Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Catatan

Posted In: , . By Hazwan

Beberapa coretan pendek yang sempat aku tulis semasa berada di hospital dan juga selepas beberapa hari di rumah

  • Apabila anda berhati-hati di jalanraya, tidak semestinya anda akan selamat kerana belum tentu pengguna jalan yang lain akan berhati-hati seperti anda.
  • Akan tiba pada satu masa, malaikat maut akan berada terlalu hampir dengan kita.
  • Betullah apa yang iklan dalam TV cakap, pakai seatbelt kat belakang memang penting.
  • Perlukah kalampatah.blogspot.com ditukar kepada pehapatah.blogspot.com?
  • Manusia memang cepat melupai sakit.
  • I love my housemates.
  • Mak bapak mane yang tak sayangkan anak.
  • Rezeki tak akan habis selagi nyawa masih di badan.
  • Kita boleh mengulang pelbagai test, exam, project atau semester bila gagal dalam hidup tapi kita takkan mampu mengulangi nyawa apabila gagal untuk hidup.
  • Rezeki yang kita perolehi, perlu dikongsi bersama orang yang lain.
  • Nurse di Kelantan sangat lemah-lembut jika dibandingkan dengan nurse di Terengganu.
  • Nurse di Kelas 1 di Terengganu sangat baik jika dibandingkan dengan Kelas 3. Mentang-mentang la bayar mahal.
  • Momen itu sangat indah.
  • Terharu giler dengan kawan-kawan yang datang melawat T___T
  • Best jugak bila makan ada orang tolong suapkan.
  • Aku seorang yang hebat dan kuat, kalau tak Allah takkan uji aku dengan ujian seberat ini ^__^
  • Ada seorang brader dalam keadaan kritikal selepas seekor lintah memasuki badannya. Lain kali jangan tunggu sampai empat hari baru nak datang hospital.
  • Susah kot nak masukkan ubat pelawas melalui lubang du*** ni Y__Y
  • Aku ingat dia datang nak bawak kentang putar.
  • Gunakan masa sihat untuk beribadat, bukannya menunggu waktu sakit.
  • Nasib baik sentiasa bersama kita walaupun ketika dalam kesusahan.
  • Manusia sentiasa dibebankan dengan memikirkan perkara yang tak patut difikirkan oleh mereka.
  • All Izz Well.

Sambung Bacaan

9 Mac 2011

Posted In: . By Hazwan




Sekejap je masa berlalu. Dalam sekelip mata, nasib manusia boleh berubah. Dalam sekelip mata, nyawa manusia boleh melayang. Begitulah kehidupan, malang tidak berbau. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

Di sini, aku nak minta maaf kepada sesiapa saja yang banyak aku susahkan dalam tempoh aku menjadi seorang OKU ni. Terima kasih buat famili yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk aku, serta tidak penat melayan karenah aku semasa aku sakit. Tidak lupa juga buat kawan-kawan yang datang melawat, seriusly korang buat aku terharu giler terutamanya yang sanggup datang dari Kelantan dan juga KL. Jauh kot T__T

Buat mereka yang datang melawat aku kat Hospital Kuala Krai dan Gua Musang hari tu, sorry sangat-sangat. Aku tak sedar langsung. Bukan pengsan tapi tertidur hehe. Dan yang paling penting, untuk dua budak UTP yang aku tak pernah aku kenal sebelum ni, Ecah dan Akhiri, terima kasih banyak kerana banyak menolong time accident hari tu. Nanti balik UTP, aku nak jumpa =)

Dan paling last, terima kasih buat mereka-mereka yang kol, mesej dan tulis ucapan kat wall FB. Sorry again, aku tak mampu nak reply semua. Terima kasih kerana banyak doakan aku. Doakan aku cepat pulih dan mampu kembali ke UTP secepat yang mungkin. Thanx, I love u all. Bye~
Sambung Bacaan

Kosong

Posted In: . By Hazwan



Malam semakin gelap dan sunyi. Planet-planet di cakerawala terus berputar di paksi masing-masing hingga ke suatu masa yang pastinya tiada siapa yang tahu. Jam sekarang menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi. Aku masih merenung laptop dengan perasaan kosong, tak tahu nak buat apa.

Insyaallah, esok aku akan bertolak pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk menjenguk mak dan abah serta adik-beradik yang lain. Kali ni aku akan menumpang kereta Amin bersama dua kawan yang lain. Sebenarnya, aku merancang untuk tidak tidur pada malam ini kerana kami semua akan bertolak sebelum subuh. Jadi aku mengambil peluang ini untuk menyiapkan sedikit assignment yang telah lama tertangguh.

Namun, maklumat yang di cari susah nak jumpa. Berkali-kali aku Google namun masih sukar ditemui. Jadi aku meneruskan malam dengan menatap laptop dengan fikiran yang kosong tanpa tujuan. Sama jugak seperti entri ini yang ditulis dengan perasaan yang kosong. Aku hanya menulis untuk mengisi kekosongan masa yang aku ada tapi isinya tiada, hanya kosong.

Aku mambaca kembali setiap perkataan, setiap ayat yang aku tulis. Fikiran aku kosong. Aku buntu, tak tahu bagaimana untuk mengakhiri entri kosong ini.
Sambung Bacaan

Kesan Krisis Libya Terhadap UTP

Posted In: . By Hazwan

Malam esok, aku dijadualkan untuk mengambil test Malaysia Studies. Subjek ini merupakan subjek yang boring. Walaupun aku ni seorang kipas-susah-mati subjek Sejarah, tapi belajar dalam Bahasa Inggeris sangat memeningkan dan mengantukan kepala. Aku tak faham, kenapa perlu belajar sejarah dalam bahasa selain bahasa ibunda. Tak ada feel langsung.

Tadi, ketika aku sedang study bersama Hanifi, Anuar dan Fauzi di IRC, tiba-tiba Anuar mendapat mesej dari seorang kawan. Ruipa-rupanya test Malaysia Studies telah ditangguhkan dua minggu lagi. Hahaha. Happy giler aku hari ni. Sebabnya, aku tak sentuh langsung subjek tu kerana menumpukan perhatian untuk test malam ni iaitu Industrial Automatian & Controlled System. Tapi satu benda yang aku tak faham. Cuba baca bawah ni.
Aku tak faham apa kaitan krisis kat Libya dan Timur Tengah dengan test kat UTP. Ada idea tak? Hahaha.
Kredit to Syazwan Zubir haha

p/s: Wish me all da best for IACS test. Kamon2
Sambung Bacaan

Mimpi Seorang Gadis

Posted In: . By Hazwan

Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahmanirrahim..
 Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
 Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
 Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
 "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
 Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
 Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
 Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
 Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama".
 Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"
 Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
 Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
 Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
 Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
 Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
 Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
 Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.......

WASSALAM!!!. .......

p/s: Hasil tulisan yang aku ambil dari Facebook hasil tulisan Nor Nazihah Hamzah. Tulisan asal di SINI

Sambung Bacaan


Pagi itu cuaca sangat tenang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa diiringi bunyi burung-burung yang terbang berkicauan di sekitar kampung. Aku pula berada di belakang rumah, sedang mengerah kudrat empat kerat menebas pepohon kayu yang semakin hari semakin membesar sehingga menghalang pandangan aku untuk melihat manusia-manusia yang lalu-lalang di situ.

Ketika aku sedang menumpukan sepenuh tenaga menghayun dan melibas parang panjang milik ayah aku, tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta berhenti tak jauh dari tempat aku berada. Aku memusingkan badan. Tak jauh dari situ terdapat sebuah kereta hitam jenis Honda tersadai di pinggir jalan. Aku mengecilkan mata untuk melihat apakah makhluk yang berada dalam kereta namun gagal. Cerminnya terlalu gelap. Aku yakin, kalau JPJ nampak mesti kena saman.
Tiba-tiba pintu kereta terbuka. Dua orang lelaki yang tidak aku kenali keluar dari kereta itu. Gayanya agak pelik, kedua-duanya memakai Tuxedo dan berkaca mata hitam. Aku mengangkat tangan kearah lelaki itu bersama-sama parang yang masih aku pegang. Tapi malangnya tiada respon. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan pistol dan mengacukan kearah aku. Aku terkejut tapi terus bertindak. Aku terus melompat kearah lelaki-lelaki tersebut dan melibas kedua-dua pistol dengan parang sebelum menghayunkan kedua-dua belah kaki kearah lelaki aneh tadi. Kedua-duanya tersungkur diatas jalan. Dah putus nyawa agaknya.
Aku pulak sudah putus angin untuk menebas pokok. Aku mengambil langkah lalu terus pulang kerumah. Aku masuk ke bilik air untuk mencuci tangan dan kaki sebelum ke dapur untuk menikmati cucur udang yang masih hangat di atas meja. Sedap jugak eh!

Hanya khayalan~

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...