Hazwan Arif



Antara makanan yang aku tak pernah rasa jemu bila makan adalah pisang goreng. Kalau nasi tu lain cerita lah. Tapi part  yang paling susah dalam bab pisang ni adalah dalam mengenal jenis-jenis pisang. Aku sangat respek dengan mak dan abah aku ni. Sekali tengok je dah dapat agak tu pisang jenis apa. Pisang nangka lah, pisang kelat abu dan beberapa nama lagi. Aku pulak, sekali tengok je terus terliur hehe.
Berbalik kepada cerita pisang goreng. Selepas membuat penilaian terhadap pisang-pisang goreng yang aku pernah makan sepanjang pengalaman hidup di Terengganu, Perak dan juga Pulau Pinang, aku memutuskan bahawa pisang goreng Terengganu adalah yang paling best. Sebabnya, acuan tepung yang digunakan di Terengganu agak sedap.
Pernah sekali, aku pergi membeli pisang goreng di Seri Iskandar bersama Migho. Aku tengok pisangnya dipotong nipis-nipis. Sebatang pisang tu, aku tak tahu dia potong kepada berapa bahagian. Selepas itu, pisangnya disalut dengan acuan tepung yang sangat tebal dan pekat. Selepas digoreng, memang lah nampak besar tapi pisangnya kecik je. Yang besarnya adalah acuan tepung tadi. Jadi, layakkah ia dipanggil pisang goreng? Haha
Tentang pisang goreng kat Pulau Pinang, aku malas nak komen banyak-banyak. Sebab pengalaman makan pisang goreng kat sana tak banyak sangat. Kalau pasal seafood, aku tahu lah. Sekarang, antara kedai pisang goreng yang tengah top kat lidah aku sekarang adalah pisang goreng di depan Sekolah Ibrahim Fikri. Yang lain-lain kurang mesra tekak skit. Tapi kalau ada di depan mata aku rembat je hehehe.
Oh, hampir telupa. Di Terengganu, pisang goreng dikenali sebagai goreng pisang. Dan satu lagi, mungkin penilaian aku ni berat sebelah hahaha


Sambung Bacaan

Sejarah Seberang Takir

Posted In: . By Hazwan Arif



Salam
Kali ni aku bercerita tentang asal-usul nama Seberang Takir iaitu kampung arwah To'ki dan nenek sebelah mak aku. Pada zaman dahulu, Seberang Takir hanya dikenali dengan panggilan ‘Seberang’ sahaja dan tiada penduduk pun yang menetap di situ. Pada waktu itu, negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Semasa pemerintahan baginda, negeri Terengganu mengamalkan system perundangan Islam.
Di antara undang-undang kanun ketika itu ada menyebut apabila seseorang rakyat Terengganu atau orang-orang yang bermastautin di Terengganu, jika ditangkap kerana mencuri atau sabit kesalahannya, maka dia akan dikenakan hukuman takir tangan ataupun takir kaki. Perkataan ‘takir’ di sini bermaksud kerat ataupun potong.
Jadi, pada suatu hari, dua orang lelaki telah ditangkap kerana mencuri barang kemas di sebuah rumah penduduk di daerah Kuala Terengganu. Lelaki itu adalah Pak Said dari Manir dan Pak Abdullah dari Kampung Chabang Tiga. Selepas dibicarakan, Pak Said dijatuhi hukuman takir tangan kanan sehingga putus kerana mengambil barang kemas tersebut.
Pak Abdullah sebaliknya telah dijatuhi hukuman takir kaki kanan kerana bertangungjawab dalam merancang dan mengajak Pak Said untuk mencuri.
Selepas itu, kedua-duanya dibawa dari Kuala Terengganu ke tempat penjatuhan hukuman  oleh beberapa budak suruhan raja dan juga seorang ‘petunda’ yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman. Mereka dibawa menaiki perahu. Akhirnya perahu itu singgah di Seberang Takir dan Pak Said dan Pak Abdullah dibawa ke satu tempat di hujung tanjung. Akhirnya, hukuman pun dijalankan.
Selepas itu, rakyat di Terengganu mula memanggil tempat itu sebagai Seberang Takir. Aku jumpa cerita ini dalam folio sejarah kawan abang aku. Betul atau tidak, aku kurang pasti. Wallahualam. Yang pasti, aku pernah dengar cerita mistik tentang tangan yang melambai-lambai tanpa badan di Seberang Takir! 


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...