Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Orang cakap, memancing itu mempunya kepuasan yang tersendiri. Dan akhirnya, aku merasai bagaimana perasaan puas tersebut. Malam semalam, aku bersama Mus’ab, Aik, Migho, Puwek dan Anjang pergi memancing di belakang asrama V6, UTP.
Pukul 10.30 malam, kami semua menyelinap masuk ke kawasan belakang asrama secara senyap-senyap kerana kat UTP merupakan kawasan larangan memancing. Yang ni memang aku tak faham, kat UTP merupakan kawasan bekas lombong tapi kenapa tak dibenarkan memancing di situ? Tapi ramai je student UTP yang pergi mancing kat situ. So, dalam keadaan yang gelap, kami semua meredah semak-semak di kawasan belakang V6.
Dalam keadaan ditemani sebuah lampu picit, aku belajar cara-cara menggunakan joran daripada Mus’ab. Terima kasih kepada Mus’ab kerana sudi meminjamkan salah sebuah joran beliau kepada aku. Selepas memancing selama 3 jam setengah, kami semua pulang dengan sedikit tangkapan. Dan aku, berjaya memancing dua ekor talapia. Hehehehe

Hasil tangkapan
Keesokannya, rancangan kedua diteruskan iaitu memasak tomyam dan juga menggoreng hasil tangkapan. Dengan diketuai Stopa, proses menyiapkan makan tengah hari berjalan dengan lancar. Jom, tengok gambar sudah.



Dan seperti biasa, akibat terlalu lapar aku lupa nak ambil gambar semua makanan yang telah disiapkan. Takpe lah, yang penting aku kenyang!

Sambung Bacaan

Aku Tengok

Posted In: . By Hazwan

Sejak balik dari intern ni, aku tengok makin ramai budak batch aku yang semakin kembang. Maksud aku semakin chubby kecuali beberapa kes terpencil yang kehilangan berat badan dan juga berat badan tak bertambah. Ini mungkin disebabkan ketidak hadiran hormon gemuk dalam badan mereka.
Aku tengok, yang lelaki mahu pun perempuan makin ramai berimej baru. Ada yang mula berkopiah, berambut panjang, mula memakai matrik card, baju letak dalam seluar, pakai seluar pendek kat kafe dan macam-macam lagi. Tu untuk lelaki. Kalau perempuan pulak, dah mula pandai bermekap, baju pulak dah bermacam-macam fesyen, ada yang mula berjinak-jinak untuk berpakaian seksi dan juga mula memakai seluar jeans bagi mereka yang tak pernah pakai sebelum ni.
Aku tengok, budak-budak yang balik intern ni makin matang, nampak yakin, ilmu penuh didada dan juga optimistik. Kalau bercakap, memang dah boleh jadi engineer dah. Walaupun kadang-kadang lebih sudu daripada kuah. Tapi bukan aku la.
Aku tengok, intern memang benar-benar merubah sikap seorang pelajar. Kalau dulu penakut, sekarang makin berani. Kalau dulu baik, sekarang makin gatal. Kalau dulu tengok perempuan pun tak, sekarang dah berani tegur perempuan time jogging. Kalau dulu nampak alim, sekarang macam dah lupa diri. Kalau dulu perangai macam budak-budak, sekarang nampak dah bersedia nak kahwin.  Kalau dulu pergi surau pun malas, sekarang dah mula tertarik nak solat jemaah.
Pendek kata, intership selama 8 bulan benar-benar merubah sikap seseorang pelajar. Bezanya, sama ada positif atau negatif. Tapi itu bergantung kepada diri kita sendiri, bukan pada orang lain.

p/s: Dulu makan gu, sekarang Lipak!

Sambung Bacaan

No Idea

Posted In: . By Hazwan


Dengan keadaan internet yang macam siput, serta laptop yang takleh nak connect internet kat UTP ni, idea untuk menulis macam dah tak ada. Lagi pun tak best kalau asyik pinjam broadband orang. So kena rehat dulu lah. Bye~
Sambung Bacaan

Abang Final Year

Posted In: , . By Hazwan

Semalam naik bas dari Terengganu ke Perak. Bila naik, aku bengang. Aku beli tiket untuk single seat tapi rupa-rupanya bas ini bas lama, ada empat seat untuk satu line. Brader kat belakang pulak asyik bising nak naik bas dua tingkat tapi hajat belum tercapai. Dalam hutan Gerik, tiba-tiba bas mati tengah jalan. Aku tak tau sebab apa. Yang pasti, bau aircond campur dengan bau asap dari ekzos. Tengok jam, sudah hampir pukul satu pagi. Nak buat camna, aku pasrah lalu tidur.

Pukul lima pagi, datang bas lain. Kali ni bas dua tingkat dan aku duduk kat bahagian atas. Agak best sebab ni kali pertama aku naik bas dua tingkat. Dan niat aku nak naik duduk seat single tercapai. Sama juga dengan brader kat belakang aku yang nak naik bas dua tingkat. Tercapai jugak hasrat beliau walaupun dalam keadaan macam ni. Cett

Pukul 930, aku sampai di UTP dan di jemput roomate baru merangkap roomate aku ketika 1st year 1st sem iaitu Mus'ab. Sampai bilik, dapat problem baru. Intenet tak ada la pulak. Oh no! Jadi aku melepaskan geram dengan bermain PES sebelum meminjam Broadband dari Migho untuk update blog. Thanx

Oh, esok aku secara rasminya akan menjadi abang final year (AFY) hehehehehe
Sambung Bacaan

Kedai Che Ton

Posted In: , . By Hazwan

Pagi ini aku mula merasai persamaan antara Kampung Duyung dengan Korea, iaitu pagi yang teramat sejuk! Walaupun matahari telah terbit, tapi ia belum mampu menghilangkan kesejukan dalam badan aku ni sehingga terketar-ketar. Angin dingin yang bertiup masuk dari tingkap benar-benar menyucuk tulang-temulang aku walaupun diselaputi lemak yang tak terlampau tebal.
Pagi semalam, selepas me-renew-kan roadtax motorsikal EX5 antik aku yang berekzos karat, aku mengambil angin di sepanjang Pantai Seberang Takir hinggalah ke Pantai Teluk Ketapang. Sambil memandang ombak yang bergulung ganas, aku cuba mengimbau memori lama dan memulas minyak motor perlahan-lahan.
Tiba di satu selekoh, aku terpandang satu kedai lama. Kalau tak silap aku nama kedai ni Kedai Che Ton. Time aku sekolah rendah dulu iaitu di SK Teluk Ketapang, Kedai Che Ton merupakan salah satu kedai runcit yang popular di dalam kalangan pelajar sekolah. Mana taknya, disinilah sumber utama budak-budak nakal membeli mercun.
Di sini jugalah kali pertama aku membeli mercun. Tapi mercun colok je lah, sebab mercuk bola dan ketupat agak mahal bagi aku pada masa tu. Teringat lagi, lepas beli cepat-cepat aku habiskan mercun tu sebab takut mak marah hehe.
Kat kedai ni jugak aku belajar untuk main tikam nombor. Pada masa tu, aku ni bukannya tahu apa-apa. Orang main, aku pun nak main. Caranya, pergi ke kedai tu dan beli paket-paket kertas kecil yang diletakkan pada satu kertas tebal dan pilih yang mana anda mahu(contohnya macam anda membli satu paket perencah tomyam Adabi yang terlekat di kertas tebal). Dan bukak kertas tu, kalau dapat duit, so dapat la modalnya balik termasuk untung. Kalau tak, jadi la macam aku yang rugi lima puluh sen kerana tak dapat apa-apa pun. Tu la kali pertama dan terakhir aku main benda haram tuh.
Ok, report dah siap. Sekarang tiba masa untuk print dan setelkan segala benda. Arghhh, rindu zaman kanak-kanak!



Sambung Bacaan

22

Posted In: . By Hazwan

Aku dah berumur 22 tahun. Sungguh tak sangka. Rasanya baru semalam aku bersunat, tapi hari dah jadi budak final year dah pun. Dah kena mula serius dengan masa depan. Tak boleh main-main lagi dah. Perut pun kena jaga, nanti saham jatuh. Buat semua, terima kasih untuk ucapan selamat hari jadi, sama ada melalui SMS, MMS dan juga di Facebook. Thanx jugak buat seorang kawan yang menghadiahkan "benda" kat bawah ni. Kawan Selamanya~
Berani mu curi gambor aku!! Haha Bye~
p/s: hadiah dari oversea tak sampai-sampai lagi :P
Sambung Bacaan



Selamat tinggal
Hanya itu yang dapat ku ungkap
Untuk kawan
Untuk memori semalam
Untuk satu perjalanan
Di satu persinggahan

Terima kasih
Untuk segala kenangan
Pahit atau manis
Sudah jadi asam garam

Padang kehidupan terbentang luas
Tapi langit tetap satu
Semoga nanti akan tiba waktu
Untuk kita bertemu lagi

Sementara itu
Hidup mesti terus
Dan semalam
Menjadi kenangan
Yang tak akan berulang
Selamat tinggal
Moga nanti
Bahagia milik semua~

14 Januari~with Love, Hazwan Arif

Sambung Bacaan

A Barefoot Dream

Posted In: . By Hazwan


A Barefoot Dream merupakan satu cerita yang penuh emosi dan juga motivasi. Mengungkapkan satu kisah benar, yang menceritakan tentang keajaiban kanak-kanak Timor Leste yang berjaya memenangi pertandingan bola sepak kanak-kanak, Rivelino Cup 2004. Cerita ini seolah-olah cerita fantasi, yang menceritakan tentang harapan golongan miskin yang tidak mempunyai apa-apa tapi mampu keluar dari kepompong kemunduran untuk mengejutkan dunia.
Cerita bermula apabila kedatangan Kim Wong-Kwang, bekas pemain bola sepak Korea Selatan ke Timor Leste selepas kegagalan perniagaan di Kalimantan, Indonesia. Pada masa ini, Timor Leste mrupakan sebuah Negara yang miskin, masih berperang dan serba kekurangan. Di Timor Leste, Kim melihat ramai kanak-kanak yang gilakan bola sepak tapi bermain hanya berkaki ayam. Lalu timbul idea beliau untuk membuka satu kedai barangan sukan. Namun perniagaan nya tidak mendapat keuntungan kerana Timor Leste adalah sebuah negara yang miskin.
Jadi beliau membentuk satu pasukan bolasepak yang di barisi kanak-kanak serta menyediakan kelengkapan sukan kepada mereka dengan syarat mereka perlu membayar satu dollar setiap hari. Selepas melalui beberapa peristiwa, Kim mula berubah. Wang sekarang bukan segala-galanya buat beliau. Beliau mula menaruh harapan untuk menyatukan rakyat Timor Leste yang sering bermusuhan iaitu melalui sukan. Akhirnya, beliau berjaya membawa pasukan Timor Leste ke Rivelino Cup 2004, Hiroshima dan seterusnya menjadi johan dengan kemenangan yang sangat mengagumkan.


Bagi aku, cerita ini mampu memberi motivasi yang tinggi kepada penonton. Tua, antara pemain terkecil dalam pasukan yang tidak mengenal erti putus asa. Walaupun gagal untuk menempatkan diri dalam pasukan Timor Leste pada awalnya kerana terlalu pendek, namun usaha keras beliau berhasil apabila diterima oleh Kim untuk mewakili pasukan. Dan akhirnya, dia berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Timor Leste dalam perlawanan akhir.
Antara watak penting dalam ni adalah Ramos dan Motavio, yang bermusuhan kerana masalah keluarga. Akhirnya kedua-duanya berbaik dan menjadi pemain penting dalam skuad Timor Leste. Antara babak yang paling menarik adalah ketika perlawanan antara Timor Leste dan Jepun. Semua rakyat Timor Leste  berkumpul beramai-ramai untuk mendengar siaran langsung melalui radio, tak kira sama ada di pasar, bawah pokok, dalam bas dan juga dalam kelas, semua orang mula bersatu. Dan akhirnya kemenangan Timor Leste di sambut oleh semua rakyat Timor Leste bagaikan pesta memenangi Piala Dunia.
Apa yang aku boleh cakap, cerita ini sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran. Walaupun permulaan cerita agak hambar, tapi kelemahan berjaya ditutup pada babak akhir yang sangat mengujakan. Terima kasih kepada Hadi yang menyarankan aku untuk menonton cerita ini. Terbaik!!

p/s: Menurut Google, Kim Wong-Kwang masih melatih pasukan Timor Leste sampai ke hari ini tanpa gaji dan menyara hidup dengan sumbangan daripada negara asalnya. 

DOWNLOAD DI SINI, SINI DAN SINI

Sambung Bacaan

Sedar tak sedar, tinggal dua hari lagi sebelum aku menamatkan praktikal di AMD Penang. Kalau dulu, aku agak sedih ketika mula-mula sampai sini. Sekarang, nak tinggalkan Penang pun rasa sedih. Haihh, manusia memang cepat berubah.
Hari ni, 12 January telah diadakan birthday party untuk supervisor aku, Mr VS Ben dan juga farewell party untuk aku dan Faiz. Majlis ini diadakan di Kedai Pak Hussin Tomyam, Sungai Ara. Alhamdulillah, dapat jugak kami luangkan masa bersama-sama yang aku rasa untuk kali terakhir sebelum kembali ke UTP.
Aku lupa nak amik gambar makanan yang lain sebab perut lapar sangat haha
Mereka-mereka yang menyambut hari jadi pada bulan Januari, Afiq, Idayu dan Mr Ben
Sebungkus coklat untuk DA Lab dari aku dan Faiz
Sekeping kad untuk DA Lab 
Dapat satu kotak hadiah daripada DA Lab department. Cuba teka, agak-agak korang ada apa dalam tu. Kalau tak tau sila tengok bawah.
Hahaha. Aku ingat ape benda dalam ni. Cett.. Tapi 2 jam kemudian...
Yeahh, dapat baju AMD. Baru je plan nak beli tapi  dapat free plak. hehe
To DA Lab members, thanx for the gift. I like it!
Thank you everyone,
For guiding me,
Inspiring me,
and making me
Who I am today
Luv u all
Mmuahh3 hahaha 

Sambung Bacaan


Cuba tengok gambar di atas. Jangan tengok aku tapi tengok baju putih yang aku pakai dengan gambar penyu sedang menyepak bola. Baju ini adalah antara baju yang aku sayang kerana ada satu memori manis apabila terpandang baju ni. Dan baju ni jugak lah yang aku pakai semasa aku pergi ke Monkey Beach untuk mandi-manda di sana (Rujuk Post AMDers: Bercanda di Monkey Beach).
Namun aku cuai. Selepas pulang dari sana, aku campak semua baju basah aku ke dalam mesin basuh. Dan tanpa disedari, tangan aku ini menggatal untuk memasukkan tuala merah aku kedalam mesin basuh itu jugak. Keesokan harinya baru aku perasan, baju aku dah jadi PINK! Arghhhh, entah macam mana aku boleh lupa yang tuala tu akan turun warna bila dibasuh. Nampaknya, jadi mat jambu la aku lepas ni. Cesss...

Pink =(

Sambung Bacaan

Menjelang seminggu sebelum berakhirnya intern, aku bersama budak-budak department aku, Faiz, Afiq, Idayu, Syakirah dan Ita pergi bercanda di Monkey Beach. Rombongan ini turut disertai Akmal, Kak Jannah dan Kak Ummu. Aktiviti ini merupakan idea Faiz dan project manager adalah Afiq.
Pengembaraan Bermula

Tepat pukul 9.45 pagi, kami semua berkumpul di Teluk Bahang, iaitu di depan Taman Negara Pulau Pinang(sepatutnya sebelum pukul sembilan). Memandangkan barang-barang makanan yang terlalu banyak, kami semua memilih untuk pergi ke sana dengan menaiki bot. Kalau nak jungle tracking pun boleh tapi memakan masa yang agak lama la. Selepas lebih kurang 20 minit, kami sampai di Monkey Beach atau nama lainnya Teluk Duyung.
Bersiap-sedia di atas bot
Sampai di Monkey Beach

Selepas memunggah barang daripada bot, kami memilih satu tempat yang berbumbung dan mempunyai tempat untuk BBQ. Dah nama pun Monkey Beach, ketika kami sedang sibuk membuat sandwich, tiba-tiba datang seekor monyet merampas roti Gardenia kami. Apa lagi, aku dan Faiz pun cepat-cepat kejar monyet tu. Fuh, nasib baik dapat. Selepas makan, aku duk lepak-lepak di tepi pantai sambil mengunyah makanan.Nyum3. Afiq, Akmal dan Kak Ummu pulak pergi ke Light House kat atas bukit.
Pencuri Roti Cettt

Selepas diorang bertiga tu balik, proses BBQ pun bermula. Tapi time nak hidupkan api agak susah sket. Nasib baik ada ramai brader-brader yang kerja kat situ yang tolong. Time tu baru aku tahu yang arang batu agak susah nak dihidupkan, tak keluarkan api tapi lebih panas dan tahan lama berbanding arang biasa. Akhirnya kitorang berjaya menyiapkan ayam bakar, sosej, ubi kentang dan juga jagung bakar. Oyyeah. Seterusnya, tengok gambar je lah =)
Makan-makan time
Yang belakang tengah cuak haha
Blup blup blup..
Terjunan Monyet
Dah la tu. Jom balik

Tak jauh dari tempat aku berpicnic, kelihatan 23 orang budak-budak UTP yang intern di Penang sedang bercanda di hujung pantai. Aku tak dapat join sebab aktiviti ini bertindih. Tapi yang penting aku sempat masuk dalam gambar diorang haha. Nak tau cerita pasal diorang. Jom ke Blog PENABERKALA

Lipak!!!!

Sambung Bacaan

Salam
Kalau anda semua perasan, dunia kini sedang hangat dengan berita kematian beribu-ribu binatang termasuk burung, ikan dan ketam. Kematian misteri ini menimbukan terlalu banyak persoalan dalam lepala aku. Jom baca keratan akhbar Kosmo ini.


STOCKHOLM - Kematian ikan dan burung kini merebak selepas penemuan awal 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit secara misteri yang pada teori awalnya disebabkan letupan bunga api di bandar Beeba, negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pada Selasa lalu, bangkai 50 ekor burung ditemui di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden. 
Pada hari yang sama juga, kira-kira 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS yang tanggapan awal dipercayai dilanggar kereta.
Sebelum ini, lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di Sungai Arkansas, di negeri Arkansas, AS yang dipercayai mati akibat perubahan cuaca pada minggu lalu.

Pada Isnin lalu, gambar yang dirakamkan Jabatan Alam Sekitar Maryland, AS menunjukkan dua juta ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.
Alasan jurucakap jabatan itu, Dawn Stolzfus menyatakan, ikan itu mati pada minggu lalu disebabkan cuaca sejuk.
Namun apa yang menjadi misteri ialah kenapa ikan itu tidak berenang ke kawasan yang suhunya lebih panas.
Di Brazil, sebanyak 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.

Presiden Persekutuan Koloni Nelayan Parana, Edmir Manoel Ferreira berkata, bangkai-bangkai ikan itu ditemui sejak Khamis minggu lalu.
Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di New Zealand pada Selasa lalu.
Di Britain, sebanyak 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent kelmarin.
Sementara itu, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, negeri Florida pada Selasa lepas.
Terdapat juga golongan yang percaya kematian pelbagai spesies haiwan itu merupakan petanda ketibaan hari kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan tamadun kuno Maya di Mexico.
Di Internet pula, heboh mengenai teori konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan sebagai penyebab fenomena misteri itu.
Setakat ini, saintis-saintis masih melakukan satu siri ujian bagi mengenal pasti punca sebenar pelbagai spesies haiwan itu mati. Keputusan ujian tersebut bagaimanapun, hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi
Aku tak pasti jika anda semua perasan atau tak dengan kejadian ini. Tapi aku sangat tertarik dengan apa yang berlaku sekarang. Mungkin teori tentang kematian binatang yang berkaitan dengan eksperimen rahsia oleh negara Eropah boleh diterima pakai. Atau pun mungkin sekarang pihak Yahudi sedang mencuba senjata rahsia mereka. Seperti yang aku pernah baca sebelum ini, binatang biasanya dapat meramal apa yang akan berlaku terhadap mereka atau persekitaran mereka. Mungkin tak lama lagi bencana buruk akan melanda dunia. Sebab tu binatang ni bunuh diri sebab berasa terlalu takut untuk menghadapi bencana tersebut.haha

Sumber Berita: KOSMO!

Sambung Bacaan

Kira-kira tiga minggu yang lalu, aku hantar sepucuk surat kepada pihak penaja blog ini, iaitu Nuffnang melalui Nuffnang support. Dalam surat tu, aku dengan ala-ala mengugut bertanya kenapa aku tak pernah dapat Buffered Earning. Sedangkan banyak blog-blog yang baru dari aku senang je dapat. Baru beriklan dengan Nuffnang pun terus je dapat.  Padahal aku dah start beriklan menggunakan Nuffnang sejak 2008 lagi tapi akhir 2010 baru aku dapat cashout duit aku. Maknanya dalam 3 tahun dapat RM50 je kan.Hermm

Aku tak faham, dengan traffic yang sentiasa maintain setiap hari, pemblogwalking pun ramai, tapi masih tak dapat Buffered Earning ni. Aku pun pelik, kenapa jadi camni. Namun Alhamdulillah. Dengan nasihat seorang rakan, dan selepas mengamuk dengan Nuffnang, tiba-tiba je aku terus dapat Buffered Earningshaha. Thank You Nuffnang!!

p/s: Esok ada final presentation untuk Internship. Wish me all da bez!
Sambung Bacaan

Hantu Bagi Salam

Posted In: , . By Hazwan


Erm, sedapnya nasi goreng yang aku masak tadi. Ops, lari dari tajuk hehe. Pada malam yang busy ini, aku ingin bercerita kepada anda semua tentang kisah Hantu Bagi Salam. Cerita ini merupakan kisah benar dan berlaku kepada diri aku sendiri dan ahli keluarga ku yang lain.
Cerita bermula pada satu malam di mana aku bersama family yang lain sedang menonton TV. Time tu baru lepas makan nasik agaknya. Ketika kami semua sedang syok menonton cerita kat TV tu, tiba-tiba..
Assalamualaikum!!
Terdengar satu suara lembut perempuan muda dari luar rumah. Abang aku yang no 2 bingkas bangun dan terus membuka pintu. Haih, dengar suara perempuan, cepat je dia bangun. Mak aku pulak membuka tingkap untuk mengintai siapa di luar. Lepas beberapa ketika, semua orang diam. Rupa-rupanya tiada orang pun kat luar. Masing-masing terkejut kerana suara itu sangat jelas dan semua orang pun dengar. Dah la rumah aku ni jauh sikit dari rumah orang lain. Haaa...
Lepas tu, mak aku pun cerita yang kejadian serupa pernah berlaku sebelum ni dan ramai family aku demam selepas tu. Tapi Alhamdulillah, kali ini tak ada pun yang demam. Menurut mak, benda tu mungkin Iblis yang datang menggangu. Tapi aku rasa, ni mesti perbuatan syaitan nakal macam dalam buku cerita Asuh tu haha.
p/s: kaki aku lebam tiba-tiba. Digigit hantu kah?

Sambung Bacaan


Sejak Malaysia menjuarai Piala Suzuki beberapa hari yang lalu, nama-nama pemain Malaysia mula meningkat naik. Kalau dulu tak ramai pun yang ambil tahu pasal perkembangan bolasepak Malaysia. Tapi sekarang, dah ramai yang mampu menyenaraikan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.
Namun ia menjadi sedikit pesoalan apabila ada pihak yang mula berkecil hati dengan penggunaan nama Harimau Malaya. Ini merujuk kepada kenyataan pembantu Menteri Belia  dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang menyatakan bahawa belia Sabah tersinggung dengan penggunaan nama Harimau Malaya. Hujahnya, ia seperti meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak serta tidak melambangkan semangat 1Malaysia.
Sebenarnya, perkara ini tidak patut menjadi masalah jika kita faham dan bercakap dengan ilmu. Penggunaan nama Harimau Malaya sudah lama sebenarnya. Nama ini diambil sempena spesies harimau yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Panthera Tigris Jacksoni atau Panthera Tigris Malayensis atau nama melayunya Harimau Malaya. Kalau kita google spesies Harimau Malaysia, memang tak akan jumpa kerana harimau spesies ni memang tak pernah wujud.  Tak perlu rasanya mengubah nama gelaran semata-mata nak menjaga hati pihak tertentu yang cuma menyokong ketika nama pasukan bolasepak Malaysia sudah naik. Memetik kata-kata seorang blogger, Lucius Maximus di Sokernet
Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Satu persoalan dari aku, kenapa time Malaysia sering kalah dulu, dibelasah Thailand 7-1, tumpas dibumi sendiri pada Piala Asia dengan keputusan yang memalukan dulu,  tak ada sesiapa pun yang membangkitkan hal ini. Bila dah menang, mula lah bising. Pastu terhegeh-hegeh mengaku penyokong setia pasukan kebangsaan. Sampah!

Sambung Bacaan

Resepi Lempeng Orang Bujang

Posted In: , . By Hazwan

Salam
Selepas hampir lapan bulan aku berada disini, aku rasa aku semakin dapat menguasai ilmu memasak tapi masak yang biasa-biasa la. Kalau yang pelik-pelik tu, aku memang tak reti. Untuk pertama kalinya di blog ini, aku nak share cara-cara membuat lempeng yang aku pelajari dari salah sorang staff AMD iaitu Kak Minah.
Aku rasa ni antara masakan paling mudah yang dapat aku sediakan untuk sarapan pagi. Mula-mula masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Masukkan dua biji telur dan kacau. Nak masukkan tiga biji pun boleh sebenarnya. Lepas tu, masukkan sedikit garam, gula dan susu pekat manis. Eh, jangan lupa masukkan air tau. Sukatan air tu, ikut suka hati ye. Jangan terlampau pekat dan jangan terlampau cair. Lepas tu, kacau hingga sebati. Memandangkan aku makan lempeng ni tanpa dicicah dengan benda lain, jadi aku masukkan gula lebih sedikit untuk menambahkan rasa manis.
Lepas tu, panaskan kuali bulat, yang leper tu (aku tak tau nama apa). Masukkan sedikit minyak dan ratakan ke seluruh permukaan kuali. Then, masak lah sendiri. Dan hasilnya….
Hangus skit tapi sedap :P
p/s: Kalau kat rumah, mak aku letak air kelapa muda dan kelapa parut.


Sambung Bacaan

Tunggu Sekejap - Hujan

Posted In: . By Hazwan


Tunggu sekejap wahai kasih

Kerana hujan masih renyai 
Tunggu sekejap 
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang 

Walaupun siang akan menjelma 
Malam ini 
Belum puas bercumbu dengan dinda

Tunggu sekejap wahai kasih 
Tunggulah sampai hujan teduh 
Mari ku dendang 
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pula 
Jangan tinggalkan daku sorang 
Tunggu sekejap 
Tunggu kasih

Tunggu sekejap…
Tunggu..

INFO : Lagu Tunggu Sekejap merupakan lagu ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Khabarnya lagu ini dicipta untuk isterinya, Puan Sri Saloma. Lagu ini merupakan lagu yang dipetik dari filem Sarjan Hassan(1995) dan merupakan antara lagu Tan Sri P. Ramlee yang sangat aku gemari. Dan kali ini lagu ini telah dinyanyikan semula oleh kumpulan Hujan dengan diberi nafas baru. Dan aku sangat suka versi ini. Lagu ini dipetik dari album Tribute P. Ramlee - Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Satu Indiepretasi)


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...