Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Time aku kecik-kecik dulu aku selalu dengar orang cakap, bila aku besar nanti aku akan kahwin dua. Bunyinya macam best. Tau tak kenapa? Sebabnya kat atas kepala aku ni ada dua pusar rambut. Kalau la benda ni betul, mesti perempuan takut nak kahwin dengan aku lepas ni. haha

Hari tu ada seorang akak kat AMD  tiba-tiba menegur pasal pusar rambut kat kepala aku ni. Menurutnya, orang yang banyak pusar kat rambut ni keras kepala sikit. Erm, kata-kata dia ni ada betulnya. Memang aku ni keras kepala, susah nak terima nasihat dan degil. Mak aku pun kata aku degil haha. Tapi sekarang dah besar kan, so kedegilan tu dah makin kurang =)

Tadi aku sempat Google sekejap pasal pusar rambut ni. Menurut pandangan masyarakat Jawa, orang yang banyak pusar ni sangat sesuai menceburi bidang penternakan teruutamanya penternakan kambing. Ada juga yang berpendapat, bukan kambing sahaja, malah ayam, itik dan macam-macam lagi. Tergelak sorang-sorang bila aku baca. haha

Tapi ada satu lagi lagi pandangan yang buat aku tak suka. Menurutnya, orang yang banyak pusar kat kepala ni cepat botak sebab kat area tu rambut senang gugur. Oh tidak!!  T____T

p/s:jangan percaya sangat ye kawan-kawan :P
Sambung Bacaan

Chowrasata Market atau nama melayunya, Pasar Chowrasta merupakan salah satu tempat kat Penang yang anda wajib pergi. Terletak di Georgetown, nama Chowrasta merupakan bahasa Urdu yang bermaksud "Diantara empat persimpangan jalan" iaitu Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil.


Semalam, selepas sekian lama menyimpan niat ke sana, akhirnya sampai jugak aku di Chowrasta Market. Daripada pemerhatian aku, Chowrasta Market tidak ubah seperti Pasar Payang di Terengganu tapi yang membezakan adalah barang-barang yang dijual. Jika Terengganu kaya dengan barang-barang kraftangan dan keropok, disini dipenuhi dengan jeruk dan asam. Terdapat juga kedai cendol dan kedai menjual buah berangan di luar pasar.

~Pelbagai barangan dijual disini~

~banyak giler jeruk yang murah kat sini. Dalam gambar ni nampak sikit je kan~
~Cendol pulut kat sini murah je, RM1.80. Agak ramai yang beratur membeli cendol kat sini dan rasanya sangat BEST!~
Di bahagian atasnya terdapat banyak kedai menjual baju, kasut dan beberapa keperluan lain. Perkara paling menarik kat sini adalah terdapatnya tiga buah kedai yang menjual buku terpakai. Memang banyak buku yang terdapat dalam ni. Terdapat banyak buku disini, daripada buku sastera, engineering, agama dan macam-macam lagi. Aku sempat membeli sebiji buku Harry Potter untuk adik aku manakala Alif yang turut serta membeli buku Syair Siti Zubaidah (entah pape dia ni).

~syurga pecinta buku yang inginkan buku yang murah~

~buku panduan Nokia 3310 pun ade haha~

So, selain Rope Walk yang aku ceritakan sebelum ni, Chowrasta Market merupakan salah satu tempat yang anda patut pergi semasa di Penang. Jejom!!
Sambung Bacaan

Congratz

Posted In: . By Hazwan

To my sister, Kak Na
Congratz for ur Master
Gudlak for ur PHD
Kerja cepat-cepat
Kawen cepat-cepat =)

Sambung Bacaan

Rope Walk Penang

Posted In: , . By Hazwan

Ingn mencari basikal Cooper lama? Syiling-syiling yang berusia berpuluh-puluh tahun? Kamera filem yang antik? Atau pelbagai jenis barang antik atau barang-barang baru? Aku suggestkan anda pergi ke Penang Ropewalk atau lebih dikenali sebagai Lorong Kulit. Terletak berhampiran Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Rope Walk merupakan satu tempat yang patut anda pergi.

Ketika sampai disana aku sangat terkejut. Telalu banyak barang-barang antik terdapat disini. Daripada duit syiling, seterika arang, parang dan pisau lama, koleksi botol Coca-Cola, hinggalah kepada VCD lama, basikal tua, kalung-kalung lama, kipas zaman-zaman dulu, cermin mata retro, mesin jahit lama dan macam-macam lagilah. Tak mampu untuk aku listkan disini. Tapi apa yang aku dapat cakap, Rope Walk memang best!!





p/s: Pagi esok bawak Stopa gi jalan-jalan di Georgetown 
Sambung Bacaan

No 3

Posted In: , . By Hazwan


~syukur alhamdulillah~

P/S: Kaizen adalah bahasa Jepun yang bermaksud "penambah baikan" secara berterusan.

Sambung Bacaan

Konspirasi Gemuk

Posted In: , . By Hazwan

Dulu bila orang cakap aku gemuk aku buat tak tahu je. Sebab aku dah biasa dipanggil begitu sejak kecik. Walaupun aku sedar aku kurus sikit berbanding zaman sekolah rendah dan awal sekolah menengah. Tapi dalam kepala aku aku still pikir yang aku ni masih gemuk. Hinggalah aku masuk U, baru aku sedar yang aku ni kurus sebenarnya.

Tapi makin lama, makin usia meningkat, berat badan pun mula meningkat. Jika dulu berat aku adalah **kg, sekarang telah betambah sebanyak 10kg. Sekarang aku makin risau. Selepas mengalami sakit kaki hari tu, aku telah kurang bemain. Akibatnya sekarang aku dapat rasakan pergerakan lemak dibadan apabila aku melompat atau berlari. Arghhh

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendekatkan diri dengan Gym. Aku taknak makan makanan yang berat pada waktu malam lagi. So sejak dua hari lepas, aku mula ke gym. Bermula semalam, aku berniat untuk taknak lagi makan pada waktu malam. Tapi…

Tapi hampir pukul 10, perut aku mula berbunyi. Arghh, tak tahan rasanya. Selepas berfikir sekali, aku turun ke kedai bawah dengan harapan nak makan mee goreng. Sampai kat kedai aku order sepinggan mee. “Err, bang. Nak mee lebih tak?” Tanya tokey kedai tu. Entah macam mana aku jawab,”Boleh jugak”. Arghh, camna ni. Kata nak diet tapi makan banyak jugak. Takpe-takpe esok ada lagi.

Malam ni aku tekad nak makan roti je. Taknak makan benda lain selain roti. Tiba-tiba Din cakap nak turun kedai kat bawah. Aku pun kirim la sebungkus roti yang kecik tu. Selepas beberapa ketika Din pulang dengan dua bungkus roti. “Ambillah”, katanya sambil menghulur roti. Haihh dia ni. Aku nak sebungkus dia bagi dua. Nak tak nak terpaksalah aku makan dengan “terpaksa” T__T

TEORI: Adakah Din mempunyai konspirasi jahat untuk menggagalkan rancangan aku untuk diet?? Aku akan siasat!!
Sambung Bacaan


Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku keluar dari rumah bersama Din. Dengan menaiki motor Wave 100, aku bergerak ke kedai mamak Nasi Kandar Zamrud. Di sana, Nuar dan Faris telah pun siap sedia menunggu. Din order nasi goreng ayam. Faris pulak order roti canai manakala aku dan Nuar hanya memerhatikan saja. Jaga perut la katakan. Tiba-tiba angin sejuk menerpa. "Haih, macam nak hujan je. Boleh ke tak nak tengok Harry Potter ni", aku bermonolog sendirian.

Selesai saja budak dua orang ni makan, kami terus keluar dari kedai. Hujan turun rintik-rintik. Nak buat macam mana, redah je lah. Lagi pun tiket sudah dibeli. Aku bersama Din manakala yang lain menaiki motor masing-masing. Baru beberapa puluh pusingan roda motor berputar, tiba-tiba hujun turun dengan lebat. Akhirnya kitorang semua berhenti dibawah fly over berhampiran Bayan Baru. Mujur aku ada satu set setengan baju hujan. So Aku pakai full set manakala Din dapat baju saja. Memandangkan Faris tidak mempunyai jaket, Din menghulurkan baju hujan kat dia. Nuar pula menyimpan sweater dan hanya memakai tshirt. So bila sampai sana boleh la cover baju tu sket.

Sampai di Queensbay dalam pukul 11.30 dalam kebasahan. Dalam ramai-ramai, aku la yang paling selamat hehe. Di sana Kak Jannah telah sedia menunggu bersama Kak Jes. Sementara menunggu Afiq, kitorang mengeringkan badan dulu. Tepat pukul 11.20 malam, movie pun bermula.

Sinopsisnya, Harry dan kawan-kawan meneruskan pengembaraan setelah kematian Albus Dumbledore. Dengan dunia ahli sihir yang semakin dikuasai Voldemort, Harry mencari jalan untuk menghapuskan beliau. Dan akhirnya Harry berjaya menemui rahsia kuno yang penting iaitu Deathly Hallows. Seterusnya, anda tengoklah sendiri yer. Bagi mereka yang follow cerita ni, Harry Potter and The Deathly Hallows amat berbaloi untuk ditonton. Best!!
Sambung Bacaan

(>__<)"!!

Posted In: . By Hazwan


Sejak-dua menjak ni
Hidup makin boring
Macam tak ada apa yang nak dibuat
Rasa sunyi
Rasa kosong
Malam-malam duk termenung
Asyik gelisah
Rasa nak keluar tapi hujan sentiasa mencurah
Aku try baca buku tapi ngantuk, tak ada mood
Aku cuba tengok tv tapi semua cerita entah apa-apa
Aku pasang lagu
Tapi bosan sebab tak ada lagu yang baru
Sekarang baru aku sedar
Aku benar-benar merindui laptopku yang dulu
Orang tua cakap
Patah tumbuh hilang berganti
Tapi aku masih tak tau bila nak ganti laptopku yang hilang hari tu
Tak tau nak beli yang mana satu
Dengan bajet yang terhad
Aku benar-benar buntu
Hanya satu pintaku
Tolong cadangkan satu jenama laptop yang baik dengan harga yang berpatutan untuk aku
hehe


Sambung Bacaan

Esok, seme orang islang kat Malaysia sambuk ari raye aji. Tapi aku dok balik pong taung ni. Sebaknye, cuti sari je epom. Jadi aku malah ar nok bazer duet wat beli tiket. Doh la sratuh yal gi balik. Dok imbuh ar kalo balik orang kate. Ni memang festaing ar aku dok balik raye. Sedeh ar pulok ase. Kecuali aku ngan kakok aku kat Kedoh tu, kali ning seme adik-beradik aku balik kapung blake. Nyesal pulok dok balik (>_<)"!!
Tringat pulok raye aji taung lepah. Sapa je kat umoh pagi raye tu, trus siap-siap gi smayang raye. Lepah tu gi tah Seberang Takir plok sebab To’ki aku wat smeleh lembu sekor. Memang dok dang nok brehat ar taing tu. Tapi nok wat gane, ikut je lah. Pahtu, wat makang-makang sket kat umoh mok sdare aku. Memang sedak ar makang sup daging ramai-ramai.
Esok kang pulok, aku tulong aboh aku wat rojok kateh. Besenye tiak-tiak taung keje aku memang gini pung. Mule-mule rebuh dulu kaki lembu tu. Sebaknye nok wat lembuk isi ngang urak-urak kat kaki tu. Pahtu baru siang ramai-ramai dengang adik-adik. Pah siap seme, baru keje mok aku plok wat rojok kateh. Hok ni aku dok tahu nok wat gane. Tra ar tanye mok aku.
Tapi taung ni laing ar sket sebak aku dok balik raye. To’ki aku dok wat smeleh lembu doh taung ni sebak sakit.  Tapi rojok kateh muking buak kot sebab seblong ni buat sokmo tiak-tiak taung.  Hm, esok raye dok tau ar gane. Raye aji sining dok same ngan kat kapung aku. Aku pong dok tau mane nok cari daging korbang ni. Kalu dok buleh gok wat masok time duk rumoh. Hehe
Kepade mok, aboh ngan adik-bradik kat kapong tu, Iwang mitok ma’ah sebab dok balik raye taung ni. Kalu makang daging tu, ingat-ingat ar sket orang sini. Kalu ade rojok kateh tu, sipang ar sket. Insyaallah Krismas kekgi Iwang balik. Buat anok-anok sdare, Aish ngan Syifa, sori ar Cekwang dok balik taung ni. Selamat Hari Raya Aildiladha T__T

P/S: Buat pembaca sekalian, saya selaku owner blog  ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat anda semua. Bagi mereka yang sakit jangan makan banyak sangat daging tu yer. Untuk mereka yang dapat pulang beraya, aku sangat jeles dengan anda semua. Buat yang senasib dengan aku, padan muka!!
P/S: Gudlak untuk kawan-kawan yang sedang atau bakal menghadapi final exam. Chaiyok2!!



Sambung Bacaan


Dengan kekalahan 3-1 terhadap Iran petang tadi maka berakhirlah cabaran skuad bolasepak di Sukan Asia di China. Bagi aku edisi kali ini amat membanggakan kerana Malaysia layak ke pusingan ke dua selepas kali terakhir melakukan pada tahun 1978. Walaupun hanya mempunya 15 pemain untuk diturunkan serta kebanyakan pemain utama injured sebelum kejohanan bermula, tapi aksi Malaysia tidak mengecewakan.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kekalahan Malaysia telah dirancang awal-awal lagi kerana ramai pemain ingin menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang. Namun aku menyangkal dakwaan itu kerana kekalahan Malaysia disebabkan beberapa faktor yang lain.

Seperti yang aku sebutkan tadi, Malaysia kekurangan pemain kerana ramai yang injured serta digantung perlawanan. Secara fizikal dan mental, pemain Malaysia kelihatan agak lemah. Jadi aku mencadangkan pemain Malaysia selepas ini dihantar ke negeri Terengganu untuk training ditepi pantai sambil melayan ombak musim tengkujuh. Aku yakin stamina player aku bertambah kerana bermain dikawasan berpasir memerlukan stamina yang tinggi. Ditambah lagi dengan ombak yang tinggi serta angin yang kuat, aku yakin mental pemain juga akan tercabar.

Pemain Malaysia juga kurang berani untuk memegang bola atau menggelecek bola ke dalam kawasan lawan. Kalau ada pun hanya Kyril Muhaimeen yang agak menyerlah. Mungkin pihak FAM boleh menghantar player Malaysia training di zoo berhampiran kandang harimau untuk menambahkan sifat berani diorang. Atau mungkin menghantar player Malaysia bertapa dimana-mana bukit atau gunung supaya lebih yakin pada diri sendiri. Pilihan lain, mungkin FAM perlu membawa player Malaysia menonton filem paling seram dalam sejarah perfileman melayu karya Dr Rozmey iaitu Dua Alam. Mungkin cara ini dapat menambahkan keberanian serta mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama pemain Malaysia.


Aku perasan yang FAM suka menghantar pemain untuk training di luar negara tapi kesannya tak nampak sangat. Tak ke membazir namanya. Kan lebih baik kalau pusat latihan dibina di kawasan tanah tinggi. So player pun dapat merasai pengalaman bermain dikawasan sejuk, menjimatkan kos, dapat menarik pelancong atau team bola lain untuk training di Malaysia dan juga dapat mengelakkan masalah homesick dalam kalangan pemain Malaysia.

Erm, kesimpulannya aku memang tak ada idea  langsung untuk pembangunan bola sepak Malaysia. Tapi bak kata cikgu aku dulu, Malaysia masih ketinggalan dalam penerapan ilmu Sports Science. Dengan pentadbiran FAM yang masih dikuasai oleh kerabat diraja dan ahli  politik, bola sepak Malaysia seakan-akan sukar untuk dinaikkan. Apa pun, tahniah buat skuad bolasepak Malaysia. Diharapkan skuad negara akan buat yang terbaik dalam Piala Suzuki AFF bulan depan. Go Go Malaysia!! Malaysia Boleh!!

p/s: Sori bos, tadi saya balik awal sebab nak tengok bola hehehehe
Sambung Bacaan

Malam ni hati aku panas angkara Ben Williams. Walaupun basah ditimpa hujan tadi tapi bahang peristiwa tadi sukar dipadamkan. Aku sangat tercabar dengan tindakan Ben Williams yang melayangkan 3 kad merah kepada pemain Malaysia dalam perlawanan Sukan Asia menentang tuan rumah, China.

Tindakannya melayangkan kad kuning pada minit pertama terhadap winger Malaysia, Mahali Jasuli memang tak patut. Selepas Mahali Jasuli mendapat kad kuning kedua membuatkan seolah-olah peluang Malaysia sudah tertutup. Ditambah lagi dengan kad merah kedua terhadap Safiq Rahim yang membantah keputusan pengadil menambahkan parah skuad Malaysia. Bagi aku, kalau membantah keputusan pengadil, kad kuning saja sudah cukup. Aku memang marah giler-giler kat Ben Williams malam ni. Syabas Malaysia kerana berjaya bertahan tanpa melepaskan sebarang gol pada separuh masa pertama walaupun bermain 9 lawan 11.

Separuh masa kedua, Malaysia ketinggalan dua gol. Pada 10 minit terakhir seorang lagi pemain Malaysia, S Kunalan mendapat kad merah kerana terlanggar pemain China. Bodoh ar pengadil ni, kalau langgar camtu pun boleh dapat red card, tambah pulak dengan penalti yang diberikan kepada China, baik tak payah main. Baik balik rumah main congkak. Bodoh punya pengadil. Arghhh, tensen nye aku malam ni. Pengadilni dah makan rasuah dari China agaknya. Jom kawan-kawan, dengan semangat cintakan bola sepak tanah air, mari kita join Say No to Ben Williams!!!

[Video] Malaysia vs China di SINI

P/S: Nama pengadil macam nama SV aku (>___<)"!!
P/S: Aku tak kan emo macam ni kalo Man U kalah sebab referee 
P/S: Naseb baek Man U seri malam ni. Tak sia-sia aku redah hujan =)
Sambung Bacaan

Megamind: Makan Gu!

Posted In: , , . By Hazwan

Harapan aku untuk pergi ke gym semalam berkubur begitu saja. Sebaik saja sampai di depan pintu gym, hati ku berkecai bila mendapati pintu terkunci. Aku risau, selepas mengalami kecederaan pada kaki hari tu aku langsung tak membuat aktiviti yang berat atau mengeluarkan peluh kerana bimbang dengan kecederaan yang aku alami akan berulang lagi. Tapi memandangkan badan aku semakin lemah dan berlemak-lemak sejak kebelakangan ni, aku decide untuk pergi gym.
Aku pulang ke rumah. Muzek sedang berbaring di atas atas sofa manakala Alif sedang mengadap laptop. Din pulak sudah menyelinap ke dalam bilik. Aku duduk di tepi Muzek lalu bersembang tentang plan weekend. Muzek nak tengok wayang tapi aku menolak kerana kurang berminat. Tiba-tiba Din muncul dan mencadangkan untuk menonton cerita Megamind tapi aku dan Muzek menolak cadangan tu begitu saja. Aku memang tak minat manakala Muzek taknak tengok citer kartun.
Menjelang Maghrib, “ Jom Queensbay malam ni. Aku nak cari novel”, tiba-tiba Alif membuka mulut. “ Boleh gak”, balas ku ringkas. Aku mengajak Muzek dan Din. Muzek setuju manakala Din menolak kerana aku bukannya nak tengok movie. Muzek pun mengajak Nuar dan Faris untuk join sekali.
Sampai di Queensbay, Alif mengajak aku untuk print gambar. Untuk apa pun aku tak tahu.Tengah aku belek-belek kamera kat kedai tu, tiba-tiba Muzek kol dan mengajak aku untuk menonton wayang 3D Megamind . Tu pun selepas cerita Skyline kehabisan tiket. Entah macam mane, aku menerima pelawaan Muzek dengan hati berat. Tiba-tiba teringat pasal Din kat rumah hehehehehe
Wayang bermula. Cerita ini berkisarkan tentang perjalanan seorang penjahat yang berjaya menewaskan seorang hero. Akhirnya dia berasa sunyi kerana tiada orang yang dapat melawannya. Lalu dia mencipta seorang hero baru supaya dia dapat berlawan lagi tapi kecewa kerana hero tu menjadi jahat dan sangat kuat. Seterusnya, anda tengok sendiri yer. Komen aku, cerita ni sangat lah lawak. Jarang aku nak gelak kuat-kuat dalam panggung wayang tapi kali ni aku gelak memang tak pikirkan kan orang. So aku nak suggestkan korang untuk tengok jugak cerita ni.hehe
Kesimpulan daripada post ni, aku termakan gu sekali lagi. Dengan ini aku mewakili Bujang Lipat cawangan Penang(termasuk Alip dan Muzek)  ingin meminta maaf dari Din kerana termakan gu sikit :P




Sambung Bacaan

Dua Kemusykilan

Posted In: , , . By Hazwan


Jam menunjukkan pukul 5.20 petang. Oh, aku terbuat OT selama lima minit hari ni.  Selepas mengemas barang-barang, aku bergegas keluar menuju ke parking motor. Kelihatan Din sudah bersiap-siaga untuk pulang bersama-sama. Sebelum pulang kami singgah di pasar malam terlebih dahulu kerana Din nak beli daging. Aku tak pasti dia nak beli daging batang pinang atau batang pisang. Tak kisah la, yang penting daging lembu dan bukannya daging ****.
 Din mula berkeliaran di pasar malam untuk mencari makanan yang beliau idamkan manakala aku hanya memerhati memandangkan keperluan aku terhadap duit amat tinggi ketika ini. Jadi, sebagai langkah pengjimatan aku berusaha melawan nafus makan yang membuak-buak di pasar malam. Akhirnya, Din gagal dalam pencariannya untuk mencari daging dan pulang dengan tangan berisi nasi kerabu, ayam golek dan macam-macam lagi. Aku pula pulang dengan sebungkus air soya yang aku dapat tanpa mengeluarkan satu sen duit pun. Ingin tahu caranya? PM me kat FB inbox beserta nama penuh dan email anda(yang serius sahaja).
 Selesai saja shopping, aku dan Din bergerak semula ke parking motor. Alangkah terkejutnya bila melihat kedudukan motor yang terpusing sebanyak 180 darjah daripada kedudukan asal(bukan terbalik). Aku musykil, siapa la gerangan menusia yang rajin mengalihkan motor pinjaman aku ni. Dah la aku kunci kat tayar,takkan ada orang nak angkat kot. Sambil memikirkan pelbagai teori dan kospirasi dalam kepala, aku start enjin motor dan sambi membaca bismillah, aku pulas minyak. Erk, motor takleh gerak. Baru teringat yang aku belum membuka kunci kat tayar motor. Turun dari motor, Din cuba membuka kunci tapi gagal. Aku pun try tapi gagal jugak sebab batang kunci terlekat kat tayar.
 " Tarik je. Tarik je kunci tu", aku terdengar satu kasar seorang perempuan. Selang tiga motor dari aku, tercegat seorang tomboi berambut sedikit karat bersama seorang awek cun. "Tarik je ke belakang", dia ulang sekali lagi. Aku hanya mampu tersenyum sebab malu. Tiba-tiba dia datang ke arah motor dan tanpa disuruh dia cuba menarik kunci motor tu. Selepas beberapa kali mencuba dia berjaya menarik kunci tu. Aku dengan Din pula tersenyum dengan penuh rasa kemaluan. Terasa kelakian diri tercabar dengan pertolongan tomboi tu tadi haha. Selesai saja menarik kunci, tomboi taditerus chow bersama kawan dia tadi. Terima kasih, tu je perkataan yang mampu aku ungkapkan. Aku memandang Din sambil tersenyum lalu pergi dari tapak pasar malam.


Sambung Bacaan

Nilai Seni Diragui

Posted In: , . By Hazwan

Bila orang cakap yang nilai seni aku agak meragukan, aku tak tahu aku perlu bersetuju atau tidak. Kalau bercakap pasal nyanyian, aku tahu sesunggunhnya suara aku memang tak sedap walaupun aku pernah menjadi juara dalam pertandingan koir peringkat daerah dulu. Aku juga tau aku juga tiada bakat untuk mengubah lagu atau menulis lirik. Tidak reti bersyair, bergurindam jiwa atau berseloka. Yang pasti, tahap seni aku dalam bidang seni suara agak meragukan. Tapi kalo setakat karok tu, jangan ragu-ragu la!

Jika disebutkan dalam bidang lakonan, aku tau aku tak ada pakej yang lengkap untuk menjadi seorang hero Malaya. Suara tak macho, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tapi dulu seorang kawan pernah cakap, aku patut berlako dalam filem Yusof Haslam. Sebabnya aku berjaya menipu dia bahawa cikgu disiplin sedang mencarinya. Ya, aku mengaku bahawa yang aku suka mendajalkan orang dengan muka serius. Kalau setakat nak buat muka marah, serius, ataupun sedih memang kacang la bagi aku.

Tapi bukan pasal ini yang aku nak sebutkan. Sebenarnya aku sedang dilanda satu masalah yang amat besar. Aku tak tahu macam mana nak menghasilkan satu poster yang menarik. Dah la asyik kena push untuk siapkan poster projek aku ni dengan secepat yang mungkin. Serius aku failed dalam seni hias-menghias ni. Pemilihan warna pun salah, susun atur dan macam-macam lagi lah. Dah banyak kali aku cuba meyakinkan diri bahawa poster yang aku buat ni sangat cantik tapi tetap gagal. So, terpaksalah aku mengiyakan pendapat seorang kawan bahawa nilai seni aku amat meragukan. Arghhh, tension!!!
Sambung Bacaan

Abah

Posted In: . By Hazwan

Hari tu hujan renyai-renyai di Terengganu. Aku yang kesejukkan pergi ke dapur untuk mengisi perut yang kelaparan serta mencari segelas air panas untuk diminum. Kebetulan di dapur, abah dan mak sedang berehat di dapur sambil membuka TV. Bukan menonton TV pun tapi cuma mendengar program motivasi pagi yang disampaikan oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali.

Motivasi pagi ni berkisarkan tentang hubungan ibu bapa dan anak. Bagaimana nak menghargai ibu bapa, apa yang ibu bapa perlukan dari anak-anak dan bermacam-macam lagi. Aku buat-buat tidak dengar walaupun telinga sedang fokus manakala mulut sedang rancak mengunyah kerepek ubi yang aku beli dari Penang. Part paling best, dia sebut bahawa ibu bapa sebenarnya mahu diri mereka dimanjakan oeh anak-anak. Mahu dibelai dan dipeluk oleh anak-anak. Tiba-tiba aku rasa segan kerana seingat aku, aku tak pernah pun memeluk abah aku. Maybe sebab dia agak tegas dan kurang rapat dengan anak-anak berbanding mak yang aku selalu peluk dan kucup sebelum keluar ke tempat yang jauh.

Malam sebelum berangkat pulang, aku teringat balik ceramah motivasi sehari sebelum tu. Selesai bersalam dengan abah, tiba-tiba aku terus memeluk abah. Abah mungkin terkejut sebab aku tak pernah buat camtu pun sebelum ni. Bagi aku, baik aku buat sekarang sebelum terlambat. Aku tak nak menyesal seperti kawan aku yang lain. Anda semua tentu faham maksud aku kan?
Bye~

p/s: sempat jugak aku curi masa buat satu entri time buat keje hehe
Sambung Bacaan

Leng

Posted In: . By Hazwan


Dua hari lepas, aku mendapat berita tentang kemalangan melibatkan seorang kawan iaitu Ikram Solehuddin di Batu Gajah. Dia ni merupakan komiti CnP aku time Malam Anugerah Kolej Kediaman (MAKK) XI. Dia yang lebih dikenali sebagai Leng mengalami kecederaan yang agak parah dengan kaki dan tangan yang patah. Aku harap korang semua dapat mendoakan student Chemical Engineering Jan 08 ini supaya cepat sembuh dan pulih seperti. Buat Leng, kuatkan semangat dan sabar dengan dugaan ini =)

p/s: Semalam ada seorang makcik dalam umur umur 50 tahun meninggal dalam bas SP bumi ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu. Dengar cerita dia diserang asma
p/s2: Buat kawan-kawan yang still mesej dan kol, terima kasih banyak-banyak. Aku sangat terharu bila ada yang sanggup nak hulurkan duit untuk aku T__T
Sambung Bacaan

Sejak beberapa hari lepas, hujan turun agak lebat di Penang. Maka terpaksalah aku meredah hujan untuk ke tempat kerja dengan menaiki motorsikal. Nasib baik ada full set baju hujan. Jadi, tak basah sangat lah aku bila sampai ke tempat kerja.
Hari ni aku agak cuai ketika membuat kerja yang diberikan oleh Kak Ain. Aku langsung terlupa untuk menekan button save ketika membuat kerja yang diberikannya kepada aku. Ketika waktu balik tinggal lagi setengah jam, tiba-tiba software yang digunakan tertutup dengan sendiri disebabkan satu problem. Maka hilanglah segala data-data yang telah aku buat. Nasib bak aku ada copy data ke tempat lain. Akibatnya, aku didenda menyiapkan kerja sampai pukul 6. Tapi aku tetap happy macam biasa.
Selepas siap kerja, aku pulang ke rumah dengan pelbagai plan bermain-main didalam kepala. Nak kemas biliklah, nak hantar email kat exam unit lah(actually aku tak dapat lagi result exam sem lepas), nak update blog dan juga nak masak. So sebelum sampai ke rumah, aku sempat membeli telur dan bawang di kedai kat bawah blok aku. Selepas selesai aku menaiki lif untuk ke rumah. Sampai di rumah, aku mendapat satu berita yang mengejutkan.
“Yau, rumah kita kena pecah masuk. Laptop kau dan Muzek kena curik. Kamera digital aku pun kena”, kata Alif. Ayat last tu macam dengar tak dengar je. Tiba-tiba beberapa rangkap lagu sedih bermain dalam kepala. Aku blur sekejap. Din datang menghampiriku dan meminta aku bertenang. Aku jadi bingung sekejap.
Ya, aku memang pasrah dengan apa yang berlaku. Tapi agak sedih mengenangkan bukannya senang aku nak mendapatkan laptop ni dulu. Tambah lagi dengan kehilangan koleksi gambar sejak foundation yang sukar dicari ganti. Aku tak tau nak kata apa lagi. Benda sudah jadi dan aku pasrah. Mungkin ini satu petanda dari yang maha Esa untuk hambanya yang lalai =(


p/s: Catatan ini ditulis diatas kertas pada malam kejadian selepas kepulangan polis yang membuat pemeriksaan. Kepada kawan-kawan, thanx for your support. Kepada yang menghantar mesej tapi tak mendapat reply, minta maaf sangat-sangat sebab tiada mood untuk mereply. Kepada mereka yang terasa dengan badmood aku hari ni, sori sangat-sangat yer. Dan buat family di kampong, Insyaallah esok Iwang balik umoh =)


Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...