AKU SEORANG BLOGGER? Yup, aku seorang blogger  semenjak bulan Ogos 2008. Jika seseorang itu mempunyai sebuah blog dan menulis di dalam blog, dia memang layak digelar seorang blogger. Kenapa aku menulis entri ini? Sebabnya, selepas tiga tahun aku berjinak-jinak dalam dunia blogging dan menjadi seorang blogger, akhirnya terbuka juga hati aku untuk menyertai sebuah pertandingan SEO anjuran 2DayBlogger.Com yang bertajuk “Aku Seorang Blogger.” Alah, yang macam soalan peperiksaan bahasa Melayu tu haha.
Kenapa aku menjadi seorang blogger? Tak malu ke bercerita tentang hal sendiri untuk tatapan orang lain? Itu antara persoalan yang sering terlintas oleh manusia lain yang tertanya-tanya tentang kehebatan menjadi seorang blogger. Cewah!
Aku menjadi seorang seorang blogger kerana aku memerlukan suatu medium untuk aku meluahkan apa yang tersirat dalam hati mengenai sesuatu perkara, kejadian, permasalahan dan juga pelbagai lagi. Pada mulanya aku ingin menulis diari, tapi memandangkan tulisan aku sangat lah buruk seperti cakar ayam, maka aku pun mula menulis di blog ini yang diberi nama Bukan Sekadar Cakar Ayam.
Malu? Bila bercakap soal malu, memang aku malu pada mulanya. Nak menulis pun malu-malu, nak tunjuk blog kat kawan aku yang lain lagi lah malu. Nasib baik pada masa tu ramai jugak budak-budak UTP yang mula berjinak-jinak dalam dunia blogging. So, boleh la sama-sama belajar tentang selok-belok dunia blogging dan juga menghilangkan rasa malu untuk menulis.
Pada masa tu, blog aku lebih dipengaruhi oleh gaya penulisan blog Hadi dan juga JustKhai. Kedua-dua ni memang menjadi rujukan aku. Tapi sekarang Hadi dah stop blogging (rasa-rasa la) dan Khai pun dah sibuk dengan OH!MEDIA. Jadi aku pun mula beralih arah. Aku lebih terpengaruh dengan gaya Pipiyapong yang suka menulis dengan gaya yang santai dan bersahaja. Kadang-kadang terpengaruh jugak dengan Fdaus Samad dan Lucius Maximus. Tapi penulisan aku masih tak sama dengan diorang. Level diorang sangat tinggi bagi aku keh3.
Tapi menjadi seorang blogger ni agak susah kerana sering terperangkap dalam dilema. Pertamanya, macam yang aku cakap tadi iaitu malu. Keduaanya adalah ketika hendak menulis. Kadang-kadang idea untuk menulis tu akan datang mencurah-curah. Tapi ketika hendak tulis idea tu, tiba-tiba jadi blur. Tak reti dan sampaikan apa yang ada dalam kepada kepada bentuk penulisan. Kemudian, hasil penulisan yang dah hampir separuh jalan dipadam begitu saja.
Yang ketiga adalah ketika hendak memberi komen di entri di blog lain. Sebenarnya, aku tak pandai sangat nak komen setiap entri yang ditulis oleh blogger lain. Aku lebih selesa menjadi silent reader. Tapi bila blogger lain suka komen di blog aku, aku rasa bersalah sebab jarang tinggalkan komen di blog diorang. Bukannya ape, mane la tau kot-kot diorang kecik hati dengan aku hehe.
Yang keempat adalah ketika hendak menulis sesuatu pendapat tetapi benda itu mungkin akan menyinggung perasaan orang sekeliling kita walaupun kenyataan itu adalah secara umum. Biasalah, nak jadi seorang blogger ni, cabaran dia memang banyak.
Tapi dilema yang paling besar ialah pada follower. Sebenarnya aku rasa serba salah terhadap follower yang follow blog ini kerana mengharapkan aku akan follow blog diorang balik. Sesungguhnya aku sangat menyampah dengan ayat ‘I follow u, follow me back’ di chatbox dan bermacam-macam ayat lain. Aku bukannya nak menyombongkan diri tapi aku rasa bilangan follower tak mempengaruhi pun bilangan pelawat yang datang ke blog aku. Follower memang hampir mencapai 400 orang tapi bilangan pelawat untuk sesuatu entri tak sampai pun 100. Jadi diorang follow aku sebab nak follower, bukan nak baca. Kan? Tapi aku tahu bukan semua yang macam tu. Aku masih ada pembaca yang setia. Cewah, bajet artis pulak.
Aku rasa sampai sini saja kot entri untuk pertandingan Aku Seorang Blogger. Aku rasa aku dah start mengarut tu. Sebenarnya aku tak yakin pun akan menang tapi tiba-tiba tergerak hati nak join sebab tajuknya nampak simple, macam karangan darjah enam dulu haha. Kepada pembaca setia aku tu, doakan aku menang ye. Maka itu, berakhirlah entri yang bertajuk Aku Seorang Blogger!
 "Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone, MJ, MySuperKids, Muje, Puan Bee, Ellen, DenaiHati, k-worlds, hairulazni, ummihanie, dinsblog."

p/s: Kalau berminat nak join, klik di sini Aku Seorang Blogger.