Jerebu kembali lagi melanda Malaysia. Berdasarkan maklumat yang google jap tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan di Perak telah diisytiharkan sebagai tidak sihat dan ada juga yang masih berada dalam kategori sederhana. Tapi untuk UTP aku tak pasti berada di dalam kategori mana. Jerebu ini berpunca daripada pembakaran terbuka yang berlaku di Sumatera Indonesia.
Sebagai rujukan, bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Kalau tak silap aku, ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi jerebu di Perak. Jika di Terengganu, rasanya tak pernah lagi dilanda jerebu. Mungkin ini disebabkan faktor geografi di mana kedudukannya jauh daripada Sumatera.
Maka diumumkan bahawa, bermulah hari-hari yang dipenuhi dengan sesi batuk beramai-ramai. Tekak aku sekarang dah rasa lain macam. Kadang-kadang rasa nak garu je kawasan kat dalam paru-paru aku ni. Hidung pun asyik tersumbat.
Waktu sekarang menunjukkan 11.24 pagi tapi langit masih gelap. Tak pasti nak hujan ke atau terlalu banyak asap kat atas sana. Di sini aku nak bagi sedikit tips untuk menghadapi jerebu ni; banyakkan minum air suam dan kurangkan aktiviti di luar. Pakai  mask pun  lagi bagus rasanya. Kalau teringin sangat nak main bola tu, main je PES. Dan yang terakhir, jangan jadikan alasan tak nampak jalan sebagai alasan untuk ponteng kelas. OK bai~