Bukan Sekadar Cakar Ayam
Hanya ingin meneruskan kehidupan yang kuchalana....

Baca Ini...

Posted In: . By Hazwan

Salam.
Tadi time penulis tegah buke blog sorng hamba Allah, penulis terpandang satu link yang namanya mcm diknali penulis. Penulis pun buka la blog tu. Then, penulis terpandang satu artikel yang diambil dari blog Mr Azizi Abdullah. Postnya agak panjang tp pendapatnya agak bernas, same seperti pandangan penulis.

Jika dulu,penulis seorang penyokong kerajaan,tp sekarang dah berubah angin. Bak kate orang,

”Semakin kita mnginjak dewasa,semakin matang fikiran kita”.

Begitu jugak mcm penulis. Tp,keadaan semakin mngelirukan. Mungkin kerana,penulis tak brape suka kan DSAI. Tak tau kenape….
Walau bagaimana pun,try bace artikel dibawah.

Azizi Hj Abdullah

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?


~Post ini sebenarnya menggambarkan ape yg terbuku di fikiran penulis~

.
Sambung Bacaan

Letih...

Posted In: . By Hazwan

Hari raya dah hampir. Semua org mgkin dah ready nak sambut raya. Sama juga macam penulis. Penulis akan berlepas pulang ke negeri Terengganu yang tercinta pada hari Khamis ini. Erm, lbih kurang 4 hari lagi.

Bagi orang lain, hari-hari sebelum pulang ke kampung mungkin menggembirakan tp tidak bagi penulis.

Assignment dan kerja berlambak-lambak. Sila rujuk dibawah untuk keterangan lanjut.

• Report thermo: Lebih kurang 30 muka surat dan ditulis dgan tangan,bkan
dengan keyboard.
• Report Fluids Mechanics
• Assignment Engineering Graphics(sangat banyak dan susah)
• Assignment MEB
• Pelbagai kuiz-muiz menunggu ; Thermo,MEB dan Fluids
• Assignment SP


Letih…….

......
Sambung Bacaan

Salam.
Mak penulis slalu brpesan,

Hidup kita ini jgn bnyak ketawa dan brgembira, nanti akan mudah mndapat kesedihan


Bila difikirkan semula,ada juga kbenarannya.

Smalam,penulis bersma 13 kawan yg lain telah kluar ke Ipoh.Hajat penulis hanya satu,ingin membeli baju raya. Selepas Asar, penulis bersama Mirol brkonvoi bersama Hafiz, Ameer dan Anjang dgan menaiki motor Mus’ab. Manakala yg lain mnyewa kereta.
Tempat prtama yg kami pergi ialah Jaya Jusco. Slpas brjalan-jalan skejap, kami ke Watson untuk membeli juadah berbuka. Wlaupun hanya air tin dan biskut Chipsmore,ia sangat mngenyangkn.

Selepas Solat Maghrib dan Isyak,kami pergi makan ke KFC. Kemudian, kami memulakan operasi mncari baju raya. Slepas broperasi selama 2 jam, penulis brjaya membeli sehelai baju raya yang dianggap terlawa antara yg terhodoh. Itupun selpas pnulis mncuba brhelai-helai baju disana.
Selepas bersuka-ria di Jusco,kami mrancang utk ke Greentown Mall. So,slepas mmbayar harga baju,kami terus ke tmpat parking motor.

EPISOD DUKA PENULIS BERMULA


Rupa-rupanya,helmet penulis; yang dpakai sejak 2bulan lalu yang berharga RM37, yang dibeli di Taman Maju , telah dikebas org. Perasaan marah, hampa ,tertekan mnguasai diri penulis. Pembntukan aura jahat mula kelihatan. Namun, nasib baik penulis ditenangkan kawan2 yg lain. Atas saranan kawan2 yg lain, penulis trpaksa mnumpang kereta Proto Sga yg dinaiki Mayak, Amin, Jahar dan Nijey.


Gambar kenangan helmet penulis yg masih disimpan. Lawa sangat ke??



Rancangan perlu diteruskan. Selepas smpai di Greentown Mall, penulis diajak berkaraoke dan bersnuker. Walaupun berat hati ini, namun penulis follow je. Selepas 2 jam disana, kami semua pergi ke Gerbang Malam, tempat mnjual barang-barang bundle dan tiruan. Selepas berulang-alik slama beberapa kali, penulis berkenan kat sehelai seluar jeans.

PENULIS BERDUKA LAGI

Saiz seluar yg diminta telah habis. Perasaan berbaur kecewa mnghantui penulis. penulis beredar dari Gerbang Malam dengan kecewa. Dalam keadaan tertekan sekali lg,kawan-kawan mngajak penulis ke McD. Kerana tiada selera,penulis hanya minum air Milo ais dan menge’Paw’ makanan member penulis sbgai sahur.

Selepas lepak disana slama 1 jam, kami bertolak pulang UTP. Dalam keadan yg masih marah, penulis trtidur dalam prjalanan pulang. Kami sampai di UTP pd pukul 3.30 pg. Sampai saja dibilik , penulis terus memejamkan mata kerana terlau letih (perasaan marah masih ada).

Tiba2 penulis terjaga. Laa, dah pukul 11.30pg. Skali lg penulis trpaksa ‘mengqada’ kan smbahyang subuh.
Astaghfirullah….

.
Sambung Bacaan

Ada Apa Dengan cinta?

Posted In: . By Hazwan



Cinta.
Amat mudah ia datang tanpa diduga..
Namun kadan-kadang ia pergi begitu sahaja.
Hanya satu perkara bermain difikiranku.
Benarkah itu cinta?
Mengapa cinta begitu mudah pergi?
Mengapa ia tak pernah kekal pada satu hati sahaja??
Di saat cinta lain datang menghampiri, mengapa cinta ini begitu mudah tergoda?
Hingga melupakan cinta yang sebelumnya.
Ada apa dengan cinta?
Benarkah itu semua hanya cinta sesaat?
Atau ini hanyalah sebuah perjalanan dalam pencarian cinta sebelum cinta itu menemui pasangan cinta yang sebetulnya?
Entahlah….
Semua pertanyaan itu pasti mendapatkan jawapan yang berbeza dari setiap orang yang kita temui.
Bagiku,
Cinta adalah sesuatu harta yang harus dijaga dan dipertahankan..
Kerana hidup ini tiada erti tanpa cinta.
Tanpa cinta..
Hidup itu pasti kosong..
Pasti…
Namun..
Kepada siapa harus ku serahkan cinta ini?
Siapakah yang sebetul-betulnya berhak menerima cinta ini?
Aku buntu…
Sambung Bacaan

Raksasa Purba

Posted In: . By Hazwan



Salam.
Td,time penulis tgh cari gambar untuk projek HSE,tiba2 je trnampak gmbar ni. Nampak macm menarik. So, penulis bukalah.

Ini la yang tertulis kat laman web tu:

Pada April 1977, pukat kapal nelayan Jepun Zuiyo Maru menarik naik sesuatu yang aneh dari dasar laut dekat New Zealand. Ianya adalah seekor haiwan laut misteri berukuran 14m panjang dan nampak seperti raksaksa laut zaman purba. Kelasi kapal menarik naik bangkai haiwan pelik itu dan mengambil beberapa keping gambar sebelum nakhoda kapal memerintahkan supaya bangkai itu dibuang kembali ke laut untuk mengelakkan ia dari mencemarkan tangkapan yang lain.

Selepas tiba ke Jepun, gambar yang diambil diteliti oleh Prof Tokio Shikama, seorang pengkaji haiwan purba Universiti Yokohama dan beliau mengistiharkan bahawa bangkai itu bukan dari sebarang spesis ikan atau mamalia yang diketahui. Malahan, beliau mengesyorkan bahawa ada persamaan antara bangkai itu dengan haiwan laut purba pleisiosaurus yang sepatutnya telah pupus lebihkurang 100 juta tahun yang lalu.

Beberapa kapal lain cuba mencari kembali bangkai tersebut tetapi tidak berhasil. Alangkah malangnya kerana satu bangkai haiwan yang telah pupus nilainya tidak terkira jika dibandingkan dengan tangkapan ikan bot yang terbabit.

Jika benar haiwan ini adalah raksaksa purba yang masih kekal sehingga baru-baru ini, maka ini bukti bahawa segala teknologi yang kita ada masih gagal membongkar segala yang ada di bumi ini, apatah lagi mengenai perkara-perkara ghaib yang nampaknya begitu mudah ditolak oleh manusia yang kononnya berpemikiran moden.





~Pos ini ditulis utk mengisi masa lapang penulis~
Sambung Bacaan

Kreuk,kreuk,kreuk. Perut bebunyi.

Hak ella.Tiba-tiba je rase lapar. Nk turun ke kafe,rase malas. Sambil merenung lampu kalimantan dibilik,tiba-tiba penulis mndapat idea.

Penulis pun terus mghantar mesej kepd rumate penulis yang sedang bergumbira bermain snuker di luar sana dengan meninggalkan penulis yg sedang bermuram durja.

"Aik,klau mu kuar makan,bli ke aku mee rojak se. klau ade la."

MESSAGE SENT

Harap-harap,die dapat membeli makanan untuk penulis di luar sane. Terbayang-bayang dimata penulis Mee Rojak dari Kedai Salam kat Taman Maju. Fuh,sedapnye.

Tiba-tiba,hanset rumate penulis brbunyi. La, dia tak bawa hanset rupenye. "Cam syial",penulis bermonolog sendirian. Camne ni,perut dah lapar. Tak tau nak buat ape lagi..

Penulis pun mengambil jawapan tutorial MEB yang dipinjam dari Hafiz untuk ditiru.

*MALAS*

Alamak. Penyakit penulis datang menyerang lg. Tidak!!

Selepas berusaha melawan virus malas, penulis akur. Penulis tidak sehebat kawan-kawan yg lain yg mampu melawan virus itu.huhu

Selepas berfikir dua tiga jenak,penulis membuka blog dan mula merepek seorng diri dgan menulis apa yang anda bace sekarang.

p/s:pd saat ini,perut penulis masih berasa lapar.
Sambung Bacaan

Bantulah aku.....

Posted In: . By Hazwan

*Boring*

*Buhsan*

*Malas*

*Ngantuk*

*Tidor*

*Bangun*

*Tidor balek*

*Ape kes ni????*





Ya Allah,
Tolong lah hamba Mu ini..
Hapuskn sgala virus2 dan kuman2 yg mnybabkan aku mnjadi begini..
Seringkali aku lalai dlam mngingati Mu..
Juga lalai mnunaikan kewajipan ku..
Sbgai Muslim..
Sbgai anak..
Sbgai sahabat..
Dan juga sbgai pelajar…
Aku hanyut..
Aku lemas..
Terus lemas dlam kehidupan yg kuchalana di UTP ini..

Ya Allah..
Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini...
Bantulah aku dlam mncari cinta sebenar..
cnta yg mmbawa ke jalan yg diredhai..
bkn jalan yg dibenci oleh Mu..

Ya Allah...
Tolong lah aku..
Kuatkan smngat ku ini…
Berilah aku petunjuk dan pedoman…..
Dlam mncari jalan yg terbaik..
Utk mnginjak kealam yg lebih dewasa…
Juga utk mnjadi seorng insan…
Yg bkn hanye seorg manusia biasa………
Sambung Bacaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...