Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....


Mael adalah nama seekor kucing yang dibela oleh housemate aku iaitu Faiz dan Deli. Manakala Gubi adalah seekor ikan kecil yang berukuran 10cm panjang. Ikan ini telah berjaya dipancing oleh Farhan petang semalam sebelum aku mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Memandangkan aku masih tiada bekas yang besar untuk memelihara ikan itu, jadi aku meletakkannya di dalam sebuah bekas makanan yang kecil tapi muat untuk Gubi bergerak.

Dan malam pun menjelma. Ketika aku sedang pening study Ammonia dan ber-Twitter, tiba-tiba Mu'sab memanggil aku. Dia cakap, Gubi sudah dibaham oleh si Mael. Aku bergegas ke dapur, dan aku lihat Gubi sudah layu di pangkuan si Mael. Aku tak tau nak cakap apa. Adakah salah aku yang meletakkan Gubi di tempat yang terbuka dan terdedah ataupun salah si Mael yang jahat yang sengaja membaham si Gubi yang berada didalam bekas lutsinar? Salah siapa?

Tentulah salah aku kan? Sama jugak kalau kita hubung-kaitkan dengan keadaan sekarang. Katakan si Gubi adalah perempuan manakala si Mael adalah lelaki. Sekarang kita dapat lihat semakin ramai perempuan yang berpakaian yang terdedah, pakai baju bertutup pun tapi boleh lihat hampir keseluruhan bentuk badan. Bila dah berlaku kejadian yang tak diingini, kenapa disalahkan si jantan durjana seratus peratus sedangkan si perempuan yang mengundang perkara itu untuk berlaku. Mana ada kucing yang jual mahal bila dah tengok ikan tersergam indah di depan mata. Betul tak kawan-kawan?

Buat perempuan, jagalah diri elok-elok. Tutuplah apa yang patut di tutup. Kalau nak tutup, jangan tutup seperti aku menutup si Gubi dengan bekas lutsinar, ditutup tapi masih terdedah. Tutuplah dengan betul. Sekurang-kurangnya, bantulah si lelaki untuk menjaga pandangan. Insyaallah dua-dua akan selamat di akhirat.
Sambung Bacaan

Dinar UTP

Posted In: . By Hazwan Arif


Beberapa hari yang lepas, aku menemani dua orang rakan untuk membayar sewa bilik yang telah tertunggak selama satu tahun di bahagian finance UTP. Sementara menunggu diorang membayar sewa bilik, aku pun mengusha satu almari yang tersimpan pelbagai barangan cenderamata dari UTP.

Tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Rupa-rupanya UTP juga mengeluarkan koleksi dinar emasnya yang tersendiri. Jika sebelum ni aku pernah dipperkenalkan dengan pelbagai jenis dinar emas seperti dinar Public Gol, Dinar Emas Kelantan, Dinar Muslim, Dinar Darul Takzim dan bermacam jenis lagi dinar. Tapi kali aku begitu kagum dengan UTP kerana mampu mengeluarkan dinarnya yang sendiri.

Dinar UTP mempunyai ketulenan 999.9 dengan berat 4.5gm serta berdiameter  23mm. Emas ini diedarkan oleh Alumni UTP dan harganya mengikut pasaran semasa. Sape-sape yang berminat untuk dijadikan koleksi, boleh membelinya tapi cari sendiri yek. Kalau nak tahu pasal faedah dinar emas ni, boleh la klik di SINI =)


Sambung Bacaan


Sebentar tadi, Harimau Malaya mengaum lagi. Kali ini pasukan Malaysia yang terdiri daripada barisan bawah 23 tahun negara menantang pasukan Pakistan untuk kelayakan Sukan Olimpik. Keputusannya, Malaysia menang dengan jaringan dua gol berbalas kosong. Jaringan pasukan Malaysia dihasilkan oleh Wan Shahrul Nizam Zakaria dan Irfan Fazail.

Namun aku sedikit kecewa kerana Malaysia sepatutnya menang sekurang-kurangnya dengan jaringan lima gol. Berderet peluang yang terhasil namun gagal disempurnakan barisan pemain Malaysia. Tindakan Pakistan yang menukar penjaga gol juga mempengaruhi keputusan perlawanan apabila beliau berjaya menyelamatkan beberapan percubaan bahaya daripada barisan Harimau Muda negara.

Walaupun gagal menjaringkan lebih banyak gol, permainan pasukan Malaysia wajar dipuji dengan gerakan-gerakan menarik dan kawalan bola yang mantap. Semoga perlawanan timbal balik di Pakistan nanti, barisan pemain muda Malaysia akan terus mengaum. Aummmmmmm!


Sambung Bacaan

Semenjak

Posted In: . By Hazwan Arif


Semenjak
Dua menjak
Tiga menjak
Empat menjak
Lima menjak
Enam menjak
Tujuh menjak
Lapan menjak
Menjadi abng final year ni
Aku rasa makin malas nak update blog
Idea tu banyak je
Kadang-kadang datang mencurah-curah seperti coklat jatuh ke ladang gandum
Tapi apakan daya
Masa lebih banyak dihabiskan untuk kerja lain
FYDP project
Assignment
PES
Angry Birds
Memancing
Dan beberapa aktiviti lain yang kurang berfaedah
Insyaallah
Aku akan cuba mengupdate blog ini secepat yang mungkin
Bye-bye

Sambung Bacaan

Kampung Duyung merupakan sebuah kampung yang terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Dengan kedudukannya yang agak strategik, iaitu terletak di antara pusat Bandar dan lapangan terbang serta berhampiran kompleks sukan Gong Badak, Kampung Duyung dan kawasan sekitarnya mula mengalami arus pembangunan.
Namun, setiap yang berlaku pasti ada kebaikan dan keburukannya.  Sejak kebelakangan ini, kawasan kampung aku mula dipenuhi babi pada waktu malam. Kadang-kadang waktu siang pun ada. Kalau dulu aku tengok babi melalui tv je, sekarang dah boleh tengok secara live. Akhirnya, pokok-pokok ubi dan keladi yang ditanam ayah aku menjadi mangsa. Pernah jugak berlaku ada babi yang tidur di bawah rumah tapi itu rumah jiran aku la.
Biawak juga mula mengganas. Ketika aku pulang ke rumah tiga minggu lepas, kawasan rumah aku dicerobohi seekor biawak yang sangat besar dengan panjang menghampiri  1 meter setengah. Biawak merupakan haiwan pemakan telur ayam. Jadi untuk menyelamatkan zuriat ayam kepunyaan ayah aku, maka terpaksalah aku mengeluarkan simpanan mercun bola untuk menghalau biawak tersebut. Selepas di bom beberapa kali, akhirnya biawak itu melarikan diri.
Kalau dulu, di rumah aku cicak hanya dapat ditemui pada waktu malam. Tapi sekarang waktu siang cicak dah makin berani. Tapi ini bukan cicak rumah tapi cicak yang hidup di atas pokok besar. Sebab tu badannya agak besar dan agak menjijikkan. Hal ini berlaku selepas penebangan beberapa pokok besar di belakang rumah aku untuk member ruang kepada pembinaar sistem perparitan baru yang kini terbukti dapat mencegah daripada berlakunya banjir.
Kesan terhadap tumbuhan tidak kurang hebatnya. Kalau dulu setiap kali mak aku masak laksa, pasti aku akan disuruh untuk memetik pucuk daun jambu golok atau pucuk daun pokok gajus. Sekarang, batang pokok pun aku dah tak nampak. Nak makan dengan singgang cicah budu pun dah tak dapat.
Kesimpulannya, aku tak tau apa yang nak disimpulkan. Dan aku pun tak tahu kenapa buat entry macam ni. Oh tuhan!

Sambung Bacaan

Duri Dan Asmara - BPR

Posted In: . By Hazwan Arif


Sedang berlari tersentuh api 
Hampir aku jatuh ke dada bumi 
Kau takkan mengerti yang ku alami 
Separuh zaman aku mengira oh duri-duri 

Ingin meneroka pintu asmara 
Mahu memahami segala duka 
Lukisan yang putih sesuci warnanya 
Seperti arca yang dicari makna 
Tidak, tidak sama 

(Chorus) 
Hari yang berganti kemana sisa-sisa 
Putih bertaburan persis kemboja 
Semakin hampiri semakin rasa sunyi 
Mengajar aku mengenali diri 

Jangan biarkan aku hilang dari matamu 
Demi rindu, demi cinta 
Oh asmara 

Tidak mahu keliru lagi 
Tidakkan terusik bisa yang bisa 
Walaupun tersisih di hujung waktu 
Walaupun dibuang jurang yang dalam 
Tidakkan sama 

(Chorus) 

Ingin meneroka pintu asmara 
Tajam duri-duri masihkah berbisa 
Di dalam asmara

Bumiputra Rockers ataupun lebih dikenali sebagai BPR merupakan antara band lagenda di negara ini. Aku sendiri pernah menyaksikan persembahan vokalis BPR ini ketika sedang lepak di Kompleks Bukit Jambul sewaktu berpraktikal di Penang beberapa bulan yang lalu. Dan persembahannya sangat mengagumkan.
Lagu Duri dan Asmara merupakan lagu yang kurang popular tapi amat best bagi aku. Lagu ini diperkenalkan oleh Deli kepada aku beberapa minggu yang lalu. Kepada pembaca yang nak dengar lagu ni boleh lah mendownload sendiri tapi aku tak jumpa link download. Kalau nak, boleh lah tinggalklan email di ruangan komen dibawah. Terima kasih!

Sambung Bacaan

Trip Ke Bukit Keledang

Posted In: , . By Hazwan Arif

Bangun pagi ni badan rasa penat semacam. Kedua-dua kaki rasa letih semacam. Dah la time tidur semalam kaki kiri aku cramp secara tiba-tiba. Sebabnya, semalam aku bersama housemate dan jiran sebelah rumah mengadakan trip ke Bukit Keledang. Trip ini disertai seramai tga belas orang abang final year UTP hehehe
Bukit Keledang merupakan tempat popular di kalangan warga Perak untuk mendaki dan juga melihat matahari terbit. Tapi sayang, aku ke sana pada pukul 9 pagi. Jadi, boleh tunggu matahari tegak kat atas kepala je lah. Trip kali ni, aku menyasarkan untuk sampai ke puncak yang terletaknya stesen pemancar TV, radio dan juga syarikat telekomunikasi. Sebelum ini aku pernah ke sini, tapi hanya separuh jalan je. SINI
Trip kali ini kalau tak silap aku adalah sepanjang 5km dengan pendakian bukit yang sangat curam. Kalau ke sini kita boleh memilih trek berturap, trek hutan atau naik tangga. Tapi aku prefer menggunakan jalan berturap sebab lebih selamat. Perjalanan kali ini memakan masa selama 2 jam setengah termasuk waktu makan, tidur dan bergambar. Turun pulak mengambil masa selama satu jam. Jom tengok gambar kat bawah ni.
Jejaka-jejaka AFY yang mengambil bahagian





Inilah gambar-gambar mereka yang berjaya. Daripada 13 orang pergi, hanya 6 orang saja yang berjaya sampai ke puncak iaitu Paih, Stopa, Seli, Sopi, Mirol dan aku sendiri. Gambar terbaring adalah Mat Yo yang tumpas pada saat-saat akhir.
 p/s: Thanx to organizer iaitu Stopa. Buat mereka-mereka yang gagal hadir dan gagal ke puncak..Kah Kah Kah Kah

Sambung Bacaan

Selepas tiga kali tewas dalam pertemuan sebelum ini, akhirnya Harimau Malaya berjaya membalas dendam dengan membenam  cabaran Hong Kong dengan keputusan dua gol berbalas kosong.  Bermain di tempatsendiri iaitu di Stadium Shah Alam, aksi pasukan bola sepak Malaysia amat meyakinkan.
Bermula dengan sepakan volley oleh Safee Sali yang berjaya menggegarkan tiang Hong Kong, di susuli dengan percubaan Mahali Jasuli yang sedikit tersasar, Malaysia semakin garang menyerang. Akhirnya, pada minit ke 44, hasil kesilapan pertahanan Hong Kong membolehkan Safiq Rahim melepasi pertahanan sebelum merembat kencang gol sulung negara untuk memberi Malaysia kelebihan satu gol.
Di separuh masa kedua, Malaysia masih menguasai perlawanan namun Hong Kong tiba-tiba mendapat peluang namun sepakan pemain Hong Kong berjaya ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.  Skuad Harimau Malaya ini tidak menunggu lama dengan membalas dengan sepakan S Kunalan yang mengegarkan tiang gol Hong Kong. Malaysia membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias serta pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal, pertahanan kanan Kedah, Sabree Mat Abu dan juga Shahrizal Saad. Akhirnya percaturan K rajagopal membuahkan hasil apabila Amirulhadi menyambut kemas hantaran Sabree Mat Abu sebelum menggelecek penjaga gol Hong Kong dan melepaskan rembatan kaki kanan dari sudut yang sukar untuk gol kedua Malaysia pada minit ke 90.
Perlawanan tamat. Permainan Malaysia kini sangat mengagumkan. Keyakinan pemain Malaysia semakin tinggi selepas kejayaan Piala AFF Suzuki akhir tahun lepas. Gaya permainan makin meningkat, hantaran makin kemas dan kawalan bola semakin cantik. Aku yakin pasukan ini boleh pergi jauh. Go Go Harimau Malaya!!
P/S: Video gol-gol yang dijaringkan boleh ditonton di SINI. Gambar aku rembat header Sokernet.blogspot.com

Sambung Bacaan

Pelajar UTP Menyalak?

Posted In: , . By Hazwan Arif


Mungkin ramai dah tahu ataupun masih ramai belum tahu mengenai satu artikel yang sedikit kontroversi dalam UTP Daily yang bertajuk Pelajar UTP Menghina ITMS. Artikel ini yang kononnya ditulis oleh seorang staff UTP telah diforwardkan ke email sebelum di letakkan dalam blog UTP Daily. Jom bace.

Selepas membaca artikel ini, aku sangat tidak setuju dengan istilah menyalak yang digunakan. Kenapa pelajar UTP disamakan dengan anjing sedangkan mereka hanya menyuarakan hak mereka. Internet yang digunakan bukan percuma tapi dibayar. Kalau tak percaya, sila cek dalam yuran kami. Kami, sebagai pengguna memang berhak untuk bersuara.

Ugutan daripada sesetengah pelajar yang ingin menahan kakitangan ITMS di pagar UTP, itu hanyalah gurauan semata-mata. Mana mungkin pelajar golongan cerdik pandai ini akan berhimpun beramai-ramai di di depan pintu pagar semata-mata  nak menahan kakitangan ITMS. Nak suruh pergi talk kat Chancelor Hall pun malas, ni kan pula nak berhimpun kat tengah panas tu. Tu la, kuat sangat main facebook.

Berhubung kenyataan bahawa pelajar tidak berbuat apa-apa, tidak matang, tidak profesional dan hanya pandai buat bising kat belakang dan bukannya datang berbincang dengan staff mengenai hal ini, aku rasa ini bukan tugas pelajar biasa. Takkan semua pelajar nak pergi jumpa staff untuk berbincang hal ini. Dah la ramai yang ada problem internet. Lagi pun, pelajar telah menggunakan saluran yang betul iaitu melalui MPPUTP untuk menangani masalah ini. Memang tugas MPP untuk berhubung dengan orang atasan, bukannya pelajar.

Tolonglah faham, memang sudah menjadi lumrah seorang manusia untuk mengamuk jika perkhidmatan yang mereka bayar tidak memberi apa-apa faedah.Sebagai pelajar di sebuah universiti yang bertaraf 5 oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sememangnya wajar patut pelajar UTP menyuarakan hak mereka sebagai pengguna. Bukannya menjadi pak turut yang hanya pasrah dengan segala masalah dan bersyukur dengan kelajuan internet yang ada walaupun terpaksa membayar yuran beribu-ribu riban.

Dah la, aku dah muak mendengar masalah internet ni. Dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Sekejap ada, sekejap tak ada. Baik aku fokus kat FYDP dulu. Erk, internet masih slow. Camne mau buat? T___T
Sambung Bacaan


Pada masa cuti begini, tak kira cuti hari raya Aidilfitri ataupun raya Cina, perniagaan paling menguntungkan di Terengganu adalah perniagaan keropok lekor. Sebagai contoh, anda boleh lihat di kilang-kilang keropok yang terletak di Seberang Takir ni. Dari pagi hingga petang, berderet-deret kereta tersadai di tepi jalan dimana pemiliknya sedang beratur untuk membeli keropok.
Sebab tu masa cuti aku malas nak pergi ke kedai keropok ni kerana terpaksa beratur. Kalau ada yang tempah untuk beli dalam kuantiti yang banyak, maknanya lagi lama aku terpaksa beratur. Tadi aku ke sebuah kilang keropok untuk membeli sedikit keropok lekor untuk housemate, dan seperti di jangka terpaksa beratur lagi. Nasib baik aku ni pelanggan setia dan salah seorang pekerja adalah ex-classmate aku semasa darjah satu. So, tanpa disuruh dia menghulurkan keropok lekor untuk aku dahulu.
Moral of the story, tak rugi kalau kita berkawan dengan ramai orang. Tak tegur pun takpe, just senyum untuk mengekalkan ukhwah hehehe. Tapi satu je yang aku tak puas hati, peniaga keropok kadang-kadang kedekut nak bagi sos pencicah tu lebih skit. Aku mintak pun still taknak bagi. Kedekut betul!


Sambung Bacaan

UTP Semakin Tenat

Posted In: , , . By Hazwan Arif

Sejak balik dari praktikal selama lapan bulan, aku rasa UTP telah mengalami satu transformasi yang agak mengejutkan, Yang paling aku rasai adalah transformasi perkhidmatan internet. Kalau dulu dengan senang aku dapat me-lagho-kan diri dengan dunia siber lebih-lebih lagi dengan penggunaan WiFi dengan kelajuan yang memuaskan.
Tapi sekarang, WiFi dah dipancung. Yang tinggal hanyalah LAN yang sangat perlahan umpama siput babi yang baru lahir. Lagi sakit hati bila tengok Gtalk yang bermain sendirian, sign-in dan signout dengan sendiri. Bila nak PM orang je terus diorang ataupu aku yang tersignout senndiri. Geram betul. Nak mengorat awek UTP pun tak senang.
Transformasi kedua pula adalah dengan bilangan spesis kafe yang semakin pupus. Kalau dulu, tempat yang paling meriah kat UTP adalah di kafe V5 tapi sekarang  hanya tinggal hanyalah kenangan. Jumlah dua buah kedai yang wujud di kafe V5 memang tak mampu menampung nafsu makan pelajar UTP di sini yang sebelum ni mempunyai lima hingga enam  kedai di V5. Di tambah pula dengan penutupan tiga kedai di Kafe USM yang amat mengejutkan aku. Tu pun aku baru tahu pagi tadi.
Aku sendiri tak faham kenapa perkara ini berlaku. Dengan kadar permintaan makanan yang tinggi tapi pengeluaran yang rendah, ini memaksa masyarakat UTP hidup berdikari. Tiap-tiap malam makan roti berulamkan air milo. Kalau yang rajin, akan keluar beramai-ramai ke restoran di sekitar Seri Iskandar. Dan kesannya, kedai-kedai makanan mula bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi sayang, harga makanan di luar tidak semurah di kafe UTP.
Tapi apa nak buat. Bagi yang berselera besar dan berduit besar, makan kat luar adalah penyelesaian utama. Bagi yang diet perut dan wallet macam aku, masak sendiri adalah pilihan terbaik. Tapi sifat malas kadang-kadang menjadi halangan. Jadi, apa nak buat?? Entah.

Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...