Sedar tak sedar hari ni sudah 31 Ogos 2010 dan bermakna sudah 53 tahun negara kita merdeka. Tapi makin lama kemeriahan sambutan kemerdekaan semakin kurang seri. Rakyat Malaysia seolah-olah tidak lagi menghargai tarikh 31 Ogos. Tiada lagi bendera di kenderaan, rumah atau pejabat. Kalau ada pun cuma sikit je.
Mungkin bagi sesetengah orang kita masih berfikir yang nikmat kemerdekaan itu diberikan oleh British. Sebab tu semangat patriotik masih kurang. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia terlalu hanyut dengan politik sampai isu kecil menjadi besar, isu besar pula dianggap seolah-olah tidak wujud. Inilah politik.
Aku teringat zaman kecik-kecik dulu, setiap kali bulan kemerdekaan setiap kenderaan mesti mempunyai bendera tak kira kereta, lori, motorsikal atau pun basikal. Setiap petang pasti banyak motorsikal berkonvoi membawa bendera melalui jalan Airport di depan rumah ku. Aku jugak ada pasang bendera di kawasan rumah.
Tapi tu dulu. Sekarang sudah tinggal kenangan. Kat Penang ni pun, susah giler rasanya nak jumpa Jalur Gemilang di tepi jalan atau bangunan. Tapi aku respek dengan seorang pemilik Gen-2 warna Biru kat Penang ni. Kereta beliau penuh dengan bendera. Syabas bro!!
 Sampai sini saja entry kemerdekaan aku ni. Kalau panjang-panjang bukan ada orang baca pun. Akhir kata dari aku, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 untuk anda semua. Ingat, jangan gadaikan negara untuk kepentingan sendiri.

Jom layan video ni dulu~bye