Salam.
Tepat pukul 9 mlm td, bus SP Bumi yg membawaku mula berlepas. Dengan perasaan sayu aku melambai-lambai ke arah ibu dan kakak ku. Sedih jgk nk tinggal Terengganu ni. Nasib baik ada seorang senior UTP kat sebelah, Ridhwan. Boleh la sembang2 dgn dia.

Memndangkan dia baru balik dr intern, aku pun tanye la pasal pengalaman dia semasa wat praktikal kat Miri. Banyak gk la yg aku dpt dan faham ttng program pratikal ni. Tgh syok bersembang dgn dia, tb2 bas brek dgn mengejut dan terus melanggar kereta kat depan. Bimbang jgk aku time tu, mane la tau kot2 tu kete yg dinaiki mak aku td. Nasib baik bkn.

Bila dh kemalangan, diorang nk report kat balai polis. Tpaksa la aku aku merempat kat sana sekejap. Lepas lepak kat bwh lebih kurang stengah jam, aku rase ngantuk. So, aku aku naik atas bus n tido. Sedar2 je bas dh bergerak. Time bus bhenti, sempat jgk aku melantak roti canai, lapar sangat la time tu. Then sambung tido balik.

Sedar2 je, dh nk sampai kat UTP. Smpai je kat UTP, aku pun call la romate aku, Aik. Nak mntak dia amik aku kt depan pagar. Tunggu lebih kurang 10 mnit, dia pun smpai. Lepas letak barang atas moto, aku pun brgerak dgn perasaan hepi. Tp, tb2 pakguard panggil dan tanya kenapa x pakai helmet. Bengong la dia ni, awal lagi la, baru pukul 6, takkan nk berkira jgk. Mmg nerd la pakgard ni. Terpaksa la Aik balik kebilik utk amik helmet.

Aku pun berjalan la dulu. Dah lame aku jalan, tp Aik tk sampai2. Ni buat aku geram ni. Dah la pakguard buat hal. Dh nak smpai V1, baru Aik smpai. Mcm kura2 la romate aku ni bwk moto. Letih aku jalan. Dah la sakit perut, bnyak sangat makan durian smlm.hehe

Akhirnya, aku selamat smpai kat bilik. Masih dirumah lame, bilik yg same. Tp aku tak leh tido walaupun kepala dh pening. So, aku menulis sekejap. K, aku chow dulu. Salam