Sejak Malaysia menjuarai Piala Suzuki beberapa hari yang lalu, nama-nama pemain Malaysia mula meningkat naik. Kalau dulu tak ramai pun yang ambil tahu pasal perkembangan bolasepak Malaysia. Tapi sekarang, dah ramai yang mampu menyenaraikan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.
Namun ia menjadi sedikit pesoalan apabila ada pihak yang mula berkecil hati dengan penggunaan nama Harimau Malaya. Ini merujuk kepada kenyataan pembantu Menteri Belia  dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang menyatakan bahawa belia Sabah tersinggung dengan penggunaan nama Harimau Malaya. Hujahnya, ia seperti meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak serta tidak melambangkan semangat 1Malaysia.
Sebenarnya, perkara ini tidak patut menjadi masalah jika kita faham dan bercakap dengan ilmu. Penggunaan nama Harimau Malaya sudah lama sebenarnya. Nama ini diambil sempena spesies harimau yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Panthera Tigris Jacksoni atau Panthera Tigris Malayensis atau nama melayunya Harimau Malaya. Kalau kita google spesies Harimau Malaysia, memang tak akan jumpa kerana harimau spesies ni memang tak pernah wujud.  Tak perlu rasanya mengubah nama gelaran semata-mata nak menjaga hati pihak tertentu yang cuma menyokong ketika nama pasukan bolasepak Malaysia sudah naik. Memetik kata-kata seorang blogger, Lucius Maximus di Sokernet
Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Satu persoalan dari aku, kenapa time Malaysia sering kalah dulu, dibelasah Thailand 7-1, tumpas dibumi sendiri pada Piala Asia dengan keputusan yang memalukan dulu,  tak ada sesiapa pun yang membangkitkan hal ini. Bila dah menang, mula lah bising. Pastu terhegeh-hegeh mengaku penyokong setia pasukan kebangsaan. Sampah!