Salam

Selamat hari raya Qurban. Actually aku tak tau nk tulis. Bila duk rumah ni, mood nk menulis mcm dh tak ada. Asyik nk tido je keje. Tp memandangkan ade nikmat wireless free yg datang entah dr mana, so aku amik la kesempatan nk update blog ni.

Raya haji tahun ni bg aku amat meletihkan skit. Oleh sbb tidur terlalu lena, bas yg dinaiki terlajak dan aku terpaksa turun di Pulau Duyong. Sepatutnya kena turun kat Batu Enam, senang skit abg aku nak amik kat sana. Sampai je kat umah, lpas solat subuh aku terus ke dapur dan bersarapan bersama ayah aku. Pagi tu mak aku buat Nasi Kapek (nasi himpit). Lepas tu cuci2 moto jap, then terus bersiap utk solat sunat AidilAdha.

Lepas selesai segalanya, aku bergegas ke rumah nenek di Seb Takir utk mnolong dlm proses mnyembelih dan melapah lembu. Tahun ni nenek aku mngupah seorang lelaki yg pro skit dlm melapah daging lembu ni iaitu Pok Din. So, keje melapah agak cepat la berbanding tahun lepas. Utk proses memotong daging dan lain2, disettelkan oleh aku, abg aku dan sepupu2 yg lain.

Memandangkan hari tu hari Jumaat, so kitorang terpaksa berhenti skejap time smbahyang Jumaat sblum mnyambung balik keje lpas tu. selepas selesai semuanya, tibalah proses mnghantar daging ke setiap rumah. Time ni, ada satu prkara yg buat aku gelak. Ada sorang jiran yg tak kenal aku. Dia ckp aku dh jauh berubah. Aku pun pelik. Aku rasa muka aku ni tak pernah berubah sejak skolah rendah. Masih comel seperti dulu. Haha

Mlm tu, aku terpaksa menggagahi diri bersengkang mata utk menonton Nur Kasih episode akhir. Nasib baik Nur still dgn Adam. Kalau dgn Aidil, tak payah la. Baik kawen dgn aku je, aku kan single lagi. Keh3

Hari kedua, aku mnolong ayah aku utk mmbuat Rojak Kateh. Kalau tak tahu rojak kateh tu amnde, buat2 tau la ek. Aku dh malas nk citer. haha

Erm, smlm aku dpt email dr IRCUTP. Diorang suruh pulangkan buku yg tak pernah aku pinjam dlm masa terdekat. Kalau tak, habis la duit aku nk ganti balik buku2 tu. Apa aku perlu buat ek??hmmm…

Ok, smpai disini saja. Terima kasih kpd yg sudi membaca apa yg aku merepek kali ni. Ok, bye2…

p/s: Happy birthday to her