Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....


Sedar tak sedar hari ni sudah 31 Ogos 2010 dan bermakna sudah 53 tahun negara kita merdeka. Tapi makin lama kemeriahan sambutan kemerdekaan semakin kurang seri. Rakyat Malaysia seolah-olah tidak lagi menghargai tarikh 31 Ogos. Tiada lagi bendera di kenderaan, rumah atau pejabat. Kalau ada pun cuma sikit je.
Mungkin bagi sesetengah orang kita masih berfikir yang nikmat kemerdekaan itu diberikan oleh British. Sebab tu semangat patriotik masih kurang. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia terlalu hanyut dengan politik sampai isu kecil menjadi besar, isu besar pula dianggap seolah-olah tidak wujud. Inilah politik.
Aku teringat zaman kecik-kecik dulu, setiap kali bulan kemerdekaan setiap kenderaan mesti mempunyai bendera tak kira kereta, lori, motorsikal atau pun basikal. Setiap petang pasti banyak motorsikal berkonvoi membawa bendera melalui jalan Airport di depan rumah ku. Aku jugak ada pasang bendera di kawasan rumah.
Tapi tu dulu. Sekarang sudah tinggal kenangan. Kat Penang ni pun, susah giler rasanya nak jumpa Jalur Gemilang di tepi jalan atau bangunan. Tapi aku respek dengan seorang pemilik Gen-2 warna Biru kat Penang ni. Kereta beliau penuh dengan bendera. Syabas bro!!
 Sampai sini saja entry kemerdekaan aku ni. Kalau panjang-panjang bukan ada orang baca pun. Akhir kata dari aku, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 untuk anda semua. Ingat, jangan gadaikan negara untuk kepentingan sendiri.

Jom layan video ni dulu~bye


Sambung Bacaan


Salam
Berakhir sudah weekend kali ni. Selepas 21 tahun hidup di dunia ini, akhirnya buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke negeri Perlis.  Pada mulanya nak jalan-jalan ke Kedah je tapi akhirnya sampai ke Perlis.
Kali ni aku ke sana bersama Faiz, Alif dan Anuar.  Kitorang bergerak ke sana dalam pukul 8 pagi dengan  menaiki kereta Faiz. Sampai di sana, kitorang singgah di gerai buah berhampiran Alor Setar Mall untuk berjumpa bro Azhar. Bro Azhar ni kawan fotografi Alif, dan sangat pandai dalam fotografi ni. Dia datang membawa sebuah kamera klasik, Ricohflex. Perghh, kagum aku sekejap dengan kamera ni.

~klasik giler kamera filem ni~

Selepas sembang-sembang sekejap, kami semua singgah sekejap di Kuala Kedah. Kat situ ada sebuah perkampungan nelayan. Alif, Faiz dan Bro Azhar sibuk mengambil gambar manakala aku dan Anuar duduk diam-diam je. Nak keluarkan kamera hanset rasa segan plak bila tengok diorang memegang kamera mahal.hehe
Selepas tu  kami bergerak ke Padang Besar, Perlis. Sampai di sana, tiba lah giliran aku dan Anuar. Kitorang berdua mula start shopping raya manakala Alif dan Bro Azhar masih khayal dengan dunia fotografi diorang. Faiz plak tidur di dalam kereta kerana keletihan, sedap jugak shoping kat sini. Lebih kurang macam kat Rantau Panjang la harga barang kat sini. Maka, berjayalah aku melengkapkan satu persalinan untuk Aidilfitri nanti.

~Padang Besaq~

Lebih kurang pukul 4, kami bertolak pulang ke Kedah dan singgah sekejap di Gunung Keriang.  Gunung ni memang cantik dan kat situ ada rumah-rumah ltradisional Melayu tapi macam dah lama ditinggalkan. Menurut mitos, gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi . Ala, mitos je pun.
~gunung keriang~

Selepas menghantar Bro Azhar pulan, kitorang meluncur ke rumah Muzek untuk berbuka puasa. Time berbuka memang terkejut la, banyak giler lauk yang disediakan. Walaupun malu, aku gagahkan diri untuk makan. Yela, takut membazir pulak kalau tak habis hehhe. Selepas tu, Muzek mempelawa kitorang tidur di rumahnya. Apa lagi, kitorang pun setuju je lah.
Malam tu kami sempat ke Jitra dengan alasan nak beli air 100 Plus. Sampai di sana, rupa-rupanya ada  pasar malam kat situ. Kedai Char Kue Tiaw pun banyak. Sekali lagi Muzek  belanja kami makan kat kedai Char Kue Tiaw Gani. Buat pertama kali, akhirnya aku tahu kenapa orang cakap char kue tiaw ni sedap. Sebelum ni aku makan rasa biasa je. Tapi kat sini betul-betul sedap..nyum2

Thanx kepada semua untuk trip kali ni. Kepada Muzek dan keluarga, terima kasih untuk juadah berbuka puasa dan juga menyediakan tempat bermalam. Sekarang, baru aku faham kenapa orang panggil Kedah dengan Negeri Jelapang Padi. Bye!

p/s:sakit gigi Y_Y

Sambung Bacaan

Bom Meletup di Cheras

Posted In: . By Hazwan


KUALA LUMPUR: Dua pekerja siber kafe melecur hampir seluruh badan apabila sebuah kotak yang mengandungi bom buatan sendiri meletup depan sebuah unit rumah di tingkat bawah Apartmen Desa Tun Razak, Cheras di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-duanya, seorang pekerja wanita, diminta oleh majikan mereka untuk mengangkat sebuah kotak misteri yang dijumpai di hadapan rumah berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata sebelum itu, isteri kepada majikan tersebut menemui sebuah kotak yang di atasnya diletakkan dua limau barli, ketika membuka pintu rumah.
"Wanita itu kemudiannya bertanya kepada suaminya tentang kotak tersebut namun suaminya berkata tidak tahu apa-apa mengenainya...

"Jiran-jiran mereka juga tidak tahu menahu mengenai kotak itu...wanita itu kemudiannya bertindak membuka sedikit kotak tersebut dan mendapati ada bau minyak tanah sebelum memanggil dua pekerjanya untuk mengangkat kotak berkenaan," kata Abdul Rahim ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, dua pekerja itu kemudiannya membuka kotak tersebut sebelum ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa.

Katanya, kedua-dua mangsa adalah warga tempatan dan berusia 38 tahun (lelaki) serta 51 tahun (wanita) itu melecur teruk sebanyak 70 peratus dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Hasil pemeriksaan di dalam kotak tersebut, polis menemui beberapa biji mercun bola dan minyak tanah...wanita tersebut bersama suami dan tiga anaknya tidak cedera kerana ketika itu mereka dipercayai berada di dalam rumah.

"Menurut penghuni rumah terbabit, mereka tidak bermusuh dengan sesiapa... kita sedang menyiasat motif sebenar kejadian sama ada ia berpunca dari dendam, khianat atau sebaliknya," katanya.
Katanya, akibat letupan kuat itu, cermin tingkap di lima rumah dalam deret yang sama turut pecah.
Sambung Bacaan

Salam
Semalam merupakan hari yang menyeronokkan bagi aku. Walaupun sedikit stress setelah mendapat kerja secara tiba-tiba ketika sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah, namun ia lenyap setelah melalui peristiwa semalam.
Selepas menghantar housemate aku, Muzek ke perhentian bas, aku dan yang lain bercadang untuk ke Bazar Ramadhan di Sungai Ara. Sedang asyik bersembang-sembang dalam kereta, entah macam mana Din tersilap mengambil  jalan dan mengarah ke Bukit Gedung. Nak patah balik, jalan sibuk sangat. So kitorang meneruskan perjalanan.
Lepas bincang-bincang, kitorang decide nak pergi ke Teluk Tempoyak dengan hajat nak makan ikan bakar yang femes kat sana. Lebih kurang pukul 6, kitorang sampai ke Teluk Tempoyak. Alangkah hancur luluhnya hati kami kerana kedai ikan itu di tutup sementara bulan ramadhan.
Lepas solat asar, kitorang decide nak pegi makan mee udang yang femes kat Pulau Pinang ni. Dalam kereta, kami mula sembang-sembang tentang makanan yang best kat Pulau Pinang ni. Sempat jugak aku mengusha masjid-masjid yag membuat masjlis berbuka puasa. Mane la tau kalo tak sempat kan.
Sampai je kat kedai mee udang tu, sekali lagi kami kecewa. Meja kat kedai tu dah habis ditempah. Aku cuba buat lawak mintak tikar sebab nak makan kat bawah tapi tak berjaya gak. Then, kami pergi ke kedai yang tidak jauh dari situ tapi tutup. Arghhh. Then kami ternampak satu restoran Ikan Bakar di tepi jalan. Nampak meja kosong je, kami pun terus masuk. Dan kami kecewa lagi kerana semua meja telah habis ditempah.
Sudah pukul 7 malam. Setelah berfikir masak-masak, kami  bergerak ke masjid yang aku nampak tadi. Sampai disana lebih kurang 7.20 malam. Masjid ni agak unik, serius cantik. Tapi aku lupa nak tengok nama masjid tu. Lokasi pun aku tak tahu haha. Pada mulanya, aku dan yang lain agak malu-malu nak masuk sebab hampir semua orang kat situ adalah orang tua. Nasib baik diorang ni peramah dengan menjemput kami semua duduk. Maka berbuka puasa lah kami dengan karipap, pulut udang, kurma, jelly laici dan air oren.  Tapi macam tak kenyang je. Jadi kami plan nak singgah kat Ara Café selepas solat.
Kemudian, kami solat jemaah di sana. Nampaknya acara makan-makan belum berakhir. Selepas solat Maghrib kami diajak untuk makan sekali lagi. Kali ni makan nasi berlauk ayam goreng, kari udang, ssedikit sayur dan kerabu mempelam. Dan aku betul-betul kenyang hohoho. So plan ke Ara Café batal secara automatic.
Apa yang aku dapat dari peristiwa semalam, rezeki tuhan ada di mana-mana. Segala yang berlaku telah ditetapakan dari awal lagi. Walupun kempunan nak makan mee udang, tapi kami dapat makan kari udang yang sangat sedap. Pada mulanya aku dan Alif bercakap pasal pulut udang, sampai di masjid hasrat kami untuk makan pulut udang tu tercapai. Jadi, apa yang  yang penting, jangan putus asa untuk mencari rezeki hehehe. Erkk, kenyang!!!!!

Sambung Bacaan

Jahit

Posted In: . By Hazwan

Salam
Sebelum berbuka puasa tadi, aku sempat borak-borak dengan kakak aku. Lepas tu, dia bagitau satu berita bahawa anak saudaraku yang comel, Syifa terpaksa dijahit di bibir dengan 5 jahitan. Sebabnya, terjatuh ketika bermain kot. Ish budak kecik ni sorang. Hari tu aku terbaca kat facebook abang aku yang dia ni suka kejar cicak. Sekarang terpaksa jahit kat bibir plak. Kesian kat Syifa.

Sebelum ni sepupuku aku yang paling kecik, Wafiy pun terpaksa dijahit jugak sebab jatuh ke dalam longkang. Terpaksa la berjahit kat kening tu. Dia ni special skit sebab mak aku jaga dia dari dia kecik sampai sekarang. Aku dah anggap macam adik sendiri dah pun. Hermm…homesick already =(

Chow…

Sambung Bacaan


Salam
 "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah :183 ).


Siang tadi aku melihat satu perbuatan yang tidak malu dan biadap yang dilakukan seorang lelaki Islam. Kisahnya bermula selepas selesai saja aku dan seorang lagi rakan melakukan solat Dhuha di surau lebih kurang pukul 10 pagi.(lokasi surau dirahsiakan)


Sebaik saja aku keluar, aku dan rakan aku terpandang seorang lelaki baru saja membeli air tin dari sebuah mesin tin minuman berhampiran surau tadi. Aku sedikit terkejut dengan perbuatan lelaki tersebut. Dah la kawan-kawan dia ramai kat situ, dengan selamber je dia bukak sambil diiringi gelak-ketawa kawan-kawannya. bengong!!


Tak faham betul aku dengan orang zaman sekarang. Dah la tak puasa, boleh pulak dia beli depan air tin depan aku. Sama jugak semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku sempat mengintai-intai ke arah ke kedai mamak yang masih bukak. Memang jelas seorang manusia yang berwajah Melayu, yang aku yakin adalah Islam sedang membeli Nasi Kandar yang dibungkus lalu diletakkan di dalam raga motorsikal.


Tu apa yang aku nampak. Tak kira lagi kat tempat yang lain. Haih,ape nak jadi dengan orang zaman sekarang. Raya nak, puasa malas. Macam budak-budak
Sambung Bacaan

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terbunuh dan dua lelaki cedera parah apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai menjadi gudang mercun di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini, meletup pada jam 12.30 tengahari tadi.

Mayat Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Tadika Kampung Losong Atap Zin, ditemui tersangkut pada pokok selepas tercampak kira-kira 15 meter dari rumah berkenaan dengan kepalanya pecah.

Jurucakap bomba yang ditemui di tempat kejadian berkata letupan kuat itu menyebabkan bahagian depan rumah itu musnah sama sekali.

Menurut saksi, dua lagi mangsa berusia 22 dan 23 yang belum dikenal pasti identiti mereka pula mengalami kecederaan parah di kaki.

"Saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki terbabit tidak sedarkan diri manakala seorang lagi yang berada di bawah serpihan papan sempat meminta kami mencari seorang budak.

Mereka kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu, Rozita Abdul Rahman, 35, berkata ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar kerana ada urusan di mahkamah manakala mangsa keluar mengikut kawan ayahnya ke tempat kejadian.

"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat kes itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber: Berita Harian
Sambung Bacaan

Yau bangun Yau. Ada orang kol”.
Aku terdengar satu suara yang familiar memanggil-manggil nama manjaku. Aku membuka mata dan ternampak Alif, housemate aku sedang mengejutkanku dari tidur. Dalam keadaan mamai, aku bangun dan medapatkan handfone yang sedang bergetar di atas meja.
CE Faiz; itu nama yang tertera di skrin handfone Nokia aku. Erm, dah pukul 5 suku rupanya.
Hello Yau, ko buat pape tak petang ni. Jom pergi Kulim. Budak-budak kat sana ajak kita bukak pose sama-sama”.
Aku yang masih pening, terus meminta pendapat Alif.
Boleh-boleh”, katanya sambil menganggukkan kepala. Ringkas dan padat jawapan dia. Aku tanpa berpikir panjang terus menerima pinangan ajakan dari Faiz.

Wajah sebenar NAN
Dalam pukul 6, kitorang terus bergerak bersama-sama bersama seorang lagi housemate Faiz iaitu Nuar dengan menaiki NAN. Selepas 50 minit perjalanan, kitorang sampai di Kulim. Kulim ni merupakan tempat tinggalnya budak-budak UTP Cheme Jan 07 yang sedang berpraktikal di Celestica iaitu Nipi, Abu, Pehe @ Puwek, Aik, Pojie, Pokjak dan Pokjak. Tapi kali ini Irsyad dan Pokjak tiada di rumah. cari awek agaknya
Selepas membuat bising di rumah diorang, kami semua bergerak ke sebuah kedai makan kepunyaan orang Siam. Standard la tu, zaman sekarang bukannya senang nak cari kedai orang Melayu. Kalo bukan kedai Mamak, kedai orang Siam la yang ada.

~Berbuka puasa~

Aku sangat beruntung sebab kali ini ex-rumet, Aik sudi untuk belanja aku makan selepas dipujuk dan dipaksa. Selepas selesai makan, kitorang pulang ke rumah untuk solat maghrib. Selepas lepak-lepak sambil menonton Buletin Utama, kitorang bergerak ke surau untuk solat terawih. Kat sini aku rasa hairan skit. Walaupun sampai ke Kedah aku merantau, tapi bila sampai part tazkirah, kenapa dalam loghat Kelantan ek?? Nasib baik best dan kelakar.
Lepas terawih, kitorang pulang ke rumah dan menonton bola EPL antara Arsenal dan Blackpool apa barang Arsengal haha. Tiba-tiba Pojie  ingin menguji kehebatan aku dalam ilmu PES2010. Tapi kurang bernasib baik, aku tumpas 4-5 =(
Sudah pukul  11 malam, aku, Alif, Faiz dan Nuar bertolak pulang Penang. Thanx to Nuar sebab sudi belanja aku aiskrim kat McD hehe. Terima kasih jugak buat kawan-kawan di Celestica=)



Sambung Bacaan

Children of Heaven

Posted In: , . By Hazwan


Salam
Selepas lama tidak menonton movie,  awal pagi tadi aku berkesempatan menonton filem berjudul  Children of Heaven. Filem ini merupakan hasil karya Majid Majidi daripada Iran. Filem yang menyentuh hati aku ini telah memenangi banyak anugerah seperti  Montreal World Film Festival, Silver Screen Awards di International Film Festival dan Nominasi Piala Awards 1999 untuk Best Language Film.
~Ali~
Filem Iran keluaran 1997 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Ali Mandengar yang hidup sederhana bersama orang tuanya dan dua orang adik.  Pada suatu hari, Ali telah menghilangkan kasut adiknya, Zahra selepas dibaiki di kedai kasut.
~Zahra yang comel~
Sejak dari peristiwa itu, Ali terpaksa berkongsi kasut dengan adiknya yang bernama Zahra. Selepas pulang dari sekolah, Zahra akan berlari untuk mencari Ali yang sedang menunggunya untuk mendapatkan kasut. Selepas itu, giliran Ali pula berlari untuk ke sekolah dan dia selalu lambat untuk sampai ke ke kelas. Begitulah rutin harian mereka berdua yang dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Satu hari, Zahra ternampak seorang budak perempuan memakai kasutnya. Dia mengekori budak perempuan itu untuk melihat dimana budak itu tinggal. Selepas itu, dia kembali bersama Ali untuk mendapatkan kasut itu. Tapi, mereka membatalkan niat mereka apabila melihat budak perempuan itu tinggal bersama bapanya yang buta.

Tidak beberapa lama kemudian,  Ali menyertai satu pertandingan larian jarak jauh. Jika dia mendapat no 3, dia akan memenangi piala dan sepasang kasut. Dia berhajat untuk memberikan kasut itu kepada Zahra. Semasa pertandingan berlangsung, Ali berlari sepenuh hati dengan harapan akan mendapat no 3. Tanpa disangka-sangka dia menjadi johan untuk pertandingan itu. Semasa mengambil hadiah, Ali menangis kerana gagal mendapat tempat ke tiga.

Bagi aku, cerita ini sangat menyentuh hati. Melihat Ali yang sangat mengutamakan keluarga, Zahra yang kecil tapi mampu menjaga adiknya yang baru lahir membuatkan aku tersedar tentang tanggungjawab aku. Babak Ali bersama ayahnya juga sangat menyentuh hati. Filem ini sangat best hingga membuatkan aku tidak mengantuk langsung ketika menonton.  WAJIB TONTON!!!

p/s:hampir menangis tengok citer ni hehe

Sambung Bacaan

Salah Siapa?

Posted In: . By Hazwan


Dunia kita dalam huru-hara
Bayi dibuang merata-rata
Salah siapa?

Salahkan betina tertelan belon?
Atau si jantan yang tak reti pakai belon?

Kenapa?
Kenapa belon yang perlu di pakai oleh si jantan?
Seolah-olah penzinaan itu dihalalkan

Hukum agama semakin diketepikan
Moral semakin hilang
Kenapa??
Salah siapa?

Bagi aku ini semua salah kita
Kita ada kuasa nak membendung
Kita ada kuasa nak menghalang
Tapi apakah kuasanya??
Fikirlah sendiri
Ingat!!
Mencegah lebih baik dari mengubati~~


Sambung Bacaan

Salam

Masa kita kecik-kecik dulu orang selalu tanya aku," Bila besar nak jadi apa?". Kadang-kadang dalam kelas pun terutamanya pada zaman tadika cikgu aku selalu tanya gak.

Aku masih ingat jawapan pertama aku semasa ditanya oleh kakak aku. Pada masa tu dia sedang menyiapkan folio sejarah keluarga. Aku cakap aku nak jadi doktor gigi. Aku tak tau kenapa aku jawab camtu. Mungkin pada masa tu aku selalu tengok iklan Colgate kat tv kot.


Kadang-kadang terasa nak jadi bomba sampai sanggup berlari-lari bawak paip getah untuk siram pokok bunga. Haha. Tu pun sebab mak aku yang paksa siram.

Lama-kelamaan cita-cita aku berubah. Aku mula terpikir nak jadi seorang askar. Aku nak tembak orang jahat. Aku nak berlari-lari dalam hutan, merangkak bawah kawat berduri, panjat tembok dan macam-macam lah.

Then aku terpikir, macam letih je kerja macam tu. So aku decide nak jadi juruterbang. Boleh bawak jet laju-laju. Pastu tembak raksasa macam dalam cerita ultraman. Tapi sayang, aku ni gayat dan rabun Y_Y.

Time aku kecik dulu, aku ada gak simpan angan-angan nak jadi Masked Rider Black. Yelakan, time tu cerita Masked Rider merupakan antara cerita feveret aku selain Dragon Ball dan Ultraman. Aku masih ingat hero Masked Rider ni pakai jaket kaler putih. So aku ingat nak suruh mak aku belikan satu jeket tu untuk aku tapi malu nak mintak hehe.


Kotaro

Ada lagi satu jawapan yang aku tak boleh lupa bila di tanya tentang cita-cita. Time tu aku jawab aku nak jadi Mahathir. Aku tak tau kenapa, mungkin disebabkan aku selalu melihat wajah beliau dalam tv dalam Buletin Utama TV3. Atau pun mungkin aku memang minat nak jadi leader. Erk, yeke??

Sampai sekarang aku masih berangan-angan sebelum tidur. Kadang-kadang aku nak jadi Cristiano Ronaldo yang hebat main bola. Mane la tau dapat membawa Malaysia layak ke Piala Dunia tapi nampak macam tak realistik. Kadang-kadang aku berangan nak jadi macam Yip Man atau hero Ong Bak yang handal berlawan.wakaka

Kadang-kadang aku rasa aku nak jadi penyanyi. Nasib baik aku sedar aku tak ada pakej yang lengkap(wahahaha). Aku sedar suara aku tak sedap, muka tak hensem, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong :P

Tapi selama aku hidup kat bumi ni, tak pernah sekali pun aku bercia-cita atau berangan-angan nak jadi Engineer. Tapi sekarang, aku sudah menjadi penuntut tahun ketiga semester kedua Chemical Engineering di UTP. Dan tengah berpraktikal di Penang.hmmm

Lihatlah dunia, kita hanya berangan-angan tapi tuhan yang menentukan segalanya.

Bye-bye~~


Sambung Bacaan

Laguku Untukmu

Posted In: . By Hazwan




Kehadiran membawa seribu erti
Terasa bagaikan suatu mimpi
Indah mahligai yang kita bina
Impian kini terlaksana sudah

Tiada ku terlintas akan terjadi
Kita kan terpisah jua akhirnya
Sejenak ku terfikir segala
Oh keindahan bersamamu

Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan

Dengarlah dendangan laguku untukmu
Suara hati lambang suci murni
Berat saatku dilamun rindu
Setelah lama dikau pergi oh…
Kasihku… oh…

p/s: Tiba-tiba terdengar lagu ni time pulang dari kerja. Lagu ni dah lama. Agak-agak bila aku akan dapat peluang nak karok lagu ni?? =.=
Sambung Bacaan

Untitled

Posted In: . By Hazwan



Aku berjalan di tepian pantai
Mencari ketenangan
Memikirkan masa depan
Memikirkan masa silam

Aku melihat belakang
Merenung jejak ditinggalkan
Sekali ombak datang
Semuanya terus hilang

Jejak itu umpama hidup kita
Kadang-kadang kita lupa
Apa yang kita ada hanya sementara
Bila sampai masanya
Semuanya akan tiada

Begitu juga dengan kita
Bila waktunya sudah tiba
Kita akan kembali kepada yang Maha Esa~

Sambung Bacaan

Salam..

Ini kisah manusia yang tolol, bangang, bengong kurang cerdik dalam agama. Tak pun memang buta agama.

See more images here..

Aku rembat kat Oh Tidak!!
Sambung Bacaan

you should know

By Hazwan

E..
you should know how much u have hurt..

Sambung Bacaan

~GAMBAR HIASAN~

Salam..
Sekarang Ramadhan telah kembali. Dan secara automatiknya semakin ramai orang mengunjungi masjid untuk mengerjakan solat Terawih. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Yang pertamanya, saf yang lurus.



AnAnas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.” (Hadith Riwayat Muslim)

Al-Nu’man bin Bashir telah berkata :
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.” (Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan  al-Tarmidzi)


So?? 



Tapi kadang-kadang ada jemaah yang cuba elakkan untuk bersentuhan. Bila kita rapat diaa lari, kita rapat lagi dia lari. Ishh, ape nak buat ek??

Pernah tak ketika kita sedang solat berjemaah, tiba-tiba terjadi perkara seperti di bawah ini??


Jika terjadi kepada kita, apa yang perlu kita buat?? Jom, klik gambar kat bawah ni untuk tumbesaran tulang penerangan yang lebih jelas.


Sudah faham? Jadi ingat lah...

dibawakan khas oleh TM hehe

p/s:Aku hanya menulis apa yang aku tahu. Untuk pemahaman yang lebih lanjut, tanyalah mereka yang lebih arif dalam hal ni =)

Sambung Bacaan


Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW juga bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan nescaya akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat  Imam Bukhari dan Muslim)

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca-pembaca Bukan Sekadar Cakar Ayam ini. Juga aku ingin meminta maaf kepada mereka-mereka yang hatinya pernah disakiti, dilukai atau dikecewakan oleh aku sama ada dalam keadaan sedar, separuh sedar atau tidak.

Beramalah sepenuh hati. Semoga Ramadhan ini lebih baik daripada Ramdhan sebelumnya. Selamat menyambut bulan Ramadhan. 


p/s: Takziah kepada saudari Atikah Janis atas pemergiaan ibu tercinta ketika umat Islam sedang bersiap untuk menyambut Ramadhan. Be strong my friend. Al-Fatihah~~
Sambung Bacaan

Salam

Kisah ini merupakan hasil daripada pengalaman penulis sendiri semasa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Penang. Tiada tokok tambah, hanya menceritakan semula fenomena aneh yang berlaku sendiri di depan penulis.

Kejadian bermula kira-kira pukul 9 pagi ketika penulis baru saja menaiki bas SP Marikh (bukan nama sebenar) untuk ke Penang. Tiba-tiba datang seorang awek yang tak berapa nak cun lalu duduk di kerusi di depan penulis. Selepas mengelipkan mata beberapa kali, penulis membuka buku Infiniti keluaran Ogos lalu hanyut dalam dunia khayalan.

Entah mengapa, baru setengah jam perjalanan tiba-tiba wanita di depan penulis berkelakuan aneh. Dia menarik tudungnya lalu membogelkan kepalanya tanpa seurat benang. Penulis sedikit terkejut tapi terus memachokan diri. Penulis sempat kberkenalan dengan wanita tersebut. Ooo, umurnya sebaya dengan penulis, berasal dari selatan tanah air dan sedang belajar di Universiti tempatan. Kesian kat dia =(

Sebenarnya fenomena sebegini bukannya aneh. Sahabat penulis, Aman (bukan nama sebenar) pernah menceritakan satu kejadian yang agak sama tapi lain sedikit semasa perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu. Cerita ini agak menyayat hati untuk diceritakan.

Menurut beliau, semasa dalam perjalanan pulang ke Terengganu, dia terperasan seorang awek cun di atas bas. Tapi sayang, kepalanya berbogel tanpa seurat benang. Selepas 9 jam perjalanan, bas pun sampai di bumi Terengganu. Tiba-tiba keanehan berlaku, kepala awek tadi tiba-tiba dilitupi sehelai tudung. Lagi mengharukan, bila menjejakkan kaki ke bawah, awek tadi disambut oleh ayahnya yang tua dan berkopiah putih sambil tersenyum. Cepat-cepat dia mengangkat barang-barang anaknya. Kesian kat pakcik tu T_T

Persoalannya sekarang, sampai bila harus aku menjaga tepi kain orang lain? Perlu ke tak tak perlu?? Bak kata orang Islam zaman moden, “ Kubur lain-lain, so jangan nak menyibuk!!”.



p/s: Dah lama tak membahasakan diri sebagai penulis hehe
Sambung Bacaan


Salam

Hari ni aku pergi ronda-ronda sekitar Bandaraya Georgetown untuk mengambil angin. Selepas hampir seminggu diserang demam, batuk dan selsema, aku keluar bersama-sama Alif dengan menaiki bas Rapid Penang. Perjalanan yang memakan masa satu jam itu sangat mencabar kekuatan kaki yang terpaksa berdiri di dalam bas tu.

Sampai de Jetty Penang, aku dan Alif memulakan perjalanan. Tempat pertama yang kami pergi adalah Little India. Suasana kat sini macam dalam citer Bollywood. Cuma tak ada orang menari tepi jalan je. Selepas itu kami bergerak ke kawasan sekitar Masjid Kapitan Keling untuk melihat apa yang menarik disana.


Banyak la jugak tempat yang kami terokai seperti Lebuh Armanian, Kampung Kolam yang letaknya sebuah temple iaitu Yap Temple dan juga Lebuh Acheh, Lebuh Buckhingam, Lebuh Campbell dan macam-macam lagi.


Lepas tu terserempak jugak dengan satu kawasan lama yang menjual barangan purba atau pun barangan terpakai di sebuah kawasan dekat dengan Lebuh Armanian. Aku berkenan nak beli duit syiling lama kat situ tapi risau plak takut ada penunggu dalam duit tu.hehe



 Lepas penat jalan-jalan, kami singgah makan Nasi Beriyani di Hameediah Restoran. Siyes sedap. Kalau nak makan kat tempat lain, aku suggestkan korang makan kat Nasi Kandar Line Clear atau Restoran Kapitan. Lain-lain tempat aku tak kenal sangat.


Akhir sekali, kami lepak di Fort Cornwallis atau Padang Kota. Tempat ni memang best sebab ada ada satu kota lama beserta beberapa meriam. Nak tahu, tengok sendiri la ek. Then, aku membeli-belah jeruk jap di Jetty sebelum bertolak pulang ke Relau. Penat nak mampus!!!


So, total perbelanjaan:
  • Tambang pergi dan balik RM6
  • Makan RM9
  • Jeruk-jerukan RM25  T_T
Choww
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...