Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Hidung Baru

Posted In: , . By Hazwan

Tiba-tiba aku rasa nak beli hidung baru. Semenjak bekerja dalam keaadaan suhu yang rendah ni, hidung semakin aktif menghasilkan mukus hijau. Aku tak tahan dengan keadaan hidung yang asyik tersumbat.  Nak je aku buat macam dalam gambar kat bawah ni.


Keadaan macam ni membuatkan aku tidak selesa, malas bercakap kadang-kadang badmood. Sori kepada orang sekeliling, aku semakin malas nak sembang-smbang apatah lagi melayan peminat-peminat kesayangan. Makin jadi pendiam. Kadang-kadang mulut ni cakap lepas je. Ada jugak orang cakap, aku ni tengah homesick. Dan aku rasa betul kot hehe.

p/s:tisu kat lab semakin cepat habis haha
Sambung Bacaan

Cocok Hasan!!

Posted In: , . By Hazwan



Video di atas antara video bola yang aku suka. Kepantasan Hasan Sani “lipas kudung” sungguh mengagumkan dengan menggelecek 2 pemain Korea dan menghantar kepada King James yang dengan tenang menjaringkan gol. Gol yang membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik. Momen itu sungguh indah dan masih diingati oleh peminat bola dalam generasi itu.

Tapi tu cerita lama, mungkin boleh dianggap sebagai cerita lagenda pada masa akan datang. Lihatlah bola sepak Malaysia sekarang, totally hampeh. Malu rasanya jika hendak membandingkan Malaysia kini dengan Korea Selatan yang telah jauh ke depan. Korea telah pun layak ke Piala Dunia sebanyak 7 kali berturut-turut tapi kita masih di takuk lama, tak ada perubahan.

Awal pagi semalam, secara rasminya Jepun berjaya layak ke pusingan kedua Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan untuk mengiringi satu lagi wakil Asia, Korea Selatan. Sungguh bangga bila melihat kemampuan pasukan Asia menewaskan pasukan Eropah dan Afrika di Piala Dunia tapi kadang-kadang sedih bila memikirkan pasukan itu dulunya setaraf dengan pasukan Malaysia.

Entah dimana silapnya, kita hanya dapat berbangga dengan Pingat Emas Sukan Sea. Itu je yang kita mampu, tak lebih daripada itu. Mungkin rakyat Malaysia akan datang hanya akan dapat berbangga dengan sejarah yang lapuk. Itu saja..

p/s:sekadar luahan hati pencinta tegar bola sepak Malaysia
Sambung Bacaan

Aku dan Mat Bangla

Posted In: . By Hazwan

Salam

Agak susah nak update blog sekarang. Memandangkan internet kat rumh sewa aku ni belum ada, so terpaksalah aku menumpang kat Cyber Café kat bawah blok aku ni sekejap. Tu pun sebab ada kerja yang perlu di setelkan.

Sudah seminggu aku aku berada di Penang dan bepraktikal di AMD Penang ni. Di sini, aku diletakkan kat bahagian Devices Analysis Lab di bawah supervisor yang sangat misteri bernama Mr. Ben. Mr. Ben ni Nampak macam baik tapi agak menakutkan sikit. Tapi yang penting semua orang dalam lab tu baik-baik belaka; Kak Idayu, Kak Ain, Kak Indri, Ita, Xiang, Nazirah, Chiang, Ai Bee, Firmaan dan beberapa orang lagi.

Walaupun baru seminggu berada di sini, tapi aku rasa macam dah lama. Semua orang sanga mesra, so senang je rapat walaupun agak malu-malu sikit pada hari pertama. Then, dah boleh start buat loyar buruk.

Dua hari lepas, selepas menunggu selama 4 tahun akhirnya Piala Dunia FIFA telah bermula. Dan macam biasa, team faveret aku adalah Brazil dan juga gergasi asia, Korea Selatan. Tapi agak mengecewakan, TV kat rumah sewa aku ni susah nak dapat signal RTM1. Huhu, sedih betol.

Tapi demi bola, aku sanggup menebalkan muka. Cerita bermula bila aku dapat tahu ada match Argentina melawan Nigeria. Aku try bukak TV kat rumah aku ni tapi tak dapat siaran RTM1. So, aku pun keluar hendak ke kafe kat bawak rumah flat aku ni. Bila lalu je kat rumah jirah sebelah aku ni, aku terdengar diorang pasang siaran langsung match tu. Tanpa segan silu, aku ketuk pintu rumah Mat Bangla ni dan dan meminta kebenaran untuk join sekali.

Aku sangat terkejut dengan layanan diorang. Bila aku masuk je dalam rumah, diorang paksa aku duduk atas sofa, tapi aku menolak lalu duduk kat bawah. Semua jiran aku ni bangun dan paksa aku duduk kat atas sofa jugak. Aku pun duduk je la tapi agak segan kerana diorang duk kat bawah je. Tak lama selepas tu, kawan diorang pulang sambil membawa seplastik air dan makanan. Diorang menghidang aku segelas air RedBull, Coca-Cola dan sebekas biskut coklat. Walaupun malu, terpaksa jugak aku minum sebab nak jaga hati diorang.

Kemudiannya, salah seorang menghulurkan aku sebatang rokok tapi aku menolak kerana aku ni memang tak hisap rokok. Bila diorang tahu je yang aku ni tak hisap rokok, semua yang nak hisap rokok kat dalam rumah terus merokok kat luar rumah. Aku ingat lagi salah seorang dari mereka menyuruh kawan-kawan diorang merokok kat luar. Time tu aku berasa segan giler. Kalau kat UTP, orang luar selamber bodoh je hisap rokok dalam bilik aku. Tak reti nak respek aku yang sangat anti dengan rokok ni.

Kesimpulannya, patut la ramai anak gadis Malaysia yang terpikat dengan Mat Bangla ni. Walaupun miskin, diorang kaya dengan budi –bahasa dan sangat menghormati tetamu. Kalau la orang kita, jangan haraplah nak layan aku macam Mat Bangla ni. Erm, aku pun macam tu jugak kot.hehe
Sambung Bacaan

Dunia Baru

Posted In: , . By Hazwan

Bangun pagi, bukak facebook hampir semua status budak-budak UTP berkaitan dengan intern (praktikal) yang akan bermula pada hari ini. Masing-masing excited nak bekerja.  Sebelum Subuh pun dah update status facebook.Tapi budak-budak umah aku ni masih lena dibuai mimpi. Mentang-mentang la cuti hari ni.

Semalam, 6 June secara rasminya aku telah berpindah ke rumah sewa di Flat Sri Indah, Relau. Kehidupan disini persis seperti berada di oversea. Keluar je dari rumah, penuh dengan manusia tapi susah nak cari orang Malaysia. Kadang-kadang terasa diri ni macam orang asing. Nak keluar sorang-sorang pun aku takut.

Keadaan rumah ok je, TV ada, peti ais ada, mesin basuh ada, dan macam-macam lagi ada. Internet je takda , yang ni pun pinjam dengan Nuar.  Bilik ada 3 tapi semuanya tidur kat ruang tamu. Nyesal cari umah besar, baik aku cari umah satu bilik je.  Budak-budak ni bukan guna pun.

Hari ni kena start gotong-royong bersihkan rumah. Banyak lagi barang perlu dikemas. Ok, chow

Sambung Bacaan

Kehadapan ayahanda dan bonda ku yang berada di Terengganu, semoga semoga sihat sejahtera. Anakanda di sini sihat dengan kehendak-Nya.
Ayahanda, Bonda..
Apa khabar ayahanda dan bonda? Semoga ayahanda, bonda dan adik-beradik yang  lain berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang anakanda sedang berkelana di Sg Buloh dengan menumpang di rumah kawan, Khairuddin Saad.
Hari ni anakanda berasa sangat sedih kerana tak dapat pulang ke kampung. Walaupun sepurnama yang lalu anakanda telah pulang ke kampung, tapi itu hanya sekejap. Belum puas rasanya menikmati udara segar disana dan menjamah masakan bonda tercinta.
Melihat kemesraan Din bersama keluarganya telah cukup meruntun hari anakanda.  Hati anakanda meonta-ronta ingin pulang ke rumah tapi apakan daya, anakada tak dapt berbuat begitu.  Terasa rindu dengan adik beradik yang lain, dan juga kepada Wafiy, Bahirah, Haziq dan lain-lain. Rindu juga dekat Syifa, anak saudara anakanda yang comel itu.
Oh ya, minggu depan Din sekeluarga akan ke Terengganu. Menurut Din, kakandanya akan berkahwin dengan orang Terengganu tapi  mereka kurang pasti dimana keluarga perempuan itu tinggal. Teringin juga anakanda untuk mengikut mereka tapi faktor kewangan membatasi segalanya. Tapi tidak mengapalah, insyaallah, Aildilfitri nanti anakanda akan pulang untuk bersua dengan ayahanda dan bonda.
Berada di sini, semuanya baik-baik saja. Keluarga Din pun baik. Insyaallah esok anakanda akan bergotong-royong mengecat rumah ini kerana majlis menyambut menatu akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Di harap dengan kesibukan ini, dapat menghilangkan sedikit kerinduan terhadap orang di kampung sana.
Ayahanda, bonda,
Sampai di sini saja warkah dari anakanda untuk kali ini. Insyaallah, anakanda akan berangkat ke Pulau Pinang pada hari Ahad ini. Tolong doakan kesejahteraan anakanda sepanjang berada di perantauan.

Dari anakanda mu
~~hazwan arif~~


Sambung Bacaan


Alhamdulillah..
PPD dh habis..
Maka berakhirlah tahun tiga semester pertama aku di UTP..
Sekarang perlu bersiap-sedia untuk ke Pulau Pinang
Untuk menjalani latihan praktikal kat AMD
Semoga aku berjaya di sana
Untuk belajar
Dan menjaga diri, hati dan iman disana..

Babai kawan-kawan..
Jaga diri leklok  time intern nanti
Buat mereka yang masih berada di UTP
Blaja rajin-rajin
Jangan malas-malas haha
Jumpa lagi tahun depan


~~Jauh dimata dekat dihati~~



Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...