Terengganu mengakhiri saingan Liga Super tahun ini di tempat kedua dengan kemenangan penuh bergaya apabila membelasah Felda United, 6-2. Walaupun gagal menjuarai Liga Super buat kali pertama, tapi Terengganu tetap cemerlang apabila mengekalkan pemenang Kasut Emas yang dimenangi Ashaari Shamsudin tahun lalu. Kali ini giliran Abdul Hadi Yahya untuk muncul sebagai penjaring terbanyak selepas menjaringkan empat gol dalam perlawanan sebentar tadi dan sekaligus memusnahkan harapan Norshahrul Idlan Talaha yang menjaringkan 19 gol berbanding beliau yang menjaringkan 20 gol keseluruhannya.



Kedudukan ke dua dalam Liga Super merupakan pencapaian terbaik Terengganu selepas hanya mampu merangkul tempat ketiga sebelum ini. Dan Terengganu juga merupakan pasukan paling menjaringkan gol dalam liga. Tahniah buat pasukan Terengganu dan juga kepada penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan. Lepas ini, kita fokus kepada Piala Malaysia pulak. Yeahhhhaaa!!

PETEH TRANUNG PETEH!