Salam

Kisah ini merupakan hasil daripada pengalaman penulis sendiri semasa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Penang. Tiada tokok tambah, hanya menceritakan semula fenomena aneh yang berlaku sendiri di depan penulis.

Kejadian bermula kira-kira pukul 9 pagi ketika penulis baru saja menaiki bas SP Marikh (bukan nama sebenar) untuk ke Penang. Tiba-tiba datang seorang awek yang tak berapa nak cun lalu duduk di kerusi di depan penulis. Selepas mengelipkan mata beberapa kali, penulis membuka buku Infiniti keluaran Ogos lalu hanyut dalam dunia khayalan.

Entah mengapa, baru setengah jam perjalanan tiba-tiba wanita di depan penulis berkelakuan aneh. Dia menarik tudungnya lalu membogelkan kepalanya tanpa seurat benang. Penulis sedikit terkejut tapi terus memachokan diri. Penulis sempat kberkenalan dengan wanita tersebut. Ooo, umurnya sebaya dengan penulis, berasal dari selatan tanah air dan sedang belajar di Universiti tempatan. Kesian kat dia =(

Sebenarnya fenomena sebegini bukannya aneh. Sahabat penulis, Aman (bukan nama sebenar) pernah menceritakan satu kejadian yang agak sama tapi lain sedikit semasa perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu. Cerita ini agak menyayat hati untuk diceritakan.

Menurut beliau, semasa dalam perjalanan pulang ke Terengganu, dia terperasan seorang awek cun di atas bas. Tapi sayang, kepalanya berbogel tanpa seurat benang. Selepas 9 jam perjalanan, bas pun sampai di bumi Terengganu. Tiba-tiba keanehan berlaku, kepala awek tadi tiba-tiba dilitupi sehelai tudung. Lagi mengharukan, bila menjejakkan kaki ke bawah, awek tadi disambut oleh ayahnya yang tua dan berkopiah putih sambil tersenyum. Cepat-cepat dia mengangkat barang-barang anaknya. Kesian kat pakcik tu T_T

Persoalannya sekarang, sampai bila harus aku menjaga tepi kain orang lain? Perlu ke tak tak perlu?? Bak kata orang Islam zaman moden, “ Kubur lain-lain, so jangan nak menyibuk!!”.



p/s: Dah lama tak membahasakan diri sebagai penulis hehe