Setiap kali di bulan puasa, lebih tepat lagi time terawih, aku selalu teringat satu cerita yg agak seram. Ia berlaku time aku form 5 dulu di MRSM KT. Orng ckp dlm bulan pose tak de hantu, tp betulke?

Masih aku ingat, malam tu aku berterawih seperti biasa di surau. Pd masa tu, imam terawih adalah bdk tahfiz quran yg dijemput khas bg mnjadi imam. So, bacaan pun panjang la smpai fikiran aku pun melayang-layang sbb tak leh nk focus(tak khusyuk la tu hehe).

Tiba-tiba, dlm rakaat pertama, aku trdengar suara seseorng tgh gelak kat belakang. Aku ingatkan ada bdk laki yg main-main kat belakang sbb bkn semua pun yg berterawih. Ada yg tidur, lepak-lepak pun ada. Yg main kejar-kejar mcm bdk sekolah rendah pun ada. Yg teruk lagi, kacau bdk pompuan tgh smbhyang. Ish3

Tp, suara td semakin nyaring. Mmg kuat la sampai boleh mngalahkan imam yg guna mikrofon. Aku pun terfikir, ni bukan suara orng gelak ni. Ni macam suara pontianak tengah mengilai. Time tu, bulu roma aku terus menegak. Serius,mmg seram giler time tu. Suara td mmg nyaring hingga menusuk kalbu. Bacaan imam pun dh mula tersekat-sekat. Lepas tu ok balik.

Masuk je rakat kedua, suara tu masih belum berhenti.Time aminkan al-fatihah, mmg kuat giler suara makmum sbb semua orng dh takut. Abis je smayang, aku terus ke belakang, mngintai-intai dgn member2 yg lain.

Rupa-rupanya ada sorng student perempuan diganggu makhluk halus. Apa yg aku dgr, perempuan tu diganggu dlm surau. So, stdent perempuan yg lain pun la baca surah Yasin. Tiba-tiba je perempuan tu bangun dan mngilai sambil menunjukkan tangan kearah bdak-bdak pompun yg baca Yasin tu. Pergh, mmg seram la sapa yg ada kat situ.

Actually, time aku form 5, benda-benda dh mmg biasa terjadi esp kat junior-junior aku. Aku pun heran sbb time aku form 4 dlu, tak ada apa pun yg berlaku. Selepas bertanya kat seseorng, bnyak gak rahsia yg dpt aku korek tntang punca berlakunye mslh ni tp tak dpt la utk diceritakan disini. Rahsia!

p/s:get well soon!