Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Penat

Posted In: . By Hazwan Arif


Dah lama aku tak menulis..
Tak tau nak menulis apa..
Macam ni lah perangai aku..
Bila rasa tension, serabut..
Aku akan mula menulis..
Walau pun aku tak tau nak tulis..

Kehidupan sebagai third year student sangat mencabar..
Jadual yang padat, di tambah lagi dengan aktiviti-aktiviti lain..huh
Memang sangat memenatkan..
Kalau sebelum ni, aku tidak lah sesibuk ni..
Masih ada masa untuk melakukan aktiviti kesukaan..
Meluangkan masa bersama teman...

Hmmm...
Entah la..
Tak tau la nak cakap apa..
Aku penat..

Sambung Bacaan

Cerpeng: Kantoi!

Posted In: . By Hazwan Arif


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu,

Mat! Matahari nök tinggi galöh döh ning, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari ning?

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh marèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik laik Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng.

Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Kkillat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi.

I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta ning? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat.

Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök napok ker?

löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning.. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

Sebenörnyer tuang, sayer ning kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

haha..


p/s: Sape2 yg tak faham tu boleh la tanya kwn2 dr Terengganu. Kalau diorang tak faham jugak, kesiann..

Copy from Berase kecik paler-paler


Sambung Bacaan

Panas

Posted In: , , . By Hazwan Arif


Makin hari UTP makin panas..
Matahari membahang..
Badan asyik bepeluh-peluh..
Tekak asyik menggatal nak mintak air..
Kalau air masak tak pe lah..
Tapi asyik nak air mahal-mahal je..
Haihh, tak tahan jugak..

Kalau berjalan di siang hari, terasa seperti sedang dibakar..
Malam-malam pun panas jugak..
Haihhh
Teringat suasana kat Terengganu..
Sejuk, aman, damai..
Hurm...

~best jugak kalau buat camni hehe~


Sambung Bacaan



Masih ku terkenang waktu itu,
Kita berkenalan di YikFong,
Begitu lama ku memerhatikan mu,
Badan mu yang putih melepak membuatku terpaku,
Aku menyentuhmu,
Kamu diam terkaku,
Akhirnya, atas saranan rakan-rakanku,
Ku ambil kau menjadi teman hidupku.

Sejak itu,
Kita sering berdampingan,
Waktu ku sunyi kau sering menghiburkan,
Badan mu tidak pernah sekali ku lepaskan,
Dirimu mu sentiasa ku tatap setiap malam,
Bila dengan mu ku ketawa keseorangan,
Akhirnya ku lena dalam kegelapan malam,
Oh, alanghkah indahnya saat itu bila denganmu.

Tp kini semuanya telah berlalu,
Tanpa sedar kau tinggalkan aku bersama jantan durjana itu,
Jantan bangsat, bodoh, bengong, pingu..
Haihhhh

Aku tau kau pergi tanpa rela,
Meninggalkan aku terpinga-pinga,
Tp tak mengapelah,
Ku terima semuanya dengan tenang,
Ku sedar,
Mungkin tiada jodoh antara kita..


~kini tinggal kenangan~


p/s: pagi tadi handphone ku hilang kat KTM Serdang. Bangsat betol pencuri tu. Demnnn.. Mekasih kpd yg menolong esp ex-clasmate aku yg tb2 bertemu kembali di Serdang, Wan Nor Aziera (aku x pernah bercakap pun dgn dia dlu sbb dia pndiam sangat haha). Dan juga buat member2 yg sabar menunggu aku di KL Central walaupun hp aku tak dapat dihubungi. Sori lambat.
Sambung Bacaan

Misteri Kehilangan Sejadah Biru

Posted In: , , . By Hazwan Arif

Masih ku ingat, 13 Januari 2007. Hari itu hari pertama aku berada di UTP. Hari itu juga ibuku memberikan sehelai sejadah biru kepada ku untuk digunakan disini. Pesannya, jangan tinggal sembahyang. alhamdulillah walaupun kadang-kadang subuh gajah:D

Tapi kini, sejadah itu telah hilang. Tak tau sape yang ambik. So sad. Hm, mungkin ini petanda untuk aku supaya mengurangkan aktiviti sembahyang dibilik. surau kan ade kat belakang tu hehe

Lupakan cerita pasal sejadah tu. Hurm, dah lama aku tak update blog ni. Bukak pun dah jarang-jarang. Budak 3rd year katakan. Busy dgn study(of course), ETP, event dan beberapa benda lain yang mengarut. Sem depan plak dah nak gi intern. Mane mau pergi ni. Kerteh? Melaka? Miri? Dubai????hehehe. insyaallah kalau ade rezeki :P

Hari ni hari yang agak sibuk skit. Lepas ada briefing internship kat LH1, aku terpaksa plak ke Foyer V2 utk sesi pemilihan wakil UTP utk pertandingan Kapal Terbang Kertas. Setakat ni tak tau sape yang terpilih tp group aku memegang rekod paling jauh dgn kapal terbang ciptaan saudara Amirullah dan juga Faiz. Tak sia-sia kitorang training sampai pukul 3 pagi smlm bersama Wan Pai dan Deli. Mintak2 menang. Klau tak menang tak pelah, tak ada rezeki kot :)

Lepas tu plak terus ke stesyen minyak lame UTP utk mencuci kereta. Nak tau utk apa? Haa, baca poster kat bawah ni. Tp dah habis dah. Insyaallah bulan 3 akan ada lagi program ni. Sape yang tak sempat nak cuci tadi, harap bersabar ek. hehe


Letih jgk mencuci td. Tp takpe, ni salah satu sumbangan aku utk event MAKK ni..Erm, tu je kot.

Bye.....
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...