Hari ni 16 Mei, hari yang bersejarah bagi seorang insan yang bergelar guru kerana hari ni dinamakan hari guru. Sepanjang hidup aku bergelar seorang pelajar ni, aku dah tak ingat berapa orang guru yg pernah aku ada. Bermula dari Tadika Kemas Teluk Ketapang, ke SK Teluk Ketapang, SMK Ibrahim Fikri(SIF) dan last skali ke MRSM Kuala Terengganu. Terlalu ramai tapi aku masih mengenali mengenali mereka semua.

Jadi, hari ni aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang banyak berjasa kepada aku selama ini. Kalau bukan kerana diorang, aku mungkin tak sampai pada tahap ni sekarang. Terlalu banyak kenangan aku bersama guru di sekolah dulu. Tapi yang aku aku ingat semuanya kenangan yang menyakitkan anggota badan aku ni.

Masih aku ingat, aku dirotan kerana memadam perkataan kat board utk program bahasa inggeris. Masa tu, aku dalam darjah tiga. Memang sakit tangan aku pada waktu tu. Ditambah lagi bila dirotan dihadapan semua orang. Aku juga masih ingat ditampar Ustazah kerana tak menyiapkan latihan yang diberi. Buku aku pada masa tu memang kosong. Memang patut aku kena hukum pada waktu tu. Aku juga masih ingat dirotan dihadapan kelas sebelah kerana bermain bola kertas dalam surau salepas UPSR. Memang malu la waktu tu. Di cubit di perut dan diconteng muka dengan kapur memang dah jadi perkara yang biasa. Sebabnya, aku selalu fail dalam BI, buat bising time kelas malam, tutup lampu la dan banyak lagi.

Naik ke sekolah menengah iaitu di SIF, aku pernah dirotan oleh Penolong Kanan HEM kerana lambat hadir ke sekolah (ni Hadi punya pasal la ni). Pernah jugak disuruh bersila didepan kelas dan menyiapkan nota Pendidikan Islam dihadapan semua orang . Waktu tu, aku adalah orang yang paling last menghantar nota kat ustazah. Masa aku tingkatan 3 pulak, budak lelaki kelas aku memang malas giler. Pernah skali, semua orang didenda kerana tak mnyiapkan latihan Matematik. Waktu tu, aku memang bodoh matematik. Semua benda aku tiru.

Naik ke tingkatan 4, aku masih di SIF. Pernah jugak aku dirotan sampai patah pembaris panjang cikgu tu. Tapi, kenapa aku tak rasa sakit time tu? Dah kebal agaknya haha. Pernah jugak, aku disuruh membaca ikrar dan diikuti oleh kawan-kawan yang lain kerana gagal menyiapkan latihan Fizik. Selepas 5 bulan,.aku bersekolah di MRSM Kuala Terengganu. Waktu ni, cikgu Add Math adalah yang paling garang. Pernah sekali aku disuruh ketuk ketampi (njut linge) sbnyak 130 kali. Ini gara-gara aku tak menyiapkan latihan yang diberi walaupun aku dah siap sebanyak 90 peratus. Tekan tubi dalam kelas plak memang perkara biasa waktu tu. Akhirnya, aku dapat perform dalam Add Math untuk setiap exam. hehe

Tapi bagi aku, perkara ni lah yang banyak mematangkan aku. Aku langsung tak pernah berdendam dengan guru-guru yang pernah menghukum aku. Tak macam budak sekarang, cubit sikit je dh repot kat polis. Manja nak mampos!

Pernah jugak aku merancang utk mengenakan cikgu aku. Waktu tu, aku dalam tngkatan 1. Aku dan kawan sekelas mnconteng kerusi guru dengan kapur putih dan mengharapkan dia duduk atas kerusi tu. Memang lama la kitorang tunggu dia tapi dia tak masuk-masuk ke kelas. Last skali, aku terduduk atas kerusi tu. Haha. Macam mna aku boleh terlupa pun aku tak tau. Mungkin cikgu tu baca Yaasin kot pagi tu

Sampai di sini saja penulisan aku untuk pagi ni. Dan sekali lagi aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru ku yang pernah mngajar aku selama ini. Terima kasih cikgu!