Kisah Pulau Jerejak~
Posted In:
Catatan Bermakna..
,
Penang
.
By Hazwan
Salam
Minggu lepas, aku dan tiga lagi kawan-kawan dari UTP telah pergi Pulau Jerejak. Kami pergi ke sana pun setelah di ajak oleh supervisor muda aku Kak Ayu dan Kak Jannah serta dua orang lagi sahabat mereka, Ummu dan Nasira.
~Sejarah Pulau Jerejak~ |
Sebelum tu aku nak cerita skit pasal Pulau Jerejak ni. Pulau Jerejak ni terletak di Pulau Pinang, dan merupakan pusat kegiatan aktiviti luar. Dulu tempat ini menempatkan sebuah penjara lama dan juga merupakan hospital bagi pesakit Kusta. Terdapat juga cerita-cerita pelik lain seperti kewujudan Bigfoot tapi cerita tu masih belum sahih lagi.
~view from jeti~ |
Aku ke sana dengan mengikuti pakej yang disediakan yang mengenakan bayaran RM60 termasuk makan yang sangat la banyak. Pagi-pagi lagi, kami berkumpul di jeti untuk membuat pembayaran di sebuah kaunter. Then sebuah bot datang untuk membawa kami ke sana.
Terdapat banyak aktiviti kat sini seperti Flying Fox, Jungle Tracking, Memanah, Wall Climbing, Paintball dan macam=macam lagi lah. Jom usha gambar yang tak seberapa ni jap.
~ni first time aku memanah. Walaupun bukan semua mengenai sasaran, tapi aku tetap puas hati~ |
~Aku memang tak suka aktiviti memanjat. Sebabnya, aku ni gayat haha. Seperti yang dijangka, aku failed nak sampai ke puncak tu =.= ~ |
Selepas habis aktiviti ni, aku demam seminggu. Ceitt =.=
p/s: Klik kat sini jap. SINI!!!
Sambung Bacaan