Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

A.P.I - Pelita

Posted In: . By Hazwan

  


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui
Selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami

Selagi hayat di kandung badan
Takkan ku menyerah kalah
Walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur
Sayapku patah

Kan ku pancarkan cahaya,
Seperti pelita ke serata dunia,
Yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas
Yang terakhir.

Tak pernah sesaat ku mencurigai
Apa yg telah aku kecapi
Setakat ini

Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
Pantang datuk nenek moyangku
Berundur!

Akan ku pancar cahaya seperti pelita
Ke serata dunia
Seperti cahaya…….

 A.P.I merupakan gabungan daripada penyanyi Noh (Hujan),Lan (Typewritter),Din Homatov (Estranged),Imran (One Buck Short),AJ (Pop Shuvit) dan loQue (MonoloQue/ Butterfingers). Lagu ni merupakan OST untuk filem Hooperz.

Lagu ni mungkin dah lama tapi aku baru je nak start layan. Lirik dia best especially kat chorus. Kredit to website Malaysian Indie Music Download dan Indie.my. Layannn..

Sambung Bacaan

Hati Membebel

Posted In: . By Hazwan


Tinggal 3 hari lagi sebelum last paper, Proces Plant Design 
dan 8 hari lagi sebelum berpraktikal di Penang 
Warghh, hari ni aku sangat tertekan 
Nak study tapi susah nak faham
Nak pegi tanya orang tapi  ramai yang masih dibuai mimpi 
Roomate plak masih tidur, hilang mood aku nak study
Housemate plak asyik main game dan layan citer.
Hadoi la, tak membantu langsung
Agak-agak, kat mane boleh aku mencari mood study ni
Nak pegi IRC tapi tak tau nak study dengan sape
Aku dah bengong  
[>_<]

Sambung Bacaan




Salam

Hari ni aku melancong ke Pulau Pinang. Erm, bukan melancong pon sebenarnya tapi ada hal skit. Ni first time aku menjejakkan kaki ke sana.  Tujuannya, nak mencari rumah untuk disewa sepanjang praktikal di AMD nanti. Alhamdulillah, perjalanan aku bersama bakal housemate, Din Saad, Alif dan Muzek dipermudahkan walaupun banyak kali tersesat. Biasa la kan, masing-masing tak kenal jalan, lain la kalau ada GPS kt handphone hehe.

Selepas penat mencari, kami berjaya mendapatkan sebuah rumah flat di Relau. Problemnya, rumah tu kat tingkat 19. Tinggi wooo. Dah la aku ni gayat. Hadoi laa. Nak tengok kat bawah pun tak berani. Tapi cantik la kawasan tu. Sejuk mata memandang. Jiran sebelah plak ada banyak bunga hik3.

Selepas menyetelkan hal rumah, kitorang lepak-lepak jap kat Queensbay Mall sebelum keluar dari Pulau Pinang dengan menaiki feri. Haa, ni pun first time gak naik feri. Sebelum ni naik bot penambang je kat Terengganu. Takde beza sangat pun antara bot penambang dengan feri, cuma saiz je lain.hehe

Perjalanan pergi dan balik agak membosankan. Sebabnya, speaker dalam kereta Din rosak. Terpaksa la aku memerah keringat peti suara ku untuk menghiburkan kawan-kawan dalam kereta. Walaupun suara tak power macam Amy Search, tapi boleh la dijadikan halwa telinga.haha. dalam perjalanan balik, peti suara dah tak larat. Akhirnya Nokia XpressMusic ku dijadikan ubat mengantuk. Maka beralunlah koleksi lagu Iklim dan Saleem dalam kereta proton kaler hitam Din. Layann…

Oh ya, dalam perjalanan ke Penang, aku ternampak sekumpulan angsa didalam pagar rumah sebuah keluarga Cina. Tengok je angsa-angsa tu, aku tersenyum sendirian. Teringat balik kenangan time kecik tapi aku tak ingat umur aku berapa time tu. yang penting, aku dikejar oleh angsa kepunyaan bapakku kerana memakai baju dan seluar kaler hijau. Angsa tu ingat aku ni sayur ke ape. Ishhh. Teringat jugak waktu dulu-dulu selepas main bola, aku kena cari angsa yang bapak aku bela tu balik ke rumah. Angsa tu ada dua ekor. Tak susah pun nak bawak balik, just ajuk bunyi dia dan lawan bunyi angsa dengan angsa-angsa tu Komfem diorang akan balik rumah dan masuk ke dalam kandang. Tapi sayang, dua-dua ekor dah mati dilanggar kereta orang T_T

Wargh, letih giler. Semalam keluar dating ke Ipoh denga Mirol sepanjang hari. Hari ni plak ke Penang. Hadoi, letih laa. Exam tak habis lagi ni, study pun belom. Agak-agak sempat tak nak belajar design plant dalam masa 3 hari?

Zzzz

Chow..




Sambung Bacaan

The Top 4s in My Life~

Posted In: . By Hazwan



Salam..
Kali ni aku ditag oleh Cik Nana Ilhambatrisya. Pelik betul name ish..layan je~~


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU 
1. Beliyao
2. Yao
3. Azwang
4. Abg hensem Mat Iwang

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 16 Januari
2. 1 Syawal.. Hari Raya Puasa
3. Raya Cina(sebab boleh cuti lame-lame hehe)
4. Satu hari di bulan Julai hik2

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Kemas bilik yang bersepah
2. Main-main dengan internet
3. Main tali skiping
4. Kumpul baju untuk dibasuh~

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. Buat apa yang aku rasa aku nak buat
2. Sembang dengan kawan-kawan
3. Lawan PES.yeehaaa
4. Main bola

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
1. Budak-budak 5 King-Kong MRSMKT 2006
2. Geng Kelas Rancngan Khas (KRK) 2002-2004
3. Kanak-kanak riang 6 Murni
4. Kurang pasti…

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Nissan GT-R..kereta ni sangat kacak bagi aku~
2. Happiness
3. Love (mungkin hik3)
4. Entah,aku tak mengharap apa-apa dari orang~~

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
1. Main PES haha
2. Menulis apa yang aku nak tulis dalam blog
3. Membaca buku~hik2
4. Jalan-jalan

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION 
1. Greece
2. Egypt
3. Jordan
4. Peru

FOUR FAVOURITE DRINKS :
1. Air teh yang mak aku buat
2. Teh ais Sabilah
3. White Coffee Ameeth
4. Air buah. .

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :
1. Takde bag atau handbag
2. Ada wallet je
3. Dalam tu ada duit
4. Dalam tu jugak ada kad bank..hihi

FOUR FAVOURITE COLORS :
1. White
2. Black
3. Hijau
4. Biru

TOP FOUR HANGOUTS :
1. Sabilah Seafood bersama [AwOk2]
2. Ameeth bersama Hadio~jom
3. Pantai airport~~
4. Kawasan yang tak sesak~

TOP FOUR U LOVE SO MUCH : 
1. Mak
2. Abah
3. Family
4. Frens~

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
1. Laptop
2. Telefon tangan
3. Koleksi gambar  dalam laptop
4. Topi…………

TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED:
1. Kamu
2. Awak
3. Engkau
4. Tuan Hamba haha

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
1. Boring
2. Nak jaga hati orang
3. Tu je kot
4. Fullstop!!


Sambung Bacaan

Putus Asa Jangan

Posted In: . By Hazwan



“Putus Asa Jangan!!”

Ini la status Gtalk aku sejak beberapa bulan yang lepas. Dari mana datangnya ayat ni aku pun tak tau. Tapi yang penting, dapat memujuk hati aku yang lara dan kecewa selepas menduduki paper pertama hari ni.hukhuk

Hari ni, first paper aku untuk final exam iaitu Transport Phenomena. Menjawab paper subjek TP ni memang sangat mencabar bagi aku. Dah la terpaksa duduk depan sekali dalam Chancellor Hall dan betul-betul depan aircond. Menggigil aku dibuatnya. Nasib baik dah training study kat IRC. So boleh la membiasakan diri dengan suasana sejuk dalam exam hall tu.hehe

Tapi aku agak kecewa dengan paper hari ni. Aku terlalu nervous mungkin, atau bak kata lecturer TP aku, dia kata aku kurang yakin dalam menjawab soalan TP. Dan memang betullah apa yang dia cakap. Terlalu banyak benda yang aku keliru, was-was dan lupa. Soalan tu tak susah sangat pun sebenarnya. Cuma berbelit-belit skit je.Arghhh..

Tapi takpe, benda dah lepas. Aku dah berusaha sehabis baik. Yang penting tawakkal je. Aku tak leh putus asa sekarang. Masih ada tiga lagi paper untuk dihadapi sebelum berpraktikal di Penang.

BERTAHAN!!!

p/s: Dalam post sebelum ni aku ada tulis, jangan terpedaya dengan gambar kat dalam tu. Dan hari ni kata-kata itu terbukti betul. Terupdate jugak blog aku ni. haha


Sambung Bacaan


Saya, Hazwan Arif ingin mengambil kesempatan di sini untukk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UTP yang akan memulakan minggu peperiksaan pada hari esok iaitu bersamaan dengan 17 Mei 2010. Kepada ChemE Jan 07, buat yang terbaik sebelum kita meninggalkan UTP untuk berintern. Tak lupa juga buat kawan-kawan yang lain, buat molek deh.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di Tadika Kemas Teluk Ketapang (1995), SK Teluk Ketapang (1996-2001), SMK Ibrahim Fikri (2002-2005) dan juga di MRSM Kuala Terengganu (2005-2006). Tak lupa juga buat lecturer di UTP (2007-sekarang) dan juga ustaz dan ustazah yang pernah mengajar aku mengaji dulu dan buat semua guru di Malaysia. Klik sini untuk entri Hari Guru tahun lepas. Tahun ni punya tak sempat nak tulis.hehe

Bye-bye dan gudlak~~

p/s: jangan percaya sangat dengan gambar di atas~


Sambung Bacaan

Nasib si Perompak

Posted In: . By Hazwan



Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu kotak besi. Dia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu hari, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru satu minggu dibuka . Hasil kepakarannya, beliau berjaya membuka kunci kotak besi yang pertama..

Namun dia sedikit hairan kerana di dalam kotak tu tiada duit pun, kecuali cawan-cawan berisikan puding warna susu. Keadaan dalam kotak besi itu agak sejuk. Jadi dia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka kotak besi lainnya. Kerana lapar dia habiskan semua puding di kotak besi pertama.

Kotak besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi dia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Kotak besi itu ada 5 unit semuanya, dan kesemuanya berisi puding, dan dia menghabiskan semua puding dalam kotak besi itu. Selepas itu, dia pulang ke rumah dengan kekenyangan dalam keadaan pelik, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang katanya.

Keesokan paginya dalam keadaan setengah mengantuk dia terbangun kerana suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah tingkap rumahnya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar-besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"


p/s:tengah tertekan study TP =(

Sambung Bacaan



Salam

Masihkah anda teringat kata-kata terakhir Kapten Kerepek 6 bulan yang lalu dalm post bertajuk Laporan Dari Kerepek? Beliau mengatakan “Kerepek akan Kembali”. Kali ni Cheme Premier League (CPL) kembali lagi untuk musim ke dua. Tapi tanpa team Kerepek. Sebabnya, 6 orang pemain Kerepek telah di beli oleh beberapa team lain yg dipercayai ingin menguatkan team mereka. Takpelah, kita teruskan dengan laporan kejohanan.

Kali ni aku telah mendapat tawaran yang kurang lumayan dari team Oreo, juara musim pertama. Tapi aku terima kerana aku ni bukannya mata duitan. Team Oreo kali ni berpakaian serba hijau dengan dibarisi bintang-bintang ternama ChemE Jan07 yang diketuai oleh Azahari, Abu Raihan, Aik, Fahmi, Loh dan aku sendiri sendiri hehe.

~OREO~

Perlawanan pertama, Oreo menentang Pejambubeh. Pejambubeh asalnya merupakan serpihan team Ring Ring Dong yang tak ingin lagi menyertai CPL kerana terlalu malu dengan prestasi mereka pada musin lepas. Tapi hasil usaha Pojie berjaya menyatukan mereka kembali dengan mengimpor dua orang pemain Kerepek iaitu Mus dan Faidhah. Herm, team Pojie je pun, so dengan senang hati Oreo membelasah team ni dengan 2-0. Mungkin diorang asyik pejam mata kot.

~PEJAMBUBEH~

Perlawanan kedua, Oreo melawan Jogantan. Team ini dibarisi pemain-pemain dari Johor, Terengganu dan Kelantan dan juga mengimpor pemain Kerepek iaitu Faris.. Oreo masuk ke court dengan muka yang cool dan sepak mula dilakukan. Entah macam mana silapnya, team yang sebelum ini telah dibelasah dengan dengan teruk telah mendahului Oreo dengan 2 gol. Oreo tersentak lalu bermain dengan serius dan dengan mudah menyamakan kedudukan. Tapi sebagai manusia biasa, Oreo jugak melakukan kesilapan. Dan hasilnya, Amin mencuri bola dari kaki Loh dan terus merembat lembek melepasi keeper Oreo. Aku la tu. Dan tiba-tiba je pengadil terus meniup wisel penamat. Haihh, konspirasi apakah ini?

~JOGANTAN~

Perlawanan ketiga, melawan Chemical Assesment. Chemical Assessment merupakan pasukan V3A sebelum ni tapi telah menukar nama kepada Chemical Assesment mungkin kerana dua sebab. Pertamanya, mungkin ingin melupakan kenangan pahit musim pertama. Ataupun mungkin diorang bajet kuat la tu. Team ni merupakan team yang paling rajin, sanggup training untuk CPL2 selama 4 bulan. Mungkin kerana kesunnguhan diorang, Abu dengan senang hati memberikan mereka 4 biji gol. Mungkin tanda penghargaan untuk diorang yang bertungkus-lumus untuk menjadi juara. Result??Kalah lagi.

~CHEMICAL ASESSMENT~

Perlawanan keempat, melawan Faramel, team yang hampir keseluruhan pemainnya diimport dari luar negara. Perlawanan agak seimbang tapi agak sukar untuk menembusi pintu gol kerana penjaga gol pasukan ini merupakan ex-Kerepek iaitu Hamzah. Tapi team Oreo lagi handal, dan berjaya mendahului dengan satu gol. Perlawanan masih diteruskan dengan rancak. Ketika Oreo sedang ghairah melakukan serangan, tiba-tiba Faramel melakukan counter-attack dan berjaya menjaringkan gol. Dan selepas itu juga pengadil terus meniup wisel penamat. Haihh, ada konspirasi kah??

~FARAMEL~

Perlawanan kelima, melawan The Nerds. Team ni bermain taktik kotor untuk menang. Pertamanya, dengan meletakkan Doc. Nurul Hasan iaitu lecturer Transport Phenomena sebagai striker. Ini mebuatkan pemain Orea berasa serba salah untuk menang. Kalau menang, kitorang khuatir markah untuk TP akan dikurangkan. Kehadiran ex-striker kerepek, Mamat juga merumitkan keadaan. Dan konspirasi terbesar sebelum perlawanan ingin aku bongkarkan disini. Hafiz, goalkeeper The Nerds telah berjumpa dengan aku dan Abu untuk mentukan result perlawanan. Beliau berharap Oreo meberikan belas kasihan kepada The Nerds supaya perlawanan ini berkesudahan seri dan sekaligus dapat menjatuhkan Jogantan ditempat paling bawah. Demi menjaga hati Dr. Nurul, Oreo bersetuju. Tapi betul kata orang tua, jangan percaya dengan tipu helah musuh. Tapi Oreo terpedaya, The Nerds telah mengambil kesempatan ke atas kebaikan kami dengan menjaringkan lima gol. Apa nak buat, semuanya telah terlambat. Oreo termakan janji-janji palsu The Nerds. Takpe, kami terima kekalahan ini.

~THE NERDS~

Jad, ingin aku simpulkan disini kekalahan Oreo kali ini adalah disebabkan beberapa faktor luaran. Pertamanya, tindakan pengadil yang cepat-cepat menghentikan perlawanan apabila pihak lawan Oreo berjaya menjaringkan gol. Kedua, Oreo terharu dengan kesungguhan pasukan Chemical Assesment untuk menang. Ketiga, terlalu kasihan dengan Jogantan selepas melihat mereka dibelasah sebelum itu. Dan last sekali, Oreo kalah dengan taktik kotor The Nerds. ishh

Jadi, dengan ini aku mengisytiharkan bahawa Oreo adalah juara sebenar CPL musim ke dua. Yeahh!!!

Thanx to organizer, Zaki dan juga Din serta kepada ChemE girl yang tolong menyediakan air. Tak lupa juga kepada wakil media, Nipi yang bertungkus lumus mengambil gambar dan mengangkat air serta yang paling utama kepada Dr. Nurul Hasan yang sanggup mencemar duli untuk turun bermain bersama-sama pada CPL kali ni. Ni result perlawanan semalam:

RESULT

  • Chemical Asessment
  • Faramel
  • The Nerds
  • Pejambubeh
  • Jogantan
  • Oreo

BEST PLAYER- DR. NURUL HASAN

GOLDEN BOOT- NASH

To Oreo, sila ubah mentaliti anda. Sila jangan terlalu kasihan kat team lain dan jangan terpedaya dengan janji-janji palsu pihak lawan. Yang paling utama, jangan memberikan kemenangan percuma kepada diorang. Tengok, tak pasal-pasal kita kena kutuk atas kebaikan kita. Takpe, Oreo akan kembali lagi musim depan dengan taktik yang lebih kejam. Jaga-jaga la korang semua!!



Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...