Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....



UTP

  • Mengikut perkiraan kalendar Hijrah, tinggal lebih kurang tiga minggu lagi sebelum aku kembali ke UTP. Kalau ikut kalendar lain pun boleh. Hurm, aku tengah bayangkan bagaimana kehidupan aku selepas ini selepas kembali ke UTP. Mintak-mintak semuanya berjalan dengan lancar. Kepada sesiapa yang pernah berjanji untuk belanja aku, siapkan duit awal-awal yer. Kepada mereka yang aku pernah janji nak belanja, buat-buat lupa dah la. hehe
FAM
  • FAM memang tiada pendirian. Dengan tiba-tiba saja pengambilan pemain import untuk Liga Super kembali dibenarkan untuk edisi akan datang. Beberapa persoalan mula timbul. Adakah drama persatuan-persatuan bola yang muflis kembali berulang? Adakah wajah-wajah sugul pemain bola yang tidak dibayar gaji akan kembali mewarnai kaca televisyen dan media cetak? Atau berita kematian pemain import yang membunuh diri akan kedengaran seperti pernah berlaku pada suatu ketika dahulu?
  • Berdasarkan rekod yang ada dalam kepala aku, pencapaian Malaysia agak gah sewaktu ketiadaan pemain import dalam liga. Antaranya melayakkan diri ke final Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 dan meraih perak sebelum memenangi pingat Emas dalam edisi 2009. Dan akhirnya merangkul gelaran juara Piala Suzuki AFF 2010.
  • Tanpa pemain import, peminat mula mengenali Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan beberapa nama besar lagi yang semakin meniti di bibir peminat bola sepak tempatan. Tapi apa boleh buat. Setiap orang ada pandangan berbeza yang mungkin aku tidak nampak. Gudlak FAM!
Politik
  • Politik sumpah mula menular. Tapi aku masih keliru kerana ada pemimpin agama yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Aku yang masih cetek dengan ilmu agama ini kadang-kadang tak tau apa yang patut di buat. Tapi yang aku pasti, pihak lawan si pesumpah pasti tidak akan percaya dengan sumpah si pesumpah. Buktinya, kita rujuk dengan peristiwa terdahulu.  Jadi, masih relevankah upacara sumpah ini? Yang aku harap, si pesumpah ini tak akan menjadi seperti sesumpah yang tidak tetap dalam pendirian. 
Palestin
  • Fatah dan Hamas mula berdamai. Satu langkah positif yang aku kira pasti akan menimbulkan kemarahan Israel. Semoga proses damai ini akan mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Palestin dan melemahkan pihak Yahudi. Insyaallah~

p/s: Gudlak CPL T___T

Sambung Bacaan

Asyraf Muslim

Posted In: . By Hazwan

Baru aku perasan ada sorang makwe solehah dalam kampung aku ni. Tapi ni bukan anak ustaz kat belakang rumah aku, yang ni orang lain. Dengan tidak semena-mena aku  capai kopiah. Aura Ustaz Amirul tiba-tiba datang meresap.
Ok, cukup sampai situ.
Bercakap tentang Ustaz Amirul ni, mesti orang terbayangkan Asyraf Muslim. Tu pun bagi orang yang follow drama tu. Tapi aku sedikit hairan, selepas Asyraf Muslim bertunang beberapa hari yang lalu, banyak status yang ditulis oleh kaum perempuan di Facebook atau Twitter yang menulis menunjukkan betapa kecewanya diorang dengan berita pertunangan tersebut. Pada hal, aku ni bertunang pun belum. Jangan sedih-sedih ok haha.
Sebenarnya aku agak respek dengan Asyraf Muslim ni. Melihat penghijrahannya kearah yang lebih baik, aku kagum.  Dulu, aweknya punya la cun (aku lupa nama artis perempuan ni) , tapi sekarang sudah pun bertunang dengan seorang gadis biasa yang katanya mempunyai ciri-ciri isteri solehah. Sekarang dia merupakan salah seorang pengamal perubatan Islam dan mengasaskan Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama Tuan Hj Lokman Abdul Hamid (TENGOK SINI). Semoga usaha murni beliau mendapat keberkatan.
Teringat balik khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan Dr. Danial Zainal Abidin dulu sewaktu berada di Penang. Walaupun khutbah terlebih satu jam, tapi penyampaiannya memang menusuk ke hati. Katanya, untuk mencapai kecemerlangan kita perlu sentiasa bergerak dan perlu berani melakukan perubahan. Atau dalam kata lain perlu berhijrah. Ia berdasarkan peristiwa bagaimana Siti Hajar yang berulang-alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk untuk mencari air tanpa putus asa.
Ok, aku tak tahu sama ada korang semua faham apa yang aku cuba sampaikan haha. Herm, bercakap pasal raya Aidiladha tadi, aku rasa menyesal. Kadang-kadang kesal, kadang terkilan. Korang tak perlu tau kenapa.
Good news, aku dapat offer untuk berlakon drama Ustaz Amirul II. Bad news, aku reject offer tu sebab kesihatan tak mengizinkan :P


Sambung Bacaan

Fair & Lovely

Posted In: . By Hazwan


Dulu aku ingat benda ni perempuan je pakai. Dalam TV pun aku tengok model dia perempuan. Tapi sekarang aku tak faham kenapa aku terjebak dengan benda ni. Ni semua kakak aku punya pasal. Mentang-mentang la ada jerawat batu yang tumbuh sebiji. Di suruhnya aku pakai 'menatang' ni.
Ok. Tak pe. Aku pakai dulu. Mane tau kalau-kalau lepas ni muka aku akan jadi putih melepak macam mat saleh kah kah kah. Lepas tu boleh aku suruh Wan Mustapai dengan Wan Kamalhadi pakai plak haha. Adus, rindunya nak makan gu.

Sambung Bacaan

Obesiti

Posted In: , . By Hazwan


Sekarang orang tengah kecoh dengan masalah obesiti. Budak-budak sekolah zaman sekarang dikatakan semakin gemuk. Ya, aku setuju.
Tapi yang aku tidak setuju bila sesetengah meyalahkan makanan di kantin terutamanya nasi lemak yang dikatakan penyumbang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Lalu pelbagai pihak mula berlumba-lumba mengeluarkan pelbagai idea yang dikatakan sangat bernas untuk menangani masalah ini tapi bagi aku sangat membazir dari segi wang ringgit.
Padahal makanan yang disediakan di kantin sekarang sama je dengan zaman aku sekolah dulu. Budak-budak zaman aku pun makan nasi lemak jugak. Kadang-kadang ada yang makan nasi ayam hari-hari. Tapi tak gemuk-gemuk jugak. Si Peyo, misalnya.
Aku rasa yang salahnya mak ayah. Apa taknya, kalau hari-hari duk menyogok anak-anak dengan makanan segera. Hot dog, daging burger dan nugget dah jadi macam makanan ruji budak-budak sekarang. Dah la dalam tu ada pelbagai jenis bahan kimia. Tak termasuk lagi dengan KFC, Mekdonel dan juga Pizza.
Zaman aku kecik dulu, KFC dan Mekdonel tu memang jarang masuk dalam tekak. A&W pun kadang-kadang. Yang aku kenal hanyalah nasi, cekodok, lempeng dan juga beberapa kuih tradisional. Aku yakin, dengan makan makanan sebegini memang takkan mudah nak jadi budak obesiti.
Budak-budak pun satu hal. Makan je banyak tapi nak naik basikal pergi sekolah pun malas. Tengok aku dulu, dari darjah tiga dah naik basikal. Naik bukit turun bukit, amik selekoh tajam slamber je lepas tangan. Sebab tu time kecik aku ni gemuk dan taff. Bukan gemuk dan lembik macam budak zaman sekarang.
Kerajaan pun problem jugak. Hampir semua padang bola dah jadi tapak perumahan. Kalau ada pun, banyak dah jadi padang meragut rumput bagi warga kambing dan lembu.Taik merata-rata. Kesannya, budak-budak banyak mengadap TV dan computer sambil makan cekedis. Hari-hari duk main game. Sepak bola tak pandai tapi main PES mengalahkan Messi. Lama-lama jadi gendut.
Sebenarnya banyak lagi punca masalah obesiti ni. Tapi aku dah malas nak membebel. Bukan kerajaan dengar pun. Tak perlulah nak bazirkan duit rakyat dengan idea yang bukan-bukan. Oh, lupa nak cakap. Best jugak cerita Ultraman Mebius tadi keh keh keh.

Sambung Bacaan

Hati

Posted In: . By Hazwan

Nak cerita ke tak nak cerita? Nak tulis ke taknak ek? Nak tulis tapi segan kalau orang baca. Kadang-kadang rasa malu plak. Nampak macam kita ni lemah sangat. Tapi aku perlukan satu medium untuk luahkan apa yang terpendam. Haihhhh
Sebenarnya, aku masih sukar nak menghilangkan kesedihan dalam hati selepas kemalangan sebulan yang lalu. Aku rasa macam banyak sangat benda yang aku hilang. Yang aku tertinggal. Takala melihat kawan-kawan yang sedang struggle di UTP, hati aku rasa aneh.Walaupun diorang jauh, dengan hanya membaca status diorang di FB, Google Talk atau pun sembang-sembang di Google Group, aku rasa lain macam. Ya, maybe aku masih kecewa, sedih dan cemburu dengan diorang. Walaupun malu tapi aku terpaksa mengakui hakikat ini. Kadang-kadang aku rasa putus asa dengan study. Aku benar-benar down. Walaupun di luar aku mampu ketawa, tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. Kekadang aku terpikir, mengapa aku mendapat ujian begini. Kenapa aku yang di pilih, bukannya orang lain. Sekarang aku masih kabur dngan perjalanan hidup yang akan datang. Aku tau, selepas ini keadaan tidak akan kembali seperti biasa. Tapi aku berharap, hari demi hari ia akan menjadi lebih baik.
P/S: Tiba-tiba aku rasa tak ada mood sangat nak bergurau.
Sambung Bacaan

Diari Seorang Penakut

Posted In: , . By Hazwan


Zaman kecik aku merupakan zaman kegemilangan aku sebagai seorang penakut. Sebut saja semua jenis hantu, tak kira hantu raya ke, pocong ke, hantu golek ke, ape, semuanya aku takut. Tak ada pun yang aku tak takut.
Pernah sekali, ketika itu semua family aku tengah melepak di luar rumah dan abah aku menyuruh aku mengambil rambutan kat dapur. Tapi aku taknak sebab takut. Padahal jam baru saja menunjukkan pukul enam setengah petang.
Pengalaman yang paling rare aku sebagai seorang penakut adalah pada akhir 90’an. Pada waktu tu, aku masih belum bersunat dan sangat rajin ke surau bersama kawan sekampung. Pada satu hari, selepas imam memberi salam solat Maghrib, aku dan kawan aku yang lain terus cabut bersama basikal masing-masing. Sementara menunggu waktu Isya’, aku pulang ke rumah untuk mengisi kekosongan di perut.
Aku sampai di depan pintu pagar rumah. Suasana ketika itu agak seram sedikit kerana terdapat sebatang pokok nangka yang besar dalam pagar. Sebelum sampai ke pintu di bahagian dapur, aku perlu melalui pokok nangka tersebut dan juga beranda rumah yang kelihatan menyeramkan pada waktu malam. Aku pernah dengar orang cerita yang kat pokok nangka biasanya ada hantu.
Aku cekalkan diri. Aku mengayuh perlahan-lahan basikal aku. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi yang pelik seperti memaksa aku berpaling ke arah beranda rumah.  Aku melihat lalu tergamam. Satu lembaga besar sedang berdiri sambil mengeluarkan suara yang aneh dari atas beranda.
Mokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!” aku menjerit memanggil mak aku lalu terjun dari basikal. Aku memecut kearah pintu dapur sambil menjerit hantu berulang kali. Mak aku membuka pintu sambil beristighfar. Sedang aku tercungap-cungap menyedut oksigen, kakak aku pun datang sambil tersenyum.
Tu aboh la. Bukan hantu,” aku terkejut lagi. Cehh, rupa-rupanya tu abah aku yang menyakat aku tadi. Ingatkan hantu betol-betol. Lupe plak yang lepas maghrib dia akan melepak di situ untuk melepaskan asap rokok dari mulut. Arghh, tensen.
Tapi betul ke aku ni penakut. Aku ada citer lain. Kali ni betul-betul seram. Kawan-kawan tau tak, sebelum sampai ke surau tu ada sebatang pokok yang sangat besar. Dah banyak cerita hantu yang aku dengar pasal pokok tu. Kalau bumbung kereta kena pijak time lalu jalan tu memang benda biasa la orang cakap. Jangan heran.
Macam aku sendiri, setiap kali aku pulang dari surau basikal aku mesti rasa berat. Kadang-kadang senget macam nak terbalik. Nasib baik time tu aku ni kuat makan nasi. Jadi, banyak jugak lah tenaga yang aku ada untuk lawan balik. Kadang-kadang aku stop dan cek tayar kalau-kalau ada problem tapi tak ada apa pun. Tapi yang peliknya, tak terlintas langsung dalam kepala aku nak mengaitkan kejadian berulang-kali ini dengan hantu. Nak kate bengap tak jugak.
Tapi bila dah besar ni baru aku terpikir balik. Agak-agak korang la kan, dah berapa ekor hantu yang aku dah bawak balik ke rumah?

Sambung Bacaan

Sedetik Lebih

Posted In: . By Hazwan


SEDETIK LEBIH - ANUAR ZAIN
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
 Lagu ni merupakan OST untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku tak faham kenapa cerita yang nampak ganas dan brutal macam tu tapi lagu temanya jiwang nak mampus. Cerita nampak sedap tapi aku tak ada peluang lagi untuk ke sana. Kalau lah ada panggung wayang kat bandar KT ni, dah lama aku bertongkat kesana. Btw, lagu ni agak best walaupun aku tak suka sangat dengan Anuar Zain. Sebab tu aku letak gambar lain kah kah kah.

Sambung Bacaan

Tupai-Tupai Dadah

Posted In: , . By Hazwan


Tupai-tupai dadah riang melompat. Makin lama makin ramai yang terjebak. Anak-anak penyu mula menjadi lembu dan keldai. Wahai dalang, gunakan kuasa mu itu untuk kegemilangan rakyat, bukan menjahanamkan jasad dan jiwa anak-anak muda ini. Semoga tupai-tupai ini lumpuh lalu menyembah bumi.
Ya Allah, peliharakanlah Terengganu!

Sambung Bacaan

Harga

Posted In: . By Hazwan

Hari ni aku rasa nak cakap pasal harga. Bukan pasal harga emas yang dikatakan harganya semakin melonjak sejak kebelakangan ini. Bukan jugak pasal harga minyak RON97 yang semakin mahal. Dan bukan jugal pasal harga kelapa di Terengganu yang jauh lebih mahal dari KL walaupun kat sana tak ada pokok kelapa.
Tapi aku nak cakap tentang menghargai. Aku rasa aku ni seorang manusia yang tak pandai mneghargai manusia lain. Camne nak ubah ek? >___<

Hurm, kat bawah ni gambar aku yang terbaru sebagai pengubat kerinduan peminat-peminat semua cewah. Tapi aku edit skit sebab nak bagi nampak kurus dan cerah kah kah kah!



Sambung Bacaan

Tragedi Padang Kota

Posted In: , . By Hazwan


Petang itu cuaca tenang-tenang saja. Aku bersama Nuar dan Muzek merempit ke Padang Kota. Dalam kepala aku, terbayang mee sotong yang dikatakan antara hidangan istimewa di Padang Kota. Kadang-kadang bayangan gambar mee yang aku tengok dalam DA Lab menerjah fikiran.
Selepas parking, kami semua menapak ke foodcourt dan memilih satu meja yang kosong. Kalau tak kosong, camna nak duduk kan? Tiba-tiba beberapa pekerja kedai mengerumuni meja kami dan masing-masing menyebut menu yang ada dengan pantas. Tapi iman aku kuat. Aku stick dengan keputusan untuk mengorder mee sotong.
Ada seorang pakcik yang masih stay kat situ. Dia bersungguh-sungguh memujuk aku dan kawan yang lain untuk membeli sotong yang dicampur kangkung dan sos kicap dan kacang. Dia bagi jaminan, kalau tak sedap tak perlu bayar. Aku pun dengan berat hati menerima tawaran tersebut walaupun dompet makin tak tebal.
Selang beberapa waktu, mee aku pun sampai. Apsal tak sama dalam gambar ek? ‘Takpe, asalkan rasa dia sedap,’ getus aku dalam hati. Aku menyuap beberapa kali dalam mulut. ‘Tak sedap langsung. Dah la udang tak fresh,’ aku membebel lagi dalam hati. Tapi rezeki dah ada depan mata, aku pun makan je lah.
Selepas itu, sotong kangkung pun sampai. Nampak menarik.  Aku dan yang lain pun makan bersama-sama. Peh!! Tak sedap pun. Last-last aku jugak yang kena habiskan. Mentang-mentang la store aku ni besar skit dari yang lain.
Di meja sebelah, pakcik tadi sedang melayan pelanggan dengan dengan ramah. Aku memandang dengan muka tenang tapi hati yang agak geram. Tiba-tiba dia berpaling kearah aku dan bertanya, “Ok tak?”.
Tak sedap pun,” jawab aku dengan ringkas dan kejam bersama muka yang girang. Pakcik tadi terus bangun dan bersembunyi dalam kedai. Aku dan yang lain ketawa kecil-kecilan hahaha
Walau pun tak sedap, kami still bayar harga makanan tu ok. Eh, silap! Nuar yang tolong bayar hehehe. Oh, rindunya kat Penang!

p/s: Sebenarnya aku tersilap pergi ke foodcourt Padang Kota baru. Sepatutnya yang lama >____<

Sambung Bacaan

Muktamad

Posted In: , . By Hazwan

Ye, muktamad. Akhirnya aku memuktamadkan keputusan aku untuk menarik diri daripada kumpulan Final Year Design Project (FYDP). Setelah berfikir selama beberapa hari dengan mengambil beberapa faktor. Aku membulatkan perut tekad untuk menarik diri dengan hati yang berat. Selamat tinggal diucapkan untuk Sap Atan, Mayak, Syu dan Zura. Lakukan yang terbaik untuk plant Ammonia tu yer. Thanx for ur support T__T
Maka, dengan ini aku mengambil keputusan untuk menjauhkan hati daripada UTP buat sementara waktu. Dah malas nak online Gtalk. Stress kot bila baca status budak-budak CHEME JAN 07 terutamanya pasal assignment dan juga Cheme Primier League. Aku jeles.
Jadi, buat sementara waktu, aku ingin menjadi seorang penulis blog sepenuh masa hehe. Biar tak ada orang nak baca pun. Peduli apa aku. Yang penting aku puas dengan apa yang aku buat dan gembira dengan hidup aku sekarang.
Tapi, melupakan UTP bukan bermakna aku melupakan gagasan [AwOk2]. Petang tadi, rombongan merisik daripada Ilah dan keluarga datang ke rumah aku. Bersama mereka, terdapat satu bungkusan peribadi yang dibawa dari UTP. Thanx kepada Mirol kerana sudi mengumpul barang-barang tersebut dan meletakkannya dalam beg Proton.
Dalam beg tersebut, terselit sehelai t-shirt [AwOk2] yang aku usahakan bersama beberapa kawan yang lain. Dengan moto We’ll Never Makan Gu dan juga Tak Nak Makan Gu, baju ini dicipta khusus untuk [AwOk2] yang terdiri daripada jejaka katang Pantai Timur daripada Terengganu, Pahang dan Kelantan. Semoga dengan memakai baju ini, aktiviti makan gu dan juga melipak  kawan-kawan dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbi. Haha
Miss u all~
Eh lupe! Terima kasih kepada Ilah dan keluarga kerana sudi datang ziarah ke rumah aku tadi =D

Sambung Bacaan

Asal-Usul Perkataan Duit

Posted In: , . By Hazwan

Menurut kisah yang aku dengar dari mulut ke mulut, keturunan aku telah memberi sumbangan yang sangat besar terhadap perkembangan bahasa di Tanah Melayu. Kisah yang ingin aku ceritakan ini telah berlaku beratus tahun yang lalu pada awal zaman penjajahan British di Terengganu atau secara spesifiknya di Pulau Duyong.
Nenek moyang aku sangat terkenal dengan kehebatan membuat dan membaiki kapal suatu ketika dulu. Pada satu hari, satu kapal yang amat besar telah berlabuh di Pulau Duyong kerana mengalami sedikit masalah di bawah kapal. Seluruh penduduk kampung berkumpul di tepi pantai untuk menyaksikan kejadian ini kerana pelik melihat rupa paras manusia di dalam kapal yang kebanyakannya berkulit putih dan berkasut tinggi.
Tiba-tiba salah seorang anak kapal turun dari kapal dan berjalan ke arah penduduk yang sedang berkumpul. Rupa-rupanya lelaki itu pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Menurutnya, kapal itu mengalami kebocoran dan memerlukan seorang pakar untuk membaiki kebocoran tersebut. Penduduk kampung pun mencadangkan agar Awang (moyang aku la ni) untuk pergi membantu orang putih tersebut.
Maka, pergilah Awang ke arah kapal tersebut dengan perasaan riak bercampur bangga. Sampai di sana, Awang terkejut beruk. Kerosakan itu sangat lah besar dan rekaan kapal itu sangat berbeza daripada kapal-kapal yang pernah dibaikinya. Orang putih itu memberi masa selama seminggu untuk Awang menyiapkan kapal tersebut.
Maka Awang pun berbaring lah di tepi kapal tersebut sambil mencari idea-idea yang bernas untuk diguna pakai dalam membaiki kapal tersebut. Namun perbuatan Awang tidak disenangi oleh ketua Mat Salleh tersebut lalu beliau menjerit ke arah Awang supaya segera membuat kerjanya. Malangnya Awang tidak faham bahasa Inggeris dan dia pun buat bodoh je lah (sebab tu pentingnya English Education).
Mat Salleh itu semakin marah lalu mencampak seuncang wang perak dengan harapan Awang segera menyiapkan kerjanya. Dan kali ini dia menjerit,” Do it! Do It!”. Selepas itu, Mat Salleh itu terus masuk ke dalam kapal. Awang mengambil uncang dan terus berfikir. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea yang bernas lalu segera membaiki kapal tersebut. Akhirnya, selepas hampir dua minggu, Awang berjaya menyiapkan kerja tersebut dan medapat seuncang lagi wang perak.
Dalam perjalanan pulang, orang kampung bertanya kepada Awang, ganjaran apakah yang dia dapat. Awang pun menunjukkan wang perak tadi sambil menjawab,” Mat Salleh tu cakap, benda ni dipanggil duit”. Semua penduduk kampung terpegun melihat wang perak yang dipanggil duit itu. Kemudiannya, perkataan duit mula digunakan di Pulau Duyong dan menggantikan perkataan pitis ataupun wang dan akhirnya tersebar ke seluruh Terengganu dan Tanah Melayu. Sekian.

p/s: Jangan percaya sangat~


Sambung Bacaan

CEWAH

Posted In: . By Hazwan


Akhirnya buku yang aku order dari Bro Pipiyapong telah sampai. Buku Cewah ini merupakan buku kedua peminat Arsenal ini selepas Kacip. Harganya murah je, RM15 dan RM1 sebagai kos penghantaran. Sape Pipiyapong ni? Dialah antara manusia yang bertangungjawab mengubah cara aku menulis dalam dunia blog. Sebenarnya aku pun tak tahu buku ni pasal apa. Kalau nak baca, boleh pinjam dari aku selepas ini atau boleh pergi ke blog beliau~ Hilang Punca

Jom kita baca ~ Membaca itu pelita hidup walaupun buku ini adalah buku mengarut haha
Sambung Bacaan

Orang Kita

Posted In: , . By Hazwan


  1. Politik Malaysia makin lama makin lucah. Ketika pihak berkuasa sedang membanteras penyebaran bahan-bahan lucah di negara ini, pemimpin-pemimpin kita sibuk nak tengok porno beramai-ramai di Parlimen. 
  2. Aku sokong kenyataan Yang Di Pertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin yang meminta ahli parlimen untuk berpolitik di luar, bukannya di parlimen yang sepatutnya digunakan untuk membela nasib rakyat. BN dan PR same je.
  3. Ape kes Zulkifli Noordin nak marah Wan Azizah yang cuba mempertahankan suami beliau?
  4. Tulen atau tak, itu tidak penting. Yang pentingnya, siapa kat dalam video tu.
  5. Macam Anwar je kat dalam video tu. Entah.
  6. Oh, lupa pasal gambar di atas. Anda tengok sendiri dan tentukan. Oh orang kita!
  7. Jangan kutuk aku.

Sambung Bacaan

Bertemu Albus Dumbledore

Posted In: . By Hazwan


Malam itu bulan bersinar terang bersama kerlipan bintang yang berkilauan. Sesekali terdengar bunyi cengkerik jantan yang sedang menggoda cengkerik betina di semak berhampiran. Aku pula sedang berehat di beranda rumah seorang diri sambil memegang kaki yang masih belum sembuh ini.
Tiba-tiba lamunan aku tersentak. Dari jauh aku dapat melihat sesuatu yang ganjil terbang menuju kearah aku. Beberapa saat kemudian seorang lelaki tua berambut dan berjanggut putih serta berkaca mata senget mendarat di depan aku bersama sebuah penyapu terbang.
“Err, Albus Dumbledore?”, aku bertanya dengan suara tersekat-sekat. Lelaki tua itu pun menjawab,”Ya, aku Prof Albus Dumbledore. Apa khabar Hazwan? Bagaimana dengan keadaan kaki kamu sekarang?”.
“Skima giler mat salleh ni cakap dalam bahasa melayu”, aku bermonolog seorang diri. “Erm, ok jer. Dalam masa enam bulan lagi, dah boleh la kot kalau nak berlari”, aku menjawab dengn tenang.
“Kalau aku ingin sihirkan kaki kamu sehingga sembuh. Nak?” Dia bertanya.
“Sihir? Tak nak lah”, aku jawab.
“Kenapa?” dia bertanya lagi.
“Syirik”.
“Ouh, ok”. Dumbledore membalas ringkas sebelum menghilangkan diri dari bumi Terengganu.

Notakaki: Aku hairan kenapa masyarakat Melayu sekarang masih mengamalkan perkara yang syirik dan khurafat dalam hidup. Asal dengki je, terus jumpa bomoh...ish3

Sambung Bacaan

Sebiji Kek Coklat

Posted In: , . By Hazwan


Selepas mungkir janji untuk datang ke Terengganu untuk melawat aku, akhirnya Cik Mareney (ni blog dia) cuba menebus kesalahannya dengan merasuah aku dengan sebiji kek buatan Farhana Roslee dan adik beliau, Tyha. Walaupun aku ni jenis tak makan rasuh, tapi aku terima kek ini dengan hati terbuka. Nasib baik sedap.


Mkn kek tu cikit2 ye, t takot jd tong drum..hik3..
YELAAAAAA~
Oh lupa, Farhana Roslee telah menyahut seruan kerajaan dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual kek coklat untuk majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan atau majlis menggemukkan badan. Kepada mereka yang tinggal di area Kuala Terengganu boleh la singgah di blog INI jika berminat. Sumpah, kek ni tak keras haha. (kurma aku mane?)

To Mareney, thanx for da cake. And to Farhana Roslee, gudlak in your cake business. Terima kasih sebab datang =)

p/s: Dilema oh dilema. Semoga urusanku dipermudahkan. Insyaallah...

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...