Pada satu malam, 16 Januari 1989, pada ketika itu kilat sabung menyabung, petir saling memanah, guruh saling sahutan,.mungkin kerana menyambut kedatangan salah seorang budak yang akan mengubah dunia kanak-kanak. Dengan mata berkelip-kelip, si kecil tersebut memandang dunia. Si kecil itu bertanya, kenapa aku hidup.? Adakah untuk menjadi pekerja pengutip sarang layang-layang.? Atau untuk mencukupkan bilangan 5.5 bilion manusia ketika itu.? Si kecil masih lagi tidak tahu.kerana si kecil masih kecil dan tiada siapa yang menyangkal kekecilan beliau. Namun si kecil dengan sedaya upaya berjaya hidup dalam kesusahan.halangan demi halangan menimpa beliau.Hujan dan panas serta ribut petir tidak pernah memutuskan semangat beliau. Beliau suka matematik. Beliau dapat no 1 dalam kelas. Dan beliau tidak kecewa jika dapat no 2 kerana beliau tak pernah dapat no 2. Beliau jarang gagal. Sebab itulah beliau berkeinginan untuk membawa impak dalam dunia manusia. Beliau benci menunggu dan ditunggu. Beliau benci tipu helah. Beliau suka kejujuran dan persefahaman.Mengapa kita saling membenci.? Mungkinkah kerana ego kita yang mahu menjulang diri sendiri walhal diri sendiri tidaklah seindah yang diwara-warakan.? Kenapa presiden tidak menghantar diri sendiri untuk menentang keganasan.? Kenapa dihantarnya anak-anak buah yang hanya mampu menurut perintah demi menyara kehidupan keluarga.? Korupsi dan retorik hanya akan membunuh sesama sendiri.bila ada yang keluar mencabar ketelusan sistem yang disangka dapat menghadirkan keamanan dan kesejahteraan duniawi,si penentang terpaksa menghabisakn sisa hidup di kandang orang salah. Kenapa.? Ketika itu si kecil masih belum faham.kerana si kecil masih belum perlu untuk memahami situasi yang berlaku oleh sebab sayang akan kepentingan diri sendiri. Walhal mereka tidak sedar itu hanya akan merosakkan diri sendiri,menghancurkan budi pekerti.ada apa dengan dIskriminasi.?si kecil masih belum memahami....

hasil ilham-Abu Raihan-