Salam.
Mak penulis slalu brpesan,

Hidup kita ini jgn bnyak ketawa dan brgembira, nanti akan mudah mndapat kesedihan


Bila difikirkan semula,ada juga kbenarannya.

Smalam,penulis bersma 13 kawan yg lain telah kluar ke Ipoh.Hajat penulis hanya satu,ingin membeli baju raya. Selepas Asar, penulis bersama Mirol brkonvoi bersama Hafiz, Ameer dan Anjang dgan menaiki motor Mus’ab. Manakala yg lain mnyewa kereta.
Tempat prtama yg kami pergi ialah Jaya Jusco. Slpas brjalan-jalan skejap, kami ke Watson untuk membeli juadah berbuka. Wlaupun hanya air tin dan biskut Chipsmore,ia sangat mngenyangkn.

Selepas Solat Maghrib dan Isyak,kami pergi makan ke KFC. Kemudian, kami memulakan operasi mncari baju raya. Slepas broperasi selama 2 jam, penulis brjaya membeli sehelai baju raya yang dianggap terlawa antara yg terhodoh. Itupun selpas pnulis mncuba brhelai-helai baju disana.
Selepas bersuka-ria di Jusco,kami mrancang utk ke Greentown Mall. So,slepas mmbayar harga baju,kami terus ke tmpat parking motor.

EPISOD DUKA PENULIS BERMULA


Rupa-rupanya,helmet penulis; yang dpakai sejak 2bulan lalu yang berharga RM37, yang dibeli di Taman Maju , telah dikebas org. Perasaan marah, hampa ,tertekan mnguasai diri penulis. Pembntukan aura jahat mula kelihatan. Namun, nasib baik penulis ditenangkan kawan2 yg lain. Atas saranan kawan2 yg lain, penulis trpaksa mnumpang kereta Proto Sga yg dinaiki Mayak, Amin, Jahar dan Nijey.


Gambar kenangan helmet penulis yg masih disimpan. Lawa sangat ke??



Rancangan perlu diteruskan. Selepas smpai di Greentown Mall, penulis diajak berkaraoke dan bersnuker. Walaupun berat hati ini, namun penulis follow je. Selepas 2 jam disana, kami semua pergi ke Gerbang Malam, tempat mnjual barang-barang bundle dan tiruan. Selepas berulang-alik slama beberapa kali, penulis berkenan kat sehelai seluar jeans.

PENULIS BERDUKA LAGI

Saiz seluar yg diminta telah habis. Perasaan berbaur kecewa mnghantui penulis. penulis beredar dari Gerbang Malam dengan kecewa. Dalam keadaan tertekan sekali lg,kawan-kawan mngajak penulis ke McD. Kerana tiada selera,penulis hanya minum air Milo ais dan menge’Paw’ makanan member penulis sbgai sahur.

Selepas lepak disana slama 1 jam, kami bertolak pulang UTP. Dalam keadan yg masih marah, penulis trtidur dalam prjalanan pulang. Kami sampai di UTP pd pukul 3.30 pg. Sampai saja dibilik , penulis terus memejamkan mata kerana terlau letih (perasaan marah masih ada).

Tiba2 penulis terjaga. Laa, dah pukul 11.30pg. Skali lg penulis trpaksa ‘mengqada’ kan smbahyang subuh.
Astaghfirullah….

.