Salam..

Akhirnya, Malam Anugerah Kolej Kediaman ke sebelas (MAKKXI) melabuhkan tirainya malam semalam. Satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi aku. Dengan kehadiran rektor UTP dan VVIP yg lain,serta kelancaran flow, event ni mmg sangat berjaya bg aku.

First sekali, aku nak ucap ribuan terima kasih kpd assistant dan komiti aku dalam department Ceremony & Protocol, Saufi, Ash, Leng, Ayim, Tiqah, Tya, Nazira dan Laili kerana berusaha keras untuk menjayakan event ni. Kita sudah buat yg terbaik, dan hasilnya kita dpt tengok. Maaf utk semua kesilapan aku sepanjang kita semua bekerja. Bos sayang kamu semua =)

~CnP MAKKXI~
~
Kepada department lain terutamanya Logistic, terima kasih kerana banyak bekerja keras bersama CnP untuk decoration dewan. Snowman tu mmg cantik dan lawa. Besar gilerrrr. Kepada Shahril, Fydo, Alan, Aizat, Bongek dan lain-lain, anda semua mmg best!

Kepada department-department lain, Evo, FnB, APNS, Bisnes, Sponsor dan Pnp, terima kasih utk komitmen anda dalam membantu Cnp. Thanx utk semua yg membantu dlm mmberi decoration dewan dan juga rehersal. =)

Kepada pelakon gimik, Mayak, Amin, Jakpa dan Pa’an, lakonan anda semua mmg best. Aku sangat terkejut semalam dgn lakonan kamu semua. Boleh lawan TTS woo. Thanx kerana berjaya merealisasikan idea gimik CnP dengan baik. To Mirul Pnp, sori krn ko terpaksa edit balik subtitles tu. Aku ni bukan pandai sangat BI :P

Last, kepada HICOM; Sap, Nora, Naufal, Najwa, Fidat dan Qusyer, terima kasih kerana memberi kepercayaan utk aku memimpin department Ceremony & Protocol ni. Walaupun aku ni tak pernah menjadi Head, tapi korang still percayakan aku. Sori utk semua kegagalan Cnp dlm sesetengah tugas. Tu semua tu salah aku krn gagal memimpin komiti yg lain.huhu

~HICOM~

Setiap apa yg kita rancang, tidak semestinya akan mnjadi sempurna. Walaupun aku sedikit kecewa dengan sesetengah perkara, tapi biar lah ia menjadi pengajaran untuk aku dan juga korang semua. Jangan lakukan kesilapan yang sama k. =)

Kepada Medtech especially Duwe dan Din, thanx krn banyak membantu. Dan yg paling penting, terima kasih kpd En Khaibad, krn terlalu banyak membantu dlm event ni. Walaupun asyik kena marah, tapi tak kisah pun. Asalkan event ni dapat berjaya dengan cemerlang. Juga kepada Mr. Talhah yg bnyak membantu dan juga sanggup turun padang dalam memberi idea untuk decoration, terima kasih. Tu je yang mampu aku ucapkan. Thanx jugak kpd emcee, Cekpem dan Shanaz Zaida. Sori, tak terlayan semalam.

~Mr Talhah & Mr Khaibad~

Kepada kawan-kawan yg turut datang, terima kasih banyak2. Aku hepi dengan kedatangan korang semua. Akhir kata, maaf jika ada yang terasa dengan aku sepanjang event ni. Mmg aku susah nak senyum 2-3 hari ni. Tapi tak pe, event dah habis, semua beban dah hilang. Aku akan kembali senyum =)

~Rumete & housemate pun datang jgk~


~TC 09 pun datang.Thanx~