Sejak balik dari intern ni, aku tengok makin ramai budak batch aku yang semakin kembang. Maksud aku semakin chubby kecuali beberapa kes terpencil yang kehilangan berat badan dan juga berat badan tak bertambah. Ini mungkin disebabkan ketidak hadiran hormon gemuk dalam badan mereka.
Aku tengok, yang lelaki mahu pun perempuan makin ramai berimej baru. Ada yang mula berkopiah, berambut panjang, mula memakai matrik card, baju letak dalam seluar, pakai seluar pendek kat kafe dan macam-macam lagi. Tu untuk lelaki. Kalau perempuan pulak, dah mula pandai bermekap, baju pulak dah bermacam-macam fesyen, ada yang mula berjinak-jinak untuk berpakaian seksi dan juga mula memakai seluar jeans bagi mereka yang tak pernah pakai sebelum ni.
Aku tengok, budak-budak yang balik intern ni makin matang, nampak yakin, ilmu penuh didada dan juga optimistik. Kalau bercakap, memang dah boleh jadi engineer dah. Walaupun kadang-kadang lebih sudu daripada kuah. Tapi bukan aku la.
Aku tengok, intern memang benar-benar merubah sikap seorang pelajar. Kalau dulu penakut, sekarang makin berani. Kalau dulu baik, sekarang makin gatal. Kalau dulu tengok perempuan pun tak, sekarang dah berani tegur perempuan time jogging. Kalau dulu nampak alim, sekarang macam dah lupa diri. Kalau dulu perangai macam budak-budak, sekarang nampak dah bersedia nak kahwin.  Kalau dulu pergi surau pun malas, sekarang dah mula tertarik nak solat jemaah.
Pendek kata, intership selama 8 bulan benar-benar merubah sikap seseorang pelajar. Bezanya, sama ada positif atau negatif. Tapi itu bergantung kepada diri kita sendiri, bukan pada orang lain.

p/s: Dulu makan gu, sekarang Lipak!