Salam
Selepas lama tidak menonton movie,  awal pagi tadi aku berkesempatan menonton filem berjudul  Children of Heaven. Filem ini merupakan hasil karya Majid Majidi daripada Iran. Filem yang menyentuh hati aku ini telah memenangi banyak anugerah seperti  Montreal World Film Festival, Silver Screen Awards di International Film Festival dan Nominasi Piala Awards 1999 untuk Best Language Film.
~Ali~
Filem Iran keluaran 1997 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Ali Mandengar yang hidup sederhana bersama orang tuanya dan dua orang adik.  Pada suatu hari, Ali telah menghilangkan kasut adiknya, Zahra selepas dibaiki di kedai kasut.
~Zahra yang comel~
Sejak dari peristiwa itu, Ali terpaksa berkongsi kasut dengan adiknya yang bernama Zahra. Selepas pulang dari sekolah, Zahra akan berlari untuk mencari Ali yang sedang menunggunya untuk mendapatkan kasut. Selepas itu, giliran Ali pula berlari untuk ke sekolah dan dia selalu lambat untuk sampai ke ke kelas. Begitulah rutin harian mereka berdua yang dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Satu hari, Zahra ternampak seorang budak perempuan memakai kasutnya. Dia mengekori budak perempuan itu untuk melihat dimana budak itu tinggal. Selepas itu, dia kembali bersama Ali untuk mendapatkan kasut itu. Tapi, mereka membatalkan niat mereka apabila melihat budak perempuan itu tinggal bersama bapanya yang buta.

Tidak beberapa lama kemudian,  Ali menyertai satu pertandingan larian jarak jauh. Jika dia mendapat no 3, dia akan memenangi piala dan sepasang kasut. Dia berhajat untuk memberikan kasut itu kepada Zahra. Semasa pertandingan berlangsung, Ali berlari sepenuh hati dengan harapan akan mendapat no 3. Tanpa disangka-sangka dia menjadi johan untuk pertandingan itu. Semasa mengambil hadiah, Ali menangis kerana gagal mendapat tempat ke tiga.

Bagi aku, cerita ini sangat menyentuh hati. Melihat Ali yang sangat mengutamakan keluarga, Zahra yang kecil tapi mampu menjaga adiknya yang baru lahir membuatkan aku tersedar tentang tanggungjawab aku. Babak Ali bersama ayahnya juga sangat menyentuh hati. Filem ini sangat best hingga membuatkan aku tidak mengantuk langsung ketika menonton.  WAJIB TONTON!!!

p/s:hampir menangis tengok citer ni hehe