Salam


Terasa ingin menulis sesuatu tapi tak tau nak menulis apa. Hari ni aku mendapat 2 khabar gembira tapi aku tak tau sama ada aku perlu gembira atau tidak. Kenapa aku asyik tak tau je ni. haihh

Yang pertamanya, aku mendapat tawaran praktikal di Advance Micro Device(AMD) di Pulau Pinang. Di saat ramai lagi kawan-kawan yang masih belum mendapat tawaran praktikal, aku sepatutnya perlu bersyukur. Ya, memang aku gembira. Tapi aku masih berasa kecewa kerana gagal mendapat tempat di Kerteh. Aku lebih suka untuk kesana, ingin kembali ke negeri kelahiran sendiri. Tapi apakah daya, aku hanyalah anak tiri Petronas yang hanya menumpang belajar di UTP ini. Tiada tempat untuk anak MARA seperti aku untuk ke sana. Tak mengapalah, ku bawa diri ke Penang.

Hari ini juga, aku mndapat khabar berita bahawa group Engineering Team Project(ETP) aku, ETP54 berjaya melangkah ke Engineering Design Exhibition(EDX). Sememangnya sungguh tinggi harapan yang diletakkan oleh supervisor ku supaya group aku merangkul Gold Medal dalam EDX nanti. Tapi aku masih kurang yakin, malas pun ada ditambah lagi dengan jadual minggu depan yang agak padat. Ramai juga yang kecewa kerana terpilih untuk ke EDX. Oh, peliknya dunia.

Hmm, hari ni, aku terpaksa menghadap Dr. Nurul Hasan, lecturer Transport Phenomena. Ini semua gara-gara aku gagal menjawab Lab Test COMSOL dengan baik. Alhamdulillah, dia tak marah-marah, cuma memberi sedikit nasihat kepada aku supaya berusaha lebih keras. Thanx doc =)

Sekarang aku sedang mengalami sindrom habis event. Haihh