Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Selsema Babi Lagi

Posted In: . By Hazwan

Salam..
Sejak smlm, khabar angin mula brtiup kencang ttng penutupan UTP yg dijangka pd hari ni iaitu ptng ni. Menurut bbrape orng kwn, dh ramai yg tlah dikuarantin dan bilangan yg dikuarantin tlah mnghampiri angka seratus. Tp mklumat ni aku belum pasti betul atau tdk krn blum ade pngumuman rasmi dr pihak UTP sdiri.

Smlm juga housemate aku, Adli tlh dikuarantin kat Blok Duyong di V6. Smoga beliau selamatdan cepat sembuh. Amin. Hm,kalau la UTP ditutup aku tak tau nk balik ke tak sbb aku pun sdng batuk n selsema. Pegi kelas pun kna pkai mask, takut tjangkit kat orng lain. Mane la tau kalo2 time balik nnti aku mmbawa virus tu pulang ke rumah. Habis la satu rumah.huhu. Risau jgk aku ni.

Hm, td aku terbaca kat blog Beliamuda, mgkin akan ada larangan keluar masuk bermula pukul 12 tengah hari. Tp perkara ini masih belum sahih dan masih menunggu pengumuman rasmi dr pihak atasan. Kalo ade ape2 aku akan update lg..

Bye..
Sambung Bacaan

Cinta Itu Buta

Posted In: . By Hazwan

Pagi td, sdng aku tgh berym dgn orng, tb2 dtng sorng member aku ni yg tgh mabuk bercinta. Dia pun tnya aku, knp cinta itu dikatakan buta? Haha. Lawak la plak rasenye bila orng tnya cmtu. Aku pun tanpa fikir panjang pun jawab la, cinta itu dikatakan buta bila seseorng itu melihat pasangan dia adalah segalanya dan paling sempurna. Kekasihnya adalah segala-galanya. Ok tak jwpan aku??Hehe

Hurm, bila difikirkan balik bnyak sbb sbnrnya bila cinta itu dikatakan buta. Antaranya, buta mata. Contonya, bila pasangan buta yg berkahwin, tntu tak dpt bg mereka utk mnggambarkan rupa fizikal pasangan mereka. Tp yg menariknya, kadang kala pasangan ini memiliki cinta yang lebih kukuh berbanding manusia normal. Kan??

Tp ada jgk yg sanggup buta krn cinta seperti Kassim Selamat dlm citer Ibu Mertuaku yg sanggup membutakan mata krn kecewa dgn bekas isterinya. Bg aku, ini dipanggil buta akal namanya. Perempuan lain kan ramai lagi. Huhu. Kdng2, ade jgk yg buta cinta krn harta. Kita mesti biasa tgk dlm tv citer2 pasal pompuan muda yg kawen dgn lelaki yg layak dipanggil datuk oleh mereka. Bila ditanya, jawapan yg biase didengar ialah kami kawin krn cinta, bkn harta.Haha, gelepor aku suke..

Tp krn cinta, ada jugak yg jadi buta agama. Yg ni mmg teruk. Contoh nye, ada yg sanggup bunuh diri bila putus cinta. Kononnya tak dpt hidup tanpa kekasih hati. Hoho, bluekk..! Ada jgk yg bila bcinta, sanggup berikan apa saje kpd kekasih trutama kaum permpuan. Ada yg sanggup memberi percuma kehormatan diri kpd kekasih semata-mata utk membuktikan cinta agung dan sejati mereka. Bodoh!!

Yg teruk lagi dan yg paling buta adalah bercinta dgn kaum sejenis. Huii, geli aku tgk. Yg ni mmg buta semua bnda; buta mata,buta hati, buta la ape2 pun. Tuhan dh ciptakan manusia ini utk berpasangan dgn berlainan jantina, Tp yg sama jgk yg dia cari.

Tp ape2 pun, bila brcinta kita menjadi lupa…Kita sering lupa untuk menyintaiNya.. Kita sering menyanyangi antara satu sama lain tapi kadangkala kita terlupa menyintai Pencipta kita.. Mungkin kita telah dibutakan dengan cinta-cinta yang lain??
Bak kata Nabil, Lu pikirlaa sdiri...

Salam…
Sambung Bacaan

Selsema Babi

Posted In: . By Hazwan

Salam...
Selepas pelbagai bencana alam dan krisis ekonomi yg teruk, dunia ini sekali lg diuji dgn kehadiran wabak selsema babi. Selsema Babi yang diberikan kod H1N1 antara wabak berbahaya selepas dunia dilanda wabak selsema burung (H5N1) yang menyebabkan banyak kematian. Sekarang wabak ini menular mula menular ke negara kita.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yg selalu ditemui dlm kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yg selalunya berlegar dlm spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988. Simptom utama penyakit ini ialah selsema atau hidung berair, sesuai dengan namanya, selsema atau flu. Antara simptom lain seperti demam, batuk, loya-loya, sakit tekak dan cirit birit.


Sebenarnya, aku mula terasa simpton2 yg disebutkan td,seperti batuk, selsema dan sakit tekak. Ni yg buat aku bimbang ni. Sejak semalam, badan aku mula rasa lain mcm. Tp aku try utk pikir positif. Mungkin disebabkan mslh jerebu kot sbb time aku men bola kat padang stiap ptang, mmg berjerebu pun. Aku nk gi cek kat klinik tp malas la. Ramai giler orng kt sana. Mlm nnti kot aku pergi sane.Mintak2 aku dijauhkan dr penyaklit ini.Amin

Hmm..aku dh ngantuk ni.Bye
Sambung Bacaan

Munajat Cinta

Posted In: , . By Hazwan

Salam..
2 3 hari ni, aku slalu meletakkan Munajat Cinta kat status gtalk dan ym aku. Ramai jgk yg tnye kat aku pasal status tu. Sebenarnye Munajat Cinta ni tajuk lagu yg dinyanyikan Ahmad Dhani dan The Rock. The Rock mane ntah, tp bukan penggusti tau.huhu. Lagu ni mgkin dh lame tp aku baru perasan kewujudannya dlm mnggu ni jgk. Besela, aku ni bkn amik tau sangat pasal lagu2 baru ni.

Munajat Cinta
The Rock Feat Ahmad Dhani

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah

hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus

[reff]
Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

Mawar ini semakin layu
tak ada yg memiliki
seperti aku ini
semakin pupus


Sape2 nk donlod, clik sini. Kalau dak UTP tu, gune DC sudeh.. Herm, smlm member aku ckp blog aku x colorful, x menarik mcm blog orng lain. Kadang2 aku trpikir gak nk tukar tp aku rase malas nk tukar layout ni. Bnyak keje nk buat. Tp cm tipu je kalo kate bnyak keje. hehe.Asignment pun xde lagi. Td pun baru je tgk citer Jangan Tegur. Citer tu agak takut la kalo tgk sorng2 tp aku rase lebih best citer Jangan Pandang Belakang. hoho..Erm, aku dh start merapu dh ni..Aku chow dulu la.
Btw, kpd mereka2 yg dh habis kuarantin tu, jgn lupa pegi class ek..haha

p/s:Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu----->aku copy je


Sambung Bacaan

Hari Pertama

Posted In: . By Hazwan

Salam..

Hari pertama sem baru kali ini berjalan dgn lancar, tak de problem lagi setakat ni. Lecturer sem ni bg aku nmpak ok sket, tp tak tau la cmne sbb hari ni baru je 1st class, esok lusa tak tau lagi. Kelas yg paling best hari ni ialah Reaction Engineering. Lecturer pun klaka, dan bnyak bckp dgn student. So baru la tak ngantuk.hohho

3 sahabat yg cute.haha(aku curi gmbar dr blog Nash)


Bermula sem baru, dh bermacam azam yg aku dgr. Semuanya same mcm sem2 yg lepas. Antaranye, nk jdkan IRC rumah kedua la, tak nak men game la, nk jd nerd la, tak nak ponteng class dan mcm2 lagi.Tp tak buat pun. Aku pun mcm tu jgk. So, azam aku sem ni, aku tak nak berazam lagi. Bknnye aku buat pun. Tp yg penting, aku nk buang sikap buruk aku ni. Sikap buruk aku ni xleh bgtau la.huhu

Hmm, dua hari lepas aku terlibat dgn Family Day Tunas Cemerlang bersama comiti dan fasilitator program ni. Aktiviti simple2 je, just nk knal2 dulu sbb kitorang belum prnah knal sblum ni. Yg aku knal pun ade gak tp sikit je la. Tp hanye 16 orng dr je yg ikut 34 orng, klau x silap la.huhu. Aktiviti pertama, kitorng gi tgk citer Harry Potter kat Ipoh Parade. Seblum tgk, rmai yg ckp citer ni boring.Tp bg aku citer ni tak boring sangat sbb aku sngat minat citer ni. Sangat best la bg aku.

Priceless style, not free

Then, kami semua pegi main boling dan dgn tidak dijangka, aku berjaya mndapat tmpat ketiga.hoho. Tp kitorang tak maen serius pun, just suke2 je. Then, kitorng bergerak ke medan selera yg aku tak tau name ape, and lepak kat sane 2 jam lebih. Saje borak2 n smbil share citer. Time ni mmg best sbb rmai yg membocorkan rahsia msng2 sbb trpaksa. Haha. Tp rahsia tu mmg xleh bgtau la. Hoho

Hmm, tak tau nk tulis ape lagi. Erm,,,Semoga sem ni Dean akan masukkan nama aku dlm list beliau. Aminn
chow
Sambung Bacaan

Aku Rindu Sayang Kamu- Black Mentor

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa Sedihku Tiada Kamu
Apakah Ini Di Namakan
Cinta Oh
Menjadi Aku Yang Hina

Apakah kau Tak Sepertiku
Rasa Hari-Hari ku Tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Matamu Aku Cinta
Kepada Mu Sayang Kamu

Apakah Kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-hariku tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh


Ni lagu yg Black nyanyi time final Mentor 3 hari tu. Agak best la lagu ni. Mmg power la suara dia. Mcm Ziana Zain haha. Nak dengar, downlod kat sini.

p/s:Baru je selesai tgk citer Syurga Cinta dgn Stopa n Migho. Mmg best la citer ni. Mantoop



Sambung Bacaan

Nur Kasih

Posted In: . By Hazwan


Salam..
Akhirnya, aku terlepas satu episod citer Nur Kasih. Frust aku mlm ni. Td sempat gk aku tgk kat kafe V5, tu pun sekejap je. Sebenarnya, aku tgk citer ni dulu sbb aku suke tgk Nur Amina tu. Nmpak baik je.hak2. Tp bila tgk lelame, aku rase citer ni makin best.Dan aku smkin tak puas ati kat Adam. Dah la dpt isteri lawa, baik, senang2 je dia tnggal cmtu.hoho. Tp xpe, citer ni masih panjang lg, belum tau mcm ne ending dia. huhu

Ni sinopsis citer ni:

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Then?? Aku tak tau.huhu


Lpas ni kna tgk kat intenet la.huhu.Mintak2 bdk2 dc ade share.hurmm
chow

p/s: thanx tu Deli krn mnyelamatkan laptop aku dr serangan hendap Trojan selepas hmpir 3 mnggu dikepung. wohoho
Sambung Bacaan

Sapa doh!

Posted In: . By Hazwan

Salam.
Tepat pukul 9 mlm td, bus SP Bumi yg membawaku mula berlepas. Dengan perasaan sayu aku melambai-lambai ke arah ibu dan kakak ku. Sedih jgk nk tinggal Terengganu ni. Nasib baik ada seorang senior UTP kat sebelah, Ridhwan. Boleh la sembang2 dgn dia.

Memndangkan dia baru balik dr intern, aku pun tanye la pasal pengalaman dia semasa wat praktikal kat Miri. Banyak gk la yg aku dpt dan faham ttng program pratikal ni. Tgh syok bersembang dgn dia, tb2 bas brek dgn mengejut dan terus melanggar kereta kat depan. Bimbang jgk aku time tu, mane la tau kot2 tu kete yg dinaiki mak aku td. Nasib baik bkn.

Bila dh kemalangan, diorang nk report kat balai polis. Tpaksa la aku aku merempat kat sana sekejap. Lepas lepak kat bwh lebih kurang stengah jam, aku rase ngantuk. So, aku aku naik atas bus n tido. Sedar2 je bas dh bergerak. Time bus bhenti, sempat jgk aku melantak roti canai, lapar sangat la time tu. Then sambung tido balik.

Sedar2 je, dh nk sampai kat UTP. Smpai je kat UTP, aku pun call la romate aku, Aik. Nak mntak dia amik aku kt depan pagar. Tunggu lebih kurang 10 mnit, dia pun smpai. Lepas letak barang atas moto, aku pun brgerak dgn perasaan hepi. Tp, tb2 pakguard panggil dan tanya kenapa x pakai helmet. Bengong la dia ni, awal lagi la, baru pukul 6, takkan nk berkira jgk. Mmg nerd la pakgard ni. Terpaksa la Aik balik kebilik utk amik helmet.

Aku pun berjalan la dulu. Dah lame aku jalan, tp Aik tk sampai2. Ni buat aku geram ni. Dah la pakguard buat hal. Dh nak smpai V1, baru Aik smpai. Mcm kura2 la romate aku ni bwk moto. Letih aku jalan. Dah la sakit perut, bnyak sangat makan durian smlm.hehe

Akhirnya, aku selamat smpai kat bilik. Masih dirumah lame, bilik yg same. Tp aku tak leh tido walaupun kepala dh pening. So, aku menulis sekejap. K, aku chow dulu. Salam
Sambung Bacaan

Kerepek

Posted In: . By Hazwan

Salam.
Tnggal bbrapa hari lagi sblum aku pulang ke UTP. Tiket aku dh beli td, 15 hb.huhu. Kali ni aku trpaksa pulang awal krn trlibat dlm program Tunas Cemerlang. Aku pun tak tau lagi pasal program ni. Aku masuk pun just suka-suka je sbb tak perlu interview. Satu lg event yg aku ade, Enterpreneur Week iaitu lepaa raya. Btol x aku eja ni?hehe

3 hari lpas aku smpat berbual dgn kawan sekampung, Matmin atau nama sbnrnya Syahmi yg juga student UTP. Dia ckp yg result akan kluar 10 hb. Ni yg buat aku kecut perut ni. Yela, exam hari tu agak susah walaupun aku buat lebih bnyak persediaan brbanding exam2 yg lepas. Subjek yg paling aku bmbang tntunya Heat Transfer. Takpelah, kita sama2 doa ye!

Sepanjang cuti ni, tak banyak pun benda mnarik yg aku buat. Banyak plan cuti aku gagal akibat keruntuhan bumbung stadium kat blakang umah aku ni. Biasanya time cuti camni aku akan main boling dgn member2 UTP tp skarang,hampeh! Ramai jgk member2 skolah dlu yg aku tak sempat jumpa. Klau jumpa pun, x smpat berbual lama.

Jd sekarang, setiap hari aku akan menolong atok dan nenek aku di kedai kopi mereka. Keje aku simple2 je, angkat cawan, basuh cawan, angkat makanan dan makan.haha. Sbb tu aku jrng rasa lapar time cuti2 cmni. Tp bdan tak gemuk pun, tak macam time skolah dulu. Dulu aku antara budak sihat kat skolah. Tak caye?? Lain kali aku upload gambar mase kecik. Hehe

Hm, sampai di sini je kerepek aku kali ni. Bye2..
Sambung Bacaan

Kecelaruan

Posted In: . By Hazwan

Salam..
Kali ni aku nk citer skit pasal politik. Dah lame aku tak sentuh pasal hal politik ni. Sebenarnya aku dh malas nk citer pasal politikl ni. Semakin hari semakin bnyak kekeliruan yg timbul antara pihak kerajaan dan pembangkang walaupun pembangkang dilihat mmpunyai bnyak kelebihan dlm mengeluarkan hujah dlm sesuatu isu. Tp, smlm kita dikejutkan dgn berita DAP Kedah keluar dr Pakatan Rakyat Kedah. Ditambah pula dgn isu pnempatan penuduk di Pulau Pinang. Hm, apa sbnrnya yg telah berlaku??

Td, aku terbaca sesuatu yg mnarik di Utusan Malaysia. Klik sini atau baca kat bawah. Surat ini ditulis oleh seorang pembaca dr Kuala Terengganu yg bertajuk
Nik Aziz semakin melampau hina UMNO

PEMIMPIN UMNO sebenarnya memang kuat sabar. Walaupun Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Manek Urai Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat yang sama tarafnya dengan ajaran sesat Ayah Pin, mereka tetap sabar. Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis atas ucapan Nik Aziz itu.

Menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan Ayah Pin adalah suatu penghinaan yang keterlaluan. Dalam sejarah, perbuatan pemimpin Pas menghukum dan menghina UMNO sesuka hati bukanlah baru.

Tahun 1959 muncul seorang ahli Pas dikenali sebagai Tok Guru Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan, mengkafirkan UMNO. Haji Omar adalah Ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas. Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu.

Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi: ‘‘Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.”

Tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan, selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN), membangkitkan semula hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir.

Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.

Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh “orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad” dan “orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang”. Juga ‘‘sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan”; “tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional” dan “kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang juga pernah dalam fatwanya tahun 1982 menghukum kafir kepada orang UMNO iaitu apa yang disebut sebagai ‘Amanat Hadi’. Semua orang telah maklum dan tidak perlu dijelaskan lanjut mengenai amanat dan hukum yang dibuat oleh Hadi itu.

Nik Aziz bukan sahaja suka membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang UMNO bahkan beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan melampau terhadap agama Islam Yang Maha Suci, seperti Tuhan juga samseng, Tuhan mencarut, sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk kemenangan dan sebagainya.

Namun kata-katanya yang cukup menyinggung perasaan umat Islam itu tenggelam begitu sahaja dimamah zaman, walaupun ia cukup melampaui batasan ajaran Islam.

Semasa ajaran Ayah Pin berada di peringkat yang cukup kritikal, Pas yang menjadi kerajaan di Terengganu tidak mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan ajaran sesat itu. Pelbagai binaan wujud di perkampungan Ayah Pin di Hulu Besut.

Apabila Barisan Nasional mengambil alih semula Kerajaan Terengganu barulah ‘cerek gergasi’, ‘perahu Nabi Nuh’, ‘payung kuning’ dan sebagainya yang dibina sekitar tahun 2001 hingga 2003 (di zaman pemerintahan Pas) telah dirobohkan oleh Kerajaan BN-UMNO Terengganu.

Lantaran itu wajarkah UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan Pas ajaran yang betul dan tiada cacat celanya.

Sesungguhnya Nik Aziz semakin melampau apabila merasakan tiada siapa boleh mengambil tindakan ke atasnya.


Kuala Terengganu">


Aku sebenarnya kurang pasti apa yg tertulis di atas krn aku belum lahir waktu. Adakah benar ape tertulis kat atas tu, aku kurang pasti krn aku ketiadaan sumber utk dirujuk. Kpd sesiapa yg dpt mnjelaskan perkara ini kpd aku, dipersilakan. Mungkin dpt menyelesaikan segala kecelaruan dlm kepala aku ni. hurmm

p/s:gusi ku membengkak. adoiii
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...